Siapa pembaca blog ini yang merupakan pengguna telefon pintar (samrtphone) Samsung? Tak kiralah Samsung Galaxy Note ke, Samsung Galaxy Neo ke, Samsung Grand ke .... adakah anda hadapi masalah berkaitan dengan charging port telefon anda? Isteri saya pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S3, dan baru-baru ini hadapi masalah nak mengecas bateri telefon miliknya. Saya selidik, dan dapati faktor Samsung Smartphone sukar nak dicas bateri!

Sebelum ini, saya ada terbaca beberapa status rakan-rakan di Facebook mengenai masalah untuk cas bateri telefon pintar Samsung mereka. Kebanyakkan dari mereka berkata bahawa ambil masa lama untuk cas bateri, tidak seperti semasa baru mereka beli.

Faktor Samsung Smartphone 'Charge Port' Rosak

Dan setelah saya selidik, saya dapati mereka ini juga menggunakan powerbank sebagai salah satu alternatif kuasa untuk mengecas bateri Samsung Smartphone.
Faktor Samsung Smartphone 'Charge Port' Rosak
Dapat dah punca kerosakan port untuk cas bateri Samsung Smartphone. Ini semua berpunca kerana pengguna dan pemilik telefon pintar ini menggunakan kabel pengecas yang bukan original telefon tersebut. Akibatnya, port tempat mengecas bateri rosak.
Faktor Samsung Smartphone 'Charge Port' Rosak
Perlu diketahui bahawa port cas bateri tersebut sangat sensitif. Ada plat-plat pengecas yang kecil yang akan terhubung dengan alat atau sambungan pengecas bateri. Seandainya anda menggunakan kabel pengecas selain daripada yang disertakan, pasti masalah charging port rosak akan berlaku.

Seperti kes isteri saya, sebelum ini dia pernah menggunakan pengecas kereta, dan terbaru menggunakan powerbank untuk sumber alternatif telefon Samsung Galaxy S3 miliknya. Selepas beberapa lama menggunakannya, tetiba dah tak boleh nak cas seperti biasa menggunakan pengecas bateri yang disediakan. Sekejap nampak macam ok, sekejap tidak. Kalau nampak seperti sedang dicas, ambil masa lama untuk sampai 100% fully charged.
Faktor Samsung Smartphone 'Charge Port' Rosak
Jadi, kepada mereka yang gunakan telefon pintar, pastikan kabel original anda gunakan untuk cas bateri. Elakkan campur baur dengan kabel atau pengecas yang lain. Ini bagi mengelakkan port pengecas hadapi masalah, dan boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk kepada telefon pintar anda.

Faktor kerosakan ini adalah bersandarkan pengalaman saya. Bukan solusi daripada pihak Samsung Mobile ehhh ... namun, saya fikir ia perkara biasa dan satu yang umum, apabila kita menggunakan sesuatu yang bukan miliknya pada sesuatu yang lain; pasti kerosakkan akan berlaku.

Bukan salah pengecas, bukan salah port, bukan salah powerbank. Tetapi, salah kita menggunakan kabel pengecas yang tidak sesuai dengan peranti.


68 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yg saya perasan, port pengecas samsung mmg agak mudah rosak...sebab sensitif sgt kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. memang senang dan mudah sgt rosak, lagi2 kalau jenis pemakai tu tak hati2

      Padam
  2. Kena minta samsung tengok balik masalah inikan.

    BalasPadam
  3. dan ada lagi satu, ni ikut apa yang saya tanya dekat kedai jugak..masa tu charger port bf saya juga tak berfungsi..orang kedai tu ada cakap..masa mengecas, elakkan menggunakan fon..dan bila nak cabut charger daripada fon, kena tarik elok2..jgan goyang2 tempat pengecas tu..sebabnya komponen dalam tu sgat sensitif..terbengkok sikit je boleh patah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tips ni .. terima kasih kerana sudi berkongsi ye ... in Sha Allah ada yang baca ni ...

      Padam
  4. Betul tu mesti mau guna yang ori baru tahan lama.

    BalasPadam
  5. saya guna yang original.....mahal tapi berbaloi....

    BalasPadam
  6. Haah, mmg tu sbbnya. Dia nk yg origanl jgk. Saya pun bermaalah skg ni. Nak kena masuk betul2 ataupun pegang bg dia ketat. Saya punya note 8 ni pun camtu jgk....

    BalasPadam
  7. baru saja beli part usb port charger untuk gantikan pada note 1

    BalasPadam
  8. assalamualaikum hh...yer la betul tu kekadang mmg jadi mcm tu...:)

    BalasPadam
  9. Betul tu. Sebab abang saya dah repair phone selama 15tahun. Dia cakap setiap kabel berlainan aliran elektriknya. Bila tak kena dengan aliran yang betul, itu punca kerosakan berlaku.

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik tu ... ramai kena tahu benda ni ...

      Padam
  10. Samalah dengan note 1 wife punya dah seminggu rosak.. ni baru je beli usb card port yg baru.. nak jimat tukar sendirilah jawabnya.. :-)

    BalasPadam
  11. Brape ye anggaran nak tkar atau repair port chaj tu? Masalah lah kn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di tempat saya, caj dikenakan adalah sebanyak RM38 sahaja untuk tukar port tu.

      Padam
    2. Lama tak nk tukar usb port bru tu? Sy xnk tggl hp kt kdai

      Padam
  12. sy mengalami masalah yg sama..nak charge fon kena letak buku plak atas tu..baru la ok..eh, rm38? kat mana..murah..sy tnye kedai kebanyakannya cecah rm100

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai kat sini ... memang bagus servis dia . err sini tu maksud saya Nibong Tebal, kedai depan USM Transkerian ...

      Padam
  13. now my S3 charger port plak rosak daa 2 x tukaw battery ingat batery yg prob.. bile di kaji selidik rupe nyer charger port kt hp yg rosak so camne ek klu g kedai berapa ek derang charge?? susah aar daa charge 24 jam tp battery baru naik dalam 10% jer.. kena tgok hp selalu kekadang ingat daa charge tp charger x masuk plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Farah Azila ...memang kena selalu check. Nak repair kat kedai, kena tgk kedai gak, ada murah .. ada mahal. Saya buat hari tu Rm35 je tapi tak tahulah guna spare part ori ke tak

      Padam
  14. sye punye dah dua kali rosak..x masuk caj...n sye caj guna pengapit bateri tuk caj bateri je...n dh lame x pakai caj tu tetiba lpas sbulan try pakai carger tu blik port tu dh blh caj blik....sensitif betul ....hahaha

    BalasPadam
  15. Charger smsung ori kongsi ngan lenovo . Lenovo ok smsung plak rosak . Megamall kuantan cas rm80 .

    BalasPadam
  16. Kalau sya charge phne..gne charge samsung...tapi bkn ori..ade efek ke?? Sbb sy perasan ble sy charge phne gne cable bkn ori dy charge 4jam..yg ori 2jam 30min..now ble sy da campur charging phne gne charger (samsung) phne sy charge 4jam..masalah kat mne eh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada larangan guna yang bukan ori. Masalah dia berpunca kerana lain sumber aliran eletrik, dan jumlah power.

      Padam
  17. Saya pakai samsung note. Sejak akhir akhir ni bila saya cabut ja charger, kenapa phone saya still tunjug lambang tengah charge dan lambang bateri berkelip kelip, means, phone saya caj dgn sendirinyaaa. Kenapa eh

    BalasPadam
  18. kalo cas port rosak perlu ganti yang baru ataupun boleh cas lagi..sebab bru2 nie hp samsung note 2 sya rosak cas port. kalo ganti baru bape harga?$$

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganti baru tgk kedai juga, macam isteri saya tu cuma RM30 je.

      Padam
  19. Kedai kat nibong tebal tu , kedai muaz kew ?

    BalasPadam
  20. terima kasih kerana mmberi info ini !!! :)

    BalasPadam
  21. Kalau mcm kes sy. Dh repair dh plug in tu, tp bila charge still bateri tk jln mcm biasa. Lmbat sgt. Mcm mna eh? Tlg respond pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabila, jika dah repair dan uji, tak puas hati, kembali ke tempat repair tu dan tunjukkan bahawa ada masalah lagi dengan charger. Bawa sekali charger anda. Kena ingat, charger yang tak ori boleh juga rosakkan pin tersebut.

      Padam
  22. Btul la, sya pya note 1, br je kena cmtu. dh charge 2 3 jam tp still 10%.
    Adoyai pening pulak nk cr kedai mana yg murah kt area KL ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak dah yang kena gitu, isteri saya sampai fedap dah dengan Samsung S3 dia, sampai kena pinjam anak saya punya .. hoho ..

      Padam
  23. Samsung mega saya br ditukar charging port di SC. Masalah lambat caj msh berlaku. Kdg2 4 jam ada tu sampai 5 jm br penuh. Ada kah ini normal atau ada masalah dgn cable dan adaptor. Nk beli yg ori sampai $150.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Isteri saya masih ada masalah yang sama walaupun dah tukar charging port. Saya tak rasa ia masalah cable dan adaptor. Mungkin masalah dari segi software sbb kita dah tukar charging port .. mungkin software yang sebelum ini dah update tak serasi. - sekadar pandangan.

      Padam
  24. sy bru beli i pro tablet..dpt 2 bulan charging die rosak..
    pastu sy gune usb...sekarang tablet sy plak yg rosak

    BalasPadam
  25. masalah samsung note sy ialah,apabila plugin charger ok je..selang bbrpa saat,fon bgitau 'bateri diputuskn sambungan'. Disebbkn apa jd mcmtu ? mohon pencerahan,terima kasih.

    BalasPadam
  26. Saya baru kena ni tadi..charger ok..tp port charging tu yg bermasalah..mcmmn nk buat ni..nk kena tukar ke?berapa ya?kat jb ada sape2x tak tahu kedai yg ok..mohon pertolongan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah rosak, nak tanak kena gi repair la. Tempat saya harga repair ok lagi.

      Padam
  27. phone saya samsung s3.. x tau la masalah batery atau dia punya port. Contohnya, skarang saya charge phone batery tunjuk 30%..lepas satu jam, tengok balik phone, baru charging 31%... ishhh..kalau pegi Maxis, diorang charge mahal ke tak eh..sbb kalo pegi kedai phone biasa tak tau nak pegi kedai mana...takut dia bagi barang tak ori plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kalau gi Maxis .. selalunya charge port akan selalunya ok, dan derang akan minta tinggalkan phone ... :) pastu eseok lusa kena charge lagi mahal dari kedai biasa.

      Padam
  28. Cuba try dload apps galaxy charging.utk s3 max caj 1000mA note 2 1800mA..kalu rendah dr tu cuba try pinjam charger kwn2.. Slalunya samsung ni masalah usb cable..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri saya dah 4 kali tukar port dia .. hoho ... sib baik bayar RM35 je

      Padam
  29. Pernah kena gak. Repair rm40.tp rasa mcm kena tipu plak. Sbb usb port tu mesti hrga bwh rm5 kot..kat mana boleh Beli spare part ni?. Sbb yakin boleh tukar sendiri..

    BalasPadam
  30. Saya punya note 1 takbole nk charge. But kalau charge dia tuh guna kt henpon lain bole. Apa msalah & ap ptut sya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya fikir elok cari telefon yang lain .. kalau hantar repair .. ia akan jadi semula dalam beberapa minggu .. percayalah .. saya dah terkena dah.

      Padam
  31. salam , boleh sy tahu kenapa fon sy bila dah cbt plug charger fon still ada lmbang tgh cas? die cas dgn sndrinya. then lma ckit bru fon sy detect charger dah unplug. knpa ye?

    BalasPadam
  32. sorry berlainan topik..hr tu rosak port jugak,dh baiki rm120 ok..happy sngt bttry cpt jer full..dlm sbln mcm tu,tetiba jer nfon xdpt on,mlm tu ok jer,bila pg tngok nfon off,sampai skrang xdpt on..dah try caj,dah try tukar bttry ttp xdpt on..dh try hanta kedai,cina kt kedai tu ckp nfon xdpt baiki,spa kat sini tau apa punca nye ye..sedeh sangat :(

    BalasPadam
  33. lps tukar port charging n ribbon..kne rm68..(mcm kne tipu jer) fon pulak jd x kuat tarik line.. agak2 boleh repair ker tu? -note 2

    BalasPadam
  34. Saudara hasrul, mslh samsung tab 4 sy ni, bila guna charger sndiri, hp sy dpt cas 100% selama 12 jam.mksdnya sy cas pg, mlm br full bateri.bila guna charger adik, dlm 1 jam dh full bateri..sy rasa mcm charger yg rosak..mhl x hrga charger ye?mohon bantuan kwn2 yg lain jg.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm kalau guna charger ori mungkin dapat selesaikan masalah ni ...

      Padam
  35. nk tny klau tukar bateri baru kena charge 8 jam ke? pastu if tgh charge smpin45% dia tk gerak then lps tu dia start menurun tu normal ke klau bteri bru?

    BalasPadam
  36. salam boss, masalah fon saya ni adalah lambaf sangat nak cas, kemudian saya anta kedai, tokey tu kata masalah board, saya pon repair la.. dh settle, dalam seminggu je ok nye pasuh dh jdi balek rosaknye. apa ye masalah seb
    enarnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh saya sewndiri dah tak pakai dah Samsung ni .. sebb macam saudara cakaplah ... asyik repair je .. charge ambik masa lama nak penuh .. anak saya pakai pun jadi fedup .. last sekali beli telefon lain yang banyak murah di pasaran sekarang

      Padam
  37. Sama juga masalah seperti saya alami. Cas lama² sama je perginya. Sikit je naik. Sakit hati. Tapi yang pelik kadang kadang cepat naik. Kadang kadang lambat. Gunakan usb cable yg sama. Adakah masalah usb cable ataupun usb port charge?

    BalasPadam
  38. Saya punya telefon samsung pn ada masalah ni.. padahal baru berapa bulan pakai.. better pakai iphone je la.. iphone saya dulu pakai charger ori ke x ori ke xde pn mslh mcm ni..

    BalasPadam
  39. Salam sy ada masalah dengan note 2 sy. baru2 ni kalo sy cas, cas tanak masuk. tapi bila sy cabut bateri and biarkan dalam 10 saat, then sy cas and on balik phone, baru cas masuk. boleh sesape bagitahu apa mslh phone sy ni? terima kasih.

    BalasPadam
  40. Kalo port charger tu tercabut mcm mane ea? Mahal x kos nk repair?

    BalasPadam
  41. Saya pun baru je kena...makna kena tukar port charger la ni?

    BalasPadam
  42. saya punya fon susah masuk caj.dah tukar bateri baru tp bile bateri sampai 30%, dia off sdri. skrg ni nak caj tak masuk lgsg. xtau ape mslh dia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement