Hari tu saya beli seutas jam tangan jenama Everlast di Zalora Malaysia. Ntah macamana, saya tersilap tekan butang yang ada di jam tangan tersebut, lalu masa yang dipaparkan pun jadi tidak betul, termasuklah dengan tarikh sekali. Puas tekan-tekan mencuba untuk betulkan balik, tapi tak menjadi ... akhirnya saya Google dan dapatlah saya ikuti panduan yang diberikan iaitu cara setting jam tangan digital untuk semua jenama.

Alhamdulillah. Menjadi.

Cara Setting Jam Tangan Digital

Sebenarnya saya menyedari akan silap jam tangan tersebut bila nak daftarkan anak saya yang kecil nama Maira ke Tadika Islam Perak. Begini ....
Cara setting jam tangan digital

"Yuran berapa Ustazah?" tanya saya.
"Dalam RM180" jawab ustazah.

Saya buka dompet. Alamak .. ada RM100 je, tak cukup lagi RM80.

"Ustazah, saya bayar dahulu RM100 ye" kata saya.
"Baiklah ..."

Ustazah pun mencari buku resit untuk menulis resit jumlah pembayaran yuran Tadika Islam Perak. Sambil menulis nama ... dan kemudian butiran, dia bertanya tanpa memandang saya.

"Tarikh hari ni baper lak dah?"

Dengan melihat jam Everlast yang masih berbau kotak Zalora, saya pun sebut .....

"28 hb dua .."
"Ehhh ye ke? ... 27 rasanya .. Isnin kan?" kata ustazah.

Saya pun buka telefon .... alamak ... salah la pula ....

Dari peristiwa tersebut, saya pun dapat tahu bahawa setting pada jam digital saya tu silap. Ia perlu diperbetulkan sebelum nanti peristiwa di atas tidak berlaku lagi.

Maka, kalau anda tak tahu bagaimana nak setting jam tangan digital anda, bolehlah rujuk pada gambarajah disediakan di bawah ini.



Saya lupa sumber saya dapat ni, tapi panduan ini daripada sebuah fail pdf. Itu sebab tak boleh nak ubah bahasa yang ada. Agak-agak tak faham... sila guna kamus anda ehhh ...



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

hehe thanks.. tringat zam yg kadang2 terkial2 nak set balik jam tgn.. try n error bnyk kli bru berjaya

Reply

info yang berguna ni sifu HH. Nanti nak test tengok jam ikut panduan yang ada ni.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.