Blogger Malaysia Ramai Gemuk

Haaa... jangan tak percaya, ini satu fakta yang anda sebagai blogger Malaysia kena hadam. Mungkin boleh dipertikaikan, tetapi secara kesimpulan saya buat adalah berdasarkan kepada satu keratan akhbar menerusi Berita Harian.

Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.

Ini merupakan hasil kajian dari penyelidik yang terkandung dalam Jurnal Perubatan Kanada.

Ok, kita fikir logik ehh. Blogger ... wajib ada komputer, ramai ada kenderaan, dan hampir semua ada TV. Jadi, kalau ikut kesimpulan di atas, maka bolehlah saya cakap bahawa blogger Malaysia ramainya gemuk - tak kiralah lelaki atau perempuan.

Lagi-lagi kita ini berada di negara yang baru nak membangun ke arah negara maju.

Jom Langsing

Gemuk tak perlu risau sangat. Tetapi yang merisaukan ialah tentang penyakit kencing manis tu. Dah la ramai blogger Malaysia ni kaki ngeteh ....hehehe....

Jadi, adakah kesimpulan saya ini salah? Apa kata anda?


p.s: Saya dulu agak gemuk, tetapi saya berjaya kurus dengan tidak berada di depan komputer terlalu lama .... cuba Jom Lansing 


{ 25 comments.. read them below or add one }

Rizkyzone.com Rizkyzone.com February 13, 2014
kalau di indonesia nara blog yang seumuran pak hasrul, hanya sedikit, kebanyakan sudah pensiun
ohpanduan panduan ohpanduan panduan February 13, 2014
blogger pun kena rajin buat senaman jugakan tuan HH.
Khir Khalid Khir Khalid February 13, 2014
Wahh.. entri lepas ni bolehlah HH bagi beberapa contoh blogger2 yg gemuk hehee.. :D
Che Akak Che Akak February 13, 2014
uhuk..uhuk...kiter pun gemukssss gak...
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah February 13, 2014
Hehe saya tak gemuk ye HH. Prasan gemuk saja. Haha

Oya HH mahu tya, kemungkinan HH tau ni nk tanya. Napa ye dashboard blogger sy tak boleh scroll up n down?bhgn dashboard sj. Pegi tmpt lain mcm view blog or post blh pula. Ada setting ke tuk ni? Saya pakai chrome.
Norhazlina Mohd. Zaki Norhazlina Mohd. Zaki February 13, 2014
Perghh..betul ker nih...In Shaa Allah..sy tak termasuk kot...hehehee...
Sy workout + amik suplemen...jaga kesihatan yg tak berapa nak sihat dah ni... ^_^
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim February 13, 2014
kena makan makanan yang seimbang.....sehari sejam atas komputer jadi le..
Kenit Cinonet Kenit Cinonet February 13, 2014
idak le abg hasrul, yang gemuk tu budak-budak je. Blogger banyak yg buncit tapi bukan gemuk hehehehe. Tak termasuk kenit tau heee :D
Nadia Dscarnia Nadia Dscarnia February 13, 2014
saya setuju.. tapi tak semua blogger laa.. bergantung juga dgn lifestyle.. gemuk sihat takpe, boleh lihat transformasi diri dari saiz XL ke M sepanjang tempoh berblog.. boleh kongsi tips dan testimoni produk dgn blog readers kira bonus la tu.. hihii
Bin Muhammad Bin Muhammad February 13, 2014
Kita lihat nanti di SBB14...Benarkah ramai blogger Malaysia gemuk? :)
MyCherita MyCherita February 13, 2014
mungkin juga nie... :-)
Nabilah Hanis Shaari Nabilah Hanis Shaari February 13, 2014
oo..mungkin lepas ni tukar target. jual set kurus kepada blogger pulak ;) pengalaman kat oversea, selalu pelajar Malaysia kena kutuk terutamanya oleh pelajar Norway sebab tak nak guna tangga untuk naik tingkat atas, tapi naik lif..huhu..
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal February 13, 2014
Assalammualaikum,..bro HH,

maungkin ada benar tp tak semua kot..

mselim3
bella luna bella luna February 13, 2014
betul2! bella pun on diet
NCee Poh NCee Poh February 13, 2014
tips kurangkan berat badan, guna lah pinggan mangkuk yang bersaiz lebih kecil.
CikLily Putih CikLily Putih February 13, 2014
aku memang gemuk pun. tapi kalau kite gemuk tapi kite sihat rasanya tak jadi masalah pun hehhehehe
nor hidayah mohd nor nor hidayah mohd nor February 14, 2014
dah makan gemuk jugak ni, tapi nak buat camne, kerja sekarang pon selalu hadap laptop. hehehe.
jamian sarif jamian sarif February 14, 2014
haha..terkono den....perut dah mula kedepan ni....maju terus...
Engku Muzahadin Engku Muzahadin February 15, 2014
Jogging atau fast walk, atau buat senaman cardio... Tapi istiqamah tu yg susah, laki, perut kena jaga...Hehe
Mia Liana Mia Liana February 15, 2014
mia pun dah slim skit sekarang ni... hehehe selalu pi swimming....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 16, 2014
Ya betul. Tapi itulah, bukan semua blogger ni rajin sangat nak bersenam....lebih suka ngadap pc dan blog je ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.