Blogger Baru Ada Apa?

Apa yang ada pada blogger baru yang tidak ada pada blogger lama? Haaa ... sapa boleh jawab? Kalau tak boleh nak jawab sekarang, cuba imbau balik masa mula-mula buat blog dulu. Apa yang ada pada diri ketika mula-mula hasilkan blog? Tak kiralah blog blogspot ke, blog wordpress ke, blog hosting sendiri ke ... ingat kembali semasa blog sudah tersedia siap dibina.

Masih lagi tak berapa nak ingat?

Uhh ... kalau tak ingat, tu tandanya dah nyanyuk la sangat.

Oklah. Tak ingat, tak boleh paksa untuk ingat. Maka, saya nak bagitahu ... sebab saya masih ingat lagi.

Blogger Baru Ada Apa?

Blogger baru ada passion, ada keghairahan. Itu entiti utama yang membezakan seorang blogger yang dah lama ada dalam dunia blog Malaysia. Erkkk blogger lama pun masih ada ghairah ehh? Ya memang ada, tapi ghairah dia lain macam dah, tak sehangat dulu, masa mula-mula berblog.
Blogger Baru Ada Apa?
Blogger yang dah lama ni dah pandai pilih-pilih, almaklumlah ... ilmu blogging mereka dah banyak, jadi ghairah mereka ada main pilih-pilih. Kalau bab kontest SEO macam Custom Made Sticker Kereta ... mereka ni memang ligat berfikir.

Nak membezakan dengan blogger baru, mereka rembat segala peluang. Tak kiralah apa, mereka mahu blog mereka berada di hadapan. Mereka ghairah nak pintas blogger lain, terutama blogger-blogger yang dah lama dalam dunia blog.

Mereka ghairah menghasilkan entri setiap hari, ghairah blogwalking, ghairah join giveaway dan segmen bagai-bagai. Blogger baru tak kira waktu, tak kira masa ... bila idea datang, terus tulis dan terbitkan. Mereka ghairah nak dapatkan trafik dan pembaca bertali arus.

Inilah semangat blogger baru yang kurang nak ada pada blogger lama. Yelah, blogger baru sedang nak bernafas ... walhal blogger lama dah boleh berenang kuak lentang. Blogger baru akan cari peluang setiap ceruk, mereka juga cepat mesra dengan blogger-blogger lain.

Kagum dengan semangat, keghairahan yang ada pada blogger baru ... yang saya sendiri dah makin kurang makin hari ... makin minggu.



{ 15 comments.. read them below or add one }

nabila biela nabila biela February 03, 2014
betol-betol...blogger baru ni memang semangat dalam blogging..bila dah dua tahun dalam blog...dah malas dah buat semua tu..hehe
Nasz Nasz February 03, 2014
betul tu. itulah yang berlaku sehingga ada blog itu berbulan-bulan tak berupdate.

From,

Nasz

www.nasznadzeri.com
Ian Faizal Ian Faizal February 03, 2014
betul-betul.. lagi2 blogger baru mcm saya yg xsampai sebulan dah tukar domain baru. hehe. jempu2 singgah www.ianfaizal.com
zaza zehra zaza zehra February 03, 2014
hehehe... zaman ms mula 2012 dlu semangat dan ghairah jgk...tp thun ni masuk 2thun biasa2 je.. :)
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid February 03, 2014
memang banyak perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama, cara penulisan maya pun kita boleh kenal... ^_^
Sally Samsaiman Sally Samsaiman February 03, 2014
perubahan tu nampak jugak...hehehe...tapi masih cuba jadi blogger "baru" skrg ni...kekalkan momentum :)
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol February 03, 2014
betul ah tu... skrg nak update 1 entri sehari pun susah bak hang Y__Y
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah February 03, 2014
Lama baru sama sahaja. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bloh otai macam sifu selalu menjadi rujukan saya. :-)
Aniq Bukhary Aniq Bukhary February 03, 2014
Hahaha.. teringat kembali time mula2 dulu. Tp bab join GA tu time awal2 dulu saya x sangat.. :)
Budu Bilis Budu Bilis February 03, 2014
setuju. Sekarang dah malas nak buat entry walaupun rajin BW T_T huhu... cer bg tips nk tingkat rasa ghairah tu ngee
KHAIRUL AMRAN KHAIRUL AMRAN February 03, 2014
blogger baru ada banyak benda nak ditulis. sedangkan blogger lama dah hampir kehabisan idea nak menulis. rasanya semua kesah hidup, kesah mati dan kesah alam sana dah ditulisnya.
Mia Liana Mia Liana February 03, 2014
yeah... betul tu.. blogger2 baru sekarang ni rajin betul...
Ainim Suju Ainim Suju February 04, 2014
saya pun masih baru lagi dalam dunia blog ni HH
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim February 04, 2014
Semoga Tuan OH terus mencurahkan idea...anda adalah yang terbaik buat kami.
Wafi Remli Wafi Remli February 04, 2014
Rasa macam blogger baru la pulak...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.