7 Tips Beli Ebook Online

Ebook, salah satu sumber pengetahuan yang mudah didapati di ruang maya. Ia merupakan electronic book yang merupakan buku maya yang tidak mempunyai cetakan keras (hardcopy). Selalunya ebook ditulis dalam bentuk PDF. Dalam format ini, ebook boleh dibaca dan dicetak, tetapi tidak boleh disuntung. Malah, anda boleh tetapkan satu copyright terbenam dalam setiap penghasilan sebuah ebook.

PDF - a file format that provides an electronic image of text or text and graphics that looks like a printed document and can be viewed, printed, and electronically transmitted. 
Ebook memang banyak. Tetapi masalahnya sekarang ialah ada ebook layak dibeli dan dibaca, dan ada pula sebaliknya. Jadi, pemilihan ebook penting supaya setiap pencarian anda pembelian adalah berbaloi. Ada ebook yang harganya semurah RM10, ada ebook yang menjangkau sehingga RM100. Dan selalunya, berdasarkan harga ini, kita boleh jangka akan kualiti yang ada dalam sebuah ebook.

Saya juga antara pembeli ebook. Saya dah banyak beli ebook dari internet. Di awal pembabitan saya dalam dunia internet, ebook merupakan sumber ilmu saya. Saya belajar Photoshop CS3 daripada ebook, saya belajar Internet Marketing juga dari ebook. Malah, saya mengetahui mengenai rahsia-rahsia buat duit online juga menerusi ebook.
Mahu Dapatkan Ebook Ini PERCUMA? Klik Sini.

Ada ebook yang saya beli, saya sangat puas hati. Ada pula sekadar menjadi simpanan dalam cakera keras komputer saya.

Jika anda belum pernah beli ebook, dan mahu pertama kali membeli, pastikan anda ikuti panduan dan tips beli ebook secara online ini. In Sha Allah, setidak-tidaknya anda ada cara nak pilih ebook mana yang sesuai dibeli, dan mana yang tidak.

Tips Beli Ebook Online

Beli Ebook Yang Boleh Anda Hubungi Penulisnya

Periksa siapa penulis, lihat samada ada disediakan email, facebook untuk anda hubungi penulis ebook tersebut. Ia penting untuk anda rujuk penulis apabila ada kemuskilan dalam ebook yang anda baca. Anda boleh dapatkan support dan tanya macam-macam soalan. Jika ebook itu ada perkara ini, maka ia sebuah ebook yang layak dibeli!

Pilih Ebook Straight to the Point

Tidak macam buku biasa yang adakala meleret kerana mahu nampak tebal, ebook selalunya ditulis dalam ayat ringkas tetapi mudah difahami. Ia selalunya menampilkan topik-topik yang anda cari dan ingin baca. Ia straight to the point .... jika ebook tersebut ada ciri-ciri ini, maka ia layak untuk dibeli.

Ebook Itu Bantu Anda?

Pilih ebook yang boleh bantu anda. Apa yang anda ingin cari? Cari ebook yang saya katakan tadi - straight to the point. Pilih ebook yang berikan kaedah dan tatacara yang jelas dan lengkap yang membolehkan ia menyelesaikan masalah anda.

Keperluan Memiliki Ebook

Jika anda tidak ada keperluan untuk beli dan dapatkan ilmu yang ditawarkan, maka jangan beli sekarang tetapi .... jika ia dapat bantu anda di masa akan datang, maka beli cepat sebab selalunya ada harga tawaran dan bonus disediakan untuk pembeli awal. Jadi fikir masak-masak ... dan fikirkan akan keperluan masa akan datang.

Bolehkah Ilmu dan Info dalam Ebook Dapat Percuma?

Sekiranya ebook yang ditawarkan itu merupakan panduan, info dan ilmu yang boleh anda dapati secara percuma, maka abaikan. Mengapa membeli sesuatu yang boleh anda dapat hanya dengan carian Google atau Yahoo? Jangan bazirkan duit membeli ebook yang menampilkan informasi boleh dapat percuma. Tetapi, jika anda tidak ada masa untuk mencari, dan memikirkan bahawa masa itu lebih bernilai dari wang ringgit, maka mungkin pembelian itu diperlukan.

Eksklusif

Jangan beli sebuah ebook yang menampilkan info yang sama di tempat lain. Jika ada tawaran lain yang lebih menarik, maka gunakan kelebihan tawaran itu untuk mendapat lebih dari nilai. Sebuah ebook yang ada nilai eksklusif lebih nilai dalam infonya.

Penulis Praktikkan

Penting sekali anda memastikan bahawa penulis itu bukan syok sendiri. Perlu diperlihatkan bukti akan apa yang dilakukan itu benar berjaya dan membuahkan hasil. Penulis mesti praktikkan ilmu ebook tersebut dan tunjukkan hasil. Sekadar teori tidak memadai, perlu ada langkah, cara, tindakan, susulan dan sebagainya.



4 comments.. read them below or add one

msredcheesecake msredcheesecake February 12, 2014
dekat mana nak beli ebook yang bagus? sy tercari2 jugak... malaysia punya?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 12, 2014
Minta maaf banyak-banyak, susah nak jawab tu.Tapi selalu di Malaysia, ada dua rujukan yang boleh anda lihat - Ashadee dan KlikJer.com

Nak komen samada ebook mereka bagus, sussah juga sbb keperluan tidak sama. Pendapat saya mungkin lain, tapi tips di atas secara amnya boleh bantu buat keputusan.
Paly Paly February 12, 2014
kenal penulis ebook tu punyai bnyak kelebihan

Contest SEO Muslim Niaga

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.