Januari 2014 telah pun lama meninggalkan kita. Apa yang telah berlaku di awal Januari? Saya dapati rakyat Malaysia nampaknya ramai terhimpit, semua mencari jalan atas sesuatu masalah yang sedang belenggu. Ini nampak ketara apabila saya melihat entri-entri top 5 blog ini bagi Januari 2014. Rujukan dan statistik adalah bersandarkan Google Analytics.

Apakah dia 5 top post Januari 2014 yang bakal menunjukkan arah tuju pencari maklumat di enjin carian Google bagi tahun 2014?
5 Top Post Januari 2014 HASRULHASSAN.COM

5 Top Post Januari 2014 HASRULHASSAN.COM

Semak Keputusan Terima BR1M 3.0 2014

Entri mengenai cara menyemak samada status penerima BR1M 3.0. Entri ini sangat popular sehingga menyebabkan pihak BR1M sendiri menelefon saya untuk beberapa informasi yang perlu diperbetulkan. Entri ini ditulis awal Januari 2014.

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Sebuah entri mengenai permohonan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Entri ini telah mendapat lebih daripada 26 ribu LIKES Facebook dan telah ditulis pada bulan November 2013. Ia menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia masih lagi belum ada rumah sendiri.

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Entri terkait dengan entri semak keputusan BR1M. Entri ini ditulis pada Disember 2013. Masih ada yang tidak mampu untuk menggunakan portal BR1M itu sendiri dengan berkesan lalu merujuk entri ini sebagai panduan. 

Kalendar Takwim Hijriah 1435/1436

Antara entri yang saya suka terbitkan untuk membolehkan blog ada trafik berterusan. Sejak 2011, saya menggunakan entri yang sama - cuma tarikh terbitan ditukar. Ia antara carian paling popular dalam dua waktu, setiap akhir tahun Hijiriah, dan setiap akhir tahun Miladiah.

Cara Kemaskini Maklumat Bank e-BR1M 3.0

Sekali dirujuk, maka akan berkali-kali trafik mengenai kata kunci yang sama akan menyinggah di blog.
Ok, daripada contoh-contoh dan pendedahan saya berikan ini, ada nampak corak tertentu, dan sedikit sebanyak dah boleh tahu entri yang bagaimana akan dicari dan membolehkan blog terima trafik tinggi.

Satu lagi, anda boleh rancang dan fikirkan entri sesuai yang terkait dengan entri-entri popular yang mendapat hit tersebut, agar lebih banyak trafik blog dapat dijana.

5 top post Januari 2014 dari blog hasrulhassan.com bukanlah nak tunjuk poyo, tetapi nak bantu anda fikir buat entri yang boleh jana trafik tinggi untuk blog, tetapi dalam masa yang sama .... tidak tinggalkan niche blog anda. Informasi ... kandungan adalah penting. Pastikan ia berguna pada orang lain ... in Sha Allah.





6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau saya pula...tiap2 bulan, post yang samalah dalam carta. Sesekali buat juga post kata kunci popular tapi xboleh juga dpt trafik tinggi. Mungkin blog dah terlalu specifik dgn niche sehingga enjin carian kurang minat dgn entri xberkaitan kot...(xkuat SEO agaknya)
    Tetap bersyukur dgn trafik sekarang ni. Still maintain... :)

    BalasPadam
  2. kena alert...apa yang berlaku..dan terkini yang dicari...terima kasih hh..

    BalasPadam
  3. setuju dengan HH, entri yang memberi informasi memang selalu mendapat trafic berterusan. mcm saya ni, yg tak dapat selalu update blog, akan pilih utk update entri berbentuk informasi untuk maintain pengunjung ke blog dan mudahkan advertiser " yakin" dengan kekuatan blog..::)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement