5 Tips Pantas Blogger Buat Duit Menulis

Tips pantas blogger buat duit dengan menulis - Ramai blogger sudah semakin pandai dan bijak guna kesempatan dan kelebihan diri sendiri untuk buat duit dengan menulis. Namun, buat blogger baru .... anda mungkin masih tercari-cari jalan serta tips untuk menulis menghasilkan duit. Duit bukanlah segalanya, tetapi alangkah manis dan seronok andai buat duit menulis itu dapat direalisasikan dengan pantas!

Saya akan kongsikan tips pantas lagi segera untuk seorang blogger terutama yang baru dalam dunia blog Malaysia buat duit dengan menulis. Anda boleh tulis macam-macam perkara di dalam blog, tetapi penulisan bagaimana yang akan memberikan income atau pendapatan?

Ok, sebelum apa yang anda tulis itu menghasilkan duit, lihat 5 tips yang akan saya kongsikan ini.

5 Tips Pantas Blogger Buat Duit Menulis

5 Tips Pantas Blogger Buat Duit Menulis

Tips #1 - Bahasa Jelas dan Difahami Semua

Bahasa yang anda gunakan untuk menulis mestilah difahami oleh semua. Semua di sini bermaksud bukan sahaja pengunjung dan pembaca blog anda, tetapi juga robot enjin carian (SEO). Gunakan bahasa yang bukan seperti ini - yg, mmdang, dsb, ko, xtvt, itew, kiter ...

Tips #2 - Biar Jari Menulis Santai

Tulis sahaja apa maklumat dan informasi yang anda mahu kongsikan. Lupakan soal kesalahan ejaan pada awalnya. Selepas selesai menulis, barulah anda edit atau perbetulkan mana yang perlu. Biar jari-jemari anda lancar menulis mengikut hati dan akal anda untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.

Tips #3 - Cari Guru Menulis

Anda perlu tahu cara menulis yang boleh hasilkan income. Anda perlu tahu menggunakan ayat-ayat pemikat yang boleh membuatkan pengunjung memberikan wang mereka kepada anda. Ada banyak cara dan ayat menulis, dan ia berbeza teknik dan kaedah. Cara menulis iklan tidak sama dengan cara anda menulis advertorial. Cara menulis ayat di blog tidak sama dengan cara memikat pengunjung menerusi Facebook. Perlu ada guru.

Tips #4 - Wujudkan Geng Penulis

Penting kalau anda mahu menghasilkan sebuah penulisan yang berikan kebaikan dan kelebihan pada semua yang menulis perkara yang serupa. Katakan anda menulis mengenai Jobdirumah.com; anda saling rujuk dengan blogger lain yang juga tulis perkara yang sama. Kongsi kejayaan mereka, dan kongsikan penulisan mereka. Apabila ada geng penulis yang menulis perkara yang sama, mudahlah untuk anda menghasilkan sesuatu penulisan yang boleh datangkan duit dengan blog.

Tips #5 - Pilih Cara Menulis Dalam Blog

Dalam blog, ada banyak cara untuk menulis dapat duit. Anda boleh menulis sebaris kata atau ayat iklan samada diletakkan di dalam entri biasa, atau di sidebar blog anda. Anda boleh juga menulis advertorial di dalam blog anda, seperti pernah saya katakan dahulu, buat advertorial percuma untuk lihat kekuatan penulisan anda. Anda juga boleh menulis menggunakan teknik SEO Merah Jambu yang telah bantu blogger +Encik Titan jana income menerusi affiliate. Sebagai blogger juga, anda boleh kongsikan entri blog anda dan menulis ayat hasilkan duit menerusi Facebook.

... itulah 5 tips pantas untuk blogger buat duit dengan menulis. Tips ini adalah olahan saya sendiri berdasarkan sebuah ebook Rahsia Penulis oleh Aqif Azizan.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Mas Zull Mas Zull February 17, 2014
assalamualaikum hh...satu info yg baik utk semua blogger...:)
Abe Kie Abe Kie February 17, 2014
salam. thanks for the tips..
Ping Merah Ping Merah February 17, 2014
Tips yang tip top, well done TQ
Kenit Cinonet Kenit Cinonet February 17, 2014
terima kasih atas perkongsiannya. Kena lebih usaha untuk masa depan yg cerah :D
Wafi Remli Wafi Remli February 18, 2014
Belum cuba belum tahu...
Jefry Ismail Jefry Ismail February 18, 2014
Tq bro, mudah mudahan berTambah keberkatan rezeki
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad February 18, 2014
Mudahnya menjana wang jika bijak kan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 18, 2014
Terima kasih banyak-banyak
Kelmarin Itu Kelmarin Itu August 08, 2014
izinkan saya share ini info.boleh?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 09, 2014
Memang untuk dikongsikan, anda boleh ambil artikel ini tanpa perlu izin saya pun .. hanya berterima kasih pada ALLAH S.W.T yang detikkan hati anda untuk jumpa entri ini. Jazakallah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.