Langkau ke kandungan utama

Tempa Kejayaan Sebagai Blogger Tahun 2013

Selamat Tahun Baru 2014. Azam? Hmm ... setiap tahun akan ada daripada kita tetapkan azam baru. Mungkin 2014 ini tetapkan azam duniawi. Manakala 1435H tetapkan azam untuk capai kejayaan akhirat. Itu cara sesetengah orang dan pendapat mereka. Bagi saya pula, azam memang perlu ada, malah diperbaharui dari bulan ke bulan, tak perlu tunggu setahun berakhir.

Bercakap soal azam, apa pula pencapaian yang dah berjaya dicapai pada tahun 2013? Azam diibaratkan sebagai matlamat, visi dan misi. Dan dalam bab ini, melalui media blog; saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai kejayaan yang dah saya tempa sebagai blogger sepenuh masa sepanjang 2013.

Erkkk ... bukan nak menunjuk-nunjuk, oh tidak ... ini adalah sekadar check-list, adakah usaha dan kerja yang selama ini dibuat membuahkan hasil. Nanti, akan ada yang persoal pula ... manalah tahu kot ada yang nak dengki dan khianat serta tak puas hati.

Antara kejayaan kecil yang telah berjaya saya lakukan. Tak banyak, tapi alhamdulillah, saya syukur dan redha atas kemampuan yang ada.
  • Blog berjaya jadi top 3 favourite educational blog dalam MSMW 2013.
  • Capai pageviews 5 juta secara total; iaitu sejuta dalam masa kurang setahun.
  • Capai lebih 4 ribu Likes untuk page blog ini.
  • Berjaya dapat income menerusi advertorial lebih daripada RM500.
  • Berjaya buat jualan menerusi affiliate lebih daripada RM500.
  • Berjaya menghasilkan entri yang viral di Facebook - lebih 20K Likes untuk informasi yang dikongsikan.
  • Berjaya bantu blogger baru naik dan dapat income pertama mereka menerusi blog.
  • Berjaya dapatkan t shirt sendiri yang ada www.hasrulhassan.com 
  • Berjaya menang hadiah lumayan - iPad Mini hasil daripada penulisan kreatif seorang blogger.
  • Berjaya menjadikan blog ini sebagai salah satu panduan berguna untuk blogger blogspot Malaysia.
  • Berjaya bantu orang lain buat blog - lebih 5 blog baru saya hasilkan untuk orang lain.
  • Berjaya hasilkan entri dengan lebih 100K pageviews.
  • Buktikan bahawa blog boleh jana pendapatan.
  • Buktikan blog ini mampu berada di ranking Alexa terbaik (bawah 200) - pernah berada pada ranking Alexa 180.
  • Berjaya menjadikan blog ini antara paling berpengaruh menerusi Domain Authority dan Page Authority.
Dan kejayaan ini sebenarnya bukan milik saya seorang. Ianya adalah kerana anda sebagai pembaca setia dan pengunjung yang sering singgah dan memberikan impak positif pada blog ini. Kalau tidak kerana anda, blog ini takkan ke mana-mana.

Saya akui, saya bukanlah blogger terkenal dan popular. Saya hanya blogger seperti anda yang mungkin bernasib lebih baik atas usaha yang telah dilakukan. Saya percaya, ramai blogger yang jauh lebih hebat dan lebih baik kejayaannya dari saya dan blog ini.

Apa yang saya paparkan ini adalah atas kehendak Allah S.W.T dan saya bersyukur kerana peluang dan kesempatan diberikan, serta anugerah dan rezeki yang telah dilempahkan.

Semua orang boleh berjaya. Blogger seperti anda juga boleh berjaya. Jika bukan tahun 2013, mungkin 2014 akan jadi milik anda.

Penting untuk tempa kejayaan ialah dengan mencari ilmu. Carilah ilmu - amalkan dan praktik sehingga berjaya. Langkah kecil takkan nampak gagah kalau ia tidak dibahukan dengan pengetahuan serta pedoman.

Salam tahun baru 2014.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Terima kasih kerana terus berikan sokongan kepada blog ini.

      Padam
  2. Congratulations for your achievements. Keep going!

    BalasPadam
  3. terbaik bro semoga terus maju

    BalasPadam
  4. wah...satu pencapainya yg buatkan gua jeles...huhu..tapi tak per..ianya memberi motivasi kepad blogger lain seperti saya..

    Tahniah blogger Hasrul Hassan..

    BalasPadam
  5. Betul2x....

    In Syaa Allah... Rahmat & Rezeki Allah Swt itu luas bagi hambaNya yang sering mencari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, terima kasih. Walaupun kadangkala saya 'down' tetapi kerana komen2 membina dan sokongan dari anda semua, buat saya 'segar; semula.

      Padam
  6. Balasan
    1. Zamani juga sumber inspirasi saya.

      Padam
  7. wah,hebatnya HH... tahun ni semoga lebih byk kejayaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, moga kejayaan juga untuk adan dalam dunia blog.

      Padam
  8. Tahniah HH memang hebat..Semoga terus success ya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda pun hebat dalam bisnes online anda Raudzah .. :) heeee....

      Padam
  9. tahniah tuan.. semoga terus berkongsi, memberi inspirasi, kaya dan berjaya dunia akhirat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SYudaha kerana menjadi pembaca dan pengunjung setia blog ini.

      Padam
  10. kagummmm.. tahniah sifu HH.. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …