Memancing adalah salah satu hobi saya. Dan dalam penghujung bulan Januari dan awal Februari, selalunya saya akan habiskan masa di tepian Sungai Kerian, di Parit Buntar atau Nibong Tebal untuk memancing Udang Galah. Udang Galah memang sinonim dengan Sungai Kerian, selain dari Arowana. Dan saya ingin satu teknik menarik mengenai mengumpan udang .... yang ada kaitan dengan meraih trafik untuk blog anda.

Jika anda seorang kaki pancing Udang Galah, rasanya boleh tangkap apa yang saya cuba nak sampaikan. Ini bukan hikmat baling bom atau menuba ntah apa-apa, ini merupakan teknik mengumpan Udang Galah supaya tidak kecewa dengan pancingan.

Teknik Mengumpan Udang Galah

Saya ceritakan dulu tips atau petua untuk memancing Udang Galah. Pertama sekali, seorang pemancing Udang Galah memerlukan lebih daripada satu joran (pancing). Paling baik ialah 5 batang pancing. Ini adalah kerana untuk meningkatkan kebarangkali umpan pancing dimakan Udang Galah. Udang Galah cara makannya berdikit-dikit, tak macam ikan yang suka main rembat dan boleh terkena mata kail sekali sentap.
Teknik Mengumpan Udang Galah Raih Trafik Tinggi
Saya pernah tengok seorang pakar memancing Udang Galah menggunakan hampir 15 batang joran dalam satu-satu masa, dan hasilnya dia mendapat lebih 10 ekor sepit biru hanya dalam masa 2 jam! ... Saya ... dengan lima batang jorang, mampu dapat seekor sahaja dalam masa 3 jam ... nampak tak keberkesanannnya?

Salah satu teknik dalam umpan Udang Galah ialah anda perlu berikan habuan percuma ... iaitu tabur belacan atau hampas kelapa. Ia dilakukan 10-20 minit sebelum anda membaling pancing. Namun, teknik ni jarang orang guna sebab dah menggian nak menaikkan udang, sampai teknik ini ramai yang skip.

Teknik 'Umpan Udang Galah' Untuk Dapatkan Trafik Tinggi Bagi Blog

Ok, apa kaitan dengan blog?

Lihat kata-kata untuk teknik mengumpan udang galah tadi ... apakah dia?

Batang joran mesti banyak, dan umpan boleh dipelbagaikan. Lakukan serentak. Berikan teaser untuk Udang Galah datang serbu tempat memancing.

Faham? Boleh lakukan menerusi blog anda tak?

Pelbagaikan sumber trafik blog anda. Gunakan Facebook, Twitter, Laman Ping, Instagram, Email dan sebagainya untuk meraih trafik tinggi bagi blog anda - ini teknik batang joran tadi.

Pelbagaikan teknik menarik pembaca dengan menggunakan ayat-ayat berbeza, jadi kena rajin sedikit, jangan asyik copy-paste ayat sama je ... - ini teknik pelbagaikan umpan.

Guna gambar untuk umpan pelawat di laman sosial untuk klik ke entri blog anda ....- ini teknik teaser .. anda berikan sesuatu yang disukai oleh ramai orang.

Amacam? Sudah jelas? Boleh faham? Sekarang, cuba praktikkan untuk blog anda?


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaiklah panduan Bro HH. Layak jadi sifu untuk saya yang masih baru nak belajar nak dapatkan udang galah biru.. :-) Terima kasih Bro HH. Kena guna banyak joran dan umpan mesti baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... adeh.... saya bukan sifu udang galah ... tapi saya belajar tu dari sifu .. :P

      Padam
    2. hahaha..kena buat macam bro cakap. baru dapat "udang" banyak-banyak. saya baru nak belajar semua ini. Banyak joran tapi umpan tak sempat letak..kikiki..

      Padam
  2. Husband saya tak berapa bernasib baik mancing udang galah, tapi dia sangat suka. Memancing di Sungai Belat, Kuantan. Rupa2nya dia tak tau teknik umpan. Belacan tu harus di ramas dulu kan..? Berapa banyak yer? Hampas kelapa pula, perlu yang fresh kan...Perlu di sangai tak hampas kelapa tu untuk dia berbau wangi..?

    BalasPadam
  3. Ok, malas nak faham.... gua tetap nak mancing udang.. Dah lama x memancing udang.

    Selalunya tengah malam turun sungai.. senja esok baru naik darat he..23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  4. rupannya HH kaki pancing udang galah juga. nanti boleh jadi sifu jugak bab memancing ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement