Langkau ke kandungan utama

SirapLimau.com Bacaan Untuk Dewasa 18sx

Sebuah blog baru? SirapLimau.com sebuah blog untuk bacaan mereka yang telah dewasa, yang sudah matang melepasi usia 18 tahun, itu telahan pertama saya bila singgah di blog dengan tagline Segar Lagi Menyegarkan ini. Itu pandangan pertama .... belum boleh buat kesimpulan menyeluruh. Nak tahu? Anda perlu baca entri ini dari awal sampai habis. Dan kenapa, saya cap blog ini untuk bacaan dewasa 18 tahun!

SirapLimau.com Bacaan Untuk Dewasa 18sx

Sebagai seorang abah, pastinya blog ini tiada sebarang masalah untuk saya membacanya. Saya boleh baca dari A sampai Z tanpa rasa geli geleman atau garu kepala. Ia sebuah blog yang ada ciri ilmiah, dan ada tajuk-tajuk entri yang membuatkan si pembaca terfikir dan memikir. Ia pembacaan untuk mereka yang serius soal rumahtangga bahagia.
SirapLimau.com Bacaan Untuk Dewasa 18sx

SirapLimau.com Kongsi Cerita dan Pengalaman

SirapLimau.com ada kelainannya tersendiri. Apabila saya susuri entri-entri yang ada, nyata kebanyakkan entri adalah entri pendek bersifat persoalan dan pertanyaan. Ia sebuah blog yang mahukan komunikasi dua hala, ia sebuah blog yang membenarkan pendapat diluahkan, ia sebuah blog untuk berkongsi pengalaman dan cerita - dan semuanya berlegar soal rumahtangga.

Dalam keadaan semasa ... di zaman serba canggih ini, ramai pasangan yang keliru mengenai perhubungan. Ada yang seperti tidak tahu adakah apa yang mereka lakukan sekarang boleh memberikan kebahagiaan pada diri, suami, isteri, serta anak-anak. Masih ada yang samar mengenai beberapa isu dalam rumahtangga, masih ada yang serba salah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri mahupun suami.

Jadinya, kalau jenguk entri-entri dalam SirapLimau.com ini, ada jawapan yang boleh anda cari mengenai perhubungan dan kebahagian pasangan suami isteri.
SirapLimau.com Bacaan Untuk Dewasa 18sx

SirapLimau.com Informasi Buat Ibu dan Bapa

Oppss .. ada lagi mengenai SirapLimau.com. Perihal anak-anak juga ada dalam blog ini. Walaupun tak banyak tapi ada yang sangat berinformasi yang buat anda tertanya ... "ohh inikah caranya" ...

Bacaan Dewasa 18 Tahun?

Oh ya, tadi saya kata untuk bacaan dewasa 18 tahun kan? Sebabnya ialah ia sebuah blog dengan barisan entri-entri berat. Kalau anak-anak bawah 18 atau remaja hingusan, mungkin tak selayak akal mereka untuk membaca. Namun, tidak dinafikan, ilmu tidak kira usia .... cuma kena pastikan entri tertulis tidak menjadi mudarat kepada yang kurang arif mengenainya. Mesti ada sikap berhati-hati sebab jika entri berada dalam SERP semua boleh jadi bikin punya ...

Leleh

Satu saya tak gemar mengenai blog ini ialah entrinya pendek sangat. Bukan apa, dah leleh membaca tetiba dah habis ... macam kita tengok citer bersiri kat TV .. ... bukan nak bagi sambungan cerita, hanya dibuat entri yang benar-benar tergantung sampaikan saya jadi keliru apa perlu buat selepas itu ...

Ini sekadar pendapat biasa, tak ada unsur ilmiah pun. Saya review blog SirapLimau.com atas kemampuan terhad, mungkin ada yang tak betul ... dan persepsi saya tak sama dengan penulis blog. Apa kata anda pula? Jika nak review dan berikan pendapat dan langsung boleh menang hadiah tunai sehingga RM600 .... maka cepat-cepat tulis entri mengenai Review SirapLimau.com.

Saya dah buat ni - Penyertaan

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. bolehlah cuba2 menerjah tengok apa yang ada... setakat baca jerlah kot... ha ha ha

    BalasPadam
  2. DAH PERNAH TERJAH BLOG NIE..HUHU

    BalasPadam
  3. oh gud luck bro. bro pula bila nak buat segmen review blog
    nak sangat review dari bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nantila Momoy ... kena tgk masa gak nak buat tu ...

      Padam
  4. Otai dah masuk...nampaknya semakin tertutuplah pintu kemenangan...hehe
    Semoga HH berjaya!

    BalasPadam
  5. good luck
    ramai juga yg join kontes ni nampaknya :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …