Langkau ke kandungan utama

Semak Keputusan Terima BR1M 3.0

Adakah anda salah seorang pemohon untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 atau BR1M 3.0? Jika ya, bolehlah cuba semak samada anda layak atau tidak terima BR1M 3.0. Tetapi, nak semak kenalah daftar .. ye tak? Kalau tak daftar bagaimana nak tahu keputusan dapat BR1M atau tidak?
Semak Keputusan Terima BR1M 3.0
Pendaftaran BR1M boleh anda lihat di sini - Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Masih ada masa untuk mendaftar, kalau tidak silap saya, permohonan dibuka sehingga hujung Januari 2014. Lepas tu ... daftar kosong je la ...

Cara Semak Keputusan Terima BR1M 3.0

Jika dah daftar, tentu nak tahu samada permohonan diterima atau tidak. Untuk itu, ada dua cara untuk semak keputusan terima BR1M 2014 ini.

Talian 1-800-88-2716

Anda boleh cuba menelefon talian telefon diberikan yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja sahaja. Jadi, talian tersebut hanya boleh anda dail untuk semak keputusan BR1M dari Isnin sehingga Jumaat sahaja.

Email BR1M

Satu lagi cara ialah dengan menghantar email ke alamat email berikut:
  • br1m2@treasury.gov.my
Anda perlu nyatakan nama serta nombor kad pengenalan dalam email anda tersebut.

Semak Mulai Februari 2014

Oh ya, anda hanya boleh semak penerimaan BR1M 2014 ini mulai Februari 2014. Kalau buat sekarang, memang tak dilayan la sebab masih dalam proses semakan oleh pihak berkaitan. Buat mereka yang mahu menyemak menggunakan email yang tertera di atas, pastikan anda ada kesabaran sedikit. Ini adalah kerana kemungkinan jawapan menerusi email akan ambil masa, paling kurang pun dalam 2-3 hari.

Untuk BR1M 3.0 kali ini, penerima akan menerima bantuan kewangan yang dimaksudkan terus ke akaun bank. Jadi, penting buat mereka yang sebelum ini telahpun mendaftar dalam BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 memaklumkan akan akaun bank mereka.

Bayaran BR1M 3.0 hanya akan dilakukan mulai Februari 2013.

Hanya akaun bank milik individu sahaja dibenarkan. Akaun bank ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan. Jadi, kalau tiada akaun bank, sila buka sebuah akaun simpanan baru bagi melancarkan pemberian BR1M 3.0 kali ini.

Panduan mengisi borang BR1M 3.0 ada disediakan oleh pihak LHDN. Anda boleh muat turun untuk semak samada anda telah isi borang tersebut dengan betul di sini - Panduan Isi Borang Online BR1M 3.0 atau boleh baca entri ini - Cara Kemaskini Maklumat Bank, Isi Rumah dan Status Perkahwinan BR1M 2014

Klik sini untuk semakan BR1M 2015

Update
p.s: Entri ini telah disemak oleh pihak pejabat BRIM 3.0 dan mana-mana informasi berkaitan sebelum ini yang tidak benar telahpun dikeluarkan. Harap kepada mana-mana blogger atau blog yang menggunakan sumber entri ini supaya dapat melakukan pembetulan yang perlu.


Komen

  1. wah dah boleh mula semak yer??? bolehlah saya semak untuk ibu saya... terima kasih abang hh for the info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan 2 nanti .. bukan sekarang ehhh ..

      Padam
  2. Wah tajuk seo nie hahahahaa..terkejut gak dkna sbb setahu dkna bln feb 2014 baru boleh buat semakan... hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semakan boleh dilakukan bermula bulan 2 ...

      Padam
  3. thanks for the info...nanti nak semak jugak..

    BalasPadam
  4. thanks for the info....

    BalasPadam
  5. trima kasih atas info :-)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Semakan boleh dilakukan pada bulan Februari 2014 yer ..

      Padam
  7. terpedaya jugak! baru nak cek status dpt ke x..huhu

    BalasPadam
  8. kalau cara manual mcm sebelum ni mmg x dpt ke?msti pkai bank jga?

    BalasPadam
  9. Ni sape pya kerja bodoh sebar berita palsu yg ntah pape ni?? Dr mana dpt berita mengarut semua ni?? Pendaftran masih dibuka hinga end of this month. Utk mengetahui kelayakan sm ada lulus ke tak..itu mungkin hjg bln mac. Jns sebar berita mengarut gini,apa tujuan sbnrnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehem .. siapa kata pendafatran ditutup??? Baca tak sampai habis tuan?

      Semakan boleh dilakukan pada Februari 2014 kerana masa tu pemberian sudah diberikan, sila semak di laman web LHDN - ada dinyatakan pemberian dilakukan mulai Februari 2014.

      Padam
  10. ok bang tq dah share kat blog sy juga

    BalasPadam
  11. Tak lama dah nak bulan dua. hehe

    BalasPadam
  12. oo. Boleh semak ye.
    terima kasih.

    BalasPadam
  13. TERIMA KASIH HH.untuk info ni..

    BalasPadam
  14. terima kasih untuk info di atas.

    BalasPadam
  15. Terima kasih untuk info ni HH

    BalasPadam
  16. tapi masih tidak boleh semak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.