Masalah blog berat bukan perkara baru. Ramai blogger yang alami masalah ini, terutama apabila blog mempunyai banyak widget serta perletakkan gambar. Walaupun ada blog yang telah dilengkapi dengan tools tertentu untuk membolehkan blog cepat segera dipaparkan, namun ada ketika masalah capaian kepada script sesuatu widget atau gajet blog menjadi masalah.

Jadi bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Ringankan Blog Dengan Menyatukan Kod Script

Sebelum itu, anda kena lihat dan tahu di mana script (java script) itu dicapai. Untuk mengetahuinya, anda perlu semak setiap rangka dalam blog anda, termasuklah bahagian HTML utama blogspot anda. Apabila sudah mengetahuinya, barulah anda dapat cari dan dapatkan kod-kod HTML javascript tersebut. Ia perlu supaya anda boleh letakkan ia di dalam satu fail, dan kemudian dicapai hanya dengan sekali capaian.

Banyak Widget Luar, Maka Banyak Javascript

Kebiasaannya, sebuah blog itu ada banyak javascript seandainya ada banyak widget; terutama jika widget blogspot tersebut merupakan dari sumber luar dan bukan daripada Google atau blogger.com. Sebagai contoh; widget Popular Post adalah widget asas yang ada di dalam blogspot, jadi ia sumber dalaman; maka ia tidak menjadi masalah untuk blog anda. Berbeza dengan widget Papar Entri Berdasarkan Komen contohnya; widget tersebut akan melaksanakan arahan untuk capai fail javascript dari luar.

Cuba lihat kod HTML di bawah ini yang merupakan sebahagian daripada widget paparan terkini.
Bahagian biru yang saya paparkan di atas merupakan capaian ke sebuah fail javascript. Ia dicapai setiap kali blog anda dibuka oleh pengunjung. Seandainya lokasi tersebut merupakan lokasi simpanan fail yang tidak dicapai ramai orang, jadi ia bukan satu masalah. Masalah akan timbul bila banyak blog menggunakan script yang sama.... ini akan mengakibatkan blog anda jadi lambat.

Bagaimana Nak Cepatkan Loading Blog?

Salah satu cara yang pernah saya beritahu ialah dengan salin kod javascript tersebut dan letakkan ia ke satu storan maya (hosting) supaya fail tersebut hanya anda sahaja menggunakannya. Anda boleh baca di sini - Cara Simpan Kod HTML Javascript Sendiri

Dan cara kedua yang boleh anda cuba ialah dengan cari semua kod HTML dan salin tampal dalam satu fail. Kaedah penyatuan kod HTML javascript ini akan membolehkan blog anda hanya capai satu fail untuk kesemua widget yang menggunakan javascript. Cara dan kaedah adalah sama seperti yang diceritakan dalam kaedah pertama tadi cuma bezanya ialah ... anda salin semua kod-kod HTML javascript lain dan masukkan dalam satu fail sahaja.

Fail javascript yang telah anda satukan dan letakkan di storan sendiri perlu dicapai sekali sahaja. Untuk itu, anda perlu letakkan arahan supaya blog capai fail tersebut - anda perlu letakkan arahan capaian script tersebut di bahagian HTML blogspot anda, hanya letakkan capaian kepada sumber fail tadi sahaja. Selalunya diletakkan selepas body tag blogspot anda.

Ok. Selamat mencuba ye.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

10 Komen

Terima kasih HH atas perkongsian ilmu..insyallah akan dipraktikan...

Reply

Good Info... thank you bro hasrul.. :D

Reply

masih belajar lagi tentang script2 ni :)

Reply

info yg menarik lagi thank bro....

Reply

Assalam
Terima kasih Tuan HasrulHassan. Perkongsian ilmu yang di perlukan.

Reply

Blog saya takde lah lambat...tapi bab coding2 ni, saya kena belajar banyak lagi...

Reply

bab kod2 ni memang belum faham sangat,thanks info ni.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.