Negara kita boleh dikatakan mewah juga. Kenapa saya kata begitu? Sebab bila anda lihat atas jalanraya, anda boleh lihat banyak kereta mewah. Bila anda ke bandaraya, anda akan nampak hotel mewah dan tempat beli belah yang mewah-mewah. Malah, banyak restoran juga yang mewah-mewah. Ini tempat orang-orang yang mewah.

Nurkhatijah dan Nursyafiqah - Kisah Yuran Duit Syilling

Tapi di sebalik kemewahan yang dilihat sana-sini, masih ada golongan yang hidupnya sangat perit. Bak kata pepatah lama, Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Begitulah halnya dengan dua anak sekolah kecil bernama Nurkhatijah dan Nursyafiqah. Apatah lagi saya sebagai Abah kepada 3 anak, memang sayu baca kisah anak-anak ini.

Adik Nurkhatijah dan Nursyafiqah
Kisah mereka menjadi perhatian ramai blogger Malaysia apabila dikongsikan oleh rakan blogger yang prihatin iaitu +Zunairah Abdul Ghani. Anda boleh baca kisah berepisod yang telah disediakan oleh beliau.

Kisah bayar yuran dengan duit syilling menjadi antara paparan yang banyak dikongsikan di Facebook.
Sesungguhnya kita yang mungkin lebih selesa hidup patut kembali melihat dunia sekeliling. Dalam kita merungut mengenai masalah kita, ada orang lain yang nak makan sesenduk nasi pun susah, apatah lagi nasi yang ada lauk ikan goreng.

Yang menjadikan kisah ini satu yang patut diambil iktibar ialah mengenai usaha datuk kepada Nurkhatijah yang cuba mengumpul duit untuk yuran sekolah sebanyak RM64.00. Kasih seorang datuk kepada cucunya dalam memastikan mendapat pendidikan sempurna. Walaupun miskin daif, tapi masih berusaha melakukan sesuatu yang mungkin kebanyakkan orang sukar nak buat.

RM64.00 untuk yuran sekolah? Itu yuran di Kuala Lumpur, di tempat lain mungkin berbeza, macam anak saya di sini, yuran sekolah adalah sebanyak RM48.00 bagi darjah 4 dan sebanyak RM110.00 bagi anak yang Prasekolah.

Blogger dan Ustazah yang Prihatin

Menurut apa yang saya fahami, dua anak yatim ini memerlukan bantuan untuk keperluan seharian dan persekolahan. Dan alhamdulillah, mereka berdua sudah mendapat pembelaan sewajarnya. Ini semua adalah usaha banyak pihak yang telah dimulakan oleh rakan blogger +Zunairah Abdul Ghani menerusi blognya - http://zunairahghani.blogspot.com/

Ia juga hasil usaha Ustazah Khatijah bt Alang Abdul Syukur yang menyelia bantuan yang didermakan oleh mereka yang prihatin kepada dua anak-anak ini. Untuk info, kedua anak sekolah ini bersekolah di Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang, Selangor.
Nurkhatijah dan Nursyafiqah beli belah hasil bantuan orang ramai
Adik Nursyafiqah dan Nurkhatijah Beli Belah Hasil Derma Orang Ramai, diselia oleh Ustazah Khatijah

Jika anda punyai kelebihan, bolehlah bantu mana yang boleh. Semua detail boleh anda rujuk entri di blog Pn Zunairah atau terus sahaja ke episod akhir kisah Nurkhatijah dan Nursyafiqah di sini - Episod Akhir Kisah Yuran Dari Duit Syilling

Terima kasih pada Pn Zunairah kerana menjadi blogger prihatin lagi bertanggungjawab. Semoga apa yang Puan lakukan ini akan menerima redha dari Allah S.W.T, in Sha Allah.

p.s: Buat rakan blogger yang ada kisah seperti ini yang mahu dikongsikan, sila mesej saya samada di Facebook atau email terus ke blogger.hasrulhassan@gmail.com


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kita tengok banyak kereta mewah menjalar atas jalan, banyak hotel berbintang2 didirikan. tapi pada masa yang sama ada lagi rakyat yang hidupnya sangat perit. pada saya, ini menunjukkan jurang antara yang kaya dengan miskin makin lebar. yang sederhana makin berkurang.

    kalau dah kaya, memang tak ingat dunia. kalau dah miskin pulak sampai ikat perut dengan tali rafia! itu la apa yang saya gambarkan akan berlaku pada masa depan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal ... ada setengah kaya nak mampos .. ada tu miskin papa kedana ..jurannya amat jelas.

      Padam
  2. terasa sebak membaca kisah ini......

    BalasPadam
  3. nie la org kalau dah niat nak belajar sanggup ja bt apapun harap diorg berjaya dlm hidup amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Semoga anak-anak ini akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.

      Padam
  4. rasa segan pulak bila ada orang yang susah tapi masih berusaha berbanding diri sendiri yang ada kehidupan yang lebih baik tapi masih merungut..

    BalasPadam
  5. Assalam
    Kisah yang mendidik orang kaya

    BalasPadam
  6. Gua dulu, zaman sekolah.. bayar yuran secara ansuran.

    Ada cikgu marah kenapa bayar yuran lambat. Gua sound cikgu tue balik.. memang terkedu cikgu itu.

    Dalam hidup gua, hanya ada beberapa cikgu sahaja yang gua respek dan gua rasa dorang memang layak jadi cikgu dan pendidik kami.

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua lak ..tunggu biasiswa masuk .... jadi gi sekolah tak risau pasal yuran sbb ditanggung kerajaan masa tu ...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement