Permohonan Online Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM

Saya pasti ada di antara kita termasuklah adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan mahupun sesiapa yang kita kenali yang mungkin tidak bernasib baik dengan kita - yang hadapi kesukaran untuk memulakan persekolahan bagi anak-anak. Maka, saya ingin kongsikan informasi ini iaitu berkaitan dengan permohonan online skim bantuan persekolahan bagi anak-anak di tahun 2014 ini yang dibiayai oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM).
Permohonan Online Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM

Permohonan Online Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM 2014

Untuk info, Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana.
Permohonan Online Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM
Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Skim Bantuan Persekolahan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-

Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP - R)

SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Meraka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka.
Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM di Sek Sri Damansara

Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP - M)

SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00 untuk menampung keperluan persekolahan mereka.

Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP - I)

SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran di samping bagi membantu pelajar miskin dalam menampung perbelanjaan persekolahan mereka.
bantuan pendidikan pelajar miskin ypm
Bantuan akan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara "one-off".

Kepada yang mungkin mahu membuat permohonan, saya syorkan anda lihat dahulu beberapa syaray yang perlu dipatuhi. Kalau tak ikut syarat ni, maka anda dianggap tidak layak untuk memohon.

Kelayakan atau Syarat Memohon

  • Bumiputera warganegara Malaysia; 
  • Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia; 
  • Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak; 
  • Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM. 
Ok. Dah faham? Sekarang anda bolehlah muat turun borang yang telah disediakan secara online di pautan ini - Borang Permohonan Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM

Muat Turun Borang Berkaitan Skim Bantuan Persekolahan

Selain borang utama di atas, anda yang ingin memohon perlu juga muat turun dua borang berikut:
Fahami dan ikuti langkah dan arahan yang disediakan supaya permohonan anda akan diterima oleh pihak YPM.

Permohonan terbuka sepanjang tahun, jadi anda boleh mohon bila-bila masa, tetapi seeloknya lakukan sekarang semasa harga barang masih lagi belum melonjak naik. Dapatkan bantuan yang telah disediakan untuk kemudahan anak-anak.

Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :

Alamat Yayasan Pelajaran MARA

Seksyen Bantuan Persekolahan, Yayasan Pelajaran MARA, Tingkat 18, Menara MARA No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.

Semoga bermanfaat. Mohon anda untuk kongsi informasi ini menerusi FB, Twitter mahupun Google+.

2 comments.. read them below or add one

Lulu Caldina Lulu Caldina January 03, 2014
tq HH untuk info berguna ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.