Langkau ke kandungan utama

Maira Genap 4 Tahun

Wah, dah empat tahun anak saya yang sorang ni. Selamat hari lahir, Haseena Humaira (Si Cantik Berpipi Merah), anak abah yang memang manja dengan saya.

Anak bongsu saya ni lahir di Taiping, ketika isteri saya ditugaskan berkhidmat di sana. Ketika itu, saya dan 2 orang anak lelaki saya berulang-alik dari Taiping ke Parit Buntar setiap hari, memandangkan anak sulong bertadika di Tadika Islam Perak, Parit Buntar dan anak kedua saya pula sudah ada penjaganya sendiri.

4 Tahun Yang Singkat

Maira seorang anak yang manja, biasalah bila jadi anak bongsu dalam keluarga. Sifat dia yang suka berkawan, dan mudah mesra menjadikan dia seorang anak yang lincah, ligat dan cerdik. Apatah lagi apabila ada dua orang abang yang menjadi pembimbing rakan sebaya :).
Maira Genap 4 Tahun
Maira memiliki sifat dua abangnya. Cerdik, bijak dan mudah menghafal seperti abang sulongnya. Banyak 'akal' dan kuat merajuk seperti si angah. Maira menjadi bintang buat Atuk (sebelah isteri) dan Opah (sebelah saya). Antara cucu yang ambil berat hal orang lain dan seorang yang penyanyang.
Maira Genap 4 Tahun
Maira juga seorang yang suka minta maaf dan pemaaf - antara sifat yang ramai pak dan mak saudara dia suka. Setiap kali dia buat salah, dia akan minta maaf dan seandainya kita terbuat salah pada dia, dengan mudahnya dia akan memaafkan. Ucapan terima kasih dan maaf (i'm sorry) adalah dua perkataan yang sering diucap sejak dia berumur 2 tahun lebih lagi.


Dia suka bersekolah, saya tak ada masalah nak hantar dia ke sekolah Tadika Islam Perak dalam usia 4 tahun. Malah, dia sendiri yang menawarkan diri untuk bersekolah, setelah melihat abang-abangnya berseronok dan belajar macam-macam perkara.

Selamat Hari Lahir Haseena Humaira

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada saya dan isteri anak yang menjadi bangga dan kesayangan semua orang. Semoga dengan genap 4 tahun usianya, akan dipanjangkan umurnya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat; dan agar kelak menjadi seorang anak dan wanita solehah yang disegani dunia dan akhirat atas agama, bangsa dan negara; in Sha Allah.
Maira Genap 4 Tahun
Ultraman - Karektor yang disukai
Kisah kelahiran Haseena Humaira pernah saya paparkan menerusi 3 entri berepisod di sini - Menanti Kelahiran si Puteri Kesayangan

Sempena birthday Haseena Humaira, sempat juga isteri saya menyediakan kek khas .. yang ada Marshmallow malam tadi.
Kek buatan dan air tangan si Mama untuk Maira


Komen

  1. Selamat hari lahir kpd maira...dan tahniah kepada kedua ibu bapanya..semoga maira menjadi anak yang solehah..

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Lahir Maira. Semoga menjadi anak yang baik.

    BalasPadam
  3. nama Si pipi merah memang manja orgnya begitu juga ank gadis saya. selamat hari lahir anqk abah.. Kerap ke Parit Buntar kah? ..bila2 blk kampung sy boleh hallo..

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Lahir Humeira. Moga jadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu dan ayah. Dan moga berjaya dunia dan akhirat. Amiinn.

    BalasPadam
  5. Happy bithday Maira!! Stay cute selalu dan membesar dengan sihat. Amin

    BalasPadam
  6. Wahhh dah masuk umur 4 tahun pun dia..tak lama lagi leh la pergi sekolah pulak..hehe

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir buat Maira. jadi anak yang solehah gembirakan hati ibu dan ayah.

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Lahir si comel Haseena Humaira..moga jadi anak yang berguna kepada masyarakat dan agama...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. selamat menyambut hari lahir kpd Haseena.. semoga sentiasa ceria.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.