Logo Halal Satu Kemestian?

Heboh lagi mengenai produk yang tiada logo halal. Rasanya ini bukan kes atau isu pertama kali dibangkitkan. Logo halal ini bagi saya bukan satu kemestian, tetapi perlu ada untuk meyakinkan pembeli bahawa produk itu bersih dan suci dari sudut pandangan syarak.

Logo Halal Satu Kemestian?

Kalau ia jadi satu kemestian, payahlah kedai-kedai makan serta premis perniagaan berasaskan makanan untuk maju. Bukan apa, proses nak dapatkan lesen letak logo halal ni bukan ambil masa yang singkat. Paling kurang pun akan ambil masa beberapa bulan. Kedai atau restoran tiada logo halal - jangan masuk dan jangan beli .... mau ramai tutup kedai!

Tapi, andai ada logo halal Jakim yang sah, memang oklah sangat. Ia akan hilangkan keraguan pengguna mengenai satu-satu produk, dan paling penting ia membuktikan bahawa produk itu selamat, bersih dan suci untuk semua orang menggunakannya. Ya, untuk semua, bukan setakat orang Islam sahaja, tetapi semua bangsa dan agama.

Saya lihat produk-produk yang ada logo halal sah Jakim dan antarabangsa akan diterima dengan sangat baik di pasaran dunia. Kalau kita tanya mereka, apa sebabnya mereka memilih produk yang ada logo halal ini, kebanyakkan akan mengatakan mengenai kebersihan dan kesucian. Siapa yang mahu beli produk yang sumbernya tidak diyakini? Tambah lagi prosedur untuk mendapatkan pengesahan ini ketat dan bukan dibuat sambil lewa.

Logo halal satu keperluan, tetapi bukan satu kemestian. Anda jual karipap, tak ada logo halal tak bermakna ia tak bersih, tetapi kalau ada logo halal, lagilah orang akan membelinya. Ia akan menghilangkan rasa was-was.

Jual Karipap Nak Kena Ada Logo Halal?

Jual karipap tepi jalan ...nak letak logo halal? Hmm macam tak kena je kan? Cuma apabila produk itu untuk pasaran lebih luas, lebih terbuka, libat banyak pihak dan bersumberkan benda atau bahan mentah tak pasti, sokongan dengan logo halal saya rasa perlu.

Anda makan mee udang yang dah tahu apa bahan-bahannya, jadi tak perlu tanya pemilik restauran samada ia halal atau tidak.... tetapi kalau anda makan mee udang di restoran yang ada jual arak dan makanan berasaskan sumber tidak halal seperti lembu tidak disembelih atau ayam yang diimport, maka logo dan sijil halal tu perlulah ditanya. Ini common-sense. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, perkara ini adalah satu yang sudah jadi satu rutin dalam kehidupan.

Logo Tidak Sah

Ada logo tapi tidak sah. Itu adalah silap pihak yang keluarkan produk. Jika tidak perbaharui lesen untuk logo halal, janganlah letak ... sebab ia akan timbul pelbagai spekulasi. Ia salah dari sudut akta dan undang-undang tapi belum tentu salah dari sudut syarak. Jika dah tahu lesen atau sah laku logo halal tu nak tamat, maka cepat-cepatlah bertindak untuk perbaharui, bukan tunggu saat akhir yang akhirnya akan menimbulkan masalah. Sepatutnya bila ada produk dengan logo halal, kenalah lebih bertanggungjawab ... jangan sampai bila dah terhantuk baru nak mengadah (aduhhh aduhhhh..)

Ini sekadar pendapat, yang saya fikir buat semua orang tenung-tenung mengenai logo halal satu kemestian atau tidak.

Kesimpulan dah jelas. Pendapat anda bagaimana?


{ 15 comments.. read them below or add one }

nurazzah8 nurazzah8 January 21, 2014
Ada yang ambil kesempatan ... di atas isu Halal ini ..

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid January 21, 2014
pastikan sebelum apa2 ada logo HALAL Jakim yang sah... pemalsuan logo pun banyak sekarang ni...
bobiedanbad bobiedanbad January 21, 2014
Pastikan logo asli :)
Demi kebaikan diri sendiri
malaysiatercinta.com malaysiatercinta.com January 21, 2014
1. Tak payah mestikan pelabelan
2. ambil tindakan keras kepada peniaga yang guna logo halal palsu
3. Untuk pengguna Muslim, bila nak makan/pakai tu pastikan ianya halal. Sendiri mau check, use your common sense. Jangan nak harapkan Jakim je.
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi January 21, 2014
Label halal nie bagi saya adalah satu jaminan kualiti makanan atau produk. Logo halal yang sah kadang-kadang sukar untuk dikenal pasti. kadang ada produk yang tidak mendapat persijilan pun ada logo halal yang sah. Barang grafik boleh buat macam-macam. Beratkan tindakan kepada syarikat yang menipu.
Bahrain Ramlan Bahrain Ramlan January 21, 2014
Kalau di kedai-kedai terutamanya restoran diwajibkan ada logo halal. Tapi kalau makcik-makcik jual karipap atau kuih-kuih lain mesti halal punya sebab rakyat yakin dengan melayu yang menjual kuih tersebut berbanding bangsa lain.
cik amal cik amal January 21, 2014
kalau rasa was2, xperlu makan terus.. takut jugak kalau termakan yang haram :)

amal singgah sini.. :)
moga dimurahkan rezeki, blog ni ya :)
http://cikamal.com/
Sukma Haron Sukma Haron January 21, 2014
kalau beli barang saya akan pastikan logo halal yang sah, lebih-lebih lagi jajan kanak-kanak...
Lynn Munir Lynn Munir January 22, 2014
Ini memang isu yang tidak pernah mati dibicarakan sejak dulu.Memanglah
bila ada logo halal tu menjadikan sesuatu produk itu lebih 'dipercaya' dan menaikan rating jualan tapi kalau dah obat berasaskan hemopathy, jamu2 yang dah sah dari herba pun dipertikaikan kehalalannya - di mana rasionalnya ? Lain le kalau raw mat nya dari sumber daging.
Manan Qayyim Manan Qayyim January 22, 2014
tau2 ... pasal produk tu... kawan sy baru je nk beli semalam... tp sy nasihatkan die jgn beli lagi... dah heboh isu ni...

Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim January 22, 2014
tak ada logo halal tak beli le...
Wafi Remli Wafi Remli January 22, 2014
Nak tunggu karipap kat kedai kopi ada logo halal macam tunggu semua orang JAKIM jadi robot..
aprileighty6 aprileighty6 January 22, 2014
yang pasti, halal dari jakim ni bukan setakat diorang check sumber bahan dari mana je kan? diorang ambil kira kebersihan premis juga kan? tak silap mcm kedai ayam penyet AP. ayam nye halal. tp kedai kotor.. tu yg tak dpt sijil halal jakim.huhu
Prince of Noob Prince of Noob January 23, 2014
yang jadi isu pasal "produk" tu sebab dia tak pernah apply pun untuk sijil halal jakim tapi pakai logo halal di produknya, itu dah sah2 menjadi kesalahan sebab menipu. kalau tak apply logo halal, tak payah letak kat produk, so takde la jadi isu apa pun.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.