01 Januari 2014

Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam?

Lembaran 2014 dibuka dan laman web rasmi Kementerian Pendidikan digodam? Erkkk .. terkejut gak tengok gambar 'setan' kepala merah muncul bila saya buka laman web kementerian berkenaan. Ingat nak cari sumber entri, dikejutkan pula dengan paparan di bawah ini.

Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam Awal 2014?

Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia selalunya boleh dilayari menerusi url - http://www.moe.gov.my tetapi apa yang muncul adalah paparan dengan tulisan merah - Hacked pada 1 Januari 2014.

Siapakah mereka yang menggodam laman web tersebut?

Kalau ikutkan daripada informasi terhad yang diberikan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.

Apa tujuan mereka, saya tak pasti ... tapi ada blogger yang menyatakan bahawa kumpulan ini cuba menzahirkan bantahan akan kenaikan harga barang yang bakal berlaku pada tahun 2014. Itu sekadar teori ....

Ini merupakan serangan pertama laman web rasmi kerajaan di tahun 2014 oleh penggodam. Dan ada berita diterima bahawa penggodam juga menyerang beberapa lagi laman web serta blog dengan dot my (.my).

Anda boleh dapatkan senarai tersebut yang disediakan oleh blogger +Bukhari Malek menerusi blog Tetikus.net


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam?

Ya ALLAH, Baru tahu ni, Kenape lah dengki sangat dengan kerjaan . dah masuk 2014 dah . . permulaan tahun yang tidak baik :(

website tu berapakali kena rogol.. webmaster tau makan gaji buta.. huhu.. xcaya leh semak je kat zone-h.. huhu

TPK dapat maklumat sebegitu juga bahawa pada tahun baru akan ada team yang akan godan web-web milik kerajaan..maklumat ini dikongsikan di fb...ikhlas dari www.tepakku,com

nampak tak security website malaysia ni masih lagi lemah. haih. senang2 je nak kena ceroboh.

dengar citer cuma dihack pada halaman utama je..halaman lain xde apa-apa2 pun..gua pun ada buka semasa kena hack tu


EmoticonEmoticon