Optimasi label dalam blogspot - Label dalam blog yang berplatform blogspot bolehlah dianggap salah satu cara untuk kita kategorikan entri-entri dalam blog. Namun, fungsi label ini hanyalah satu fungsi bagi membolehkan kita kumpulkan entri-entri dalam satu kategori yang sama, berbeza dengan fungsi tag yang ada pada blog platform wordpress atau yang ada hosting sendiri.
Label Pada Blogspot Tidak Diindeks

Label Pada Blogspot Tidak Diindeks

Agak mendukacitakan label dalam blogspot hanyalah sekadar label tanpa ada kesan langsung pada SEO (Search Engine Optimization). Berbeza dengan fungsi tag yang ada dalam blog wordpress, yang walaupun fungsinya lebih kurang sama, tetapi dibenarkan terindeks dalam enjin carian.

URL pada blogspot yang menggunakan label seperti contoh ini - http://www.hasrulhassan.com/search/label/PANDUAN%20MENULIS%20BLOG hanya akan jadi sebuah URL tanpa impak positif dalam SERP. Letaklah berapa banyak label pada satu-satu entri dalam blogspot, ia hanyalah sebuah cara untuk mengkategorikan sahaja entri tersebut. Ia langsung tidak akan beri kesan pada SEO atau SERP.

Jadi, ia agak mendukacitakan sebenarnya. Yelah, anda dah label baik punya keyword, tapi tak terindeks. Rugi banyak tu ... sebab ada entri yang benar bermutu dengan label yang cukup baik tidak berada di enjin carian.

Tips Optimasi Label Blogspot

Untuk atasi perkara ini, dan membolehkan label turut diambil sebagai salah satu entri untuk terindeks di enjin carian ialah dengan meletakkan breadcrumbs dalam blog. Anda boleh Google cara nak letak breadcrumbs ini dalam blogspot anda ...

Satu lagi cara ialah dengan menjadikan semua link atau URL berkaitan label sebagai no follow. Ini termasuklah link label di menu, di sidebar mahupun di kaki blogspot anda.

Caranya ialah dengan hanya meletakkan "rel=nofollow" di penghujung setiap URL label tersebut.

Dengan ini, akan membolehkan lebih banyak URL lain mendapat perhatian oleh robot enjin carian apabila mahu mengindeks blog kita.

Robot carian lebih suka kepada link yang ada dofollow untuk cari kata kunci tertentu dan indeks dalam pengkalan data carian, selain salah satu faktor untuk berikan Google Pagerank yang lebih baik buat sesebuah blog.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jadi kalau tak buat label pun tak apalah sebenarnya ek untuk blogspot... bukan satu keperluanlah kalau kita tak nak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hanya untuk kemudahan sendiri sebenarnya ...

      Padam
  2. memang mengecewakan buat pengguna blogspot

    BalasPadam
  3. oo..kalau gitu adakah bila guna wordpress,maka x akan ada lagi blogspot.com dibelakangnya...gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh bukan.. silap faham ni Kak Tie . bukan berkaitan wp kalau guna tak ada blogspot kat belakang tu. WP memang lain dari Blogspot ... jadi memang tak sama pun .... WP ni ada macam2 plugin untuk SEO tak mcm blogspot yang kena usaha sendiri oleh blogger

      Padam
  4. oo macam tu ea..ingatkan google indek gak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak .. dia tak indeks, saya perasan benda ni semasa tgk Google Authority

      Padam
  5. oo..macam tu ya HH..sorry lama tak komen kat sini. tapi baca hari2..hehehe

    BalasPadam
  6. Baru tau. wp memang banyak kelebihan tp lebih berminat dgn blogspot.

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum..bro HH,

    nice sharing...

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement