Langkau ke kandungan utama

Jangan Perlekeh Penulis Blog

Jangan perlekeh kami - penulis blog yang cuba memberikan terbaik buat pembaca dan pengunjung blog kami. Ada sesetengah pihak yang masih lagi pandang sebelah mata akan keupayaan blogger. Yelah, maklumlah mereka itu ada pengaruh dan wang ringgit. Hormati kami, dan kami akan hormati anda.

Jangan Perlekeh Penulis Blog

Saya bukan sebenarnya layak nak berkata lebih mengenai isu ada pihak yang perlekehkan kerja-kerja dilakukan oleh blogger. Blogger ada cara kerja mereka sendiri. Mungkin nampak macam tak serius, tidak seperti media cetak yang kejar sana sini untuk mendapatkan berita sensasi. Blogger selalunya akan menulis atas pengalaman dan amatan mereka. Jika itu yang mereka rasa, maka itulah yang akan ditulis.
Jangan perlekehkan penulis blog - hasrulhassan.com

Beza Penulisan Seorang Blogger

Ada yang tidak faham bagaimana sesebuah blog itu beri impak tersendiri. Ada pengunjung yang suka membaca apa yang dikatakan oleh seorang blogger daripada membaca bersumberkan media arus perdana. Antara sebab nyata ialah kerana blogger tiada editor yang akan pancung atau kerat ayat-ayat yang ditulis. Jadi, apa yang ditulis di media cetak atau media arus perdana mungkin sudah ditapis kerana mahu menjaga nama.

Tapi tidak pada blogger. Kebanyakkan blogger menulis dengan memberikan pendapat ikhlas dan jujur. Jika buruk, maka buruklah. Jika baik, maka baiklah. Tak ada yang nak cover line atau nak ampu sesiapa. Maka, penulisan blogger dianggap boleh dipakai tatkala ini.

Blogger adalah manusia biasa. Penulisan seorang blogger ada rasa, ada emosi, ada bait halus dan mendalam. Mungkin ada blogger yang bait bahasanya kasar, tapi kalau ditenung maksud yang ada, boleh buat jiwa yang meronta jadi kaku seketika.

Silap dan salah seorang blogger adalah kesilapan dirinya. Boleh meminta maaf dan boleh dimaafkan.

Blog satu hak individu - iaitu blogger. Kalau ada yang tidak kena, maka blogger itu boleh bertanggungjawab. Itu sebab ada pengunjung yang hari-hari singgah di blog sama - lebih banyak jika dibandingkan dengan portal berita untuk tajuk yang serupa.

Jika pengunjung rasa entri seperti tidak betul, ada ruangan komen yang boleh dititipkan rasa dan kata. Boleh luahkan pendapat tanpa rasa curiga. Dan blogger yang selalunya bersikap terbuka, akan membenarkan ulasan dan komen yang boleh berikan impak positif dan buat pengunjung lain berfikir dengan minda terbuka.

Penulis blog bukan semua boleh dipercayai, tetapi semua penulis blog akan menulis mengenai apa yang mereka percaya.

Belek katalog cantik di beranda
Ada gelas di atas meja
Penulis blog cuma insan biasa
Menulis atas ikhlas dan jujur kata

Beli burger sedap rasanya
Burger Ana menjilat jari
Perlekeh blogger kerana nama
Tiada guna bersengketa hati

p.s: Maaf andai ada yang tersinggung hati.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ye, sokong sungguh2 dengan apa yg sifu kita kata. Dan yang paling setuju, bukan semua blogger boleh dipercayai tapi blogger akan menulis apa yg mereka percaya. Yeah!
    Cuma mengharapkan kita tak mengaibkan pihak lain.. biar pahala tu berkembang, jangan dosa yg kita cari

    BalasPadam
  2. Assalam
    Terima kasih Tuan HasrulHassan membela blogger. Salam Maulidurrasul

    BalasPadam
  3. yup setuju sgt xsemua bloger sama okey

    BalasPadam
  4. Setuju....tapi sepanjang pengalaman dalam industri blogger ni, bila jumpa kawan media, bagaikan rasa diri seorang blogger lebih KING dari media huhuhuh...

    BalasPadam
  5. Entri yang terbaik. Kadang kala ada juga yang berpendapat blogger ni menulis kerana nama. Tapi kebanyakan mereka tidak tahu yang blogger kebanyakan mereka yang gemar menulis dan mencintai penulisan. Seorang blogger yang baik boleh membukan si pembaca merasa mereka berada di dalam sesuatu situasi. "Menulis bukan kerana nama"

    BalasPadam
  6. Gua lapar burger pepagi ini....

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  7. betul tu abg HH. bkn snang sbenarnya nak menulis ni. pendapat kita dan org lain xsemestinya sama. tp mane tahu penulisan kita boleh ubah jiwa seseorang . Insyallah =) tulisan yg jujur

    BalasPadam
  8. Menulis nie pun satu cabang seni gak..perlukan idea dan kena kreatif untuk menarik pembaca..bukan sekadar "omong kosong"..

    BalasPadam
  9. X semua org faham dunia blogger..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul .. tak semua orang faham ..

      Padam
  10. setuju.. apa yang ditulis adalah dari apa yang berlaku.. :)

    BalasPadam
  11. Betul tu. Adakala jangan menulis ikut rasa, takut kelak binasa. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
  12. blogger yang ikhlas dan jujur takde hidden profile..heheh

    BalasPadam
  13. sangat setuju :D kita kan menulis dari hati :D

    BalasPadam
  14. Sgt setuju dgn saudara HH.. blogger lebih telus dlm menyampaikan pendapat dari kebanyakan media2 lain..

    BalasPadam
  15. sokong entri ini, jangan perlekeh kami nih... walaupun mama tahu, ada je perlekehkan mama... ermmm

    BalasPadam
  16. sokong sangat. hebat atau tak jangan perlekehkan. sebab kebanyakannya telus dan tulus. hmmm hopefully yang cetek itu kena buang. biar tak ada perbalahan nanti. :)

    BalasPadam
  17. Betul tu.. Blogger menulis ikhlas dari hati.. Hanya blogger sahaja yang faham kerja blogger...

    BalasPadam
  18. Salam Bro
    Macam ada kena mengena dgn program RTAM je.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini entri am, sbb bukan pertama kali berlaku. Ada berlaku sebelum ini, dan tidak semestinya hadiri event, melalui email pun ada gak.

      Padam
  19. setuju sangat2.. sedih bila orang perlekehkan kita ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…