Sejak dua menjak ini, rakyat menjadi semakin sensitif dan terlalu peka. Lebih-lebih lagi dalam soal melihat dan mendengar apa yang pemimpin mereka lakukan dan katakan. Bukan apa, dalam keadaan rakyat yang hidup semakin tersepit dan terhimpit, ramai mahu mendengar kata-kata azimat yang dikeluarkan oleh para pemimpin supaya hati yang gundah gulana dapat reda tanpa nestapa. Rakyat mahu melihat tindakan yang didahulukan oleh pemimpin untuk mereka ikut dan dijadikan panduan.

Jadilah Pemimpin Layak Dihormati

Kangkung menjadi topik hangat diperbualkan, malah di portal-portal berita utama (yang bukan dikaitkan dengan kerajaan) ia menjadi antara topik terpanas. Mengapa kangkung menjadi bualan? Ini semua gara-gara video ucapan yang telah diteliti oleh mereka yang sangat sensitif dan terlalu peka. Ya, mungkin akan ada yang berkata ... itu sengaja mahu mencari kesalahan. Tapi, kalau difikirkan balik, bukankah sepatutnya pemimpin perlu lebih bijak dan lebih tahu daripada rakyat. Dan 'kesilapan' mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang sensitif masalah rakyat tidak sepatutnya berlaku.

Pemimpin Dulu dan Sekarang

Dulu, sebelum negara kita merdeka, pemimpin dilahirkan kerana mereka telah bersama rakyat sekian lama. Mereka tahu, sedar dan rasai apa yang rakyat rasa. Mereka tahu erti sebenar kesukaran hidup. Mereka berkorban terlebih dahulu sebelum rakyat. Mereka lakukan terlebih dahulu sebelum mereka memohon untuk rakyat ikut serta.

Berbeza dengan pemimpin sekarang yang mungkin sudah lena dan leka dengan kesenangan yang ada. Mereka leka dengan sorakan yang pernah mereka terima semasa diangkat menjadi wakil DUN mahupun Parlimen. Mereka terbuai dan seronok dengan nama mereka diangkat menjadi pemimpin.

Saya tidak menyangkal ada di kalangan pemimpin sedia ada berjiwa rakyat. Ada di kalangan pemimpin yang datangnya dari latar keluarga susah dan pernah rasa perit menjadi orang kebanyakkan. Saya hormati mereka ini, kerana mereka 'bekerja' dan ambil tahu masalah yang dihadapi oleh golongan yang menjadikan mereka pemimpin.

Ikuti dan Pelajari Konsep Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W

Mahu jadi pemimpin disegani dan dihormati? Tak perlu sukar mana ... lihat dan singkap Sirah Nabi Muhammad S.A.W.... lihat perjuangan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W. Ikutilah kerana itu adalah yang terbaik. Dan dibuktikan, dan kalau ikut takkan rugi apa-apa .... malah diberikan ganjaran pahala.

Saya hormati pemimpin, kerana itu satu tuntutan dalam agama. Namun, jadilah seorang pemimpin yang layak dihormati.

Ikuti kempimpinan Rasul. In Sha Allah, bukan sahaja rakyat sayang, Allah S.W.T juga sayang!

Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

 p.s: Linang air mata aku bila mengenang kisah Nabi ... aku bukanlah bagus sangat tetapi bila terkenang dan bercerita soal Nabi, air mata pasti akan mengalir. Betapa aku selama ini menjadi seorang yang daif mengenai manusia yang telah bawa Islam kepada diri.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya Rasulallah, kami amat merinduimu...

    BalasPadam
  2. Rasulullah contoh teladan yg baik dan lengkap dari segala aspek.. Allahumma solli ala saidina muhammad..

    BalasPadam
  3. bila `tak pernah' jadi rakyat, mana mungkin seorang pemimpin tu boleh faham masalah rakyat...

    BalasPadam
  4. Betul tu HH. Jadi yg boleh dijadikan contoh. Salam Maulidur Rasul :)

    BalasPadam
  5. Assalam
    Harapan, adalah nanti pemimpin yang layak di hormati. Insyaallah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement