Istimewanya Kg Sungai Itek Homestay Gopeng Perak #VMY2014

Kg Sungai Itek Homestay Gopeng Perak. Ramai nampaknya menunjukkan minat nak mencuba pakej Rail Tourism yang merupakan pakej pelancongan terkini yang diperkenalkan oleh RTAM (Railway Tourism Association Malaysia) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Mana tidaknya, pakej ini menawarkan satu pengalaman serba menarik kehidupan segar kampung menerusi Homestay dan pengangkutan keretapi ETS (Electrical Train System) KTM sebagai alternatif utama dari KL Sentral.

Saya berkesempatan merasai pakej pelancongan ini selama 3 hari 2 malam yang disediakan oleh RTAM. Perjalanan yang bermula dengan ETS dari KL Sentral mengambil masa 2 jam untuk tiba di Ipoh. Dan dari Ipoh, saya bersama kumpulan media yang turut serta dalam pakej ini dibawa menginap di Homestay Gopeng.
Salah sebuah rumah Homestay Gopeng, Perak - VMY2014 Tourail Package
Map of attractive locations near Homestay Gopeng, Perak, Malaysia

Homestay Gopeng, jauhnya hanya 15 minit perjalanan dengan bas. Apa istimewanya Homestay Gopeng sehingga ia dimasukkan ke dalam brosur pelancongan Tourail atau Rail Tourism dalam #VMY2014? Haa .. inilah yang saya mahu kongsikan kepada anda. Sesuatu yang baru pada saya, dan mungkin juga pada anda!

Istimewanya Kg Sungai Itek Homestay Gopeng Perak #VMY2014

Jika anda mahu mengenali budaya Melayu Rawa, maka disinilah tempatnya yang harus anda tuju. Di Homestay Gopeng, anda akan merasai pengalaman kehidupan bermasyarakat Melayu Rawa sebenar apabila dapat bersama keluarga angkat di situ. Anda akan pelajari dan menyaksikan budaya dan adat resam yang masih lagi menjadi amalan setempat, yang sukar untuk anda lihat di tempat lain.

Homestay Gopeng sebenarnya adalah merupakan gabungan tiga buah kampung, iaitu Kg Sungai Itek, Kg Jelitoh dan Kg Pintu Padang.

Setengah orang mungkin dah lali dengan kehidupan kampung ... ok, tak mengapa; Kg Sungai Itek ada tarikan lain selain adat resam Melayu Rawa. Di sini anda boleh lakukan beberapa aktiviti di bawah yang sesungguhnya memberikan kelebihan ketara dengan Homestay yang lain di Malaysia.
Jeram Sungai Kampar Kg Sungai Itek, Gopeng

White Water Rafting

White Water Rafting - Jeram bertahap I-III di Sungai Kampar sesuai untuk mereka melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Anak-anak berumur 8-12 tahun boleh ikut serta dengan pengawasan daripada mereka yang profesional. Ada 14 jeram di sini, dan semuanya punyai cabaran tersendiri untuk mereka yang gemarkan aktiviti White Water Rafting.
White Water Rafting - Jeram Sungai Kampar Kg Sungai Itek, Gopeng
Jangan terkejut seandainya anda tiba di sini memperlihatkan ramai pelancong asing yang menginap di Inap Desa (homestay) dan chalet yang ada. Ini adalah kerana lokasi ini telahpun punyai nama tersendiri di peta dunia sukan ekstrem.

Meneroka Gua Batu Kapur

Ada dua gua batu kapur utama yang berdekatan dengan Homestay Gopeng, iaitu Gua Tempurung dan Gua Kandu. Kedua-dua gua ini menjadi trademark bandar Ipoh dan Kampar, dan menjadi destinasi untuk mereka yang gemarkan cabaran lasak menerokai gua. Malah, di Gua Tempurung misalnya, anda boleh bawa anak-anak menjelajahi isi perut gua dengan tingkatan tertentu. Saya sendiri dah beberapa kali bawa keluarga memasuki lubang gua batu kapur di Gua Tempurung.

Melihat Rajah Brooke dan Rafflesia

Jika dulu, nak lihat Rajah Brooke, kena pergi ke Cameron Highland. Dan jika nak lihat Rafflesia, nak kena pergi ke Sabah. Tapi tidak lagi, dari Homestay Gopeng, anda akan ada kesempatan untuk dibawa ke Ulu Geroh, di mana terdapatnya spesies rama-rama Rajah Brooke dan bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Gaharu Tea Farm - Homestay Gopeng, Perak

Perusahaan Gaharu (Agarwood)

Hanya di Homestay Gopeng anda ada peluang untuk melihat perusahaan Kayu Gaharu yang bernilai tinggi. Di sini terletaknya ladang kayu Gaharu terbesar dan pertama di dunia! Anda boleh merasa dan mencuba Teh Gaharu yang diusahakan, dan mengetahui banyak aspek mengenai kayu gaharu sehingga menyebabkan harga 10 ml/padu sehingga mencecah RM20-30 ribu! Jika anda ke sini, dapatlah anda merasa secalit wangian kayu Gaharu yang mengujakan.
Gaharu Tea Farm - Hoga - Homestay Gopeng, Ipoh, Perak - Vmy2014

Itu antara yang dapat saya beritahu mengenai keistimewaan Kg Sungai Itek Homestay Gopeng. Ada banyak lagi ... tetapi hanya jika anda berada di Homestay Gopeng sahaja baru akan tahu...

Semua pengalaman dan tempat menarik ini boleh anda dapat menerusi pakej Tourail - Rail Tourism dari RTAM.

Anda boleh semak harga pakej menarik yang disediakan di laman web RTAM (klik) atau lihat promosi terkini di Facebook RTAM (klik).

Atau boleh terus hubungi sekretariat RTAM untuk maklumat pakej dengan lebih lanjut.

Railway Tourism Association Malaysia
Malaysia Tourism Centre (MATIC)
No. 109, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel No: + (6017) 3641157, +(6019) 3268480
Fax No: +603-91081565
Email: tourail.packages@gmail.com