Perghh ... dengan sedikit kontroversi, isteri Mat Yo antara yang menduduki carta Google untuk kategori Trending People di Malaysia pada tahun 2013. Ini semua gara-gara insiden yang berlaku di  lapangan terbang Skypark Subang pada 12 September 2013.
Isteri Mat Yo - Siti Aisya Adam

Insiden yang melibatkan isteri Mat Yo atau nama sebenarnya Siti Aisya Adam memaki hamun seorang pengawal keselamatan di situ menjadi tajuk bualan hangat bukan sahaja di media sosial dan internet tetapi juga dada akhbar tempatan.

Isteri Mat Yo Antara Paling Popular 2013 Kerana Video Insiden Perbalahan

Ia menjadi kecoh apabila video rakaman insiden tersebut dimuat naik ke laman YouTube sehingga ditonton ribuan (mungkin dah juta) pengguna internet. Malah, banyak video parodi juga dihasilkan dek kerana insiden tersebut.
Isteri Mat Yo Antara Paling Popular 2013

Kalau diikutkan, ia hanya rakaman biasa yang mungkin pernah berlaku sebelum ini, tetapi disebabkan ia melibatkan Mat Yo - penyerang bolasepak kebangsaan; maka ramai yang ambil kesah dan menjadikan ia satu carian terpopular di tahun 2013.

Lagi-lagi isteri Mat Yo dalam rakaman video tersebut menggunakan kata-kata kesat; wahh apa lagi, mungkin ada yang tidak puas hati dengan Mat Yo sendiri menyebarkan ia sehingga menjadi bualan hangat. Al maklumlah, benda tak elok memang orang suka nak sebarkan.

Insiden ini juga menjadi berlarutan apabila ia dibawa ke mahkamah. Dan tempias populariti juga turut terkena kepada pakcik guard yang didakwa dihina oleh Siti Aisya.

Carta Google Trends - Trending People in Malaysia 2013



Popular Trending People Google 2013

Apapun, dalam carian Google, yang mendapat tempat teratas paling popular ialah Paul Walker ... atas kematiannya dalam satu kemalangan jalanraya. Paul Walker adalah bintang selebriti antarabangsa yang berlakon dalam filem Fast n Furious.

Selain itu, nama Tegar juga menjadi carian terhangat selepas anak kecil ini melonjak namanya dalam persada seni suara nusantara. Lagunya cukup popular malah anak saya yang tiga orang pun boleh hafal lagu - Aku Yang Dulu Bukannya Sekarang. Lagu yang mengalunkan kisah sebenar anak dari seberang ini cukup mengesankan jiwa ramai.

Yang lain, anda boleh lihat sendiri dan cuba cari signifikasinya. Nelson Mandela - pastinya kerana kematiannya. Jackie Chan kerana persaraannya. Manakala kisah Sultan Sulu adalah kerana pencerobohan ke atas Sabah.

Blog saya sendiri mendapat tempias trafik daripada beberapa nama popular 2013 yang disenaraikan. Mungkin, pada rakan blogger yang lain boleh cuba untuk manipulasi carian di atas bagi mendapat trafik semasa awal tahun 2014 ini.

Mana tahu .. kan?

Kredit Foto: Forum Cari

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dasyatnya. Lagi famous daripada Jackie Chan. hahahaha...

    ZH Blogger

    BalasPadam
  2. Boleh buat tips untuk jadi popular segera ni...hehe

    BalasPadam
  3. kerlas ko jah satu malaysia kenal ko hehehe

    BalasPadam
  4. hehe..tapi rezeki pakcik tu yang murah..dia pun famous satu Malaysia..siap dapat berlakon lagi.. ;)

    BalasPadam
  5. Terkenal kalau atas perkara yang elok takpe.. Tapi yang ni lain macam.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. "infamous" perkataan yang amat sesuai dengan isteri Mat Yo.

      Padam
  6. Nasib baik pak Guarad Tak ada sama..he..he

    BalasPadam
  7. Haha, tak fasal2 pak guard tu pon dpt job berlakon :P

    BalasPadam
  8. popular jugak isteri Mat yo,, no 3 hehee

    BalasPadam
  9. Satu perkongsian yang menarik. Betul juga tu, boleh dijadikan entri untuk menarik trafik yang sesak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement