Langkau ke kandungan utama

Hinakah Aku Seorang Banduan?

Bagaimana andai saya katakan bahawa saya seorang banduan? Adakah anda akan terus baca blog saya ini? Adakah anda akan hilang respect anda pada setiap penulisan yang telah saya tulis? Cakap dengan benar .... apakah perkara yang benar-benar terdetik di hati dan akal anda apabila mengetahui saya seorang banduan?

Hinakah seseorang itu seandainya dia seorang banduan?

Ini adalah persepsi salah yang kebanyakkan masyarakat kita terapkan. Saya boleh katakan, adakala bekas banduan itu lebih elok adabnya, lebih elok peribadinya, lebih hebat tuturnya, lebih tahu akan dosa dan pahala dari ramai kita yang tidak pernah sekali jejak dan masuk tirai besi.

Saya ada kenalan yang pernah masuk penjara. Malah, saya pernah berada duduk bersila di sebelah seorang bekas banduan yang pernah meringkuk selama belasan tahun dalam penjara di dalam sebuah masjid di Pulau Pinang. Ketika itu, aku sedang mengikuti seorang rakan belajar yang mengajak untuk keluar tiga hari bersama jemaah Tabligh.

Lelaki itu, sudah disisihkan oleh keluarga. Lalu, dia ambil keputusan untuk ikuti jemaah Tabligh. Dia biasa berpuasa 3 bulan berturut-turut, dan ketika saya bertanyakan kepadanya mengenai masa depan, dia berkata dia sedang mencuba untuk menjadi seorang tahfiz walaupun dirinya sudah lewat usia. Banyak kerut di dahinya yang tampak lebam hitam, pakaiannya nampak lusuh tetapi bersih. Tutur katanya agak perlahan dan lembut tetapi butirannya jelas.

Itu pengalaman peribadi saya. Ada banyak cerita lain lagi, tapi seperti kata saya di awal tadi, selagi pemikiran dan tanggapan kita terhadap bekas banduan tidak dibetulkan, saya cerita lapan juta kali pun takkan ada terkesan.
Halaqah di Penjara Kajang - Kredit: Shakiddo
Kita kena yakin dengan institusi yang bertanggungjawab mendidik dan memperbetulkan golongan ini iaitu Jabatan Penjara Malaysia. Banyak sudah yang mereka lakukan supaya golongan yang dinamakan bekas banduan ini dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat. Jika kita tidak yakin dengan apa yang telah Jabatan Penjara lakukan, maka bagaimana kita nak yakin bahawa penjara itu adalah sebaik tempat untuk mereka yang telah lakukan kesalahan undang-undang?

Dulu, kita fikir ini - Masuk penjara adalah untuk orang jahat. Tetapi, sekarang kena fikir - Masuk penjara adalah untuk orang perbetulkan kesilapan dan kesalahan.
Penjara di Malaysia ini bukan sekadar berfungsi sebagai perlaksana hukuman, tetapi ia juga adalah satu institusi yang membimbing dalam memupuk kesedaran, keinsafan serta memperkasa modal insan agar dapat kembali di atas jalan yang benar seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang ada untuk kebaikan diri banduan apabila dibebaskan. - Khir Khalid

Belajar lagi mengenai kisah bekas banduan dan penjara sejahtera ..... di sini (klik). Buat ingatan diri sekali lagi, dan buat semua yang membaca, kita manusia ... esok lusa pasti mati; sampai bila kita mahu berprasangka buruk? Ntah-ntah nanti, apabila kita disemadikan, yang akan berada di saf depan sholat jenazah, dan yang akan bantu jenazah kita masuk ke kubur, adalah mereka yang sebelum ini pernah ke penjara ....

p.s: Kalau jadi kat orang lain, memang kita akan pandang jelik ... tetapi jika berlaku pada diri sendiri bagaimana?






Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. yang perlu kita ketengahkan adalah.. perananan kita sebagai masyarakat dalam penerimaan mereka yang telah insaf keluar dari penjara.. untuk menjalani kehidupan normal.. agar mereka tak kembali membuat kesalahan lampau.. :)

    BalasPadam
  2. kdg2 yg dipenjarakan ni betul2 bersalah ke? tp syg dah dicop sebagai pesalah.. yg betul2 bersalah dan benar2 ingin bertaubat juga terus dipersalahkan dan dicop banduan.. sedangkan masyarakat sekelilinglah yg seharusnya memberi galakan dan sokongan agar mereka tidak terjebak lagi dgn jenayah.. tak mustahil akibat tekanan dihina dan disisihkan mereka kembali terjebak lagi.. jadi di sini siapa yg harus dipersalahkan??

    BalasPadam
  3. Kebanyakan bekas banduan boleh dikatakan semua dah insaf lepas keluar daripada penjara.. Tapi penerimaan masyarakat terhadap bekas banduan masih amat mengecewakan, yang menjadi salah satu faktor bekas banduan kembali terjerumus ke dunia jenayah.. Sepatutnya masyarakat terima la dgn baik bekas banduan..

    Kat dalam penjara memang banyak pengajaran dan didikan yg diorang dah terima.. Memang ada bekas banduan yang jauh lebih baik daripada kita semua.. Cuma kena betulkan minda masyarakat supaya bekas banduan ni bila dia dibebaskan dia masih boleh bergaul dan diterima dalam masyarakat.. dgn cara tu dapat elak dia kembali ke kancah jenayah..

    BalasPadam
  4. banduan, x semestinya dia jahat. x semestinya dia x boleh tobat. x semestinya dia jahat selamanya :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.

    manusia boleh berubah jadi baik atau jahat atau 50/50. manusia sebenarnya boleh terjebak dengan masalah begini.

    bila dipenjara baru terasa insaf, dan terus berfikir
    "adakah aku diterima ibu bapaku?"
    "adakah aku diterima sahabat handaiku?"
    "adakah masyarakat sekeliling berpandang serong kepadaku?"

    Banduan pun manusia, bukan haiwan bukan tumbuhan. berilah dia peluang untuk berubah.

    insya-Allah, dia rasa lebih bersemangat untuk berubah :)

    BalasPadam
  6. Bukan semua banduan jahat. Kadang-kadang sebab terpaksa mereka jadi macam tu. Kita rasa kita yang baik ini. Bantulah mereka untuk jadi baik macam yang kita fikir. Jangan selalu pandang hina kepada seseorang. Kita tak tahu nilai kita pada pandanagn Allah, baik atau sebaliknya.

    BalasPadam
  7. jika benar2 salah dan bertaubat kita ahli masyarakat perlu support. tidak ada manusia yang lahir ke dunia ini minta jadi jahat

    BalasPadam
  8. Penjara adalah hukuman didunia yang belum pasti keadilannya, Hukum Allah SWT jua yang maha adil. Oleh itu tiada hak untuk kita menghina banduan kerana Allah SWT itu lebih mengetahui...

    BalasPadam
  9. Kita yg sebaik2 manusia yg tidak pernah dilabelkan sebagai penghuni penjara sepatutnya lebih bijak menilai dgn hati dan budi. Penghuni telah menerima hukuman mereka dgn cara pemulihan ilmu agama yg cukup dan menghadiri bengkel2 kemahiran sert akademi utk membantu masa depan penghuni selepas tamat hukum...

    Berikan peluang utk memperbetulkan kesilapan demi keluarganya kebaikan kita semua

    BalasPadam
  10. Subhanallah walhamdulillah... peranan msykt dlm memberi peluang kedua selepas mereka bebas adalah satu peranan yg amat besar yg perlu digalas oleh setiap dari kita dengan hati yg terbuka agar kita mereka tidak terjerumus kembali ke arah yg salah. Semoga seluruh kita juga beroleh keberkatan & dpt mencapai kehidupan mskt yg sejahtera.. aamiin. T kasih saudara HH.. bnyk perkongsian saudara yg sgt bermanfaat buat saya.. amat saya hargai.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsikan pengalaman Khir ....

      Padam
  11. tak semua tapi perli diambil serius. Galakkan dia serta motivasikan dia untuk lebih berjaya

    BalasPadam
  12. Yang penting adalah pengakhiran, tak kira sebaik atau seteruk mana pun kehidupannya sebelum itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wafi, apa yang penting ialah apa yang dilakukan untuk pengakhiran hidup di dunia

      Padam
  13. Semua ini berkait rapat dengan mentaliti masyarakat malaysia amnya. Kebanyakkan org lebih suka berfikiran negatif drpd yang positif.

    BalasPadam
  14. bagi saya seorang banduan atau bekas banduan telah menerima balasan terhadap jenayah yang mereka lakukan? jadi mengapa kita sebagai masyarakat harus mengasingkan mereka daripada menjalani kehidupan secara normal?bagi saya mereka juga patut diberi peluang kedua untuk membina kehidupan yang lebih baik...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…