Guna Nama Blogger Lain Raih Populariti

Jangan sentap pula dengan tajuk entri. Bukan apa, sekadar nak bincang dan sembang-sembang sahaja, mahu tahu pendapat orang lain mengenainya. Tak ada niat nak jadikan isu ehhh ..... sekadar nak umpan anda untuk baca entri saya mengenai guna nama blogger lain raih populariti.

Apa yang cuba saya maksudkan ehh? Ok. Saya dulu pernah bekerja di kedai Cina, dan dalam kedai tu ada beberapa lagi rakan Melayu yang kerja bersama, malah ada juga beberapa rakan kerja dari bangsa Cina dan India. Mereka ni cekap repair dan servis penyaman udara. Apabila dapat kerja servis penyaman udara di rumah-rumah tertentu, mereka ni akan offer servis di luar kedai. Mereka berikan nama contact. Almaklumlah, takkan sampai ke tua nak makan gaji camtu je kan?

Guna Nama Blogger Lain Untuk Raih Populariti

Sekarang saya bawa anda untuk fikirkan balik, guna nama blogger lain untuk raih populariti tadi. Katakan anda seorang blogger yang baru nak naik, network antara rakan blogger pun tak berapa kuat lagi. Dalam dunia blog ini, anda perlukan ramai rakan blogger terutama yang pandai cari job dan kerja untuk blogger. Untuk itu, anda mesti bijak menggunakan nama blogger lain terutama yang ada nama untuk bina jenama anda sendiri.
Guna nama blogger lain untuk raih populariti

Contohnya, anda dapatkan baju Kelab Blogger Ben Ashaari, anda beli dan anda pakai. Orang tengok anda pakai baju tu, mereka yakin anda seorang blogger yang ada kaitan dengan blogger hebat - Ben Ashaari. Orang beri keyakinan kepada anda. Dan anda juga akan dapat ramai kenalan blogger lain yang boleh bantu anda.

Anda Didekati Kerana Logo dan T Shirt Blogger Terkenal

Dengan hanya memakai t shirt ada logo Kelab Blogger Ben Ashaari, anda dihampiri dan didekati. Sebab pengaruh nama Ben Ashaari dalam dunia online Malaysia begitu kuat.

Peluang Bina Jenama Sendiri

Menerusi peluang itu, anda jaja pula jenama blog anda. Cara mudah ialah dengan kad nama. Bila ada yang approach anda, maka rebut kesempatan berikan kad nama yang ada nama blog anda, logo blog dan url blog. Bina jenama di kalangan rakan blogger lain yang 'bernaung' di bawah satu logo ...

Takkan sampai kesudah anda nak dipayungi oleh logo dan nama blogger lain kan? Bina populariti (untuk dikenali) sebagai seorang blogger yang punyai keunikan sendiri.

In Sha Allah, lambat laun .. anda juga dah boleh reka baju sendiri dan orang lain pula pakai.

Oh ya, nak dapatkan baju Kelab Blogger Ben Ashaari, anda boleh rujuk entri ini - Klik Sini.

Baju Kelab Blogger Ben Ashaari - hasrulhassan.com

{ 24 comments.. read them below or add one }

Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah January 09, 2014
insyaAllah..dimana usaha, disitu ada kejayaan ;)
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal January 09, 2014
Assalammualaikum...bro HH,

Insaallah yakin boleh.. pasti boleh ..kita boleh membina rangkaian kita yang tersendiri... insaallah mana tahu mselim3,blogspot.com aje hosting dan jenama tersendiri...hehehehe..

mselim3
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad January 10, 2014
memang hebat baju blogger Ben Ashaari tu sifu... ok, di sini, saya belajar 2 perkara. Terima kasih sifu :)
Kucing Hitam Kucing Hitam January 10, 2014
bagus entri promosi tshirt nie hahaha
Bukhari Malek Bukhari Malek January 10, 2014
ben lame gila bloging... memang mantap ler.. hehehe
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah January 10, 2014
As salam HH sory komen tak de kene mengene dgn entri, hehe nak Tanya untuk tajuk entri, sebaik baiknya ada brp patah perkataan? Tak apa ke kalau sampai 10 patah perkataan?
Karlisa Halim Karlisa Halim January 10, 2014
Salam
Populariti memang penting dan tak dinafikan.
Tetapi Bagi saya Income menjadi keutamaan.
Tapi nak jana Income mesti ada produk dan pembeli.
Jangan Marah kalau saya katakan Yang Ramai cari populariti.
Tunggu orang komen blog dan rasa bangga diri.
Cuba anda jual produk dan bila ada ramai pembeli
dan anda baru tahu ERTI yang sebenarnya.
Pageview 1juta belum tentu menjana income RM1000/bulan.Adakah anda bersetuju ?

Blog adalah suatu perniagaan.

Salam hormat
careno careno January 10, 2014
Dah booking pun baju KBBA tu.. hehehe... tp btul laa... bkn kata nak menumpang populariti blogger lain tp itu salah satu cara utk mendekati dunia blogging...
Mama Safiy Arfan Mama Safiy Arfan January 10, 2014
berusaha untuk guna nama sendiri untuk dikenali.hehehe.....
shahfir yusof shahfir yusof January 10, 2014
HH nak pinjam nama boleh huhu
Sukma Haron Sukma Haron January 10, 2014
salah satu pendekatan untuk meningkatkan populariti blog kita sebenarnya tapi alangkah baik kalau ada brand @ penjenamaan sendiri...ini hanya satu langkah permulaan dalam berblogging.....
Invisible Me Invisible Me January 10, 2014
Nanti boleh buat baju kelab HH pula :p
Yuyu Zaza Yuyu Zaza January 10, 2014
hi admin, jemput baca Punca PageRank Jatuh, Tips Meningkatkan PageRank : http://www.budakblogspot.com/2014/01/punca-pagerank-jatuh-tips-meningkatkan.html

salah silap boleh tolong perbetulkan :)
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz January 11, 2014
Terima Kasih Ats Info Nie ...
Sangat2 Berguna Untuk Semua Blogger .........
kucha lana kucha lana January 11, 2014
bagi yg baru nak bertapak..cara ini mungkin salah satu cara untuk maju..tapi jangan lah sampai bila-bila asyik duk harapkan populariti org lain
Engku Muzahadin Engku Muzahadin January 11, 2014
Kalau design yg lama dah ada. Yg baru tak decide nak beli lagi.. Hehe
Hairul Hafiz Hairul Hafiz January 11, 2014
Satu penjenamaan blog yg baik...
terbaek.net terbaek.net January 11, 2014
satu brand satu network satu matlamat hehe :)
mahmud thalut mahmud thalut January 11, 2014
Assalam
Bertapak di rumah sendiri lebih bagus
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ January 13, 2014
hope i can grab this one... huuuuuu teringin nk tshirt ada tulisan 'Blog'/'blogger'
Budu Bilis Budu Bilis January 14, 2014
lebih selesa dengan nama dan product sendiri. Tak perlu populariti orang lain untuk cepat dikenali. janji ada usaha :)
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad May 05, 2014
Saya ada dah... baju korporat pun ada ^__^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.