Jika anda lihat blog saya, anda tak jumpa arkib (archieve). Malah, andai anda menyusuri blog-blog tertentu, terutama blog Wordpress, anda takkan jumpa arkib yang kebanyakkan blog Blogspot ada. Kenapa ehh? Mesti ada sebab, mesti ada signifikasi tertentu. Ini adalah kerana untuk elakkan duplikasi tajuk serta URL.

Ia sebenarnya salah satu teknik SEO (Search Engine Optimization).

Duplikasi Kandungan Blog Menerusi Arkib

Ada beberapa sebab, dan saya akan bincangkan dengan anda semua.
Seo Blogspot oleh Sifu Blogger Blogspot

100 URL

Dalam SEO, sesebuah blog mesti ada kurang 100 link atau URL dalam paparan utama. Walaupun teknik ini tak berapa jelas, tapi kebanyakkan laman web yang membincangkan SEO, masih menekankan supaya sesebuah blog atau entri perlu ada kurang 100 link atau URL.

Jadi, seandainya ada arkib, jumlah tersebut kemungkinan akan jadi bertambah. Untuk elak, anda boleh tukar bahagian arkib blog tersebut menjadi drop-down listing atau hanya papar URL entri tertentu sahaja.

Cepatkan Kadar Loading

Kurangnya link maka secara teorinya akan kurangkan kadar masa loading sesebuah blog. Jika anda tengok blog yang mudah dan cepat dipaparkan, ia hampir tiada link luaran, ia sangat minima dan hanya tekankan kepada isi kandungan utama blog tersebut.

SPAM Link

Terlalu banyak link akan menyebabkan blog dianggap sebagai ladang spam link, iaitu cuba untuk membina backlink tertentu bagi meningkatkan Pagerank. Kena ingat, yang akan gelintar blog dan entri adalah sebuah robot yang tak reti menilai. Robot bergantung pada alogoritma dan arahan. Dan salah satu antara arahan buat robot enjin carian ini adalah untuk kenalpasti blog yang cuba memanipulasi kata kunci tertentu serta Pagerank.

Dalam duplikasi URL yang saya maksudkan, anda paling minima boleh letakkan dua link yang sama dalam blog anda. Jika letak lebih, ia mungkin akan jejaskan tahap kebolehan blog anda dalam SEO.

Cara paling mudah nak periksa duplikasi ini adalah menerusi Google Webmaster Tools.

Ok. Anda nak letakkan juga arkib blogspot anda, tak mahu keluarkan sebab ia penting untuk pengunjung semak entri-entri lama anda yang menggoda ... hmm .. anda boleh masukkan kod HTML di bawah di bahagian head blogspot. Ia adalah untuk mengarahkan robot enjin carian supaya tidak indeks bahagian arkib blog dan mengelakkan duplikasi URL kandungan blog berlaku.


Selamat mencuba.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pernah check dan dikatakan ada 103 link kat blog...ini rupanya maksudnya...

    BalasPadam
  2. Good sharing here bos. Blog saya lambat tak loading..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat atau cepat skang ni byk bergantung dengan capaian internet kita. Tapi adalah lebih baik kita minima kan semua ..

      Padam
  3. Persoalan..
    Kalau kita buat satu page khas untuk arkib akan menjejaskan seo juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. yang tu saya fikir anda maksudkan dengan sitemap kan? Tak, page tu dah kira lain dah. Lebih elok buat gitu dari letak kat sidebar.

      Padam
  4. Balasan
    1. letak selepas kod ... tak leh tulis h e a d ... nanti komen jadi pelik .. :)

      Padam
  5. kat mana kita boleh check berapa byk link utk halaman utama blog kita? yg nak letak kod tu di head kan...kat area mana erk? blh spesifikkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, boleh guna SEOWorkers ... di situ ada dinyatakan jumlah link ... boleh rujuk entri saya ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/04/100-link-pada-paparan-utama-blog.html

      Padam
    2. thanks atas responnya..wokeh...nak terjah

      Padam
  6. salam tuan.terima kasih diatas perkongsian. Saya ada satu soalan,arkib dengan sitemap adalah benda yang sama?

    BalasPadam
  7. Thank you HH.
    Untuk kod yg last tu, kena rapatkan, baru boleh save kat template,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement