Disiplin Seorang Abah Blogger

Abah blogger? Siapa tu? Saya la .. hahahaa... saya blogger sepenuh masa, bekerja dari rumah setiap hari dengan pelbagai cara. Saya mendapat income menerusi blog, menerusi Facebook ... ada datang dari servis buat blog, servis buat header blog, servis buat header Fanpage, servis buat banner iklan dan beberapa servis lain yang ada kaitan dengan grafik dan blog.

Jika banyak dapat tawaran, maka banyaklah income. Jika tiada, memang tiadalah, kena cari cerok lain untuk jana pendapatan.
Abah Blogger - HASRULHASSAN.COM

Dulu, saya mengeluh kesah bila fikirkan mengenai cara nak dapatkan income. Memang kusut kepala dibuatnya. Namun, apalah gunanya mengeluh. Dari mengeluh yang tak dapat apa-apa, baik usaha dan cari jalan menyelesaikan masalah.

Doa itu penting. Jangan sesekali lupa untuk berdoa. Bila dapat sesuatu, bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada Allah S.W.T yang melimpahkan rezeki. Ada waktu, bagai tiada disangka ... ada income masuk ke dalam akaun bank. Income menerusi affiliate - part time dari rumah.

Disiplin Seorang Abah Blogger

Saya ada anak, 3 orang semuanya. Jadi, saya Abah Blogger. Bila ada anak, dan buat kerja dari rumah, disiplin mesti nak kena ada. Benda ni baru nak dipraktikkan, sebelum ni saya main semborono je sampaikan tidur pun tak cukup.

Disiplin yang macamana? Ok, meh tengok urutan aktiviti am saya di bawah ini.

  • 6:00 - 6:30 pagi - Bangun pagi, sholat Suboh
  • 7:00 pagi - Sarapan bersama anak dengan isteri
  • 7:10 - 7:20 pagi - Hantar anak sulong dan kedua ke sekolah
  • 7:50 pagi - Hantar anak bongsu ke Tadika Islam
  • 8:00 - 8:30 pagi - Pergi pasar
  • 9:00 - 9:30 pagi - Buat kerja dapur dan kemas rumah

Adakala, kalau tidak ke pasar ...

  • 8:30 - 12:00 tghari - Online dan hadap komputer
  • 12:00 tghari - Ambil anak kedua dan bongsu balik dari sekolah
  • 1:00 - 2:00 petang - Makan tengahari dengan isteri di rumah (selalunya wife saya dah siap masak pagi tu).
  • 2:00 petang - Ambil anak sulong balik dari sekolah
  • 3:00 petang - Hantar anak sulong ke Kafa
  • 3:30 - 5:30 petang - Online dan hadap komputer
..
..

Gitulah seharian (kebanyakkan masa) hidup sebagai Abah Blogger. Bila malam, kalau ada rancangan menarik di TV, kami menonton bersama ... tak pun habiskan masa dengan aktiviti yang ada.

Malam Bersama Keluarga

  • 10:00 - 11:00 malam - Masa untuk tidur. Selalunya saya akan temankan anak bongsu masuk tidur dulu.
  • 11:30 - 2:00 pagi - Online dan hadap komputer.

Tu disiplin harian saya secara am. Kadangkala terlari juga sedikit sebanyak bila ada kerja luar kena uruskan.

Alhamdulillah, anak-anak saya tak banyak kerenah sangat. Kalau ada pun, saya akan acah-acah dengan rotan. Rumah saya ada 3 jenis rotan untuk kesalahan berbeza. Teringat akan kawan saya seorang wartawan sebuah akhbar, dia ada rotan khas untuk isterinya ..... hehehehe...

Disiplin Aturkan Diri Seorang Blogger

Disiplin ini penting supaya kita dapat aturkan masa dengan baik, dan menjadi seorang blogger yang baik. Ada blogger yang sukar mahu mencari masa atas beberapa sebab. Al maklumkan, aktiviti hidup kita berlainan.

Saya teringat akan nasihat Redmummy yang ada saya paparkan dalam blog ini. Beliau pernah selisih faham dengan suami gara-gara berblog. Mana tidaknya, setiap masa mengadap blog sahaja .... sampai masa untuk keluarga tiada. Lalu beliau jadualkan masa dengan blog selepas jam 10 malam.

Jadi, anda juga patut ada disiplin sebagai blogger. Bukan semua masa sesuai untuk anda terbitkan entri baru. Perlu bijak memilih masa sesuai. Jika merasakan entri yang dah siap ditulis itu tidak perlu diterbitkan lagi, maka buatlah autopublish dan tetapkan masa ia diterbitkan.

In Sha Allah, jika kita tahu merancang, maka perancangan yang baik juga akan kita lalui.

{ 8 comments.. read them below or add one }

EjamOthman EjamOthman January 09, 2014
jadual perancangan yang menarik.
bestnya kalau dapat jadi papa blogger sepenuh masa, boleh tengok dan jaga anak membesar depan mata...tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan lagi maka selit2kan masa yang ada dengan minat berblogging.

semoga suatu saat yang sesuai nanti dapatlah menjaga dan membesarkan anak sendiri depan mata.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 09, 2014
Ya, orang lain kata anak saya dah membesar, tapi saya depan mata tak nampak pun, sedar tak sedar mereka dah sekolah. Cepat masa berlalu, dan alhamdulillah, dalam kekurangan ada kelebihannya. Itu adilnya Allah.
Mama Safiy Arfan Mama Safiy Arfan January 09, 2014
boleh sy suh hubby sy ikut cara ni..x lama lagi kalo tol naik dia kena la jdi surirumah hehehe
Sukma Haron Sukma Haron January 09, 2014
satu masa disiplin yang baik...nasihat Redmummy boleh diamalkan....kadang-kadang orang rumah kita tak faham cara kita keje....
careno careno January 09, 2014
wow... jadual padat... tp sy blogging hanya di tempat kerja... blk rumah fokus kat family... ada ms br bukak blog itu pun kat hp jer... laptop or pc mmg x on...
mahmud thalut mahmud thalut January 09, 2014
Assalam
Pencaturan masa Tuan HasrulHassan sangat cantik. Boleh menjadi panduan. Terima kasih kerana paparkan rutin Tuan untuk di contohi.
Invisible Me Invisible Me January 10, 2014
Kena pandai uruskan masa. Keluarga dan blog kena seimbang.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 12, 2014
Terima kasih perkongsian ini Bro HH. Banyak boleh belajar dari Blog HH ;-)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.