2013 memaparkan beberapa destinasi paling popular dalam sektor pelancongan antarabangsa. Senarai yang akan saya kongsikan ini adalah berdasarkan carian paling popular yang dilakukan oleh pengguna internet menerusi Bing.

Malaysia Dalam Carian Bing 2014 #VMY2014?

Persoalan - adakah Malaysia termasuk dalam senarai paling dicari dalam kategori destinasi pelancongan dunia? Bukan apa, almaklumlah 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia (#VMY2014) .... kalau tak berada dalam senarai, harapnya dalam tahun ni adalah destinasi menarik di Malaysia yang menduduki carta carian ini kelak.
Destinasi Pelancongan Popular 2013 - Istanbul

Destinasi Pelancongan Paling Popular 2013 Menurut Bing

  1. Hawaii 
  2. Bahamas
  3. London
  4. Istanbul
  5. Puerto Rico
  6. Costa Rica
  7. Rome
  8. Jamaica
  9. Seychelles
  10. Bali 
Daripada senarai di atas, tak syak lagi filem Istanbul Aku Datang antara penyebab kenapa destinasi Istanbul menduduki nombor ke empat carta ...hehehee.... begitu juga London yang ramai rakyat Malaysia sendiri pergi melancong.
Bali - Destinasi Paling Popular 2013 Menerusi Bing.com
Bali - Destinasi Paling Popular 2013 Menerusi Bing.com

Bali antara destinasi pelancongan paling popular di Asia berjaya menduduki carta carian, walhal lokasinya tak berapa jauh dengan Malaysia yang sendirinya banyak tempat indah, cantik serta menarik untuk dilawati.

Mungkin blogger Malaysia boleh lakukan sesuatu untuk menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan paling dicari di tahun 2014. Jika bijak dan pandai menggunakan pendekatan SEO, in Sha Allah .... kita boleh menarik kehadiran pelancong dan pada masa yang sama, dapat memberikan manfaat pada orang lain - dari segi penjanaan kerja, ekonomi, pelaburan dan sebagainya. Malah, kalau ikut cara, boleh menjadi sebagai tapak dakwah dan perkembangan dunia Islam.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

kurangnya promosi menyebabkan malaysia bukan berada dalam carian popular untuk pelancongan..betul jugak tu, mungkin blogger2 yang pakar SEO boleh lakukan sesuatu untuk meningkatkan ekonomi malaysia melalui pelancongan ;)

Reply

betul tu bro! mungkin hari kedua 2014 masih baru nak start gear...jom kasi gegar dunia para bloggers!!!

Reply

Diharap sempena Tahun Melawat Malaysia, mampu beri kedudukan yang baik buat Malaysia

Reply

Yeahh .. suka dnegan semangat anda.

Reply

Destinasi dalam Malaysia pun banyak yang cantik2 gak.. hope 2014 ni blogger2 dapat mempromosikan Malaysia lak sebagai destinasi pilihan pelancong..

Reply

istanbul..mu tunggu aku datang...in sha allah..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.