Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014

Bulan Januari 2014 memang banyak cuti. Saya yang tinggal di Penang, merasa cuti Tahun Baru 2014, cuti Maulidir Rasul, cuti Hari Thaipusam dan hujung bulan Januari ada cuti Tahun Baru Cina. Cuti sekolah untuk perayaan Tahun Baru Cina 2014 akan bermula dari 30 hb sehinggalah 4 hb Februari 2014. Cuti yang agak panjang juga.

Rujuk Takwim Persekolahan 2014 (klik)

Panjang ... tapi kena ganti. Cuti sekolah yang banyak disebabkan oleh cuti yang perlu diganti. Cuti yang perlu diganti adalah pada cuti Tahun Baru Cina - 2 hingga 4 Februari 2014. Untuk semakan, boleh lihat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada 21 November 2013 seperti yang ditampilkan di bawah. (Saya ambil lampiran C sahaja)
Cuti ganti tahun baru cina 2014
Cuti sekolah ganti adalah pada 25 Januari, 15 Februari dan 7 Mac 2014. Selalunya sekolah akan adakan aktiviti-aktiviti tertentu pada tarikh-tarikh ganti ni.

Seperti anak saya, yang mungkin akan berada bersama saya pada 25 Januari 2014 ini - tidak mengikuti isteri dengan anak-anak saya yang lain ke kenduri perkahwinan di Sungai Besar, Selangor - akan ada Kursus Kepimpinan Pengawas di sekolah.

Ada sekolah yang buat sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya.

Jadi, kepada anda yang ada anak sekolah, kena alert mengenai perkara ini ... manalah tahu kot-kot dah merancang hujung minggu nak ke mana-mana terutama pada tarikh ganti cuti sekolah Tahun Baru Cina. Buat pindaan sepatutnya. Kalau perlu, kena tulis surat rasmi ketidak-hadiran anak ke sekolah.


6 comments.. read them below or add one

Wafi Remli Wafi Remli January 23, 2014
Kira tak bebas jugaklah hujung minggu budak-budak ni...
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN January 23, 2014
Sepatutnya ibu bapa lebih mengambil berat tentang jadual2 ini...sebagai panduan untuk memantau aktiviti anak2...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2014
Hmm .. gitulah nampaknya.
Normi Nieza Normi Nieza January 23, 2014
klau kat kelantan ..2hb feb nie cuti la..:)
Bro Framestone Bro Framestone January 23, 2014
Gua xde anak yang bersekolah... Tapi kena tahu juga pasal benda nie.. Risau tertiba ada jalan sesak tertiba.. mula rasa pelik nanti

www.broframestone.com
Invisible Me Invisible Me January 24, 2014
A'ah. Sekolah dekat rumah buat merentas desa sekali dgn gotong-royong.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.