Cuaca Sejuk Melanda Malaysia

Saya ada buat beberapa status mengenai cuaca sejuk sejak kebelakangan ini. Saya dan isteri perasan ia sesuatu yang agak abnormal atau lain dari kebiasaan. Mana taknya, jam di dinding dah pukul 1 petang, mandi pun terasa sejuk gigil lagi. Selalunya air paip kat bilik air akan rasa suam-suam panasnya, tapi kali ini ia sejuk macam dicurahkan dari peti ais.

Ramai juga rakan yang sedar akan perubahan ini. Dan ada yang tak ambil kesah sangat. Malah, ada yang kaitkan dengan kejadian salji turun di Indonesia yang sebenarnya satu berita palsu - yang dah dihebohkan pada tahun 2013. Mengapa fenomena ini berlaku?

Cuaca Sejuk Melanda Malaysia

Cuaca Sejuk Melanda Malaysia

Saya sedar perkara ini sebab selalunya awal pagi kalau saya mandi ... boleh lagi gagahkan diri curahkan air ke badan sasa lagi tegap ini. Tapi kali ini, air dicurah ibarat mandi berairkan ais yang mencair, walhal malamnya tu tak ada pula hujan.

Saya keluar rumah dan tengok keadaan sekeliling. Cuaca panas, tapi tak terasa panas ... nyaman je. Dah cukup seminggu lebih la jugak saya tak buka air-conditioning dalam kereta. Kalau tak, pagi-pagi jam 9-10 dah buka kalau memandu. Tengok keadaan langit, awan pun kurang .... biru je. Matahari tetap memancar, dan dah 2 minggu Parit Buntar tidak alami hujan.

Persoalan saya terjawab apabila Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan satu kenyataan akhbar.
Kenyataan Akhbar MET - Cuaca Sejuk Melanda Malaysia
Ini bukan sejuk biasa-biasa ni, ini sejuk memang sejuk tahap sama lepak santai di Cameron Highlands atau Genting Highlands.

Sejuk Ibarat Melepak di Cameron atau Genting Highlands

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan pada hari Khamis 23 Januari 2013 bahawa dari 1 hingga 22 Januari, suhu yang paling rendah dicatatkan di Kuantan iaitu 21.0°C, Kota Kinabalu 22.1°C, Petaling Jaya 23.6°C, Kota Bharu 23°C, Kuching 22.0°C manakala daerah di utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis masing-masing mencatatkan suhu 22.4°C dan 23.3°C.

Bil Elektrik Turun?

Dan mungkin sebab ini juga, bil elektrik saya dalam bulan ni turun mendadak, dari sebelumnya RM100+ menjadi RM58.00 .... errr ada kaitan ke?

Walaupun cuaca agak sejuk, ada satu perkara yang saya perasan .... kulit mudah cepat kering ... bibir merekah dan mudah letih.

Keadaan di tempat saya, Nibong Tebal - Parit Buntar memang sejuk dari awal pagi sampailah ke malam. Bila malam, kena pakai selimut sebab sejuk sangat. Awal pagi pula, saya mandi secebuk dua sahaja sebelum bersiap untuk sholat subuh dan hantar anak-anak ke sekolah. Jika selalu mandi 5 kali, kali ini ... saya mampu mandi dua kali sahaja sehari ....serius sejuk.

Anda bagaimana?

Sumber: MET

{ 16 comments.. read them below or add one }

Khalid Kyle Khalid Kyle January 24, 2014

Kalau kat Melaka memang sejuk lebih2 lagi kalau waktu malam, bila angin sejuk datang boleh demam dibuatnya.. rasa macam ade kat genting pulak

Jom Terjah : Custom Made Sticker Kereta | Car Stickers Malaysia
Firdaus Redscarz Firdaus Redscarz January 24, 2014
SAya la, saya dah prasa 2,3 lepas jugak mandi petang biasanya air suam-suam boleh mandi. ni rasa lain macam je sejuk. kena paksa gak mandi..

...err.. penangan dari air terjun kampung beng ni..
Firdaus Redscarz Firdaus Redscarz January 24, 2014
Saya pun, dah rasa 2,3 hari yang lepas**

hampeh typo..
Wafi Remli Wafi Remli January 24, 2014
Sejuk yang tergambar kesejukannya...
Ezad Skytech Ezad Skytech January 24, 2014
memang terasa jugak perubahan cuaca baru2 ni...ingatkan sy sorang je yang rasa macam tu...rupanya memang cuaca tetiba sejuk sekarang ni ye...
Muhammad Taufiq Muhammad Taufiq January 24, 2014
Memang sejuk

awksweetgitu.blogspot.com :)
iu-hazirah iu-hazirah January 24, 2014
ni cabaran umat islam, allah nk uji umat islam waktu pagi tarik selimut ke solat subuh?
Salam Yahya Salam Yahya January 24, 2014
betul tu bro......dan setiap mlm angin mmg kuat........
atien zuraidah atien zuraidah January 24, 2014
Mmg sejuk,tengahari pun saya mandi air panas.hehee pagi2 lg sejuk macam dok dlm peti ais.
Mas Zull Mas Zull January 24, 2014
assalamualaikum hh...yer la skg ni cuaca mmg agak sejuk...semlm mama masuk tesco pun dah terasa kesejukan air-condnya seolah2 dok dlm peti ais pulak...selalunya kalau masuk tesco mcm biasa jer semlm boleh pula rasa mengigil...kat rumah pula kipas kalau buka slow jer dr selalunya...mmg jimat la bill elektrik bln ni....
shahfir yusof shahfir yusof January 24, 2014
bersediakah kita jika keadaan cuaca menjadi lebih buruk lagi nanti...adakah negara arab akan berubah menjadi kawasan tropika...?ermm...
Bro Framestone Bro Framestone January 24, 2014
Patut la kulit anak gua macam kering je... Adeh... Dan lately lena dia tidur walaupun kipas tak buka kuat

www.broframestone.com
Invisible Me Invisible Me January 24, 2014
Tidur tak perlu pasang kipas sekarang tapi kulit boleh tahan kering jadinya..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 24, 2014
Perubahan cuaca di negara kita. Kadang-kadang Allah buat untuk ingatkan kita semua.
Lolly Apparel Lolly Apparel January 24, 2014
memang pung duk, tak pernah rasa sejuk camnie..angin kuat tak kira siang malam. rasa ngeri kengkadang takutkan bala Allah swt ker..tau-tau jer lah banyak sangat kezaliman kat bumi Malaysia nie.
Capaian Capaian January 25, 2014
This comment has been removed by the author.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.