Cara Semak Harga Ikan Ayam Sayur Online

Hujung tahun dan awal Januari, memang setiap tahun akan menampakkan kenaikan beberapa harga barang. Jaranglah harga akhir dan awal tahun ni yang tunjukkan penurunan, kalau ada pun ... ia tidak nampak impak sangat. Tapi, kalau bab kenaikan, memang buat ramai resah gelisah termasuklah saya sendiri. Ini disebabkan banyak faktor antaranya ialah cuaca, dan juga faktor bahawa kebiasaan kakitangan kerajaan dan swasta akan terima bonus dan kenaikan gaji (walau tak semua).

Elakkan Peniaga Ambil Kesempatan Mudah

Ada peniaga, pemborong dan peruncit yang suka ambil kesempatan dengan keadaan ini. Walaupun faktor tadi ada pengaruhi sedikit sebanyak pengeluaran dan permintaan barang-barang keperluan harian seperti ikan, ayam, daging serta sayur-sayuran; namun peningkatan harga mendadak dan tak masuk akal memang tak bertanggungjawab.
Portal Pengguna Bijak - Semakan Harga Barang Online 2014 - hasrulhassan.com
Jadi, sebagai pengguna kita mesti bijak untuk memilih barangan yang perlu dibelanjakan. Dan sebagai pengguna juga kita perlu menggunakan hak-hak pengguna kita dengan sebaiknya. Di Malaysia, pengetahuan dan amalan hak pengguna ini tidak dioptimasi sepenuhnya. Ramai yang suka berserah dan menyerah, redha dengan keadaan, sedangkan ada mekanisma yang boleh membantu pengguna di Malaysia mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.

Cara Semak Harga Ikan Ayam Sayur Secara Online

Ok, untuk itu ... salah satu cara untuk pengguna di Malaysia menggunakan hak mereka ialah dengan mendapatkan harga barangan dan produk yang lebih nilai dengan wang. Maka, rakyat Malaysia kenalah rajin sedikit untuk semak harga bahan-bahan keperluan dapur termasuklah bahan mentah dan basah.

Dengan menggunakan semakan harga pantas di laman web 1Pengguna yang disediakan oleh KPDNKK, pengguna boleh memantau dan mengetahui harga standard yang sepatutnya peniaga dan peruncit guna pakai. Jadi, pengguna tidak akan tertipu dengan harga melampau yang ada. Malah, boleh membuat pilihan untuk membeli barangan yang sesuai dengan bajet semasa.

Cara Pantas Semak Harga Barangan Online - Pricewatch

Cara Semak Harga Ikan, Ayam, Sayur dan Buah Secara Online - hasrulhassan.com
Carian Pantas Harga Ikan 1Pengguna - hasrulhassan.com
Ada dua cara yang boleh anda gunakan, satu menerusi Pricewatch (klik) dan satu lagi menerusi Carian Pantas Harga, seperti yang tertera di atas.

Semak Harga Menggunakan Pricewatch

  • Pergi ke laman web 1Pengguna.
  • Klik Pricewatch (klik).
  • Masukkan lokasi, dan daerah tempat anda tinggal.
  • Klik pada barangan atau produk yang anda mahu semak harga.
  • Dan anda akan diberikan paparan kedai dan harga produk tersebut.

Semak Harga Menggunakan Carian Pantas Harga

  • Pergi ke laman web 1Pengguna
  • Anda akan nampak satu kekotak warna hitam seperti dipaparkan di atas.
  • Masukkan nama produk, dan tempat.
  • Klik Cari Harga. 
Atau
  • Pilih ikon produk yang ada - buah-buahan, ayam bersih, hasil laut dan makanan kering
  • Dan lakukan seperti di atas.

Harapnya entri ini dapat bantu anda mengetahui cara bagi menyemak harga-harga bahan mentah dan keperluan dapur secara online dengan mudah. Jika rasanya anda mungkin tiada masa, mungkin anda boleh gunakan pendekatan yang saya gunakan seperti yang telah saya ceritakan di sini - Beli Ikan di Pasaraya Lebih Murah

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita mesti cari jalan sendiri bagi memastikan kehidupan kita tidak terlalu tertekan dan terhimpit.

p.s: Join la AgenAffiliate percuma untuk bolehkan blog anda jana income sampingan.


6 comments.. read them below or add one

Phat Phat January 08, 2014
terima kasih atas info bang
Mas Zull Mas Zull January 08, 2014
assalamualaikum hh...perkongsian info yg baik..;)
Ija Ija January 08, 2014
salam hh
info yang menarik..
jemari ameera jemari ameera January 08, 2014
waa...bagus bagus baguss...at least tak kena kelentong penjual nanti kan?
Linda Linda January 09, 2014
Great info..terima kasih :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.