Langkau ke kandungan utama

Blogger Muslim Super

Beras apa yang selalu anda beli? Hmm .. kalau ada kemampuan, anda tentu mahu beli beras gred super A ... kualiti terbaik buat hidangan setiap hari kan? Rasanya dikatakan lebih enak, dan proses pembungkusan beras itu juga lebih teliti - tiada bahan asing atau beras yang dah hancur. Kita sering fikir apa yang kita mahu, bagaimana pula dengan apa yang boleh kita berikan?

Saya tertarik dengan perkongsian rakan blogger mengenai bagaimana mahu menjadi seorang muslim super. Ya muslim yang lengkap dari segala segi. Muslim dalam gred terbaik. Muslim yang boleh berikan sesuatu kepada orang lain. Muslim yang boleh menjadi manfaat.

Ciri Blogger Muslim Super

Dan seandainya anda seorang blogger Malaysia Muslim, maka anda boleh jadikan ini sebagai rujukan buat diri - untuk menjadi Blogger Muslim Super.
Menjadi blogger muslim gred super
Itu adalah secara ringkas yang membolehkan atau untuk membantu anda menjadi seorang blogger Muslim super. Nak tahu lebih lanjut bagaimana?

Ya, ada blogger dah berikan tips lengkap untuk menjadi seorang blogger Muslim super ini, anda boleh baca di sini - Muslimah Sejati

Erkk .. usah mengeluh dulu ... usaha kita yang penting, usahalah walau ianya hanya selangkah atau dua langkah. Niat dan usaha ke arah menjadi manusia yang boleh berikan manfaat pada orang lain.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wah bagusnya..mudah-mudahan kita menjadi seorang muslim/muslimah yg super
    mulakan dengan selangkah, 2 langkah..insha Allah pasti akan mengorak langkah yg lebih besar
    semuanya dgn usaha

    BalasPadam
  2. Sama-sama kita perbaiki diri. Moga Allah redha.. :D
    amin..

    BalasPadam
  3. terlanjur dah ada checklist untuk menjadi blogger muslim yang superb nih :) mudah-mudahan dipermudahkan niat yang baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... :) kita merancang yang terbaik

      Padam
  4. Upgrade jadi Mukmin plak...

    BalasPadam
  5. Sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi muslimin dan muslimah yang cemerlang dan terbilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu bro .... semua kena bermula dengan diri ... tak boleh nak suruh orang lain dah

      Padam
  6. Jom sama-sama kita perbaiki diri HH..yang penting niat sudah ada..semoga dipermudahkan..Aminn!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Semoga semua kita berjaya ...

      Padam
  7. alhamdulillah... semoga semua blogger memiliki ciri-ciri blogger muslim dan musilmah super... :)

    BalasPadam
  8. Benar juga.Semoga kpsaya dapat memperbaiki diri saya terlebih dahulu.
    Allahu Akbar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya, begitulah kena bermula dari diri sendiri. Dengan diri sendiri, baru orang nampak dan akan ikut mana yang baik

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…