Langkau ke kandungan utama

Anak Sekolah Dapat RM100 15 Januari 2014

Saya ada 3 orang anak. Yang sulong dah masuk darjah empat, yang kedua baru masuk tadika 6 tahun dan yang kecil, si Maira ... pengarang jantung hati saya umur 4 tahun masuk Tadika Islam. Alhamdulillah, hari ini pertama persekolahan mereka bertiga tiada masalah. Masing-masing seronok dengan kelas dan sekolah masing-masing.

Bangun seawal jam 6:30 pagi, mereka bertiga dah bersiap sedia dengan beg sekolah dan pakaian sekolah. Walaupun pakaian bukan pakaian baru, tapi mereka tetap bersemangat nak jumpa kawan lama dan baru.
Persekolahan tahun 2014
Sarapan dua beradik sebelum pergi ke sekolah

Prasekolah Sek. Keb. Permatang Tok Mahat Nibong Tebal, Penang
Zikri, 6 tahun di Prasekolah Sek. Keb. Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Penang

Anak saya nombor dua, ke sekolah tadika 6 tahun sama sekolah dengan abangnya. Sebelum ini dah 2 tahun bertadika di Tadika Perpaduan, jadi bila masuk tadika atau prasekolah di Sekolah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, memang ok sahaja. Walaupun ada kala nampak ada perubahan wajah pelik, tapi alhamdulillah, Zikri anak saya nombor dua ni cekal dan kekal bersemangat sehingga habis kelas jam 12 tengahari.

Tadika Islam Perak Taman Seri Semarak, Parit Buntar
Maira mendaftar hari pertama Tadika Islam Perak Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak

Maira, anak perempuan saya yang mulanya berat nak masuk ke kelas, akhirnya dapat sesuaikan diri dengan baik. Malah, kami (saya dan isteri) tiada masalah tinggalkan dia di kelas walaupun ia merupakan pengalaman pertama berjumpa kawan-kawan baru di sekolah. Kami sepakat masukkan Maira 4 tahun ke Tadika Islam (Kerajaan Negeri Perak) disebabkan anak saya ni agak lincah dan sudah ada cerdik akal dalam beberapa perkara.

Anak Sekolah Dapat RM100 15 Januari 2014

Murid dan pelajar Sek Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal
Oh ya, buat anak-anak sekolah ... pemberian bantuan RM100 akan diberikan pada 15 Januari 2014. Jadi, mana-mana ibu bapa yang mungkin ada masalah pembayaran yuran atau mendapatkan barangan persekolahan anak-anak seperti pakaian, buku atau seumpamanya, bolehlah menarik nafas lega dengan berita ini.

Nasib baik tak perlu tunggu lama, jadi masih ada kesempatan untuk melunaskan bayaran persekolahan anak-anak terutama yuran. Yuran sekolah Tadika Zikri tahun ini kena bayar RM110, dan Maira di Tadika Islam dalam RM200.

Walaupun pendidikan perlu dibayar dewasa ini, tetapi subsidi dan bantuan dari kerajaan masih ada untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Sekolah penting. Pendidikan perlu. Jangan abaikan walau sesempit mana keadaan ekonomi kita.

p.s: Tips pakaian sekolah - kalau ada rakan-rakan sepejabat atau jiran yang anak sekolah serupa, beli sahaja daripada mereka. Jimat dan tak perlu susah payah mencari dah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Alhamdulillah..semoga bantuan yg diberikan,dpt membantu golongan2 yg tidak berkemampuan...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..seronok tgk budak2 masuk sekolah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm memang seronok tgk keletah dan gelagat anak2 kecil ni.

      Padam
  3. Alhamdulillah.. bab pakaian tu, ada betulnya. Saya dulu pun jarang dapat baju baru.

    BalasPadam
  4. alhamdulliah..dpt meringankan beban kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, ramai yang menunggu RM100 ini.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…