Langkau ke kandungan utama

Ada Yang Terkejut!

Mereka terkejut apabila saya kata blog ini pernah dapat 55,000 pageviews sehari. Mereka terkejut bila dapat tahu, satu entri sahaja boleh menyumbang sehingga 10-20 ribu hits sehari. Sehari tu .. bukan berhari-hari. Memang ada yang terkejut.

Terkejut bukan apa, sebab macam mustahil je blog ini yang tidak ramai pengikut boleh dapat trafik sehari setinggi itu. Mustahil .. memang mustahil.

Perkataan mustahil ini melemahkan jiwa. Kalau tak berusaha, mestilah nampak mustahil. Cuba belajar, dapatkan ilmu-ilmu yang banyak ada di laman maya ni. Ada berbayar, ada yang percuma. Yang berbayar bukan mahal pun, ada ebook berkaitan dijual dengan harga serendah RM10 je.

Ada Yang Terkejut! Sayalah Salah Seorangnya

Erkk .. sebenarnya, saya sendiri pun terkejut bila tiba-tiba trafik blog mencanak sehingga puluh ribu sehari dan ratus ribu sebulan. Apatah lagi, blog saya ni bukan blog kisah hiburan atau gosip yang mudah nak dapat trafik tinggi.

Lagi satu, menjadi payah bila sebuah blog yang kurang sensasi nak diterjah orang. Entri kena tulis sendiri, kena perah idea nak menarik hati pembaca ...bukan senang ooo .. tapi seperti awal saya cakap, ia bukan benda mustahil pun.

Ingat lagi konsep M.E.S.T.I yang saya perkenalkan dulu tak? Ikuti konsep tersebut, maka mudah dan senanglah anda boleh capai kejayaan dalam dunia blog.

Tipu? Kalau tipu, nak tengok bukti usaha saya ......
Bukan mudah tapi seperti saya cakap .. tak mustahil. Jangan cepat putus asa. Belajar dan belajar dan belajar. Usaha ... usaha dan usaha. Dah usaha, sila tanamkan sikit sifat penyabar dalam diri. Jangan gopoh nak dapatkan hasil.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. bro kasi yg google analytic.. lg tepat :)

    BalasPadam
  2. wooo...awesome! tahniah tuan HH
    amalkan belajar n sabar setiap masa...hmmm..prinsip yg bagus..yumida kena sematkan di dada ni
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena belajar semangat ini juga dari Yumida, Blog HH banyak membantu saya belajar buat blog.

      Padam
  3. Tahniah HH dan yang pasti kita tidak terkejut!!! Blog HH ada kekuatan tersendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, ada umpan yang baik kata pemancing udang.

      Padam
  4. Assalammualaikum,..HH,

    Terima kasih HH, bro HH memang hebat.. x dapat dinafikan lagi..

    mselim3

    BalasPadam
  5. Saya percaya sifu HH dapat macam ini, Blog menarik mesti ramai yang datang.

    BalasPadam
  6. wooow..syok tgok deretan angka trafik tu.

    BalasPadam
  7. insyaAllah semua blogger boleh buat kalau ada teknik yg betul

    BalasPadam
  8. saya pun terkejut badak...hohoho..anyway, blog informasi macam HH ni lagi power dari blog gosip2 tu..sebab orang lebih suka share informasi penting mcm yg selalu bro HH kongsikan...maka dengan itu, terjadilah perkongsian viral..ceewah, memandai pulak aku..tahniah sifu..

    BalasPadam
  9. Mantap.... kita menulis blog (kalau betul2 nak trafik) biarlah dapat trafik berterusan dari target dapat trafik harian je dari1 artikel.

    baru orang nampak artikel tersebut releven walaupun dah bertahun dipublish di blog

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..
    Tahniah Bro..memang masyukk..dulu-dulu blog saya boleh dapat ribuan trafik sampai 25,000 pageview untuk satu entri..tapi sejak Blogspot terlalu banyak pembaharuan yg dibuat, kurang trafik masuk..blogging jadi suram..haha..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…