Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

11 Langkah Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2014

Rasanya ramai dah sedia maklum mengenai 11 langkah kerajaan yang telah diumumkan bagi mengurangkan perbelanjaan dalam sektor awam bagi tahun 2014. Mungkin ada yang tidak tahu, maka entri ini akan senaraikan langkah-langkah tersebut yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Langkah tersebut bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2014 dan dianggap sebagai kaedah untuk memastikan sektor awam negara ini (Malaysia) berbelanja dengan lebih berhemat. Ia bakal membabitkan sektor awam yang mempunyai 1.4 juta kakitangan.
11 Langkah Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2014Elaun keraian Menteri dan Timbalan dikurangkan 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan gred JUSA C dan ke atas dikurangkan 5-10 peratus.Kos utiliti elektrik dikurangkan 5 peratus bagi semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.Bayaran tol pegawai tinggi kerajaan dikurangkan 30 peratus iaitu antara RM50-RM100.Membekukan pengubahsuaian pejabat bagi semua …

Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger

Bukan tujuan saya nak memanaskan isu, tetapi sekadar buat ingatan sebelum perkara jadi melarat. Sebelum ini, saya ada perkatakan mengenai isu blogger hiburan yang cilok artikel penulisan wartawan. Sana tuju sini, sini tuju sana. Dua-dua pihak pernah buat silap, seperti sebelum ini apabila ada gambar blogger diambil tanpa kebenaran oleh majalah dan wartawan. Bukan setakat itu, malah ada juga artikel yang diambil oleh pihak majalah tersebut.

Tanyalah blogger masakan yang sering jadi mangsa.

Tanyalah blogger travel yang sering kena cilok gambar mereka.

Tanyalah blogger kekeluargaan yang cover sesuatu event dengan detail.

Mereka pernah jadi mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger Salah satu sebab sesebuah blog jadi terkenal adalah disebabkan gambar-gambar cantik serta kreatif yang mereka kongsikan. Walaupun gambar sudah terang-terang ada watermarks, namun masih ada segelintir yang ambil tanpa kebenaran dan langsung tidak berikan kredit pada empunya ga…

Blogger Hiburan Rembat Artikel Wartawan

Perghh, keluar akhbar tu - blogger hiburan rembat artikel wartawan! Nampaknya, isu ini yang sebenarnya dah lama berlaku dalam dunia blog Malaysia sudah mula diketengahkan. Bukan sekali dua dah cerita mengenai blogger ambil jalan mudah ambil sumber tanpa kredit ini dipaparkan di selit-selit akhbar media arus perdana.
Blogger Hiburan Rembat Artikel Wartawan Harapnya janganlah jadi perang antara wartawan dengan blogger. Sebenarnya kerjasama boleh sahaja terjalin antara blogger dengan wartawan, serius boleh, sepertimana saya pernah bekerjasama dengan wartawan yang juga seorang blogger - Mazidul Akmal Sidek dan juga pengacara jelita - Rina Salleh.
Blogger Malaysia Masih Cetek Pengetahuan Apa yang berlaku adalah blogger Malaysia masih lagi cetek pengetahuan mengenai etika dan cara betul berblog, semuanya terpengaruh kerana mahu jana pendapatan menerusi trafik blog. Ya, saya memang tidak menyangkal bahawa trafik blog itu penting, tetapi biarlah dilakukan dengan cara yang disenangi semua ora…

Tidur 'Berlapikkan' Garam

Garam semua orang tahu rasa, bentuk dan warnanya. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa garam ada khasiat yang lebih daripada apa yang kita nampak. Di negara Eropah dan China misalnya, garam dijadikan salah satu bahan mujarab untuk membantu penyembuhan penyakit. Malah, kalau diikutkan dalam perubatan Islam sendiri, garam dijadikan entiti penting dalam kebanyakkan rawatan yang dijalankan.
Tidur Berlapikkan Garam Oleh kerana terdapat keistimewaan pada garam, maka terciptalah satu produk inovasi yang dinamakan Bio Velocity Sleep Mate. Kalau tengok sekali imbas, produk ini macam selimut, tetapi ia sebenarnya adalah pelapik tilam. Erkkk pelapik tilam? Apa kaitanya dengan garam tadi?

Pelapik tilam istimewa ini sebenarnya dibuat dan disulam menggunakan sulaman benang sutera halus yang diberikan suntikan garam buluh. Garam buluh terkenal di negara China dan juga negara di Eropah Timur kerana kealkaliannya yang dapat membantu merawat tubuh manusia.

Makanya, andai anda tidur menggunakan produk ini …

Tips Untuk Beli Barang Murah Secara Online

Wife saya baru sahaja mendapatkan produk dengan harga murah yang dibeli secara online. Alhamdulillah, memang puas hati dengan produk yang telah dibeli. Ini bukan pertama kali isteri mahupun saya membeli secara online. Dah banyak kali dah kami beli, dan kami tidak beli daripada laman-laman web yang dah established, tapi kami beli dari Facebook dan dari blog-blog niaga biasa. Yang bestnya, kami dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa atau dari kedai-kedai hakiki yang ada.
Peniaga Online Menipu Pelanggan Ramai yang merungut bahawa terdapat peniaga online ini yang menipu pelanggan-pelanggan. Memang tidak disangkal, malah dalam laman-laman online yang terkenal seperti Mudah.my, Lelong.com.my dan sebagainya memang ada 'ahli-ahli berdaftar' yang buat onar seperti itu. Produk dah dibayar, tapi tak sampai-sampai.

Itu kes paling buruk, kes-kes kecil lain seperti barang dijanji tidak sampai pada waktu sepatutnya, barang sampai kurang kualiti, produk di…

Cara Semakan Keputusan eBidding Tender Kerajaan

Cara Semakan Keputusan eBidding Tender Kerajaan - Adakah anda seorang kontraktor yang sedang cuba mendapatkan tender dari kerajaan? Jika ya, anda patut menyemak keputusan mendapatkan tender kerajaan yang telah anda hantar menerusi eBidding. Hmm .. sekarang semuanya dah mudah, semuanya secara online. Dengan adanya eBidding, anda boleh tahu dan semak keputusan mereka yang berjaya memperoleh tender kerajaan ini. Langkah ini adalah untuk menjayakan pengurusan tender kerajaan yang telus dan efisien.
Cara Semakan Keputusan eBidding atau Tender Kerajaan Bagaimana nak membuat semakan syarikat yang berjaya mendapat tender menerusi eBidding? Ok, mudah je. Anda hanya perlu pergi ke pautan yang disedikan di bawah, dan ikuti langkah yang diberikan.
Pergi ke laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)Ambil pautan ke Keputusan eBidding/Tender/Sebut HargaSemak keputusan yang dikeluarkan. Cukup mudah. Atau terus sahaja ke pautan berikut: Keputusan eBidding-Tender-SebutHarga Kerajaan

Paparan …

Tips Menulis Entri Dicari Orang

Seni menulis entri blog ada banyak. Dan ia bergantung pula pada tujuan entri itu ditulis. Ada yang hanya menulis tanpa ada apa-apa tujuan. Selalunya entri ini adalah entri 'kosong' - seolah bualan kosong seharian sahaja. Ada pula yang menulis kerana mahu menyampaikan sesuatu yang boleh dijadikan panduan pada orang lain. Ada juga blogger yang menulis kerana mahu memperoleh income menerusinya.
Tips Menulis Entri Dicari Orang
Dalam entri ini, saya nak kongsi bagaimana nak tulis entri yang dicari orang. Bila disebut perkataan dicari, maka pendekatan SEO menjadi antara salah satu peranan. Walaubagaimanapun, saya nak alih perhatian anda daripada SEO, sebab dalam bab SEO ini; penekanan diberikan lebih untuk 'pikat' robot carian ... dan bab pencarian manusia masuk dalam peringkat kedua. Jadinya, saya ingin kongsi bukan soal SEO, tetapi lebih kepada cara kita menulis untuk memikat mata manusia terhadap tajuk entri kita tulis.

Naluri manusia adalah bersifat ingin tahu. Jadi, an…

Top 10 Carian Paling Popular di Yahoo 2013

Yahoo telah pun mengeluarkan senarai top 10 carian paling tinggi menerusi Yahoo Search. Dalam senarai yang telah dikeluarkan itu, nama selebriti antarabangsa Miley Cyrus telah mendapat ranking pertama berbanding dengan nama selebriti lain yang turut popular di Yahoo Search.

Selain itu, gajet terbaru daripada Apple iaitu iPhone 5 juga tersenarai dalam top 10 ranking most search Yahoo 2013.

Nama saya pun ada, tapi jauh kebelakang sampai tak dapat dijejaki ... hahahhahaa....
Top 10 Carian Paling Popular di Yahoo 2013
Miley CyrusKim KardashianKate UptonMinecraftSelena GomezObamacare (Affordable Care Act)Amanda BynesJodi AriasiPhone 5Justin Bieber Gambar Selena Gomez Waktu Kecil Carian Google juga telah mengeluarkan senarai carian paling popular mereka, nanti saya akan update untuk anda. Adakah nama blogger akan berada di dalam senarai tersebut seperti yang pernah terjadi kepada Fatin Liyana, blogger terkenal cantik bijak satu masa dahulu?

Sumber: Yahoo News.



Widget Donate Dengan Fungsi Kongsi

Lama saya tak kongsikan widget menarik untuk para blogger Malaysia. Ok, kali ini saya nak promosikan satu widget baru yang telah disediakan oleh seorang rakan blogger yang cukup hebat iaitu +Bukhari Malek . Widget yang menarik ini berfungsi untuk memberikan penghargaan kepada penulis blog yang berkongsi entri atau post yang baik dan bermutu. Pemasangan cukup mudah, widget donate dengan fungsi kongsi ini juga akan bantu entri dan post dalam blog disebarkan secara lebih berkesan ke laman-laman sosial.
Kelebihan Widget Donate Dengan Fungsi Kongsi Buat apa nak pasang widget ini dalam blog? Ok, saya berikan beberapa kelebihan widget ini jika dipasang dalam blogspot anda
Mudah digunakanTidak berat / ringan untuk blogMembantu menaikan trafik blogMesra pengguna Lihat je demo yang telah disediakan di sini - Demo

Secara amnya, widget ini membolehkan pengunjung yang menghargai hasil tulisan di blog dengan 'derma' menggunakan fungsi kongsi (share) dan bukan seperti kebiasaan, yang mengguna…

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Rasanya ramai yang tertunggu akan pendaftaran dan permohonan untuk BR1M 4. Borang kini sudah boleh diisikan secara online atau dalam talian menerusi laman web Hasil milik LHDN. Anda boleh mengisi borang pendaftaran dan permohonan baru BR1M 4 ini di pautan berikut - E-BR1M
Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 4 Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu pastikan syarat-syarat yang disertakan dipenuhi. Jika tidak, anda dikategorikan sebagai tidak layak untuk memohon.
Borang Permohonan Baru BR1M 2014
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014        (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pend…

10 Filem Melayu Paling Laris 2013

Bila hujung-hujung tahun ni biasalah akan keluar macam-macam senarai. Dan ini memang antara entri-entri popular untuk para blogger Malaysia. Ada macam-macam penyenaraian boleh dibuat, mengenai dunia hiburan, mengenai enjin carian, mengenai dunia permotoran., malah mengenai dunia blog Malaysia itu sendiri. Kalau anda seorang yang rajin, boleh je dapatkan pelbagai informasi ini yang sudah tersedia, cuma perlu diolah sendiri untuk menjadikan ia lebih menarik untuk pengunjung blog anda.

Macam apa yang sedang saya lakukan sekarang, saya akan menyenaraikan 10 filem Melayu paling laris atau paling tinggi kutipannya di tahun 2013. Dari mana saya mendapat sumber ini, nahhhh .. tentulah sekali daripada pembacaan. Kalau anda tak baca, mana nak tahu .. ye tak?

Ok, bersedia untuk ketahui mengenai 10 filem terlaris ini, dan adakah ia layak untuk diangkat pula sebagai filem terbaik 2013? Harus ingat, adakala filem yang bagus tak begitu komersil lalu tidak menghasilkan kelarisan (ada ke perkataan ni?…

Blogger Boleh Mati Kalau Kerja 30 Jam!

Ya, jika anda seorang blogger yang sangat-sangat-sangat komited dan sanggup berada lama di depan komputer - atau dengan lebih tepat, membuat kerja selama 30 jam; anda berkemungkinan akan berakhir dengan kematian. Bukti dah ada, dan ianya berlaku pada seorang wanita bernama Mita Diran.
Wanita Copywriter Mati Kerja 30 Jam! Wanita berkaca mata ini bukan figura terkenal, tetapi kematiannya telah menjadi bualan hangat di laman sosial. Mengapa tidaknya, dia sangat komited dengan kerja sehingga sanggup berjaga hanya untuk memastikan kerjanya disiapkan. Dia dikatakan banyak menghabiskan masa di pejabatnya, yang merupakan sebuah agensi pengiklanan.

Berdasarkan status di akaun Twitter milik Mita Diran; dia dipercayai menjadikan minuman tenaga untuk terus kekal berjaga. Oleh kerana terlalu banyak mengambil minuman ini, jantungnya telah berhenti berfungsi. Bapanya berkata, Mita Diran telah bekerja selama 3 hari dan ditemui pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pusat Pertamina. Manakala menurut rakan…

Majlis Walimah Tarikh Bertindan

Serba salah kalau jadi begini. Walimah banyak, kalau ikut hukum, wajib hadir tu. Biasalah apabila musim cuti sekolah, kenduri kahwin ada di mana-mana, dan saya pun tidak terkecuali mendapat beberapa jemputan dalam cuti sekolah. Tapi, yang jadi serba salah lebih sedikit adalah apabila majlis walimah tarikh bertindan sesama sendiri, sedara mara pula tu. Uhh memang payah nak buat keputusan.
Majlis Walimah Tarikh Bertindan Situasi serba salah akan berlaku jika; saudara mara sebelah saya ada majlis sama dengan saudara mara sebelah isteri. Kalau ikutkan pangkat dalam kekeluargaan, memanglah kena lebihkan pada saya sebagai suami. Tetapi, atas dasar seorang suami yang melihat hubungan keduanya perlu dijaga, maka mesti usaha lakukan sesuatu agar hati dua pihak tidak terguris.
'Anak Buah' Mendirikan Rumahtangga, Jauh di Terengganu Maka Hadir Majlis Sebelah Perempuan di Perak
Lagi-lagi zaman sekarang yang sangat mudah fitnah berleluasa, kalau silap caturan, mungkin sampai terbibitkan de…

Trend Mok Bang Korea Selatan

Nampaknya Korea Selatan mula menakluki sedikit demi sedikit dunia internet. Dulu, video Gangnam Style menjadi viral seluruh dunia, malah menjadi ikutan ramai selebriti antarabangsa. Dan artis yang membawakannya secara tiba-tiba menjadi jutawan hanya kerana tarian yang awalnya dianggap bodoh dan melucukan. Terkini, Mok Bang menjadi satu lagi porno dunia internet terutama di Korea Selatan, sehingga membolehkan bintang Mok Bang yang dikenali sebagai The Diva mendapat pendapatan ribuan dollar.
Trend Mok Bang Korea Selatan Apa itu Mok Bang? Mok Bang ialah satu aktiviti yang menunjukkan seseorang sedang makan malam dengan hebatnya. Apa yang hebatnya? Hebat kerana hidangan makan malam tersebut adalah sangat banyak dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa yang lama. Erkkkk ... macam ini pun boleh jadi trend ke? Itu yang menjadi tanda tanya masa mula-mula baca mengenainya.

Pelik kan? Tapi sebab kepelikan itu ia menjadi unik, dan keunikkan ini orang nak lihat dan tengok. Andai kata anda seorang b…

Bisnes MLM Bisnes Orang Malas

Tersentap tak wahai rakan-rakan blogger yang menyertai bisnes MLM dengan tajuk entri saya ini? Haa, jangan terus buat kesimpulan ye, baca dulu sampai habis apa yang ingin saya sampaikan. Benarkah, bisnes MLM atau Multi Level Marketing merupakan bisnes untuk orang malas?

Mengapa keluar tajuk entri tersebut? Sebabnya ialah ada yang buat bisnes ini promosikan ia sedemikian. Dakwa orang-orang ini, kalau mahu buat bisnes yang mudah, yang boleh goyang kaki, hari-hari masuk duit tanpa perlu kerja keras - maka sertailah bisnes MLM.

Saya, sebagai seorang yang pernah menyertai MLM, sangkal apa yang mereka katakan itu. Bohong, semua itu bohong. Bisnes MLM bukan untuk mencari mereka yang malas bekerja, tetapi bisnes ini mencari mereka yang perlu kuat bekerja. Kalau anda tidak kerja keras, anda tidak akan dapat hasil.

Usah terpedaya dengan janji mereka yang mengatakan buat bisnes MLM boleh kaya dan untung cepat tanpa usaha keras. Itu janji palsu yang disebarkan hanya untuk merekrut orang bawahan. …

Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah

Cara berhenti merokok dengan mudah - Siapa perokok tegar dan berhasrat untuk berhenti dari tabiat merokok perlu baca entri ini. Kerana apa? Sebabnya ialah saya mahu kongsikan kepada anda mengenai cara untuk berhenti merokok secara mudah. Adakah ia berkesan? Anda perlu baca sehingga habis apa yang ingin saya sampaikan.

Memang tabiat berhenti merokok terutama bagi perokok tegar amat sukar sekali. Tidak dinafikan kalau ditanya pada mereka yang menghisap rokok, kebanyakkan akan memberikan seribu alasan - dan paling famous ialah susah, payah, sukar, tak boleh dan macam-macam lagi.

Mereka risau usaha yang dibuat akan putus di tengah jalan. Nak berhenti merokok perlukan semangat yang kuat. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.
Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah
Usaha nak berhenti merokok (jika ada) patut ada dorongan lain. Dan kerana itulah perokok tegar yang mahu berhenti merokok memerlukan produk ini - Vivix Shaklee.

Mengapa memilih produk ini?

Antara sebabnya ialah, anda hanya perlu makan u…

Cara Nak Jadi Agen Hartanah

Wow. Jarang saya nampak wanita nak kongsikan ilmu seperti ini. Bukan ilmu biasa ni, ia ilmu mengenai cara menjadi seorang agen hartanah. Selalu tu, yang saya nampak ramainya ialah lelaki. Dan saya sendiri agak terkejut apabila ia disediakan oleh seorang wanita bernama Iffah Zaimi, seorang Real Estate Negotiator terkenal di Malaysia.
Cara Nak Jadi Agen Hartanah Iffah Zaimi telah sudi menulis sebuah ebook bertajuk Rahsia Ejen Hartanah dan berkongsi pengalaman dan ilmunya dalam bidang berkaitan. Dan apa yang menarik ialah, beliau memberitahu bahawa apa yang ditulis merupakan satu pembacaan santai yang sesuai bukan sahaja kepada lelaki-lelaki kacak yang ada kumis (atau tidak), malah kepada golongan suri rumah dan pelajar.

Saya difahamkan ebook berkenaan ada perkara-perkara berikut:
Bagaimana memulakan kerjaya sebagai ejen hartanah?Kerjaya sebagai ejen hartanah : Sebelum, semasa dan selepasTerma-terma yang selalu digunakan dalam kerjaya iniProses-proses yang terlibat dalam penjualan sesebua…

Persepsi Salah Bila Baca Blog Orang Lain

Saya membaca komen-komen yang masuk dalam entri-entri lepas. Ada yang membuatkan saya mendapat idea untuk menulis entri ini, iaitu berkaitan persepsi kita sebagai pembaca blog orang lain. Apa yang saya nak kongsikan adalah bukan cara kita membaca entri-entri yang ada, tetapi dari sudut lain ... berkaitan beberapa anggapan yang salah mengenai sesebuah blog.
Persepsi Salah Bila Baca Blog Orang Lain
Mari bersama saya, fikirkan akan beberapa perkara yang mungkin nanti boleh jadi isu dalam dunia blog Malaysia. Ini pendapat saya sahaja, tidak terlibat dengan mana-mana individu atau mana-mana pihak lain; samada ia berkaitan secara langsung atau tidak.
Blog Copy-Paste Dapat CPUV Nuffnang Kita singgah satu blog, disebabkan satu entri, yang tunjukkan bahawa blog tersebut telah menerima banyak Buffered Earnings (BE) atau lebih mudah dikenali sebagai CPUV. Dalam entri tersebut, empunya blog tunjukkan pendapatan blog daripada pengiklanan Nuffnang yang berikan CPUV tersebut.

Sekali pandang, kita li…

10 Gambar Menggemparkan Dunia 2013

Tahun 2013 bakal meninggalkan kita. Telah banyak perkara berlaku di dunia sepanjang 2013. Dan saya telah mencari sumber untuk berkongsi dengan anda perkara-perkara besar yang berlaku pada tahun 2013. Dan antaranya ialah gambar-gambar yang telah menggemparkan seluruh dunia pada tahun 2013.

Gambar-gambar ini ada yang suka, ada yang duka. Semuanya dilensakan oleh jurugambar-jurugambar profesional yang berada di kawasan atau tempat peristiwa itu berlaku. Dan kebanyyakannya telah dilaporkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa termasuklah dari Yahoo News, Reuters serta AFP.
10 Gambar Menggemparkan Dunia 2013 Mari kita lihat apa peristiwa besar tersebut, dan kisah di sebalik gambar yang dikongsikan ini.
Gambar Mangsa Runtuhan Plaza Rana Seorang warga Bangladesh memeluk seorang wanita, keduanya merupakan mangsa runtuhan bangunan Plaza Rana. Runtuhan bangunan mengeluarkan pakaian ini berlaku di Savar, berdekatan Dhaka, Bangladesh pada 25 April, 2013. Runtuhan tersebut mengorbankan 1,129 or…

Disaman Kerana Pelekat Kereta Gambar Nik Aziz?

Aiseh. Takkan kerana pelekat kereta yang ada gambar Tuan Guru Nik Aziz, kereta milik pelajar disaman? Tak patutlah kalau gitu. Tapi andai disaman kerana kesalahan lalulintas atau jalanraya, maka ok ... saya boleh terima. Biar logiklah sedikit. Stiker je pun.
Disaman Kerana Pelekat Kereta Gambar Nik Aziz? Saya tak pasti adakah benar apa yang didakwa oleh orang yang kena saman. Dia seorang pelajar UiTM, didenda kerana kesalahan lalulintas dan kerana lekat stiker ada wajah Nik Aziz. Cuba lihat gambar yang saya sertakan ni. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak.

Saya dapatkan gambar dan cerita ini daripada Yahoo News. Menurut sumber asal dari The Malaysian Insider; gambar kereta yang dikunci dan surat saman yang diterima pelajar tersebut tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu. Lalu mengundang lebih 23 ribu Likes.... perghhh viral tu.

Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang men…

Servis Nissan di Bandar Perda Bukit Mertajam

Al kisahnya meter sudah terlebih 25,000 KM; sebelum jadi apa-apa yang tidak diingini, maka saya perlu melakukan servis berkala pada kenderaan. Saya merupakan pelanggan setia di Pusat Servis Nissan Bandar PERDA, Bukit Mertajam ni. Alhamdulillah, servis di sini bagus dan saya suka. Ada sebab lain kenapa saya suka melakukan servis kenderaan di sini ... baca entri ini sehingga habis untuk tahu mengenainya.
Servis Nissan di Bandar Perda Bukit Mertajam Memiliki kenderaan bermakna anda ada tanggungjawab khusus kepada kenderaan anda. Anda mesti memastikan kondisinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Bukan apa, jika ada masalah kelak, yang bakal pening kepala adalah anda sendiri, ye tak?
Badan pun ada masa perlu rehat. Apatah lagi sebuah kenderaan buatan manusia. Lagipun kenderaan seperti kereta yang diguna hampir setiap hari. Sebelum kereta tak semena-mena masuk ke bengkel kereta, lebih baik buat pencegahan perlu. Fikir, dari berhabis beribu kerana enjin dah lepuh, timing belt putus, bateri ko…

Hanya Kerana Bekalan Air Tiada

Air. Hari tu saya dah cakap betapa pentingnya air untuk manusia. Dan tengok, saya buktikan bahawa tanpa air, manusia jadi tak keruan. Hanya menerusi satu entri informasi berkaitan ketiadaan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur, trafik blog ini melonjak lebih 10 ribu sehari! Bekalan air tiada, blog dapat trafik....hehehehe

Satu informasi yang bersifat kritikal memang disukai ramai, terutama pencari maklumat. Sifat desperate yang ada telah membolehkan blog saya menerima trafik tanpa disangka. Nasib baik ia merupakan informasi sebenar yang saya kongsi dan bukan entri ntah apa-apa yang boleh buat orang yang baca rasa geram cam nak gigit telinga.
Hanya Kerana Bekalan Air Tiada Alhamdulillah, 10 ribu pageviews dijana pada 17 Disember 2013, memberikan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang terjejas dengan keputusan bekalan air bersih yang telah diumumkan oleh Puspel. Harapnya entri itu bukan sahaja menggembirakan saya tetapi memberikan maklumat berguna pada mereka yang terjejas dengan ma…

Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Memang sukar menjadi blogger sepenuh masa, kerana apa? Kerana apabila anda mahukan blog anda terus bertahan, perlu pastikan blog dikemaskini dengan baik. Pengunjung sering mahukan sesuatu yang baru, jadi menjadi blogger sepenuh masa mesti cekap akal bagi memastikan entri yang dihasilkan terus relevan dengan blog.
Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa
Ada blogger yang telah berjaya dengan jenama blog sendiri. Mereka itu blogger cekal dalam mengharungi cabaran dalam dunia blog. Sebut sahaja nama blogger Ben Ashaari, Kujie, Anarm, Denaihati, Broframestone, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Redmummy, Nisa Kay, Mat Gebu, Mialiana, Melastik Bintang dan ramai lagi ... akan ada yang terus terbayang entri-entri penghasilan blogger tersebut. Malah, ada yang terus ingat rekabentuk, header blog tersebut tanpa perlu pun berada di depan komputer.

Kejayaan seorang blogger memang sukar diukur, hatta dengan mempunyai piala dan award.

Blogger sepenuh masa perlu yakin akan kemampuan diri sendiri, dan sentia…

Gambar Puteri Erma Edlinda - Bakal Isteri Aril AF

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger seluruh dunia akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang cantik dan hebat akan menerangkannya tanpa perlu sebarang kata-kata.
Gambar Puteri Erma Edlinda - Bakal Isteri Aril AF




Kredit: Facebook Puteri Erma Edlinda