30 September 2013

5 Matlamat Mempunyai Blog

Apakah matlamat anda dalam dunia blog Malaysia? Atau sebenarnya anda masih lagi sangsi dan tidak fokus mengenai matlamat sebenar anda sebagai blogger? UHh tak kiralah blogger separuh masa ke, suku masa ke, sepanjang masa ke .... Sebagai seorang yang menulis, anda perlu tahu kenapa anda menulis dan mengapa anda terbitkan penulisan anda itu menerusi blog. Jika anda tidak tahu atau kurang pasti, seperti dalam entri - Berblog Suka-Suka  maka, apa yang anda buat sekarang mungkin jadi satu perbuatan yang sia-sia.

Dalam konsep M.E.S.T.I yang pernah diketengahkan, dalam berblog, anda perlu ada matlamat jelas. Tahu tujuan anda menulis blog supaya setiap kali anda mahu menulis entri, anda tahu apa yang perlu anda tulis, bagaimana nak tulis dan had penulisan anda agar tak di luar apa yang dimatlamatkan.


Ok, mari selidik secara am akan matlamat yang ramai blogger, samada sedar atau tidak telahpun ada setiap kali mereka membuat entri baru.

5 Matlamat Popular Mempunyai Blog

Berkongsi Ilmu

Ada tahu mengenai sesuatu, menerusi blog anda kongsikan pengetahuan dan ilmu anda secara percuma kepada mereka yang mencari. Contohnya, anda tahu cara baiki sinki cara murah dan mudah, maka anda tulis entri untuk ceritakan langkah demi langkah baiki sinki. Contoh lain .... anda tahu bagaimana nak buat duit online dengan blog, maka anda kongsikan tips dan panduan mengenai bagaiaman anda buat duit secara online.

Begitulah juga dengan ilmu masak-memasak, ilmu hias rumah, ilmu jahit baju ... mahupun ilmu cinta bagi memikat si gadis dan teruna.
Blog Abang Ensem - Blog ilmu hartanah

Banyak cabang ilmu yang boleh dijadikan asas untuk anda menetapkan matlamat blog anda. Anda pakar sesuatu, maka kongsikan ilmu kepakaran anda itu. Ganjarannya ... wow.... lepas mati pun akan melimpah ruah.

Contoh blog - Dapur Tanpa Sempadan, Blogger Sentral, AbangEnsem

Berkongsi Pengalaman

Ada blogger yang buat blog khas untuk ceritakan pengalamannya berada di tempat orang. Blogger Beautifulnara adalah antara blogger yang asalnya bercerita mengenai pembelajaran di Korea Selatan. Malah, ramai blogger yang menetap di luar negara berblog untuk berkongsi kisah mereka di tempat asing - mengenai kehidupan, cara hidup, makanan dan sebagainya. Pengembaraan juga banyak dikongsikan oleh blogger sebagai salah satu cara untuk menyimpan segala kenangan tersebut - dan blog adalah cara paling mudah dan paling menarik.

Contoh blog - Faizal Fredley, Nota Kembara, Kembara-Pancing, Kisahku

Cari Pendapatan Sampingan

Tak perlu ulas panjang kerana ramai blogger yang punyai matlamat ini. Ada yang buat blog semata-mata mahu mencari sumber pendapatan sampingan. Ramai yang melakukannya, samada menerusi sesebuah blog khusus atau sekadar berkongsi menerusi entri-entri seharian.

Ramai yang telah buat blogshop dan blogniaga untuk mempromosi produk serta perkhidmatan mereka. Platform blog adalah yang paling mudah dan murah untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan. Dari situ, boleh dapat side income untuk blog. Jika tidak banyak, sedikit mesti ada.

Contoh blog - Komisen Jobdirumah, Ulfa Rania Collection, Wanz Collection

Berkongsi Informasi

Banyak blog informasi wujud sekarang. Dan memang tidak disangkal lagi blog informasi antara paling cepat berkembang dan paling mudah nak dapat trafik. Termasuk sekali dalam kategori ini adalah blog politik dan juga blog gossip.
Blog Informasi Mengenai Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan

Ada blogger yang punyai kelebihan tertentu menjadikan blog mereka sebagai sumber untuk mendapatkan dan menyebarkan informasi terkini mengenai sesuatu. Mereka giat mencari bahan serta fakta untuk dijadikan entri, dan entri-entri di dalam blog mereka dijadikan rujukan oleh jutaan manusia yang mungkin mencari.

Ada blogger yang mungkin sangat teruja mengenai sesuatu berkongsi informasi yang sangat jarang ditemui. Ia membuka minda ramai pengunjung blog akan apa yang ada di dunia luar, hanya menerusi blog.

Contoh blog - Ekspresi Ruang, Dekorasi Rumah, Blog Ammar

Sebar Dakwah

Apabila manusia mudah lupa akan asal dan kejadian, blog dakwah antara pilihan. Ramai blogger yang kini sedar bahawa dakwah itu bukan satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab yang harus dipikul. Apatah lagi dalam dunia yang serba tidak kena sekarang, blog dijadikan medium antara paling berkesan menyebar dakwah.

Jangan terkejut andai kerana blog dakwah, fahaman Syiah di Malaysia tersebar luas. Ya, ramai yang mahu menyebar fahaman menerusi dunia alam siber ini. Dengan beberapa teknik dan pendekatan tertentu, penyebaran dakwah terpesong mudah dilakukan.
The Sailing Daei - Blog peribadi berkonsep dakwah

Blogger yang tersedar akan bahaya sebaran informasi dalam ruang siber, segera buat blog dakwah agar apa yang telah terpesong dapat diperbetulkan. Dan menerusi blog dakwah, seorang blogger bukan sahaja menyebar perkara yang umum ingin tahu, tetapi sebenarnya muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Contoh blog - Kereta Mayat , The Sailing Daei

Ada banyak cabang matlamat dalam berblog ini. Terpulang pada diri sendiri untuk menerokainya. Anda punya blog, anda punya entri .... takkan tak tahu kenapa anda tulis ye tak?

Juruskan matlamat jadi jelas dan nyata.



Entri Menjadi Sumber Kepada Wikipedia

Terkejut apabila dapat tahu beberapa entri dijadikan sumber rujukan di Wikipedia. Tak tahu siapa yang rajin update wikipedia tersebut sehingga menjadikan entri dalam blog ini sebagai bahan rujukan. Terima kasih kepada insan tersebut.

Mungkin disebabkan itulah Domain Authority blog ini agak baik, dan kekal dengan Google Pagerank 2 (PR2). Untung sesebuah blog menerima pautan atau backlink daripada sebuah laman web yang begitu dikenali dan mempunyai PR yang bagus.
Entri jadi sumber rujukan di Wikipedia

Jika mahu dapatkan 'pengiktirafan' seperti ini, anda seharus menjadi seorang blogger yang suka mengkaji dan menyelidiki, mencari sumber sah dan banyakkan pembacaan berkualiti. Sifat tersebut perlu untuk anda hasilkan entri yang punyai nilai dan menjadi sumber kepada yang lain.

Alhamdulillah, kadangkala ada benda yang tidak dijangka berlaku; yang boleh mendatangkan kebaikan kepada semua.

Baca sumber Wikipedia yang saya maksudkan di sini - Japanese Cemetery Park

Reference-to-japanese-cemetery-malaya

Berblog Suka-Suka ....

Ramai blogger, terutama blogger baru berkata, "Saya berblog hanya untuk suka-suka....". Ya, saya faham, tetapi tidakkah sesuatu yang sia-sia jika hanya untuk suka-suka? Dan bukankah perkara yang hanya dibuat suka-suka itu sesuatu perkara yang sia-sia? Dan bukankah Tuhan tidak suka kepada perbuatan yang sia-sia? Adakah anda mahu hidup dan masa anda dipersiakan?

Berblog Suka-Suka ....

Berblog suka-suka memang boleh, namun dalam kita dok kata bersuka-sukaan itu, adalah lebih baik kita tetapkan matlamat dan tujuan kita berblog. Setidaknya apa yang kita buat ada tujuan yang nampak jelas dan ketara. Kentut pun ada makna dalam hidup .... tiada benda yang Tuhan jadikan dalam dunia ini untuk suka-suka, segalanya ada pengertian dan sebab kewujudan.

Maka, untuk itulah .... bagi anda yang berkata berblog untuk suka-suka tetapkan matlamat anda dalam dunia blog. Ya, itu hak anda dalam dunia blogger Malaysia; tetapi seperti awalnya saya katakan tadi ... mengapa perlu buat benda yang suka-suka ke arah yang sia-sia? Buat sesuatu yang boleh beri makna kepada anda.

Anda boleh setkan tujuan dan matlamat berblog anda bersandarkan apa yang anda tidak boleh capai dalam kehidupan realiti anda.

Contoh; anda tidak dapat jadi cikgu ... dengan berblog anda boleh sahaja mengajar. Menerusi blog, di dunia realiti, anda sukar nak dapatkan komisen jual itu dan ini, tetapi dalam dunia blog anda boleh lakukannya dengan mudah dengan tanpa modal. Contoh lagi ... dalam dunia realiti, anda tak boleh nak buka kedai pakaian, dengan blog ... anda boleh ada kedai maya anda sendiri.

Malah, dalam dunia realiti, suara anda tidak didengari ...menerusi blog, anda boleh sampaikan apa yang anda fikirkan betul dan benar....bukan setakat dibaca sekelompok tetapi seluruh dunia!

Berblog suka-suka; kalau ada matlamat, anda boleh jadi kaya raya dengan blog.

Berblog suka-suka, kalau ada matlamat, anda boleh bantu mereka yang memerlukan.

Berblog suka-suka, andai ada matlamat, anda boleh sebarkan kebaikan seluruh alam.

Berblog suka-suka, jika ada matlamat, anda boleh peroleh saham akhirat yang memberatkan timbangan yang kanan.

Pilihan di tangan anda. Jangan sia-siakan waktu dan kelapangan yang diberikan kepada anda. Hidup di dunia ini singkat. Anda harus merebut segala peluang yang diberikan. Ini bukan rancangan manusia, tetapi ketetapan dan kesempatan yang diberikan Tuhan.


29 September 2013

Adsense Untuk Blog Bahasa Inggeris?

Ramai blogger Malaysia anggap program buat duit Adsense adalah untuk blog-blog berbahasa Inggeris. Saya sangkal sebabnya saya sendiri ada beberapa blog dalam bahasa Malaysia tetapi diletakkan iklan Adsense. Tak percaya? Ok, saya tunjukkan bukti pada anda.

Saya akan bagi dua contoh blog saya berbahasa Melayu tetapi pasang iklan Adsense. Ada lagi tetapi cukuplah dua ini sebagai bukti kepada anda yang mungkin tertanya adsense hanya untuk blog bahasa Inggeris.

Saya dah terbitkan entri-entri berkaitan Adsense termasuklah cara nak buka akaun, cara nak tempatkan iklan Adsense dalam blog termasuklah blog berbahasa Malaysia.

Petua Iklan Adsense Dalam Blog Bahasa Melayu

Oklah, trick mudah untuk sesiapa yang berminat nak letak iklan Adsense, buat satu blog bahasa Inggeris, terbitkan dalam 10 entri ... kemudian cubalah pohon akaun Adsense di sini - Borang Permohonan Google Adsense

Ada cara lain, anda boleh cuba Google kalau anda malas nak buat blog bahasa inggeris.

Contoh Blog Bahasa Melayu Iklan Adsense

Berikut beberapa blog sebagai contoh (blog saya nih) yang papar iklan Adsense. Harap nampak jelas dan keluarkan tafsiran bahawa blog bahasa inggeris sahaja boleh bikin duit dengan Adsense.
blog berbahasa melayu dengan iklan adsense

blog berbahasa melayu dengan iklan adsense
 

Ini pula iklan Adsense dalam blog Wordpress saya, yang juga letakkan iklan Nuffnang yang berstatus Glitterati. Amacam? Tak percaya lagi? Baca topik mengenai Adsense di sini: Panduan OHBlogger Blogspot Mengenai Adsense.
blog berbahasa melayu dengan iklan adsense



Ini pula contoh dari blog-blog lain yang berbahasa Malaysia tetapi letak iklan Adsense:

Jika ada kata tak boleh tu adalah disebabkan cara mereka memohon itu tidak ikut para blogger lain dah bagitahu.

Mungkin anda tak nak ikut apa yang saya tulis mengenai Adsense, ok tak mengapa, ini ada panduan daripada blogger lain, yang juga rakan blogger terbaik .... baca sini - Tips Mohon Akaun Google Adsense untuk Blog Bahasa Melayu

Jadi, macamana? Siapa kata blog bahasa Melayu tak boleh letak iklan Adsense?

Jika benar-benar mahu buat duit dengan Adsense - Dapatkan ebook ini - Buat Duit Dengan Google Adsense



Panduan Pilih Platform Pengiklanan Untuk Blog

Buat duit online dengan blog - salah satu cara ialah dengan memilih platform pengiklanan yang betul dan sesuai dengan keadaan blog kita. Mungkin ramai yang tak tahu, antara sebab mengapa ada blogger berjaya dapat income yang tinggi menerusi menulis blog ialah dengan memilih platform pengiklanan yang sesuai dengan blog mereka.

Menerusi entri ini, saya akan berikan serba sedikit panduan untuk anda memilih platform pengiklanan yang boleh anda letakkan dalam blog anda. Tapi sebelum itu, anda harus kenali dulu blog anda - dari segi statistiknya, topografi, siapa pengunjung anda dan sebagainya, kalau tidak kemungkinan jadi kesukaran untuk anda pilih platform yang sesuai.

Panduan Pilih Platform Pengiklanan Untuk Blog

Antara cara nak tahu statistik ialah menerusi blogger.com sendiri, anda perlu godek dan lihat statistik blog anda. Atau cara paling bagus yang saya syorkan ialah menerusi Google Analytics, ini sangat disyorkan bagi pengguna blogspot (blogger.com).

Nuffnang

Nuffnang merupakan platform pengiklanan dalam blog yang kuat pengaruhnya di Asia Tenggara. Iklan-iklan yang ada di Nuffnang bersifat tempatan, jadi jika blog anda punyai pengunjung dan pembaca di kalangan rakyat tempatan, maka anda harus pilih Nuffnang sebagai media pengiklanan di blog anda.

Ia juga sangat sesuai kepada blog-blog baru, terutama yang mungkin baru mula nak mencari tapak. Ini adalah kerana ada kecenderungan Nuffnang memberikan iklan-iklan berbentuk CPUV yang lebih menguntungkan kepada blog-blog baru ini. Trafik blog tak perlu tinggi sangat tetapi konsisten. Jika tinggi, maka peluang diberikan iklan berbentuk Advertorial akan diberikan, namun ia bergantung dengan corak persembahan kita (atau cara tulis entri) dan juga kata putus dari pihak pengiklan.

Komli

Platform pengiklanan ini berasal dari India (kalau tak silap). Ia kini menjurus dan memberikan perhatiannya kepada blog-blog dari Asia Pasifik terutama blog di Asia Tenggara. Ini adalah kerana blogger Asia Tenggara antara yang paling aktif di dunia. Jika blog anda punyai pembaca dalam lingkungan Asia Tenggara dan Asia Pasifik, anda boleh cuba untuk dapatkan Komli sebagai medium pengiklanan di blog.

Komli juga memberikan ruang untuk anda tempatkan iklan lain seperti affiliate, medium pengiklanan lain dimasukkan ke dalam kod iklan mereka. Sesuai untuk blog yang ada trafik pelbagai dan tinggi, ini adalah kerana Komli membayar USD bagi setiap jumlah paparan dalam blog. Jika bernasib baik, boleh dapat iklan bernilai tinggi yang memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Iklan juga boleh disesuaikan dengan kedudukan topografi blog dan juga corak pengunjung yang hadir.

Adsense

Antara platform pengiklanan internet yang paling lama dan paling lumayan. Lumayan kerana ia akan memaparkan iklan berdasarkan carian pengunjung (kata kunci terakhir yang pengunjung itu tulis dalam cariannya) dan juga kata kunci tertentu dalam entri dan blog kita. Jadi, kebarangkalian iklan diklik akan lebih tinggi daripada biasa. Katakan anda bercerita kisah percutian anda di Bali, maka iklan-iklan berkaitan Bali, kemudahan hotel, tempat makan akan keluar di iklan Adsense. Ia menjadikan entri anda bukan sahaja entri informasi, tetapi lubuk duit untuk blog.
Google Adsense buat duit dengan blog dalam USD

Bagi mereka yang ingin memasang iklan Adsense, anda perlu dapatkan akaun yang telah disahkan. Anda juga terikat dengan beberapa terma serta syarat ketat yang diberikan oleh Google Adsense. Blog mestilah blog original dan bukan copy-paste selain memastikan tiada sebarang bentuk penipuan klik, link-farm dan yang boleh menjejaskan syarat terkandung. Blog juga mesti bebas dari sebarang penipuan trafik kerana Adsense membayar secara amnya berdasarkan trafik blog anda selain bonus klik iklan.

Advertlets

Antara pesaing Nuffnang, namun dari segi kadar ganjaran, ia dikatakan lebih lumayan kerana ia mengambil kira trafik blog. Blog yang ada trafik tinggi boleh menggunakan khidmat Advertlets ini. Cuma, dari segi pembayaran ... ia mengambil masa agak lama untuk membayar dan proses untuk keluarkan income agak perlahan.
Advertlets untuk blog Asia Tenggara

Jika anda seorang blogger baru yang mungkin mahu mencuba platform pengiklanan yang lain, boleh cuba Advertlets ini. Trafik blog perlu konsisten dengan kadar pageviews agak tinggi - melebihi 1000UV sehari.

Bidvertiser

Salah satu medium pengiklanan internet yang bersifat antarabangsa. Seperti Komli, ia ada kemudahan untuk blogger pilih iklan yang ingin dipaparkan, ini bermakna hanya iklan yang bayar lebih baik untuk setiap paparan atau nilai klik akan diberikan keutamaan. Dibayar dalam USD, antara medium pengiklanan blog yang digemari satu dunia.

Blog perlu lepasi beberapa syarat yang dikenakan oleh Bidvertiser. Boleh cuba mohon tetapi jangan berharap sangat. Boleh dipasang sekali dengan Nuffnang, sama seperti Adsense.

Innity

Kebanyakkan blog yang punyai trafik tinggi dengan niche tertentu akan pasang iklan Innity ini. Saya lihat banyak iklan Innity dipasang dalam blog berbentuk informasi yang kebanyakkannya mempunyai pengunjung unik tinggi setiap hari.

Innity antara platform pengiklanan blog yang membayar agak lumayan, tetapi untuk memohon agak sukar sedikit (tahun2 sudah). Saya sendiri 3 kali pohon dan 3 kali ditolak disebabkan blog tiada niche yang boleh mendatangkan iklan ...(mana ada iklan mengenai blog daripada syarikat ternama?).

Untuk blog yang ada niche tersendiri, ada UV tinggi ... maka bolehlah pohon Innity sebagai ganti platform pengiklanan yang lain. Ia bersifat tempatan dan iklan-iklannya boleh pengaruhi pengunjung untuk klik iklan yang keluar.

AdsFactor

Salah satu medium pengiklanan yang semakin digemari ramai blogger. Dan ia merupakan antara platform pengiklanan paling digemari di Hong Kong. Ia merupakan antara medium pengiklanan Asia Pasifik yang paling efisien kerana menitik-beratkan apa yang ada di dalam blog anda.
Adsfactor - Medium pengiklanan blog alternatif


Lebih banyak lagi medium pengiklanan yang boleh anda cuba - 101 Syarikat Pengiklanan Blog

Kesimpulan mudah, jika blog anda baru - sertai Nuffnang atau Adsense. Jika trafik tinggi, pilih selain Nuffnang untuk lebih masyuk .. :)

Jangan lupa untuk Google lihat pembayaran yang telah ramai blogger terima. Di situ, ia juga boleh bantu untuk anda pilih medium pengiklanan blog anda. Jangan sampai, anda letak iklan mereka secara percuma!

28 September 2013

8 Idea Hobi Untuk Blog Niche

Ramai yang masih tak tahu atau kurang pasti bagaimana cara untuk hasilkan sebuah blog yang punyai niche tersendiri. Saya .... kalau difikirkan idea, memang banyak idea, tetapi saya tak termampu untuk menghasilkan berpuluh blog niche sendiri, sedangkan yang ada (dalam 10+) pun tak terjaga. Namun, saya boleh berikan satu antara banyak bagaimana nak wujudkan sebuah blog niche yang baik iaitu menggunakan idea hobi untuk blog niche.

Siapa yang ada hobi? Saya fikir daripada 10 yang ditanya, pasti 8 akan kata mereka ada hobi. Hobi inilah yang boleh anda ketengahkan untuk buat sebuah blog yang ada niche. Mengapa blog perlu ada niche? Pertama sekali ia akan menjadikan blog kita unik, dan ia juga akan menarik minat pengiklan, baik untuk mendapatkan iklan berbentuk CPUV dan Advertorial daripada Nuffnang, atau iklan jenis kontekstual isi kandungan seperti Adsense.

Andai kata blog cukup mantap mempersembahkan niche tertentu, tidak mustahil ia akan menjadi rujukan bagi pengendali laman-laman web yang lain, malah mungkin dijadikan sebagai jurucakap atau wakil produk-produk tertentu yang berkaitan.
idea hobi untuk hasilkan blog ada niche

8 Idea Hobi Untuk Blog Niche

Idea hobi untuk hasilkan blog yang ada niche ini melibatkan samada menjurus kepada entri yang bersifat am atau terperinci. Contohnya akan diberikan seperti berikut.

Hobi Bercucuk Tanam

Anda boleh hasilkan sebuah blog yang bercerita dari A sampai Z mengenai tanaman yang anda usahakan. Cara untuk tanam, cara nak baja, jenis baja, jenis pokok yang sesuai ditanam, sejarah wujudnya sesuatu tanaman, kisah dongeng mengenai pokok-pokok tertentu, khasiat, kebaikan dan macam-macam lagi. Anda juga boleh ceritakan produk-produk yang anda gunakan, tempat di mana anda dapatkan benih, malah anda boleh bercerita hasil yang telah anda dapat kerana hobi cucuk tanam tu.

Hobi Membaca Novel

Kalau anda seorang peminat novel, anda boleh bercerita beribu macam cerita hanya kerana hobi anda ini. Anda boleh senaraikan buku-buku novel anda, malah boleh buat satu-satu tajuk untuk satu-satu tajuk buku novel yang anda baca. Boleh ulas, boleh komen novel yang anda baca. Kemudian, boleh kaitan drama atau telemovie yang ada kaitan dengan novel. Malah, tidak keterlaluan, seandainya anda dah baca beratus novel, anda mencadangkan pengunjung blog untuk baca novel-novel tertentu dan di mana nak mendapatkannya. Kalau bijak, boleh buat duit hanya dengan jual novel terpakai menerusi blog anda

Hobi Menonton Wayang

Ramai yang suka menonton wayang, tetapi tidak ramai yang buat review secara mendalam apa yang mereka tonton. Jika anda seorang yang benar-benar minat menonton wayang, anda boleh buat satu blog niche dengan wayang dan filem sebagai kandungan utama. Malah, jika bijak, anda boleh buat review mudah dan simple seperti kesilapan dalam drama, kesilapan dalam filem yang hanya orang yang benar-benar teliti menonton wayang akan perasan. Namun, pastikan anda menulis dengan cara berhemah dan bukan untuk mengkritik membuta tuli.
hias kereta - idea hobi untuk blog

Hobi Menghias Kereta

Blog yang punyai isi kandungan mengenai hias-hias kereta (makeup kereta) tak ramai yang buat walhal peminatnya mencakupi seluruh dunia. Jika anda ada kecenderungan hias kereta anda, boleh dikongsikan cara untuk hias, cara untuk dapatkan hiasan tertentu, cara dapatkan bengkel terbaik, atau mungkin boleh kongsikan kejayaan anda disebabkan hobi anda tersebut - macam menang pertandingan dan sebagainya.

Hobi Berbasikal

Saya lihat ada kecenderungan ini dalam masyarakat tetapi blogger tak ramai yang cuba ambil peluang untuk buat blog yang berkisar hobi berbasikal. Satu basikal boleh ada seribu macam cerita. Boleh cerita bermula dari pemegang sampailah ke tayar. Malah, boleh berkongsi pengalaman berbasikal, pertandingan basikal, kedai basikal terbaik, event-event yang berkaitan basikal, sejarah basikal dan macam-macam lagilah. Dan tidak mustahil, anda dapat memikat komuniti berbasikal di Malaysia jika anda dapat hasilkan sebuah blog yang bagus hanya mengenai berbasikal!

Hobi Membeli-Belah

Heh .. kaum wanita memang champion bab membeli belah, apakata hasilkan sebuah blog yang berniche ini. Anda hanya ceritakan pengalaman anda membeli-belah, apa yang anda beli, cara beli, mengapa beli dan yang berkaitan membeli belah. Boleh bagi tips dan panduan. Nak lagi tema khusus, buat macam blogger Redmummy yang suka beli belah produk yang berwarna merah. Cerita anda perlu ikhas dan telus, cerita apa yang anda benar-benar rasa dan kepuasan yang anda peroleh. In Sha Allah, akan ada yang melihat kecenderungan anda ini dan menjadikan anda sebagai aset bagi mereka pula.
Fotografi - idea untuk hasilkan blog ada niche

Hobi Fotografi

Tak perlu ulas banyak dan panjang lebar. Banyak blog fotografi dah wujud. Malah, salah seorang blogger terkenal dan jutawan dalam dunia blog - Darren Rowse (problogger.net) juga bermula dengan fotografi. Buat blog bercerita mengenai fotografi sehingga berjaya membuka akademi online fotografi antara terbaik di dunia! Saya sendiri banyak belajar dari blogger ini.

Hobi Makan

Hahahahaha... ada je yang memang suka makan sana sini. Kalau suka makan, dan memang yang sangat teliti dengan makanan, dah boleh bercerita berjuta-juta kisah hanya mengenai makan. Ada tips, ada panduan, ada petua .. ishh .. macam-macamlah. Mana tahu, kerana blog anda .. mungkin nanti jadi pengacara jemputan untuk rancangan makan-makan macam Jalan-Jalan Cari Makan atau The Best in The World!

.... banyak lagi sebenarnya, yang saya fikir anda telah pun ada idea sendiri untuk wujudkan sebuah blog berniche bersandarkan hobi ini. Hobi kumpul setem, kumpul duit syilling, main catur, main permainan kereta kawalan jauh ... termasuklah hobi mengumpat dan mengata orang ... dan hobi selak celah kain artis dan selebriti .. hahahaha...

Harap dengan enti ini akan dapat buka mata dan juga peluang untuk blogger Malaysia hasilkan sebuah, dua buah malah banyak blog yang ada niche dengan pelbagai cerita yang khusus. Yang pasti, jadikan ia blog berinformasi terbaik untuk hobi anda itu - kerana ia mungkin akan menjadi rujukan buat orang lain yang punyai minat yang sama!


Jika Kita Ada Agama ....

Jika kita ada agama sebagai pegangan, kita tahu mana baik dan buruk. Dan penulisan kita dalam blog pun akan dibatasi atas apa yang telah ditunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah. Itu common sense dah bagi seseorang yang beragama Islam. Jika anda ada agama, pasti anda akan elak menulis entri yang menyakitkan hati, memesongkan dan juga perkara yang mengaibkan. Jika anda ada agama, pasti anda tak tergamak nak menulis dan menyebar berita yang boleh membawa kepada fitnah.

Jika Kita Ada Agama ....

Jika Anda Ada Agama .... - Tips berblog ohblogger Malaysia

Ya, trafik memang penting untuk blog, tetapi perlukah sesuatu sensasi itu diangkat untuk menjadi cara utama blog menerima trafik? Ada banyak cara, tetapi biarlah kita menulis berdasarkan diri kita sebagai seorang yang tahu akan dosa dan pahala. Jangan terlalu ikut nafsu. Jangan taksub dengan angka. Jangan taksub dengan pujian manusia.

Iman Kita Senipis Kulit Bawang

Ya, kadangkala kita terbabas juga menyelitkan cerita berunsur sensasi. Al maklumlah, kenipisan iman mudah ditembusi oleh bisikan syaitan dan iblis. Kita terlalu mahu trafik sehingga kita menulis tanpa pandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Kita tidak periksa samada entri kita itu akan menyebabkan perkara tak elok disebarkan.

In Sha Allah, semua orang boleh berikan yang terbaik dalam dunia blog Malaysia. Kadangkala saya muak dan terasa jijik bila ada blog yang membicarakan soal 'kebenaran' dan 'teguran' dalam blog mereka tetapi menulisnya dengan kata-kata yang kalau disebut akan menggelapkan hati. Sumpah seranah, kata kesat, lucah, tanpa segan silu dititipkan seolah ia telah melepasi benteng halal dan haram, dosa dan pahala.

Fikir Sebelum Terbitkan Entri

Jika kita - anda dan saya ada agama, kita akan bergetar jari jemari ... akan terkebil-kebil untuk menerbitkan entri seumpama itu. Fikir bukan sekali dua, malah banyak kali. Kena ingat, amalan baik beri impak baik, amalan buruk ... ke tempat yang tak eloklah jawabnya.

Allah S.W.T berikan jalan untuk kita, dan gunakan jalan itu bagi membolehkan lebih banyak amalan yang kanan dibawa untuk timbangan. In Sha Allah, tiada siapa yang sempurna imannya tetapi apabila kita berusaha untuk menyempurnakannya, pasti Allah akan beri petunjuk.

Jangan lupa, Allah S.W.T yang membenarkan segala ini berlaku.


14 Tips Jadi Blogger Masyhur Hanis Zalikha

Tips Jadi Blogger Masyhur Hanis Zalikha. Tajuk memang tak boleh blah, tapi ini tajuk bukan saya yang buat ehh, ini memang ayat daripada Hanis Zalikha sendiri. Erkk tak kenal Hanis Zalikha? Dia boleh dikatakan blogger yang masyhur di Malaysia ini. Dia bukan setakat dikenali di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Dan daripada menjadi blogger, Hanis Zalikha juga dikenali sebagai seorang pengacara dan juga pelakon.
Tips Menjadi Blogger Terkenal Seperti Hanis Zalikha
Hanis Zalikha, ramai yang menganguminya sebagai seorang blogger Malaysia. Dia bukan sahaja cantik, tetapi punyai karektor dan personaliti tersendiri. Malah, Hanis Zalikha berjaya mewujudkan satu komuniti blogger sendiri yang mengenalinya sebagai Kek Nis. Jangan tanya saya mengapa gelaran itu digunakan.

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur Seperti Hanis Zalikha

Tips yang akan saya kongsikan ini sebenarnya penulisan dan artikel Hanis Zalikha sendiri. Saya percaya ramai pengikut blog Hanis sudah pun tahu mengenai 14 tips ini. Namun, buat yang tak tahu, mungkin tips yang diberikan ini boleh dijadikan sebagai satu panduan untuk anda semua, terutama sekali blogger baru.

Dan jangan terkejut andai kebanyakan tips itu adalah tips yang telah diberitahu dan diketahui ramai blogger Malaysia terutama yang dah lama bertapak dalam dunia blog Malaysia ini. Saya sendiri dah beberapa kali ulang tayang entri-entri berkaitan tips-tips ini dan saya olah atas keinginan saya agar anda faham, mengerti ... lantas tanpa buang masa ikut apa yang diberikan. Amat rugi bila tips mudah dan berkesan seperti yang akan saya kongsikan ini tidak diamal dan dijadikan panduan untuk menjadi blogger Malaysia yang dikenali.
Tips Menjadi Blogger Ternama Seperti Hanis Zalikha

Tips 1 - Perihal Alamat Surat-Menyurat

Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik serta catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, ia sangat tidak sesuai dijadikan alamat blog.

Tips 2 - Tajuk Blog Hebat

Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan blog anda ketika berada selari dengan blog-blog lain di dalam senarai blog seseorang. Seperti tajuk blog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. Siapa Hanis Zalikha ni doh asal semua orang nak link dia? *klik blog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu klik? Jujur la weih?

Tips 3 - Tajuk Entri Mengancam

Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?

Tips 4 - Isi Entri Setimpal

Isi entri biar setimpal dengan tajuk. Jangan gedik bagi tajuk "14 Tips Menjadi Blogger Berjaya yang Anda Mungkin Terlepas Pandang" ... lepas tu rupanya serita pasal hari ini nak pergi beli J. Co Donut. Atau tajuk "Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah" rupanya cerita pasal peluh petani.

Tips 5 - Perkara yang Harus Dielakkan

Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti macham dan punye dan cakab dan da .. okay dah. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

Tips 6 - Lirik Lagu

Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (Hanis dulu ada blog?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

Tips 7 - Kosa Kata yang Luas

Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

Tips 8 - Perihal Gambar

Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap blog ini.

Tips 9 - Perihal Gambar 2

Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

Tips 10 - Tema

Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (Bukan kerjasama, tak habis-habis benda nih muak kau faham tak), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background yang neon juga. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

Dah ...begitulah 10 tips yang diberikan oleh Hanis Zalikha, yang saya langsung tidak ubah. Memang saya ambil copy-paste bulat-bulat ...

Ada lagi 4 tips daripadanya yang anda harus tahu dan baca, jika ingin mencari ilmu mengenai blog dan ketahui apakah lagi 4 tips tersebut dalam 14 tips jadi blogger masyhur seperti Hanis Zalikha, maka klik pada pautan ini - 14 Tips Menjadi Blogger Mashyur/Terkenal Seperti Saya

Selamat menjadi blogger masyhurrrrr...... yeah yeah ....

Oh ya, dan ini kata akhir dalam entri tersebut yang diungkap oleh Hanis Zalikha:

Please please please ambil lah perkara yang saya kongsi ini (bukan dengan cara terasa hati atau apa-apa pleasee) dan aplikasikannya sedikit sebanyak. Saya sangat ingin membantu supaya orang ramai tidak lagi berblog kosong dan membuang masa, memanglah nak share knowledge/experiences etc or so you claimed, but if you can earn extra income from it, then why sumpahseranah not? Saya dah susah payah luangkan masa untuk semua ini, saya harap sangat dapat membantu para penanya di luar sana, dan orang yang baru nak mulakan blog. Kiranya ini Tips Untuk Mula Blog jugalah ya. 



27 September 2013

Bapak Ketam

Siapa mahu jadi bapak ketam? Ajar anak jalan betul, tapi diri sendiri tidak betul. Tapi, kalau benarlah seorang bapa, dia tetap akan ajar anaknya jalan betul walaupun dia tak berapa nak betul sebab dia tak mahu jadi seperti dia yang bertahun dah tak betul. Betul tak? Haaa .... pening kan?

Kalaulah anda seorang bapa yang merokok. Tentu sekali anda tak mahu anak anda merokok. Jika anda seorang bapa kaki joli, tentu sahaja tak mahu anak ikut perangai anda! Tak ada mana-mana bapa di dunia ini yang mahukan anak mereka ikut perangai tak elok, melainkan si bapa ketua kongsi gelap, dan anaknya dah pun ada tatoo di tangan, perut dan kaki.

Dalam dunia blog, saya bukan nak muncul juara atau jadi pandai. Jadi sifu, ohhh jauhlah sekali. Berat gelaran yang diberikan. Saya hanya kongsi apa yang saya tahu. Dan jangan tergelak sakan pula kalau saya kata ada benda yang saya memang tak tahu. Saya bukannya genius. Saya cuma seorang pakar perkongsian ilmu sahaja ... hehhehehe... :)

Tak, saya tentu tak mahu orang lain buat silap seperti saya. Saya tak mahu orang lain rasa susah macam saya. Dulu, memang sukar nak berada teguh dalam dunia blog ini. Sebabnya sokongan kurang, tak ramai yang mahu bantu dengan ikhlas yang ada.

Tapi, saya tak mahulah jadi bapak ketam. Anda juga berhak tegur saya yang memang tak cukup ilmu di dada, apalagi dalam perut dan usus ....Anda ada pengetahuan, anda kongsi ... dan saya in Sha Allah akan ikut.

Orang lain tak tahu. Tapi saya, nak jadi bapak ketam yang sedia belajar dari bapak dan mak ketam yang lain, malah sanggup juga ditegur oleh bapak ayam dan ibu ayam, selain bapak borek anak rintik. Tak siapa yang lebih sempuran selain Tuhan yang menciptakan alam ini. Maka, tak perlu nak bangga dan terasa hebat sangat. Ye tak?

26 September 2013

Cantiknya Blog Tapi ....

Jenuh blogwalking hari ini, masih belum habis. Baru separuh, saya pinau mata. Saya berhenti, saya layan anak kecil saya umur 3 tahun Haseena Humaira main masak-masak. Seronok. Datang rasa gembira dalam hati. Mungkin lepas entri ini ditulis, saya akan sambung blogwalking. Tapi, separuh jalan tadi dah boleh saya buat kesimpulan ringkas ... blog cantik tapi .....

Banyak blog yang indah-indah pada klik pertama. Ada blog yang buat saya terpesona dengan header tapi tak lama. Kejap je saya singgah. Mana yang saya singgah lama dan beri komen, tu memang sebab saya ada benda nak cakap. Yang singgah tapi tak ada komen dari saya, bukan sebab tak suka .. tapi sebab saya tak tahu nak komen apa.

Ramai rakan-rakan blogger yang memang biasa dengan saya. Malah, mereka antara yang sering berkunjung ke blog ini, tak kiralah sekarang mahupun di masa lampau. Saya ingat siapa yang singgah. Saya jarang lupa, kalau lupa .. maknanya ada something yang tak kena.

Blog cantik, tapi banyak benda yang diletak tak ada fungsi. Sekadar hiasan yang tak bawa makna apa-apa. Sebenarnya widget dalam blog ini ada efek dengan blog. Bukan setakat untuk memudahkan pengunjung blog tetapi juga memberitahu mengenai blog tersebut.

Awas dengan widget yang anda letak. Ada kemungkinan ia widget yang boleh membahayakan blog anda. Ingat lagi kes kotak chat yang diserang malware? Hampir-hampir blog tak boleh dikembalikan disebabkan malware tersebut. Nasib baiklah Google ni suka bagi warning dulu, kalau dia tarik dan anda hilang blog anda ... tak ke sia-sia bertahun tulis entri lepas tu lenyap ntah ke mana?

Ada yang mahu mempromosi sesuatu, tetapi tak tentu hala. Blog dah nampak macam tempat game. Sana sini suruh klik. Pernah masuk tempat game? Kalau pernah masuk, anda tahu maksud saya.

Apapun, ramai rakan blogger yang dulu mencari ilmu sekarang dah pandai praktikkan ilmu yang dipelajari. Ramai yang sudah boleh mendidik orang lain hasilkan blog terbaik. Itu saya nampak.

Oklah. Nak sambung. Jangan marah kalau ada teguran itu pedih di mata. Saya pun pedih mata gak ...nak cari eyemoist ... :)

Bagaimana Menyerlah Dalam Dunia Blog?

Bila dilihat perkembangan semasa dunia blog Malaysia, memang agak menakjubkan bila blog baru sentiasa wujud setiap hari. Bukan satu, bukan dua, tapi dah masuk beribu! ... Ini buatkan dunia blog Malaysia jadi sendat dan padat. Bagi blogger lama, mungkin dah tak jadi masalah untuk menyerlah. Tetapi kalau blog baru nak menapak, memang sukar nak menyerlah.

Bagaimana Menyerlah Dalam Dunia Blog?

Jadi, bagaimana nak menyerlah dalam dunia blog?

Bagaimana Menyerlah Dalam Dunia Blog?
Memang subjektif, tetapi seperti yang pernah saya tampilkan sebelum ini, konsep M.E.S.T.I perlu menjadi antara nota kecil untuk 'hidup' dalam dunia blog Malaysia. Paling tidak, ikuti salah satu menerusi konsep tersebut jika tak mampu melakukan kesemuanya.

Jadikan Blog Itu Punyai Keunikan Tersendiri

Untuk menyerlah, salah satu caranya ialah dengan menjadikan blog anda unik dari yang banyak. Saya lihat ramai yang buat blog adalah bergenre sama - iaitu blog peribadi, tak ramai yang mahu buat blog tampilkan blog peribadi yang ada niche sendiri, atau paling mudah bahasa, yang cerita bab tertentu sahaja dalam blog.
Bagaimana Menyerlah Dalam Dunia Blog?

Contohnya, anda buat blog peribadi, tetapi isi kandungan blog anda ialah mengenai percutian dan pelancongan. Itu dah cukup buat blog anda unik. Bukan sahaja anda akan selesaikan masalah 'apa aku nak tulis hari ini' malah anda berikan kelonggaran pada diri sendiri untuk tulis entri baru. Maksudnya, hanya jika anda pergi bercuti atau melancong sahaja, blog anda akan ada entri baru.

Masih ingat mengenai tips saya mengenai SEO blogspot ini - muncul hebat dalam niche yang kecil? Ibarat menjadi seekor ikan besar dalam kolam yang kecil dari menjadi antara ikan yang besar dalam kolam yang besar. Ikan besar sekor dalam kolam yang kecil lebih nampak. Maka, carilah kolam yang kecil itu dari perlu merebut makanan dalam kolam yang besar yang telahpun ada ikan-ikan besar yang lain.

Contoh Untuk Menyerlah

Contohnya, anda buat blog mengenai masakan. Cuba jadikan blog masakan anda unik dengan tampilkan masakan yang lebih bertumpu. Katakan anda orang Jawa, apakata anda tulis sebuah blog yang hanya menumpukan soal masakan Jawa. Serius, jika anda guna niche ini - anda boleh jadi Pakar Masakan Jawa satu hari nanti. Bukan setakat jadi rujukan blogger Malaysia dan pencari informasi di Google Malaysia, malah satu dunia! Ingat, orang Jawa bukan ada di Malaysia sahaja ....

Contoh lain, cuba anda buat blog peribadi mengenai cara anda buat duit online. Tak perlu merapu sangat, ambil satu je cara. Macam anda dah berjaya buat duit menerusi Jobdirumah. Anda buat blog yang tulis kejayaan anda dapat komisen melalui Jobdirumah sahaja, in Sha Allah, anda akan dijadikan rujukan dan kemungkinan akan dapat lebih komisen dari Jobdirumah. Tak perlu tayang benda lain dah. Cuba lihat blog ini - KomisenJobdirumah .... sekadar contoh buat anda.

Tak berapa nak faham lagi? Ok, saya bagi satu blog yang pernah saya kerjasama sebelum ini - www.SentuhanMaya.com; blog ini sebuah blog peribadi tapi corak dan cara penulisan dalam blog ini sangatlah berlainan dengan blog-blog lain yang pernah saya jenguk. Bahasa jiwang penuh puisi, bahasa tersurat dan tersirat buatkan blog ini berjaya capai 2 juta pageviews dalam masa yang singkat ... tak sampai pun bertahun! Belum tengok lagi jumlah pengikutnya ... tak buat segmen pun, tak join kontes pun, tapi sebab keunikkanya, ramai orang suka.

Jadi, nak menyerlah ada banyak cara. Saya dah tunjukkan kepada anda beberapa contoh untuk anda lihat, selain kaji.

Jangan terkesima melihat sebuah blog itu dapat 20 juta pageviews dan blog yang itu pula dapat 32 juta pageviews .... semua tu tak mustahil kalau kita bijak jadikan blog kita menyerlah dengan isi kandungan tersendiri dan kekal menerusi sentimen dan niche tersebut.




Kontes, Giveaway dan Segmen Bukan Untuk Buat Duit!

Ada blogger buat tips - bagaimana buat duit dengan kontes, giveaway dan segmen. Kalau ikut pendapat sayalah, cara begini kurang bagus. Itu bukan tujuan ia dilakukan, ia salah, dan memang menyalahkan. Tujuan buat kontes, giveaway dan segmen bukan untuk buat duit, tetapi lebih kepada mempromosikan blog kita kepada orang lain. Ianya adalah konsep marketing dan bukannya selling, yang saya belajar sejak sekian lama.

Kontes, Giveaway dan Segmen Bukan Untuk Buat Duit!

Adalah salah sebenarnya, anda menganjurkan sesuatu kontes, giveaway dan segmen untuk buat duit. Ini adalah kerana anda memberi impak hanya pada diri sendiri, anda untung sorang-sorang, kelebihan hanya pada anda ... melainkan ..... jika anda melakukannya dan memberikan kesemuanya kepada peserta yang join.

Contohnya, anda buat syarat suruh klik iklan, jika pendapatan menerusi iklan itu dijadikan hadiah 100 peratus kepada peserta yang join segmen, kontes atau giveaway - jadi ia boleh dimaafkan. Tetapi sejauh manakah keikhlasan anda bila melihat akaun pendapatan klik iklan itu ada RM1000 dan kemudian mahu berikan RM1000 itu kepada peserta kontes atau segmen anda? Boleh anda jamin?

Ini Silap Saya

Saya pernah melakukannya, dan memang ... nafsu mempengaruhi, anda akan jadi buta dan hanya fikir diri sendiri. Matlamat asal dilupa kerana keuntungan berganda yang telah anda dapat.

Kontes, giveaway dan segmen dibuat untuk mempromosikan blog dan memberikan penghargaan kepada pengunjung dan pembaca setia blog kita. Bukan bertujuan untuk kaut keuntungan dengan letakkan syarat klik iklan A, B, C untuk sertai. Anda dapat duit - yang memang sah anda sorang je yang akan dapat - tapi bagaimana mereka yang dah klik iklan anda tu? Adakah mereka akan pasti dapat hadiah yang disediakan dalam kontes tersebut?

Masalah - Bila Ia Jadi Syarat Wajib dan Bukan Option

Yang jadi masalah ialah bila anda letakkan syarat untuk klik iklan. Itu sahaja. Syarat itu pula syarat wajib. Andai ia hanya satu pilihan, tak memaksa, oklah, paling tidak anda memberikan pilihan untuk peserta bersikap ikhlas untuk klik iklan anda. Mereka redha, mereka izinkan pendapatan anda diterima menerusi iklan yang diklik.

Buat kontes, giveaway dan segmen dalam blog - silakan, promosikan sebaik mungkin blog anda. Nak letak klik-klik iklan dalam segmen, kontes ... silakan tapi jangan wajibkan. Letaklah link dengan ikhlas dan telus.

Kontes A
Buat entri tajuk "Saya Kacak" link ke entri ini.
Follow blog ini. Follow blog penaja A, B, C. Like blog penaja E, F, G, H, I, J, K ....
Klik iklan A, B, C dan D.
Hadiah - Top UP 100 untuk sorang pemenang.

Kontes B
Buat entri tajuk "Saya Kacak" link ke entri ini.
Follow blog ini. Letakkan link penaja.

Hadiah - Tunai RM100 untuk 3 pemenang.

Antara 2 contoh kontes di atas, agak-agak mana yang lebih seronok nak anda sertai? Fikir sendiri.

Nak contoh kontes yang baik - Lihat INI dan INI. Tak ada penaja, tak ada modal nak buat, maka cuba ikuti contoh blog ini - Segmen Bloglist Oktober Zamani Abe


25 September 2013

Puteri Sarah Liyana yang Baru

Gambar Puteri Sarah Liyana Terbaharu 

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Puteri Sarah Liyana Berjubah
Gambar cun Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar cun Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Terbaharu Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Puteri Sarah Liyana 2013
Gambar dan foto Puteri Sarah Liyana 2013

p.s: Dengarnya Puteri Sarah berhenti berlakon dah. Kredit: Fanpage Puteri Sarah

Sebab Tak Join Giveaway atau Kontes

Ada rakan blogger yang tag saya atau jemput saya join Giveaway yang mereka anjurkan. Saya tiada masalah nak join - jika kena waktu dan keadaan, tapi kalau saya tak join ... pasti ada sebab. Jadi sebab-sebab saya tak join sesuatu giveaway atau kontes adalah bergantung kepada perkara yang akan saya bentangkan kejap lagi. Dan saya pasti akan ada ramai yang boleh kongsi pendapat mengenainya.

Sebab Tak Join Giveaway atau Kontes

Sebelum itu, untuk menjayakan sesuatu giveaway atau kontes dan beri satu impak positif, adalah penting untuk kita menyedari bahawa kebaikan yang kita mahu berikan bukan terletak pada sebelah pihak, tetapi juga kedua belah pihak. Kita mesti tahu cara terbaik untuk hargai mereka yang join dan bukan ambil kesempatan ke atas mereka.

Jangan marah andai kenyataan di atas itu mungkin ada yang berat nak terima. Tapi, jika kita mudahkan jalan buat orang lain, in Sha Allah, satu hari nanti akan dipermudahkan pula jalan untuk kita.
Sebab tak join giveaway atau kontes

4 Sebab Tak Join Giveaway atau Kontes Blogger

  1. Banyak sangat laman Facebook Page nak kena LIKE. Nak join giveaway, nak dapat satu hadiah, tapi nak kena LIKE sampai 10-20 page ... berbaloi ke tidak? Itu kalau menang, kalau tak menang? Baik LIKE kat page yang hadiahnya best sahaja, kalau nak bagi top up RM5 ... tapi nak kena LIKE page dia, suruh dia buat giveaway dan segmen sendiri.
  2. Banyak sangat nak kena follow, follow instagramlah, follow facebooklah, follow twitterlah ... itu dari satu penaja, kalau ada 5 penaja, darab lak dengan 3 aplikasi di atas ... tak ke jenuh tu. Kalau klik dapat 20 buat diri sendiri, oklah jugak. Jadi, apa kelebihan pada peserta?
  3. Banyak sangat nak kena klik. Nak klik itulah, nak klik inilah. Habis masa untuk join satu-satu segmen atau kontes dengan klikkkkkk je. Belum lagi buat entri pasal kontes tu .. haishhh ... mau makan satu hari dibuatnya.
  4. Ada pula kena klik pada link 8Share dan ChurpChurp. Bukan tak boleh tapi cuba buat cara yang betul. Bagitahu link tu mengenai apa, jangan tulis cam ni - LINK1 ... LINK2 .... apalah mudaratnya jika tulis bebenor, barulah betul. Rasa bersalah pun tak akan ada. Buat je cam ni - Iklan 8Share: Daftar Sini dan Dapatkan RM1 Pertama Anda.

Maaf sekali lagi kalau repekkan saya ni gangu gugat kesejahteraan anda. Sebagai seorang yang sebenarnya suka join giveaway dan kontes serta berharapan untuk menang sesuatu, apabila terlalu banyak syarat akan buat badan rasa sengal dan malas jadinya. Dari ingin jadi tak hingin, yang rugi siapa?

Oklah, nanti saya bagi tips untuk buat satu kontes yang baik, yang saya nampak ramai blogger ternama aplikasikan dalam kontes yang mereka anjurkan. Bukan setakat boleh berikan manfaat pada tuan punya kontes malah akan menarik minat orang nak join tanpa rasa sengal macam saya.



Foto Berotot Aeril Zafrel

Gambar dan Foto Berotot Aeril Zafrel

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Widget Media Sosial Metro Style

Dah lama saya tak berkongsi perihal widget. Maka, kali ini saya perkenalkan widget media sosial yang agak stylish - Metro Style. Penampilan pautan ke media sosial seperti Facebook, Twitter ... nampak lebih bergaya dengan widget ini. Anda boleh cuba letakkan di dalam blog seperti mana saya meletakkannya di blog ini - Bonus Leaks

Widget Media Sosial Metro Style

Untuk membolehkan widget ini terpasang di blog anda, hanya salin kod HTML di bawah ini, dan letakkan sebagai Add HTML/Javascript di blog anda. Letakkan di bahagian atas sidebar supaya ia nampak kemas dan menonjolkan media sosial yang telah anda ada.


Jangan lupa gantikan apa yang patut - URL FACEBOOOK ANDA dan pautan lain dalam kod HTML di atas.

Selamat mencuba.

Kredit: BBT


Email Spam Semakin Menakutkan

Serius. Bila jenguk je mailbox dalam email, terkejut dapat email yang pelbagai. Malah, semakin hari semakin banyak email spam yang menjengah masuk. Kadangkala, email tulen ada 5, email spam ada 25 ... uhh memang menakutkanlah. Alamat email semakin mudah diperoleh, maka kegiatan email spam memang sukar dibanteras.

Email Spam Semakin Menakutkan

Paling menakutkan ialah, apabila anda menerima email yang tertulis nama agensi antarabangsa tertentu, contohnya FBI, United Nation, Fraud Squad, Swiss Bank dan macam-macam lagilah. Saya sendiri pun gerun gak bila baca isi kandungan email-email seperti ini. Yelah, email dalam bahasa inggeris, lain sikit penangannya dengan email bodoh macam yang pernah saya ceritakan menerusi entri ini - Ayat-Ayat Email Spam Makin Sayu Tipu Orang dan ini - Penipuan Insan Yang Mulia

Sekarang, cuba baca email dalam bahasa inggeris yang telah menerjah ruangan spam.

Financial Fraud Enforcement Task Force

http://www.stopfraud.gov

Attention please:

President Obama established the Financial Fraud Enforcement Task Force (F.F.E.T.F.) in November, 2009 to hold accountable those who helped in bringing about the last financial crisis as well as those who would attempt to take advantage of the efforts in the economic recovery to perpetrate fraud in United States of America. Sequels to excellent achievement of the FFETF in 2010, we have been mandated to audit the banking industry and stop recent fraudulent activities.

As we audit banks and financial institutions in United States of America, we discovered several funds belonging to different people unclaimed. In such occasion, we make frantic efforts to contact the beneficiaries immediately. Hence, you are being contacted. We are also in agreement with the Federal Reserve System to release such payment to the beneficiaries. World Bank/Federal Reserve System have the power to confiscate and repatriate any funds unclaimed from the Possessed bank and eventually withdraw their operating license if found wanting. It might interest you to know that in 2010/11 only, we were able to recover $4.2 Billion for the Obama government which is helping in rebuilding the nation's financial/economic crisis, and also promotes job creation in 2012/13 fiscal year.

In our recent search, we have discovered huge sum of money which runs into Millions of United States dollars in your name in Bank of America. These funds came from Nigeria, West Africa. We presumed this to be your inheritance, contractual or winning funds. To this end, we advise you to contact a US citizen based in Nigeria working as a CIA Agent under-cover called Agent Jeffery Lucas for necessary documentation. His private email address is: jefferylucascia@globomail.com He will help obtain the needed clearance certificates for proper authentication of your funds, and subsequent release for transfer to your bank account by bank of America. Note that without these documents, we, the FBI, US Customs and Department of Homeland Security will not allow your funds to be transferred to you.

These important documents will cost you on $680.00 only. Please do not send more than $680.00. We are aware of scams in Africa, that is why we engaged the service of our own CIA Agent, Jeffery Lucas to obtain all the papers for all US funds beneficiaries.

We are looking forward to your maximum cooperation.

Yours in service;

Eric Holder
US Attorney General and Chairman
Financial Fraud Enforcement Task Force. U.S.A.
http://www.stopfraud.gov

This email was sent to you from the Financial Fraud Enforcement Task Force United States of America.
STOP FRAUD!

Hmmm .. siap selamba main nama Obama dalam email ni. Gerun gak memula, tapi baca punya baca, sah menipu je email ni. Tak pasal kalau ada yang terkena nak bayar benda $680 tu .. caittt .... kalau $680 rupiah oklah ....

Jangan terpedaya dengan email seperti ini.


24 September 2013

4 Ganjaran Tunai Menerusi ChurpChurp

Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa ChurpChurp memberikan ganjaran melalui 4 cara. Jika anda mempunyai akaun ChurpChurp, anda punyai peluang untuk merebut 4 ganjaran tunai yang disediakan oleh ChurpChurp. Menerusi 4 cara ini, anda dapat memaksimakan ganjaran tunai anda.

4 Ganjaran Tunai Menerusi ChurpChurp

4 ganjaran tunai menerusi ChurpChurp yang saya maksudkan ialah

Social Share (Perkongsian Sosial)

Hanya pilih kempen pilihan dalam ChurpChurp dan kongsikan melalui media sosial anda terutamanya Twitter.

Social Seed (Pembenihan Sosial)

Kempen terpilih untuk ahli ChurpChurp yang punyai kelebihan tertentu. Anda boleh baca di sini (klik).

Snap Share (Tangkap dan Kongsi)

Kempen berbentuk visual untuk ChurpChurp yang punyai akaun Instagram. Saya pernah berkongsi mengenai cara ini di sini (klik)

Campaign Seed (Pembenihan Kempen)

Satu bentuk kempen istimewa yang diberikan kepada ahli ChurpChurp dalam pelbagai medium sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram. Anda perlu ada kelebihan dari segi jumlah pengikut dan pengaruh anda menerusinya.



Alih bahasa teknikal ChurpChurp tu saya main belasah je, kalau nampak pelik tu, anda ada hak untuk gelak dan rasa pelik .. hahahha... tapi itulah 4 jenis ganjaran yang ditawarkan dalam ChurpChurp. Semua jenis ganjaran tu ada nilai tersendiri.

Laman web ChurpChurp sekarang sudah berwajah baru. Jadi buat ahli yang dah lama tak login di situ, mungkin akan pening sedikitlah.

Buat mereka yang masih baru dalam dunia blog, apakata daftar percuma dengan ChurpChurp dan peroleh peluang untuk jana pendapatan online menerusinya. Tak susah. Daftar di sini - Daftar ChurpChurp.



Alexa Rank Bawah 200!

Dulu, saya tak pernah terfikir pun blog akan berada dalam kedudukan sebaik ini. Berada di kedudukan bawah 200 dalam ranking trafik laman web dan blog di Malaysia adalah sesuatu yang sangat mustahil difikirkan ketika mula-mula buat blog. Dan alhamdulillah, usaha dan jerih nampak dengan jelas sekarang.

Bukan mudah untuk menempatkan kedudukan blog di kalangan laman-laman web popular dan terhangat yang lain. Blog nampak kerdil dalam kedudukan di bawah 200 Alexa. Tak semegah rasanya ditempatkan berdekatan dengan laman web seperti Bloomberg, Bernama dan juga Tonton. Malah, inilah pertama kali dalam sejarah, blog ini berjaya memintas blog terbaik Malaysia - Denaihati.com pada kedudukan 204.

Alexa Rank Bawah 200!


Dan dalam kedudukan itu juga, ada rakan blogger seperti Fuh.my berjaya berada di ranking lebih atas.

Segalanya tidak mustahil. Dan kedudukan ini akan berubah kelak, menunjukkan mana-mana blog pun boleh meraih tempat terbaik asal ada usaha ke arah itu.

Catatan ini berdasarkan kedudukan Alexa yang dirakamkan pada 24 September 2013. Anda boleh melihat ranking terkini di Alexa dengan pautan berikut: Malaysia Top Sites in Alexa



Mengapa Saya Suka Baca Blog Itu?

Pernah tidak anda bertanyakan pada orang lain mengapa mereka suka baca blog orang lain? Mesti ada sebab kenapa mereka sanggup seharian habiskan waktu di blog tertentu. Mesti ada yang menarik perhatian mereka. Mari saya kongsikan beberapa pendapat rakan blogger ini mengenai - Mengapa Saya Suka Baca Blog Itu?



Apa yang buat saya suka pada sesebuah blog tu dan akan buat saya tertarik untuk membaca lebih daripada satu entri ialah gaya penulisan yang mudah difahami serta cara penyampaian yang santai. Keunikan blog juga boleh tarik minat saya untuk kembali ke blog tersebut dan jika kandungan sesebuah blog tu betul2 menepati citarasa pembacaan saya, saya akan mula jejak setiap entri di dalam blog tersebut dari awal penulisannya.. Saya kurang gemar masuk ke blog yang terlalu skema atau terlalu keanak2kan.. - Rosmiza Ali

Bagi saya...saya akan baca lebih dari satu entry sesuatu blog tu jika content blog tu menarik dan berkenan di hati ni..yg penting ialah title sebab title tu lah yg akan membuatkan hati ni membuak2 nak baca...content blog haruslah menarik dan ringkas...berunsurkan lawak dan idea yg menarik dan bernas...saya suka baca blog. yg ringkas dan membawa makna yg. begitu baik dan bagoz untuk kehidupan seharian... - Syifaul Saira


Saya akan membaca lebih daripada satu entri pada satu-satu masa itu jika pengisian di dalam blog itu bersifat ilmiah tetapi disampaikan secara santai. Lagi satu blog tersebut mestilah mempunyai informasi dan perkongsian yang menarik dan mudah untuk pengunjung memahami apa yang ingin disampaikan dan secara tidak langsung akan membuatkan saya terus membaca entri yang lain di dalam blog tersebut. - Ariffin Hj Hamzah


Ok dah dapatkan tips-tips untuk membolehkan blog anda suka dibaca berulang kali .. bukan sekali singgah dan terus pergi, tapi singgah dan terus baca .. dan baca ... dan baca.

3 pendapat terbaik yang dikongsikan kepada saya menerusi Facebook Fanpage, dan ketiga-tiga mereka bertuah kerana saya, anak saya dua orang telah setuju untuk berikan hadiah top up bernilai RM10 kepada rakan-rakan di atas.

Mulanya, nak bagi RM10 top up pada seorang, tapi alhamdulillah, hari ini ada rezeki lebih dapat dua komisen dari Jobdirumah dan Jomniaga, selain satu advertorial, dua tempahan iklan, serta satu blog.


23 September 2013

Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal

Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal. Dalam diam-diam, ada komisen masuk menerusi Ashadee (dulunya Jomniaga). Alhamdulillah, ada juga income masuk walaupun tidaklah banyak mana, namun rezeki tetap rezeki. Ashadee - salah satu cara buat duit dengan blog tanpa perlu mengeluarkan sesen modal pun. Cukup mudah, hanya daftar percuma dan mula buat duit secara online dengan Ashadee.

Berbanding dengan beberapa program buat duit dengan blog yang perlu bayar itu dan ini, tetapi menerusi Ashadee, anda sudah boleh buat duit tanpa perlu keluarkan modal apapun. Siapa yang tak join, memang rugilah sebab kesempatan seperti ini bukannya selalu ada.

Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal

Buat duit dengan blog tanpa modal memang macam tak masuk akal je, tapi ia memang satu program buat duit yang tak perlu bayar apa-apa, malah selepas anda mendaftar percuma, anda boleh terus mempromosi untuk mendapat jualan pertama, dan komisen pertama.


Buat duit dengan blog tanpa modal
Erkkk, setiap pendaftaran baru akan diberikan RM2. Uhh ... lagi bertambah bestlah. Join percuma, orang daftar kita dapat RM2, jauh nilainya tu dengan ChurpChurp mahupun 8Share yang cuma beri RM1 sahaja bagi pendaftaran baru.
Buat duit dengan blog tanpa modal
Haaa ... di situ dah ada kelebihan tersendiri. Jadi, dok tunggu lagi untuk daftar? Hanya isi nama dan beberapa butiran penting, dan siap .... anda dah boleh jana komisen hari-hari dengan Ashadee.com ini.

Mungkin anda macam lost je, tak berapa faham mengenai buat duit online dengan Jomniaga ni, anda boleh tonton video yang telah disediakan, sertai webinar yang telah tersedia untuk anda. Oh ya, benda ini juga percuma .... jadi, tiada risiko langsung untuk anda ketahui cara termudah buat duit dengan blog tanpa modal ini.


ChurpChurp Kini Berwajah Baru

Erkk... mulanya ingat salah login, rupa-rupanya ChurpChurp Malaysia sudah berwajah baru. Nampak sangat berlainan dengan penampilan terdahulu. Mungkin rekabentuk laman terkini ChurpChurp ini mahu disesuaikan dengan penampilan yang lebih responsif .... :) Apapun, ada beberapa perkara yang agak kurang menarik pada pandangan saya mengenai wajah ChurpChurp terkini ini.

ChurpChurp Kini Berwajah Baru

ChurpChurp berwajah baru 2013

Secara amnya, rekabentuk yang ditampilkan memang ringkas dan menjurus kepada pemilik akaun untuk berkongsi sesuatu yang boleh mendatangkan ganjaran tunai. Paparan jelas besar mengenai sesuatu kempen memang eye catching tetapi ia memakan terlalu banyak ruang, terutama gambar atau imej berkaitan sesuatu kempen itu.

Jika dahulu, saya hampir tidak perlu skroll ke bawah, tapi kini, masa dihabiskan untuk menggunakan mouse bagi tujuan skroll untuk melihat keseluruhan kandungan yang ada di ChurpChurp. Dalam paparan komputer saya, hanya 2 kempen boleh disenaraikan dalam satu-satu masa. Untuk lihat kempen atau iklan lain yang ingin dikongsikan, kena belek sampai ke bawah.

Cara untuk kongsikan sesebuah kempen juga sudah semakin sukar bagi saya. Kena klik sana sini baru boleh perkongsian itu dilakukan. Lebih banyak kerja dari biasa. Hanya jika anda benar-benar mahu kongsikan sesuatu itu, baru akan buat. Kalau tak, mungkin anda lebih suka keluar sahaja dari paparan semasa.

Bahagian autoshare yang sebelum ini agak mudah kini sudah jadi semakin rumit. Tak tahulah pada yang lain. Yang baru ni, saya macam sukar je mahu buat setting yang dimahukan untuk sesebuah kempen itu dikongsikan menerusi laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook.

Apa pula pendapat anda, cepat buat entri dan tweet kepada pihak ChurpChurp jika anda merasakan perubahan yang dilakukan menyukarkan anda untuk berkongsi sesuatu informasi kepada yang lain.

Tips Ringkas

Apabila anda login ke akaun ChurpChurp anda, sila reactivate balik akaun anda dan link kembali ke akaun-akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan beberapa keistimewaan tertentu seperti Special Seeding.


Cara Tunaikan Cek Adsense di Bank

Dapat cek dari Adsense dalam minggu lepas, alhamdullilah, ada rezeki daripada syarikat pengiklanan Google Adsense. Ini merupakan hasil pendapatan blog daripada blog-blog lain, yang juga berbahasa Melayu - walaupun ada 1-2 blog berbahasa Inggeris. Teruja dapat cek Adsense, saya pun mahu 'tunai'kan cek ini di bank tempatan. Alangkah hampa saya bila ketahui cara untuk tunaikan cek Adsense ini di bank tempatan.

Sekiranya anda punyai akaun Adsense dan jumlah income yang terkumpul sudah boleh dikeluarkan, salah satu caranya ialah dengan menggunakan cek. Pihak Adsense akan terus menghantar cek kepada anda di akhir setiap bulan andai kata jumlah untuk dikeluarkan telah cukup seperti yang telah dipersetujui.

Dalam kes saya ini, saya telah hadkan nilai terkumpul sebanyak USD$100 untuk cek dikeluarkan. Untuk info, nilai cek yang saya dapat bukanlah tepat-tepat USD$100 tetapi lebih; memandangkan tutup akaun hujung bulan Adsense saya punyai nilai lebih daripada USD$100.

Cara Tunaikan Cek Adsense di Bank

Saya telah membawa cek tersebut ke bank CIMB. Mulanya, saya ingat cek boleh diproses seperti biasa menggunakan mesin deposit cek, tetapi ditendang keluar. Jadi, saya dapatkan khidmat pelanggan CIMB Bank untuk meneruskan urusan saya.

Apabila kakitangan mendapati cek saya merupakan cek luar, terus diminta untuk mengisi borang, dan menjadi kehampaan pada saya apabila mengetahui bahawa cek tersebut hanya boleh diproses di cawangan bank yang mengeluarkan buku simpanan sahaja. Hampa sebab perlu balik kampung untuk tunaikan cek, maka saya beralih ke bank lain.

Saya telah pergi ke cawangan Maybank, kerana akaun saya dibuka di situ. Selepas mengisi borang yang disediakan untuk deposit cek, saya diberitahu bahawa terdapat beberapa perkara mengenai cek luar terutama melibatkan matawang asing.

3 Perkara Patut Tahu Masukkan Cek Adsense di Bank

  • Cek luar hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun atau ditunaikan menerusi cawangan bank yang membuka akaun.
  • Cek akan ambil masa untuk proses selama 2 minggu sehingga paling lama 2 bulan.
  • Cek akan dikenakan bayaran khidmat sebanyak USD12 untuk satu-satu cek luar.
Kesilapan saya dalam hal ini ialah saya kurang ambil perhatian mengenai bagaimana cek dari luar negara dapat dimasukkan ke dalam akaun, jadi masalah timbul ... bukan apa, sebelum ini tak terfikir pun bahawa saya akan dapat cek dari Adsense secepat ini.

Dan lagi, kesilapan saya ialah saya tidak tahu menggunakan khidmat Western Union yang didakwa mudah dan senang untuk pemindahan tunai daripada luar. Ramai blogger cekap Adsense telah memberikan nasihat ini.

Apapun, alhamdulillah, ada rezeki saya menerusi pengiklanan Adsense ini.