Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Cuti Persekolahan Bermula 3 Ogos Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2013

As-Salam. Lama juga cuti persekolahan kali ini, lebih kurang 2 minggu. Cuti penggal persekolahan kali ini termasuklah dengan cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan jatuh pada 8-9 Ogos 2013. Ini bermakna cuti persekolahan anak-anak akan bermula dari 3 Ogos dan berakhir pada 18 Ogos 2013 bagi kebanyakkan negeri di Malaysia.

Surat siaran mengenai cuti persekolahan dan cuti berganti sempena Aidilfitri 2013 telahpun dikeluarkan.
Daripada makluman yang telah diberikan, ini bermakna, anak-anak akan mula bercuti dari 2 Ogos (Jumaat) dengan diberikan 2 cuti - cuti peristiwa dan cuti berganti pada 4 dan 5 Ogos 2013, bagi negeri-negeri yang mana cuti hujung minggu adalah Jumaat dan Sabtu.

Manakala bagi negeri yang hujung minggunya adalah Sabtu dan Ahad, cuti persekolahan dikira bermula dari 3 Ogos 2013 (Sabtu).

Hmm .. rasanya ramai juga blogger ambil kesempatan pulang berhari raya pada tarikh2 yang dikatakan itu. Kepada anda semua, terutama yang ada anak-anak,…

Video Sweet Pernikahan Piere Andre-Norhidayah Hashim

As-Salam. Saya seronok melihat orang kahwin - akad nikah dan bersanding. Sebab pada ketika itulah, ada seribu macam perasaan disekalikan dalam satu majlis. Ada sedih, gembira, sayu, seronok, hiba, ceria ... segalanya tercampur.

Kali ini, saya mahu kongsikan sebuah video ini - video yang sangat sweet - terutama part terahir video ini - pernikahan Pierre Andre bersama Norhidayah (Yaya) Hashim.
Video Sweet Pernikahan Pierre Andre-Norhidayah Hashim


*p.s: Tetiba rasa nak tgk dan kongsikan video orang nikah kahwin...

Bagaimana Menulis Entri Evergreen?

As-Salam. Ingat lagi tak saya pernah memberikan tips untuk mendapatkan pengunjung dan pembaca berderet mahu membaca entri terbaru blog anda? Dalam entri tersebut, saya ada beritahu, cara nak menulis entri evergreen adalah dengan menulis entri berbentuk penyenaraian. Lupa? Ok, boleh baca di sini - Hasilkan Entri Evergreen.

Cumanya, saya tak cerita panjang mengenai bagaimana menulis entri evergreen tersebut. Saya cuma tulis serba ringkas sahaja. Saya tahu mungkin ramai daripada anda nak tahu, teknik terbaik untuk menulis entri serupa itu, yang dapat memberikan trafik tanpa putus ke blog anda.
Bagaimana Menulis Entri Evergreen atau Segar Malar? Sebenarnya terdapat 2 teknik untuk menulis entri evergreen ini atau dalam bahasa kita disebut entri malar segar. Apakah 2 teknik tersebut?
2 Teknik Tulis Entri Segar Malar Teknik 1 - Tulis Entri Berbentuk Penyenaraian Satunya telahpun saya sebutkan iaitu menulis entri penyenaraian. Contoh seperti 10 blog terbaik di Malaysia, atau 5 blogger palin…

Gadjet Quran Bacaan Fahad Al-Kandari

As-Salam. Agak ralit juga saya tidak mewar-warkan widget atau gadjet blogspot ini di awal Ramadan, namun saya tetap percaya, masih lagi belum terlambat untuk berkongsi perkara baik ini untuk blogger Malaysia. Al Quran itu bukan hanya untuk Ramadan, tetapi sepanjang hayat, sepanjang zaman.

Widget atau gadjet yang akan saya kongsikan ini merupakan satu gadjet yang akan membenarkan Al Quran dialunkan penuh merdu dalam blog, dengan aluanan yang dibaca oleh Qari terkenal - Fahad Al-Kandari. Suara beliau yang mendayu membuatkan ayat-ayat Al Quran menusuk jiwa raga, apatah lagi bila ia diperdengarkan di malam hari, sewaktu orang lain lena dibuai mimpi indah.

Suka diingatkan widget ini menggunakan iframe. Ia dilengkapi mula, berhenti dan butang henti seketika (pause). Tiada takrifan atau maksud diberikan bagi alunan ayat suci Al Quran oleh Fahad Al-Kandari. Anda boleh memilih mana-mana ayat suci Al Quran untuk didengari, namun apabila abis sesuatu ayat, ia akan terus menyambung ke Surah yang …

5 Perkara Terawal Blogger Baru Perlu Buat

Tips blogging - 5 perkara terawal blogger baru perlu buat. Apakah perkara utama yang perlu difikirkan oleh seorang blogger baru bila dah buat blog? Hmm mesti ramai yang tertanya-tanya keperluan yang harus dibuat oleh seorang blogger bila blognya dah siap.... walaupun masih lagi belum banyak entri.

5 Perkara Terawal Untuk Blogger Baru Perlu Lakukan
Pertama - Sediakan Banyak Entri Berkualiti Bila dah ada blog, perkara utama adalah menyediakan entri. Jangan fikir gadget atau widget lagi. Isi dulu ruangan dalam blog dengan entri-entri anda. Paling minima yang harus anda buat ialah sediakan 10 entri. Dah ada 10 entri, kemudian barulah kita pergi ke langkah kedua.


Kedua -  Kemaskini Layout Blog Bila dah ada entri, masa yang sesuai untuk mencantikkan blog anda, dan kemaskini layout yang ada. Buat masa ini, blog anda dah ada tapak sendiri dengan adanya 10 entri tersebut. So, kemungkinan nanti andai ada yang blogwalking dan tetiba terserempak dengan blog anda, mereka dah ada entri-entri yang b…

"Blog Bro Ni Pernah Dapat Award Ke?"

As-Salam. Heh ... pernahkah blog anda dapat award? Kalau pernah, itu satu tanda kejayaan peribadi bagi blog dan diri anda. Tahniah saya ucapkan. Bertanya mereka pada saya ... "Blog bro ni pernah dapat award ke?" .... Tunduk segan, saya katakan ..."Tidak pernah ...." Disambung kemudiannya .. "Maaf, blog saya tidak selayak nak diberikan apa-apa award .... tiada apa istimewa untuk dibolehkan untuk dapat mana-mana penghargaan pun ...".

Sesetengah blog dah dapat dan capai banyak kejayaan, ada dapat anugerah itu, award ini, penghargaan itu, penghargaan ini. Syabas buat mereka. Sememangnya blog-blog dan blogger-blogger tersebut layak untuk menerimanya. Tak perlu sangkal, mereka dah pun terpilih.

Segan juga bila ada kawan dok tanya .... tapi yang benar perlu dikata benar, buat apa nak disorok ye tak? Realiti, tak perlu nak selindung. Bila ditanya ... "Apa kejayaan blog kau ehhhh?" ... Saya tak boleh nak jawab. Serius. Kalau terjawab pun, saya akan kata …

Biarkan Blogger Baru Berdikari

As-Salam. Sampai mana jika mahu dihulurkan tangan? Setiap blogger baru perlu bersedia untuk berdikari. Untuk sampai ke tahap di mana seorang blogger baru itu boleh bawa haluannya, ia tertakluk pada diri blogger itu sendiri. Mesti sedia, mesti berupaya.

Kita takkan boleh mengharapkan bantuan orang lain setiap masa, namun tidak salah juga di sepanjang perjalanan untuk mencapai impian itu kita bertanya dan memohon pendapat. Seandainya kita terus-terusan mengharapakan bantuan secara total, maka kita takkan berjaya mengutip pengalaman yang sepatutnya. Kita perlu ingat, bukan semua orang ada masa untuk kita, dan bukan semua orang akan ada upaya untuk memberikan pertolongan.

Saya sendiri jatuh bangun sebegitu rupa. Memang sadis bila memikirkan kembali apabila cuba meraih simpati tak bertempat di blog-blog popular. Tapi, itulah keadaannya bila tiada ilmu yang mantap, sering menagih mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin datang dengan mudah.

Ya, ada di antara cukup bersimpati. Ada di antarany…

20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

As-Salam. Blogger Malaysia memang pelik. Kenapa? Mari kita singkap akan beberapa kepelikan ini, dan ianya hanya terdapat pada blogger Malaysia sahaja! Atau adakah ini merupakan satu pendapat rambang yang saya cuba utarakan. Fikir dan anda buat kesimpulan. 20 Perkara Pelik Blogger MalaysiaMahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopul…

Tatacara Buat FB Fanpage Pop Up Like Tanpa Pemasa

As-Salam. Salah satu cara untuk blog anda menerima trafik tinggi adalah menerusi Facebook. Ada banyak cara yang boleh anda gunapakai, tetapi yang paling bagus ialah mendapat trafik daripada mereka yang benar-benar berminat dengan blog anda sahaja. Mereka inilah pembaca setia blog anda, dan bukan singgah secara random hanya kerana kata kunci atau ayat umpan tertentu.

Salah satu cara untuk anda dapatkan pembaca sebegini adalah dengan menggunakan Facebook (FB) Fanpage. Entri kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana anda boleh dapatkan pengikut atau pembaca yang benar berminat dengan blog anda menerusi Pop Up LIKE versi tanpa pemasa. Agak berlainan dengan versi sebelum ini dari segi cara ia mengendalikan pengunjung ke blog anda.

Dalam versi FB Fanpage Pop UP Like (versi melekat) yang saya kongsikan sebelum ini, ia tidak ambil kira pengunjung berulang ke blog anda. Jadi kali ini, dengan menggunakan cookies di dalam pelayar internet anda, versi pop up ini akan detect samada pengunjung terse…

Kerajaan Malaysia Henti Kemudahan dan Akses Internet?

As-Salam. Nampak gayanya ramai blogger Malaysia akan gigit jari - baik jari tangan mahupun jari kaki seandainya apa yang diperkatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dijadikan kenyataan. Ini susulan oleh penyalahgunaan kemudahan dan akses internet di negara ini menghampiri tahap kritikal.

Kerana nila setitik rosak susu setempayan. Begitulah yang boleh saya katakan apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan internet tidak betul.
Saya lihat kebebasan yang diberi (disalah guna dan kini) sudah semakin kritikal. Sudah tiba masanya kita tegas dan tanganinya dengan cara serius - Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Memang saya akui, dewasa ini semakin kerap fitnah disebarkan melalui media berasaskan internet ini. Bukan sahaja ia disebarkan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram, tetapi menjadikan blog sebagai medium paling utama untuk menyebarkan ce…

3 Aplikasi Foto Hangat Untuk BB10

As-Salam. Ini merupakan satu artikel perkongsian yang telah disediakan oleh Banyu Putro dari Mavens Co. Entri ini berkenaan 3 aplikasi foto hangat yang tersedia dalam BB10. Pasti sekali untuk membantu blogger Malaysia yang kebanyakkan menggunakan telefon pintar, penghasilan gambar cantik menarik sangat penting untuk digunakan dalam blog. Khas dan khusus buat mereka yang menggunakan telefon pintar BlackBerry sebagai salah satu medium canggih untuk memantapkan blog, 3 aplikasi foto hangat ini boleh membantu.
3 Aplikasi Foto Hangat Untuk BB10 Kebolehan menangkap gambar adalah aspek penting apabila anda memiliki sebuah telefon pintar. Terdapat beberapa aplikasi foto hangat yang serasi dengan BlackBerry 10. Mari kita lihat tiga aplikasi ini dengan teliti.
Instago Instagram Instago Instagram adalah perkongsian gambar popular rangkaian. App rasmi Instagram untuk platform BlackBerry10 masih belum sedia. Akan tetapi jika khabar angin tepat, keadaan ini mungkin berubah di jangka masa pendek. D…

Pintasan To Top Dengan Imej Untuk Blogspot

As-Salam. Tentu masalah bila entri terlalu panjang, nak kembali ke atas nak guna tetikus jadi leceh. Maka, salah satu caranya ialah dengan menggunakan 'jalan singkat' yang boleh anda sediakan di blog anda. Tak susah mana, hanya letakkan script berkaitan, dan blog ada sudah ada pintasan untuk kembali ke atas.

Saya suka nak kongsikan kepada anda beberapa pintasan kembali ke atas yang boleh anda gunakan dalam blogspot anda. Ia merupakan satu pintasan menarik kerana ia dilengkapi dengan script bagi membolehkan ia muncul bila diperlukan sahaja - iaitu apabila pengunjung blog anda sudah tiba atau berada di akhir entri atau penghujung blogspot anda.

Dan lagi, pintasan yang saya kongsikan ini adalah pintasan dengan imej yang menarik untuk dilengkapi dalam blog anda. Ada beberapa pilihan saya sediakan kepada anda, terpulang untuk pilih mana menjadi kesesuaian untuk blog anda.
12 Pilihan Pintasan To Top Dengan Imej Untuk Blogspot <script type="text/javascript" src="htt…

Tips Trafik Blog Bulan Ramadan

As-Salam. Bulan Ramadan, trafik untuk blog memang akan turun sedikit memandangkan lebih ramai suka menggunakan masa yang ada untuk beribadah. Namun, jangan disangka blog anda tidak boleh menerima trafik tinggi di bulan Ramadan. Apa yang perlu anda tahu ialah teknik untuk mendapatkan trafik yang diinginkan.

Salah satu cara untuk mendapatkan trafik ke blog di bulan Ramadan ini adalah berkongsi perkara yang ada kaitan dengan bulan penuh mulia ini. Selalunya pengguna internet akan mencari informasi yang pelbagai berkaitan dengan bulan Ramadan. Ya, mungkin ada sesetengah entri itu sudah tepu tetapi tidak mustahil dengan sedikit trik tertentu, blog anda boleh mencuri trafik menerusi enjin carian.

Inilah yang sering saya perkatakan mengenai SEO di mana penggunaan kata kunci sangat penting dalam memastikan blog anda dapat menyampaikan, dan seterusnya memberikan apa yang dikehendaki pencari informasi.

Antara kata kunci yang popular yang mungkin anda boleh cari dan gunakan sebagai entri menarik…

Elakkan Diri Jadi Blogger Jahil

As-Salam. Serius, kalau tak tahu bertanya. Kalau tak pandai, maka belajar. Jangan biarkan diri anda berada di dalam kejahilan. Banyak dah bukti menunjukkan betapa kejahilan itu merosakkan dan mencampakkan diri dalam kehinaan. Jangan segan dan takut.

Saya dulu sombong nak tanya. Akibatnya, banyak benda saya tak tahu. Paling malang apabila anda sudah berkahwin, anda akan menjadi 'pakar' rujuk ... isteri akan rujuk, anak-anak akan rujuk. Kalau mereka tanya, dan anda tidak tahu, bagaimana? Jelas sekali, anda akan bawa seluruh keluarga dalam kejahilan.
Elakkan Diri Jadi Blogger Jahil, Blogger Kena Cari Ilmu Dunia blog Malaysia, nak berjaya, kena cari ilmu. Bukan apa, sebab sekarang dah makin ramai yang tahu untuk berblog dengan baik. Siapa yang rajin dapatkan ilmu, mereka inilah yang akan menyerlah. Paling terbaik andai mereka kongsikan ilmu yang mereka ada. Cara inilah yang akan mantapkan lagi pengetahuan yang mereka tahu. Kongsi, dan terima komen dan nasihat daripada orang lain. …

Top Blogger Malaysia Ramai Wanita

As-Salam. Tak pasti samada memang saya ni rabun atau memang benar bahawa kebanyakkan blogger yang jadi top dan terkenal adalah blogger wanita. Mereka lebih menyerlah daripada blogger-blogger lelaki. Tak ramai blogger lelaki yang mendapat tempat seperti top blogger wanita Malaysia ini.
Top Blogger Malaysia Ramai Wanita Oleh kerana mereka dah jadi top blogger, maka banyaklah tawaran yang mereka dapat. Tak putus-putus, ada sahaja tawaran lumayan yang diterima mereka. Bak kata jiran sebelah, yang belajar tu, dah boleh bayar pinjaman PTPTN baliklah - hanya sebab telah menjadi top blogger Malaysia.

Ramai juga yang bangga dan berasa seronok dengan kejayaan-kejayaan top blogger wanita ini. Dan tidak dinafikan, ada juga jari-jemari mahupun mulut yang tak berapa nak puas hati. Al maklumlah, tawaran tidak singgah di mereka, income tak masyuk macam top blogger wanita Malaysia.
Siapa Top Blogger Wanita Malaysia? Siapa top blogger wanita Malaysia? Ohh tentulah yang muda belia, cantik, menarik ...ma…

Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam Raya 2013

As-Salam. Perkhabaran yang dinantikan ramai penjawat awam. Nampak wajah-wajah penuh kelegaan memandangkan harga barang untuk persiapan hari raya sudah naik sejak awal Ramadan lagi. Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari gred 1 - 54 akan dibayar pada 31 Julai 2013, begitu juga bantuan kewangan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam Sempena Raya Aidilfitri 2013 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di …

Buat Pop Up Facebook Like Versi Melekat

Buat Pop Up Facebook Like Versi Melekat - Ramai dah tahu cara nak buat Facebook Like, saya dah pun kongsikan kepada anda sebelum ini, ada banyak variasi yang boleh anda cuba. Tak pasti caranya? Boleh rujuk semula entri ini - Cara Mudah Letak LIKE FB Fanpage. Daripada tutorial tersebut, maka senang dan mudahlah anda untuk mencuba teknik FB Fanpage LIKE jenis pop up pula.

Kod HTML bagi FB Fanpage LIKE masih sama, cuma yang bezanya ialah ada kekotak yang akan simpan kod tersebut. Teknik pop up nampak menarik kerana ia akan menjimatkan ruang blog, selain membolehkan blog anda dapat full loading sebelum kotak FB Fanpage LIKE itu ditutup.
Buat Pop Up Facebook Like Versi MelekatPop up Facebook Fanpage LIKE yang akan saya kongsikan ini punyai ciri-ciri berikut:
Tiada pemasa (wait until ... secs)Punyai butang tutup (close)Bentuk yang simple tetapi menarikPop up ini beranimasi - akan auto skrol ke atas dalam sela masa tertentu.  Selepas seketika, pop up LIKE akan beranjak ke bahagian atas blog a…

MyKad Smart Shopper

As-Salam. MyKad Smart Shopper adalah merupakan program inisiatif bertaraf MSC (Multimedia Super Corridor) dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia serta Multimedia Development Corporation (MDeC) . Ia merupakan satu program berbentuk Affiliate kepada seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budaya membeli-belah.
MyKad Smart Shopper (MSSP) Program ini dibangunkan dan diselaraskan oleh I Synergy Universal Holding Sdn Bhd yang merupakan penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013, dan dikenali sebagai Affiliate Junction, merujuk kepada program affiliate yang dibangunkan dalam MyKad Smart Shopper.

Program MyKad Smart Shopper atau dikenali sebagai MSSP ini merupakan satu program aplikasi yang dibangunkan khas buat pemegang-pemegang sah MyKad bagi membolehkan mereka menerima ganjaran atau point setiap kali berbelanja. Akses kepada program affiliate ini boleh diperoleh di laman web Affiliate Junction di mana anda boleh menyemak status MyKad serta butiran gan…

Pelajar SRK Sri Pristana Makan Dalam Tandas?

As-Salam. Wow.... topik terhangat dalam media sosial, termasuklah blog. Nyata sekali ramai cuba mensensasikan satu isu yang barangkali bukan isu pun. Apa yang berlaku adalah pemutar-belit fakta yang cuba mencemarkan kesucian bulan Ramadan, dan cuba untuk melaga-lagakan keharmonian dan persefahaman yang sedia lama terjalin. Wajarkah? Saya akan kecil hati sebenarnya apabila ada blogger yang cuba menjadi sesuatu yang tidak benar sebagai satu isu politik murahan - apatah lagi ia membabitkan sekolah, tempat anak-anak pelbagai bangsa, budaya dan agama sedang mencari ilmu.
Pelajar SRK Sri Pristana Makan Dalam Tandas? Isu yang dibangkitkan ialah pelajar sekolah tersebut makan di bilik air bermula awal Ramadan lalu. Dan biasalah, yang akan bangkitkan isu ini ialah orang luar yang tidak tahu selok belok sesuatu. Tengok 2-3 keping gambar .. lepas tu komen bagai nak rak .... nak kata mereka ada anak-anak di sekolah tu ... tak ada pula dinyatakan, nak kata mereka tu ahli PIBG sekolah tu .. tak ada…

Cara Mudah Pastikan Blog Mesra SEO

As-Salam. "Bang, macamana abang pastikan blog abang mesra SEO?". Erkkk ... macamana ehh? Ok, sebenarnya saya pernah bercerita mengenai panduan untuk mengetahui blogspot kita ni mesra SEO pada entri lampau. Ada banyak aplikasi, serta laman web yang boleh memeriksa kandungan blog kita samada mesra SEO atau tidak.
Cara Mudah Pastikan Blog Mesra SEO Lain blogger, lain cara. Saya menggunakan cara yang mudah dan selesa, tak perlu nak pening sangat. Lagipun SEO (Search Engine Optimization) ini sebenarnya tidaklah kompleks seperti disangka ramai, cuma mungkin kerana terma dan kaedah yang banyak diperkenalkan oleh blogger berpengalaman membuatkan ramai blogger dan pengendali laman web macam takut-takut je. Is all about back to basic of writing.... simple.

Tips Mudah SEO Blogspot Apa yang perlu anda tulis dalam blog mestilah dalam bentuk perenggan yang mudah dan mengikut format. Ingat kembali cara anda menulis karangan sewaktu ambil SPM, PMR atau SRP.... itupun sudah cukup bantu untuk…

Kelebihan Alexa Rank Untuk Blogger

As-Salam. Anda tahu mengenai Alexa Rank? Jika belum, anda perlu tahu dan anda perlu ambil kisah mengenai kedudukan Alexa Rank blog anda. Ia adalah antara cara mudah untuk anda 'menjual' blog anda kepada mereka yang mementingkan kedudukan trafik blog anda.

Alexa telah digunakan sejak sekian lama untuk memberikan penarafan kepada laman-laman web termasuklah blog dalam dunia internet. Apa yang dilakukan oleh Alexa ialah memberikan satu bentuk pengiktirafan untuk laman-laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Keupayaan Alexa mengukur tanda aras trafik sesuatu laman web memang tidak disangkal lagi. Kalau mahu blog anda diberikan satu penarafan yang boleh diterima seluruh dunia, maka pastikan blog anda sudah berada di dalam ranking Alexa.
Kelebihan Alexa Rank Untuk Blogger Mengapa ia penting? Ini adalah kerana ia membolehkan blog anda menjana pendapatan. Menerusi Alexa, para pengiklan dunia maya akan memerhatikan akan keupayaan blog anda. Bukan setakat seminggu, atau sebulan, te…

Papar Iklan Guna Slideshow

As-Salam. Ramai blogger tahu antara cara untuk mendapatkan income online menerusi blog adalah menerusi iklan. Namun, ada masanya sesebuah blog itu tidak dapat optimasikan pendapatannya kerana ruang terhad untuk membolehkan iklan dipaparkan. Untuk itu, di dalam entri ini, saya kongsikan cara mudah untuk memaparkan iklan anda tersebut, tanpa jejaskan banyak ruang dalam blog.

Saya akan kongsikan cara yang mudah agar lebih ramai dapat sediakan paparan iklan guna slideshow ini - terutama blogger baru. Tak susah mana, saya pasti ramai boleh lakukan dan manfaatkan untuk blog masing-masing.
Papar Iklan Guna Slideshow Anda perlu salin kod HTML diberikan ini, dan ubah beberapa perkara untuk membolehkan iklan anda berfungsi dengan baik. Anda boleh letakkan pada bahagian bawah setiap entri dengan menyelitkan kod ini di bahagian post-footer line-1 atau post-footer line-2. Atau di bahagian atas entri dengan menyelitkan di bahagian post-title.

Kalau rasa macam sukar, anda boleh sahaja buat cara bia…