30 April 2013

13 Perkataan Umpan Terbaik Meningkatkan Trafik Blog

As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, apakah itu perkataan umpan? Ini adalah gara-gara pendedahan 3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial yang telah HH terbitkan sebelum ini. Dalam entri sebelum ini, HH ada kata - gunakan perkataan umpan, seperti contoh Teknik, Panduan, Rahsia, Tips, Trick, Pembongkaran dan seumpamanya. Ada yang tak berapa faham apa itu perkataan umpan.

Sebenarnya, perkataan-perkataan yang telah HH sebutkan di atas ada tarikan sendiri. Kadangkala orang tidak melihat keseluruhan ayat, tetapi lebih kepada sesuatu perkataan itu yang membuatkan dia ada rasa ingin tahu.

Cuba anda lihat kat pasaraya, terutama sekali apabila ada tawaran tertentu. Pihak pasaraya akan naikkan banner bukan? Dan lihat ayat-ayat yang digunakan, mesti ada perkataan umpan. Ok ... tak jelas? HH berikan satu contoh kepada anda.

Perhatikan iklan berikut.

Contoh Penggunaan Kata Umpan Dalam Iklan



Apa yang nampak paling menarik dan mengujakan? Bukan MamyPoko, bukan juga Exchange Pants tetapi FREE ... iaitu percuma. Siapa yang tidak mahu benda percuma bukan? Inilah dia perkataan umpan. Perkataan ini ada daya tarikan untuk orang ramai paling tidak pergi ke tempat tersebut untuk melihat..... walaupun mereka tak menggunakan jenama tersebut. Malah, akan ada orang akan sanggup melakukan apa yang diminta hanya untuk mendapatkan apa yang dikatakan percuma itu. Faham kan?

Jadi, begitulah halnya dengan blog, jika mahu menarik pengunjung, gunakan perkataan umpanan ini supaya akan timbul rasa ingin tahu yang membuak-buak. Mereka mungkin tidak membaca secara keseluruhan entri anda, tetapi yang pasti trafik akan dapat dijana dengan mudah dan berkesan.

Memandangkan mood ada baik ini hari, jadi HH kongsikan seberapa banyak yang boleh perkataan umpan yang boleh anda guna-pakai bagi menjadi sebahagian dari tajuk entri anda.

13 Perkataan Umpan Terbaik Meningkatkan Trafik Blog

  • Percuma
  • Rahsia
  • Bongkar
  • Teknik
  • Taktik
  • Terkini
  • Hot
  • Terbaru
  • Panduan
  • Terbaik
  • Tips
  • Petua
  • Dedah

Gunakan teknik perkataan umpan ini untuk menghasilkan ayat umpan yang benar-benar ada tarikan. Anda tidak akan berjaya jika hanya guna perkataan ini tanpa menyesuaikan dengan perkataan lain yang menjadi tajuk entri blog anda.

Dah siap entri, jangan lupa kongsikan menerusi laman sosial yang anda miliki. Jika di Facebook, cuba guna teknik yang pernah HH beritahu iaitu targeting your audience yang benar-benar mahu baca akan apa yang anda kongsikan.

Selamat mencuba.

p.s: Terima kasih kepada +Nur Aza Shake yang bertanya


3 Teknik Comel Meningkatkan Jumlah Follower Blog

As-Salam. Teknik ini adalah teknik lama, yang mungkin sesetengah dari anda tak berapa tahu. Ia satu teknik untuk meningkatkan jumlah follower (guna Google Friends Connect) blog. Teknik ini dikatakan teknik comel kerana cara dan kaedahnya nampak comel ... :) serius ni.

Teknik ini ramai blogger remaja yang buat sebab yang suka benda-benda yang comel ni adalah kebanyakkan blogger remaja, terutama remaja perempuan.

3 Teknik Comel Meningkatkan Jumlah Follower Blog




Guna Avatar Paling Comel di Blogger Profile

Sesetengah orang suka follow sesebuah blog jika tuan punya blog tu comel. Maka, pastikan avatar dalam profile anda tu adalah wajah anda paling comel, kalau boleh gambar waktu kecik dedulu ... hehehehe.... seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas - 1

Guna Simbol Pada Nama Blog

Cara ini akan membuatkan nama blog anda berada di tempat paling atas senarai blog seseorang follower blog anda. Dengan nama blog menarik, ditambah pula dengan simbol yang menjadikan blog anda berada di senarai teratas, tentu pengikut baru sesebuah blog mahu tahu siapakah empunya blog tersebut ... seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas - 2

Guna Favicon Blog Menarik Perhatian

Favicon yang unik boleh menarik perhatian. Cuba reka satu favicon yang melambangkan blog anda dengan menambah ciri-ciri comel.

Teknik yang HH kongsikan ini perlu diadun bersama, tak boleh tidak ... ketiga-tiga perkara di atas perlu anda sebagai satu first impression. Baru-barulah tahap kecomelan itu diganda tiga. Avatar dah comel, nama blog pun dah comel ... siap berada di senarai pertama pula ... dan ditambah lagi dengan favicon yang menarik hati.

Cubalah, kerana dari pengamatan HH, banyak blogger remaja khususnya perempuan akan dapat ramai follower dengan kaedah dan teknik ini. :) Mereka suka menggodek senarai blog yang difollow oleh seseorang blogger apabila melihat ada avatar comel ...

Belum mencuba, dan mahu tambah pengikut blog? Cubalah .... oh ya, pastikan anda sudah cukup comel untuk berbuat demikian ..hehehehe... :P


29 April 2013

Mana Perginya Fungsi Email?

As-Salam. Satu waktu dahulu, email menjadi raja dalam komunikasi laman maya. Semua orang pakat mahu buat email. Malah, ada yang mempunyai lebih daripada satu akaun email dari satu pembekal perkhidmatan. Dan ada juga yang ada lebih email daripada beberapa pembekal perkhidmatan.

Ini satu fenomena dulu. HH sendiri pernah jadi gila buka akaun email sana sini. Ada akaun email yahoo - sampai 4 ... akaun dengan skali.com, akaun msn, hotmail, rocketmail, gmail, dan macam-macam mail lagi. Bila jumpa je satu perkhidmatan email baru yang nampak lain ... terus daftar, almaklumlah ...benda percuma.


Mana Perginya Fungsi Email?

Itu satu ketika dahulu, dalam era 90an di mana keterujaan terhadap mempunyai akaun email ini sangat tinggi. Mana-mana nak beritahu orang - "Ini akaun email aku ..." .... Malah, bila tulis surat kat orang pun, beritahu suruh hubungi terus menerusi email. Ia satu perkhidmatan sangat pantas, mudah dan paling penting, anda tidak perlu lekat setem atau beli sampul surat.

Tapi itulah, siapa sangka bahawa email kini sudah tidak sepopular dulu. Semakin hari semakin kurang orang menggunakan email. Ia kini lebih kepada 'pengenalan diri' dalam dunia maya. Ia dijadikan seperti passport untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan lain yang lebih seronok. Ia bukan lagi medium komunikasi seperti yang pernah menjadi satu fenomena di tahun-tahun 90an.

Email pun dah jarang dibuka.

Apa yang menggantikan tempat email dalam perhubungan dunia maya? Anda boleh fikir sendiri, dan anda tentu sudah maklum. :)

Benda Hebat Yang Kian Dilupakan

Dulu, HH fikir email merupakan antara ciptaan dunia siber yang hebat, nampaknya timbul yang lebih hebat. Realitinya, semua perkara yang pernah jadi hebat dulu ..... pasti sedikit demi sedikit akan dilupakan, atau paling tidak akan dipinggirkan sebagai alternatif utama.

Dek kerana itu, HH terfikir pula ... apakah kesudahan dengan blog satu hari kelak? Mungkinkah akan wujud benda yang lebih baik menggantikan fungsi blog pula?

Ada pendapat? Kongsikan.




Demi Keadilan - Hargai Usaha Blogger Malaysia

As-Salam. Demi keadilan, kerana itulah entri ini ditulis bagi membolehkan ramai mengetahui bahawa kuasa blogger kini semakin kuat, pengaruh blogger bukan sekadar penulisan picisan yang hanya dilihat menerusi sebelah mata.

Dahulu, media massa arus perdana - termasuklah majalah, makalah, buletin, akhbar, iklan dan seangkatan dengannya, sering menempelak blogger kerana menghasilkan entri yang boleh disifatkan sampah, hanya copy-paste dari cerita mereka di dada akhbar, dan majalah. Mereka mengandaikan bahawa blogger Malaysia hanya mensensasikan apa yang mereka terbitkan supaya blogger boleh tarik trafik ke blog.

Hmmm... itu kes dulu, sekarang ramai blogger yang sudah tahu menghasilkan kandungan penuh kualiti, original dan menarik. Dan buktinya .... ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut kelebihan ini disebabkan oleh hasil kreativiti seorang blogger.

Demi Keadilan - Hargai Usaha Blogger Malaysia

Demi keadilan, HH kongsikan luahan rasa seorang blogger terkenal yang memang amat berpengaruh dalam dunia blog terutama blog masakan. Walaupun wajahnya penuh misteri, namun ia bukan bermaksud pihak-pihak terbabit menidakkan apa yang sepatutnya si blogger itu dapat. Betullah kata blogger tersebut, pihak A dapat lariskan jualan ... dapat income dan untung ribu-ribuan, tetapi blogger tersebut hanya dapat penyataan kredit ini - Sumber Dari Blog A atau senaskah dua majalah percuma. Adilkah? Majalah, akhbar atau terbitan dapat dilariskan dengan tempek gambar dan kongsi butiran (kerana mereka tahu ramai suka dengan kekreatifan blogger tu dalam bidangnya), rating naik, iklan masuk banyak ..... tapi blogger dapat hanyalah 0.000001 peratus je dari semua kelebihan tadi. Adil?

Panduan Blogger Isu Blog - Demi Keadilan - Hargai Usaha Blogger Malaysia

Kata blogger hebat berwajah misteri:
Pihak media cetak membuat duit hasil jualan majalah mereka, tapi bahan yang mereka ambil dari blogger (atas persetujuan blogger) ada tu mereka tak bayar...mana adil...sekurang2nya bagilah imbuhan sebagai tanda penat lelah mereka.
Baca selengkapnya luahan blogger ini di sini: Publisiti vs Penghargaan vs Diperalatkan

Nasihat HH yang tak berapa nak ada pengaruh ni, pihak media massa sebegitu harus dan perlu telefon, jumpa dan berbincang seandainya mahu menggunakan isi kandungan blog termasuklah gambar dalam entri dengan pemilik blog tersebut. Buat perbincangan dengan elok agar kedua-dua pihak dapat keuntungan yang sepatutnya. Bincang ini termasuklah pemberian bonus tertentu atau mungkin sedikit ganjaran tunai, kerana menggunakan idea kreatif yang mereka usahakan.

Ini adalah sekadar pendapat HH. Ada blogger yang hebat sudah punyai pengaruh cukup kuat menarik pembaca, baik dalam dunia blog mahupun di dunia luar sana.

 Kredit Foto: Dapur Kak Jie

*p.s: HH tak tergolong dalam kategori blogger ada pengaruh.

 

CSS3.0 Maker - Cantikkan Blog Semudah A, B, C

As-Salam. Salah satu cara untuk anda mencantikkan blog anda ialah dengan mengubah struktur blog skin yang terdapat dalam kod HTML blog anda. Struktur blog skin (b:skin) ini dibina berdasarkan CSS. CSS bermaksud Cascading Style Sheets, ia umpama satu definasi mengenai bagaimana kod-kod HTML dalam blog anda perlu ditampilkan di pelayar internet.

CSS membantu terutama pereka laman web untuk memudahkan sebuah laman web itu nampak cantik, menarik tanpa menjejaskan isi kandungan, SEO dan juga mengurangkan masalah kod HTML yang terlalu panjang sehingga menjadikan sebuah blog itu berat dan lambat untuk loading.

Blogspot telah menyediakan platform untuk anda menggunakan fungsi CSS ini dalam mereka-bentuk blog anda. Cara paling mudah untuk memasukkan sesuatu rekabentuk CSS ialah dengan menambah kod HTML yang anda peroleh untuk rekabentuk sesuatu benda atau elemen dalam blog, contohnya header di sidebar blog anda.

Dalam blogspot, anda hanya perlu klik Template-Customize dan paparan seperti contoh berikut akan diberikan:

CSS in blogger template designer

Anda perlu klik Advanced dan Add CSS seperti yang ditunjukkan di atas ... anda boleh kemudian tulis kod CSS anda di ruang putih yang disediakan tu.

Namun, yang mungkin jadi masalahnya ialah bagaimana nak reka atau mendapatkan kod HTML CSS ini?

CSS3.0 Maker - Cantikkan Blog Semudah A, B, C

Jadi, HH akan berikan satu cara paling mudah, jimat masa dan paling penting sekali ia memang awesome untuk anda mencuba.

Anda pergi ke CSS3.0 Maker iaitu sebuah laman sesawang untuk anda reka bentuk paparan yang anda mahukan untuk blog anda. Anda boleh buat animasi CSS, boleh buat border untuk blog, boleh buat warna gradient, boleh buat bebayang pada gambar, buat bebayang pada teks ... sesuai dengan kreativiti dan imaginasi anda.

Anda hanya perlu bermain dengan panel-panel yang ada, dan lihat preview yang diberikan. Jika suka dan menarik untuk digunakan bagi blog anda, maka lakukan langkah diberikan di awal tadi untuk memasukkan kod CSS HTML blog anda.

CSS3.0 Maker for CSS blogspot


Tapi, awas ... anda perlu tahu dahulu selok-belok kod HTML blog anda seperti yang pernah HH katakan tempoh hari. Salah satu cara yang baik ialah dengan menamakan setiap kod HTML yang ada. Hmm tak baca tentang benda tu? ... Cubalah godek .. macam-macam petua dan panduan HH telah berikan kepada anda. Dan in Sha Allah, semuanya boleh dipraktikkan.

Selamat eksplorasi CSS3.0 Maker ni.

PRU13 - Pesanan Ustaz Don Dari Masjid Nabi

As-Salam. Ya, dunia politik memang 'kotor', bila dah terlibat dengan dunia politik ini, apa yang akan anda nampak ialah kebaikan di pihak anda dan keburukan di pihak satu lagi. Ini senario yang berlaku dalam politik Malaysia.

HH tak mahu bercerita dan bercakap soal politik, andai berkata .... nanti terlalu ikut emosi. Pandang kiri dan kanan, akan ada hati yang disakiti. Jadi, tak perlu berkata takut nanti salah ditafsirkan oleh mereka yang mungkin tak berapa nak faham apa yang cuba disampaikan.

Untuk kali ini, sempena PRU13 - Pilihanraya Umum ke 13, dikongsikan sebuah video pendek yang disampaikan oleh Ustaz Don yang sedang berada di Masjid Nabi, Madinah. Buka minda, lapang dada dan ikuti dan dengar akan segala kebenaran dari mulut ustaz muda yang cukup disegani ramai ini.

PRU13 - Video Pesanan Ustaz Don Dari Masjid Nabi


Jika anda sudi, kongsikan dengan sedara kita yang lain, baik anda di pihak A mahupun pihak B. Tak perlu kita menghimpunkan dosa hanya kerana mahu menang PRU13. Cukup banyakkah amalan kita untuk membolehkan kita menuturkan benda yang tidak patut kita tuturkan.

Dan video kedua ini merupakan cara yang perlu dilakukan untuk kita sama-sama beroleh kebaikan dan elakkan benda yang tak baik dalam PRU13 ini, in Sha Allah.

video


Cubalah sebarkan kebaikan daripada kita sebarkan keburukan dan aib yang akhir nanti akan menjadikan orang-orang yang rugi.

Mari sama-sama dengar Surah Al-Humazah:Surah Al-Humazah - Ayat Mengenai Pencaci dan Pengeji

Untuk tafsiran, klik link pautan diberikan di bawah ini.


28 April 2013

Buat 2 Kolum Bawah Entri Terkini

As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, bagaimana nak buat 2 kolum bawah entri atau posting terkini. Sebenarnya ada banyak cara untuk buat. Jadi, HH kongsikan cara yang mudah untuk dipraktikkan buat blogger blogspot.

HH akan kongsikan 2 teknik buat 2 kolum bawah entri terkini. Mana yang sesuai boleh anda gunakan. Jika teknik pertama tak menjadi, boleh cuba teknik yang kedua.

Buat 2 Kolum Bawah Post

Teknik 1 - Buat 2 Kolum Bawah Entri Terkini

Pertama sekali ialah menambahkan rekabentuk kolum tersebut dalam CSS (struktur rekabentuk blog). Cari kod html blog b:skin Tambahkan kod diberikan di bawah ini sebelum tutup kod carian tadi.



Kod anda sepatutnya akan jadi begini dalam CSS....

Kemudian, cari tempat untuk anda letakkan kolum yang telah anda istiharkan tadi dalam kod HTML blog anda. Cari data:post.body dan letakkan kod HTML berikut selepas kod tadi:

Dah siap guna teknik ini. Mudah ke susah?

Teknik 2 - Buat 2 Kolum Bawah Entri Terkini

Teknik ini anda tidak perlu tambah kod CSS, anda hanya terus gunakan kod HTML berikut dan letakkan di bawah data:post.body tadi.


Saiz kolum anda perlulah serasi dengan saiz untuk posting entri anda. Jika maksimum saiz untuk bahagian post entri adalah 500, jadi saiz kolum perlu paling baik adalah bahagi 2 atau lebih kecil ... maka setiap satu kolum boleh menjadi 250px.

Selamat mencuba.

3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial

As-Salam. Memang susah dan sukar sekarang ini untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kadangkala, penat je kita kongsi dan ping entri blog di laman sosial... kan kan? Ada masa terasa seperti buang masa lak buat kerja sebegitu sedangkan hasilnya tak begitu bagus.

Ok. Kali ini HH nak kongsikan satu petua yang mudah untuk anda umpan rakan-rakan Facebook klik pautan entri atau permalink yang anda kongsi menerusi laman Facebook. Ia nampak mudah sebab anda hanya perlu kongsi pada dinding Facebook kepunyaan anda sahaja. Tak perlu nak pergi ke satu-satu group atau pergi ke mana-mana Facebook page. Tapi kalau nak lagi banyak trafik, tak salah pun cuba buat .. hehehehe

Adakah teknik yang dikongsikan ini berjaya? Meh HH beri sedikit 'madu' teknik ini:

3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial
Dengan statistik yang HH kongsikan di atas, maka terbuktilah ia satu teknik yang boleh dijadikan salah satu cara untuk blog anda menerima trafik. Tak banyak, sikit pasti dapat ... paling tidak kalau kena cara boleh dapat sehingga hampir 90K .... best tak?

Dengan teknik inilah, blog Panduan Blogger ini sudah berjaya mencapai ranking trafik Alexa bawah 300 di Malaysia.

3 Teknik Blog Trafik Tinggi

3 Teknik Umpan Pengunjung dari Laman Sosial

  1. Guna Perkataan Umpan

    • Apa itu perkataan umpan? Perkataan umpan ni termasuklah - Tips, Rahsia, Petua, Panduan, Trick, Trik, Pembongkaran dan sudah tentu sekali Teknik. Betul tak? Anda baca entri ini disebabkan oleh perkataan teknik yang digunakan? Inilah dia perkataan umpan.
  2. Guna Ayat Umpan

    • Dah ada perkataan, nak lagi umppphhh ...gunakan pula teknik ayat umpan. Ayat umpan ini seperti ini - 3 Tips Mendapatkan Ranking Alexa Bawah 300 atau 2 Tips Untuk Buat Pulut Panggang Lembut atau 5 Cara Pikat Gadis Bertudung Labuh.
  3. Guna Nombor

    • Seperti contoh di atas, bilangan nombor itu sedikit sebanyak buat orang ingin tahu lebih lanjut. Dari pengalaman HH, nombor lebih kecil lebih baik, sebab orang tidak mahu baca tips yang terlalu banyak dalam satu-satu masa. Jadi angka boleh jadi umpan berkesan untuk mendapatkan trafik ke blog. 

Teknik seterusnya ialah bagaimana mahu dapatkan trafik guna teknik di atas hanya dengan buat posting atau kongsi entri hanya di dinding Facebook anda sahaja. Teknik ini akan HH kongsikan kemudian, nanti banyak sangat input untuk satu entri, muntah darah pula.

Dengan tajuk entri yang mengumpan ini, akan buatkan orang yang baca tertanya-tanya, lalu akan klik pada setiap permalink atau url yang anda kongsikan di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Banyak lagi rahsia, trik yang HH kongsikan kepada anda bagi mendapatkan trafik tinggi ke blog. Sudi-sudikan diri untuk LIKE fanpage blog ini (klik) atau follow Twitter HH (klik). Anda juga boleh follow Google+ Page blog ini kerana semuanya dikongsikan secara automatik di sana.

Selamat mencuba.



Komisen RM77 Dalam 7 Hari!

As-Salam. Alhamdulillah, berbaloi tak kalau menggunakan affiliate dalam blog? Mestilah ... bandingkan dengan income Nuffnang anda - untuk dapatkan RM77, boleh dapat dalam masa 7 hari tak? HH sendiri ambil masa 3 tahun untuk dapatkan cek pertama daripada Nuffnang bernilai RM50. Jadi, anda bijak matematik, boleh fikir sendiri mana lebih baik.

Serius. Dengan olahan ayat, idea dan perkongsian apa yang anda tahu, blog boleh bantu anda untuk menjana pendapatan secara online yang baik menerusi program affiliate.

Bacaan berkaitan ...

Komisen RM77 Dalam 7 Hari Menerusi Affiliate

Pendapatan di bawah ini mungkin milik anda, jika anda meletakkan sistem affiliate dalam blog anda untuk menjana pendapatan. Anda tidak perlu risau mengenai status Glitterati Nuffnang, sebab ia tidak beri sebarang kesan. Anda boleh letakkan kedua-dua iklan, begitu juga dengan Adsense, Innity dan lain-lain.

Komisen RM77 Seminggu

Cubalah. Mana tahu .... kan kan? Tak salah mencuba. Lagipun program affiliate adalah percuma.



27 April 2013

Efek Bebayang Pada Tajuk Entri

As-Salam. Tajuk sesuatu entri amat penting. Selain daripada pemilihan tajuk yang padat, sesuai dan menepati cirian tajuk SEO; sesebuah tajuk entri perlulah lebih menonjol daripada yang lain. Oh ya, jika anda nak tahu cara buat tajuk entri SEO, boleh baca entri panduan blogger blogspot yang berikut.

Tips Tulis Tajuk Entri SEO


Dan ada beberapa lagi tips dan petua mengenai tajuk entri yang sedap-sedap dan lazat dasat. Namun, tajuk entri bukan sahaja perlu teknikal tetapi juga penampilan dan gaya. Ia perlu ditonjolkan dengan cara fizikal yang menunjukkan bahawa perkataan atau ayat ini merupakan satu tajuk.

Efek Bebayang Pada Tajuk Entri

Anda jangan fikir bahawa penampilan dari segi visual ini tiada impak. Ada dua kesan impak, iaitu kepada pengunjung dan juga dari segi SEO (Search Engine Optimization). Dan entri kali ini ingin berkongsi pengetahuan salah satu cara untuk anda berikan kelainan kepada tajuk entri blog anda ialah dengan memberikan sedikit efek bebayang - seolah nampak ia timbul dan menyerlah.

Mudah je. Anda hanya perlu tambah kod berikut pada html css rekabentuk blog pada tag samada .post h2 atau .post h3 atau .h2 atau .h3 atau mungkin juga pada #header h2 atau #header h3 blog anda.


Tulisan atau bentuk tajuk entri akan jadi begini: Aku KACAK.

Jika guna kod ini:


Tulisan dengan kod bebayang di atas akan menghasilkan tajuk entri: Aku lebih KACAK.

Dengan contoh diberikan, anda dah boleh agak dan bermain dengan nombor-nombor atau nilai bagi penghasilan efek berlainan. 

Jangan segan bertanya kalau tak pasti macamana nak dibuat. Boleh tanya terus di FB .... :)

26 April 2013

Blog Dakwah Pilihan Jumaat - Kereta Mayat

As-Salam. Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Seharusnya Jumaat diangkat tarafnya antara hari-hari yang lain, jangan ingat hanya malam jumaat sahaja yang istimewa dan magis. Hari Jumaat itu sendiri sebenarnya ada magis yang membolehkan umat Islam seluruhnya mendapatkan keberkatan darinya.

Dan kerana itulah, di hari Jumaat yang penuh barakah ini, HH tampilkan Blog Dakwah Pilihan untuk tatapan anda semua. Blog-blog ini merupakan antara pilihan ramai blogger di Malaysia - bersandarkan sebuah segmen yang pernah HH anjurkan dahulu. Dan HH pasti, ada antara anda pernah membaca mahupun menjadi pembaca setia di blog pilihan yang akan HH tampilkan ini.

Blog Dakwah Pilihan Jumaat

Kereta Mayat. Nama blog ini nampak menggerunkan dan mengingatkan kita akan kematian. Seharusnya penulis blog ini dipuji kerana berani menampilkan nama blog yang jarang terfikirkan orang. Yelah, selalunya ramai blogger nak letakkan nama-nama blog yang indah sahaja, ye tak?

Kereta Mayat - bukan sebuah blog dakwah biasa. Ia ada sindiran, ada entri sinis; banyak rentetan cerita dan perkongsiaan membawa kisah di sebalik kisah. Makan dalam kata orang tua yang berlagak muda macam HH. 

Kadang anda akan meremang bulu roma. Kadang anda akan 'terpukul' dengan perkongsian dipaparkan. Kadang anda akan tergelak dengan lawak seribu maksud yang dituliskan. Blog Kereta Mayat bukan sahaja buat hati jadi risau dan gelisah, ia juga menginsafkan dan menghiburkan, kerana itulah HH berani kata ia sebuah blog dakwah yang ada kelainan.

Walaupun Kereta Mayat tajuk blog diberi, pengisian yang ada bukan mengenai kereta atau mayat bergelimpangan, tetapi lebih kepada mengingati diri bahawa satu hari kelak, kita mungkin akan menjadi penumpang dalam sebuah kereta mayat yang sudah uzur dan usang.


100 Link Pada Paparan Utama Blog

As-Salam. Tips SEO Blogspot kali ini, HH mahu kongsikan mengenai keperluan menghadkan jumlah link atau permalink dalam paparan utama blog kita. Kesilapan terlalu banyak meletakkan link dalam blog akan menyebabkan blog dianggap sebagai ladang spam link yang akan memudaratkan blog dalam jangkamasa panjang.

100 Link Pada Paparan Utama Blog

Anda harus tahu bahawa jumlah had untuk sesebuah blog pada paparan utama perlu tidak lebih daripada 100. Ini adalah salah satu daripada banyak-banyak algorithma yang digunakan oleh Google sebagai tanda aras sebuah blog - berdasarkan apa yang telah disebutkan oleh Matt Cutts, jurutera enjin carian Google:

Keep the links on a given page to a reasonable number (fewer than 100).
Tetapi, buat blog yang punyai lebih daripada 100 links, ia tidak bermakna bahawa blog tersebut akan dikenakan penalti dan disenarai-hitam dalam enjin carian. Cuma, dari sudut teknikalnya, sesebuah robot enjin carian tentu akan ada had atau limit untuk gelintar keseluruhan laman atau blog anda. Matt Cutts ada berkata pada 2007:

The "keep the number of links to under 100" is in the technical guideline section, not the quality guidelines section. That means we're not going to remove a page if you have 101 or 102 links on the page. Think of this more as a rule of thumb.

Bayangkan anda robot carian tersebut, anda tentu tidak mahu buang masa untuk gelintar dan menyiasat keseluruhan 200 links (contoh) dalam blog anda. Tentu sekali ada arahan yang menyuruh anda hanya untuk melihat 100 links sahaja dalam blog. Jika 100 links itu ada kualiti, maka merit akan diberikan kepada blog anda.

Tips seo blogspot - 100 Links dalam blog

Kenapa 100?

Kenapa 100? Ia telah dianggap satu standard dalam SEO sejak dari 2009 lagi. Pada April 2010, seorang lagi jurutera Google, John Mu pernah berkata:

100 links to a page is a just a suggestion … There are pages out there with more than 100 links, and it isn't an issue. If your page is sufficiently authoritative, Google is going to be interested in the pages that are being recommended by that page.

Kesimpulan yang boleh HH ambil ialah, jika anda baru buat blog, maka jangan gopoh gapah untuk letakkan terlalu banyak links dalam blog anda. Lebihkan pada internal link daripada link atau pautan luaran. Internal link lebih baik untuk menambah flow blog anda, dan menghasilkan entri berkaitan yang mendatangkan lebih banyak kebaikan.

 Sumber: SEOMoz


Kepentingan Warna Navigasi Blog

As-Salam. Ada blog yang memang ceria dengan pelbagai warna. Ada warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu asap, hitam dan macam-macam lagi. Kepentingan warna dalam blog memang tidak disangkalkan ada kesan tersendiri buat pengunjung pertama kali.

Jika anda pembaca setia sesebuah blog, memang anda sudah biasa dengan permainan warna dalam blog tersebut. Namun, jika anda merupakan pengunjung baru, andai terlalu banyak warna ia kadangkala boleh mengelirukan.

Kepentingan Warna Navigasi Blog

Apa fungsi warna dalam blog? Warna dalam blog selain menjadikan blog itu nampak indah, cantik dan ceria, ia sebenarnya boleh membawa fungsi tertentu terutama dari segi navigasi blog.

Warna biru selalu dan sudah menjadi standard dalam sesebuah laman maya yang bermaksud ia menandakan bahawa perkataan, ayat yang diwakili dengan warna biru merupakan satu pautan - permalink - link ke satu capaian yang lain. Contohnya seperti ini - Blog Nazim Hassan. (kalau tak keluar warna biru, anda kena tukar skrin komputer).

Warna biru gelap atau kelabu menjadi standard bahawa perkataan dengan permalink tersebut sudah dilawati sebelum ini.

Warna hitam untuk warna asas segala bagai teks dalam blog, dan putih atau tanpa warna sebagai warna asas bagi latar belakang.

Anda boleh bermain dengan pelbagai warna lain, tidak salah untuk nampak kelainan, cuma pastikan ia berbeza dengan warna-warna asas supaya dapat memberitahu secara visual bahawa perkataan itu ada 'benda' lain yang disisipkan. Ia penting supaya pengunjung pertama kali tahu bahawa perkataan dengan warna berlainan itu ada benda tersirat di sebalik tersurat.

Untuk lebih kesan menarik, anda boleh menambah kesan warna 'hover' berlainan buat sesuatu permalink. Secara asasnya anda boleh setting warna permalink dan efek hover ini dengan melihat kepada kod HTML dalam blog anda.


Dalam contoh di atas, HH guna 3 kaedah warna. Satu adalah penggunaan warna asas dalam blog yang telah diselaraskan menjadi $linkcolor (deklarasi di head html blog), keduanya menggunakan kod warna selamat, dan ketiganya ialah penggunaan warna asas blog yang bersifat warna dalam keadaan biasa (mode normal).

Pertama tu, ia menandakan semua link atau permalink dalam blog anda menggunakan warna sama yang dibawakan oleh $linkcolor, kemudian warna untuk link yang telah dilawati menggunakan warna berbeza atau sedikit kontra dengan warna tadi. Dan sedikit efek hover berbaris dengan menggunakan warna asas untuk tajuk.

Anda boleh ubah mengikut kesukaan dan keserasian warna blog anda supaya nampak secocok sepadan tanpa mengorbankan fungsi.


25 April 2013

Trafik Tinggi Mana-Mana Blogger Boleh Dapat .... Tapi

As-Salam. Tertarik dengan kata-kata seorang blogger bahawa ranking Alexa tak berapa nak menarik dan penting kerana sesiapa pun boleh menarik trafik tinggi ke blog. Serius ... tak susah mana. Anda buatlah entri yang ada kaitan dengan  kisah selebriti, gambar artis, kisah politik ... pasti trafik blog anda akan jadi luar biasa.
Ramai dah guna teknik ni. Dan memang ia terbukti berjaya menarik trafik walaupun isi kandungannya hanyalah entri ulang cetak dari blog hiburan lain. Jadi, jangan hairan kalau blog yang biasa-biasa macam blog HH ini boleh capai 10 ribu pageviews sehari atau 5 ribu hits untuk satu entri. Ia bukan mustahil.

Ada blog tak ramai follower tapi ranking Alexa bawah 100K. Pageviews lak dah capai 4 juta dan PR blog tu dah PR3. Usia blog ... lebih muda belia dari blog HH sendiri. Baca SINI.

Trafik Tinggi Mana-Mana Blogger Boleh Dapat .... Tapi

Tapi ... kalau mahu sebuah entri yang ada kualiti dan ada Google Pagerank (PR) yang baik adalah sangatlah susah. Percayalah. HH berusaha semenjak dapat PR2 nak lonjak-lonjak ... masih lagi tak menjadi. Almaklumlah, tak rajin dah nak pergi sana sini tinggalkan komen. Ada jenguk cuma kadangkala tak tahu nak beri komen apa. Silap komen kang ... tuan punya blog tu merajuk .. hehehe...

Teknik-Teknik Tingkatkan Google Pagerank (PR)

Satu teknik untuk dapatkan PR yang baik adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog yang boleh bagi backlinks berkualiti kepada blog kita. Untuk buat teknik ni, kena kenalpasti mana blog yang ada dofollow comment dalam sistem komen blog mereka. Dan kena pastikan juga, anda boleh dengan tanpa rela meninggalkan url blog anda atau membuat backlink menerusi komen yang anda berikan.

Teknik kedua ialah dengan mendapatkan backlinks dari blog-blog yang senada serirama dengan blog kita. Itu sebab blog PM boleh capai PR9 sebab ia sebuah blog politik yang banyak dipaut dan terpaut oleh blog-blog politik yang lain, yang memberikan backlinks percuma kepada blog PM kita. Juga lihat pada blog Amanz.my yang menghidangkan entri-entri mengenai teknologi dan gajet, yang banyak dipaut dan dijadikan rujukan oleh blog-blog tekno yang lain.

Teknik satu lagi ialah dengan kerap meninggalkan komen di blog-blog yang sudah ada PR yang baik. Jadikan blog ini sasaran anda hari-hari untuk anda berdiskusi dalam ruangan komen mereka. Dan seperti yang HH katakan di teknik pertama, kena pastikan sistem komen mereka itu mesra backlinks.

Paling Penting - Kandungan Blog Anda

Dan pastinya ialah, sebelum anda buat kerja amal meninggalkan komen anda di blog-blog tadi tu, blog anda perlu dan mesti ada kandungan blog yang bagus untuk dibaca, bukan entri yang anda lekap hasil pencarian anda. Ia mesti diolah ikut nada dan cara anda - sama seperti anda meninggalkan komen.

Mudah? Susah? Terpulang pada anda untuk praktikkan. 


Rahsia Pageviews 10000 Sehari - Hanya Kerana Seorang Jutawan

Terkejut, kerana setelah sekian lama ... secara tiba-tiba trafik mencanak sehingga merekodkan jumlah pageviews 10000 sehari! Tak percaya? Baca entri ini sampai ayat terakhir, anda akan lihat apa yang saya maksudkan. 

Memang ia tidak mudah berlaku, ia boleh dikatakan satu magis tetapi sebenarnya ia merupakan kesan dan akibat daripada pembelajaran yang berterusan. Walaupun usia sudah mahu menjangkau ke era zaman rambut gugur tak bermakna harus berhenti dari mempelajari dan mempraktikkan sesuatu. Masih belum terlewat untuk seorang blogger seperti saya mengecap sekelumit kejayaan yang bisa menukarkan senyuman rongak nampak dan tampak bergaya.

Apakah rahsia pageviews 1000 sehari? Bukan satu mimpi atau kata kosong, ia boleh dilaksanakan, walaupun anda tidak mempromosikannya di laman ping. Bukan sesuatu yang mustahil, walaupun jumlah pengikut blog anda tidak sampai pun ribu-ribu seperti orang lain.

Rahsia Pageviews 10000 Sehari - Hanya Kerana Seorang Jutawan

Trafik mencanak naik gara-gara lelaki ini - S.M Faliq


Trafik semalam - 24 April 2013 menjangkau 10,000 hanya kerana dua entri yang saling berkaitan, mengenai diri S.M Faliq dan juga Raline Shah yang pernah dikaitkan dengan jejaka kacak berstatus jutawan ini.

Dan di bawah ini saya kongsikan trafik untuk hari ini (25 April 2013 setakat jam 9 pagi) sahaja ..... sudah hampir 5K pageviews dijana hanya menerusi satu entri.

Bukan Mahu Menunjuk Kehebatan

Mengapa saya tunjukkan benda ni semua? Ini adalah untuk meyakinkan anda bahawa ilmu blog yang padu dapat memberikan hasil yang tidak diduga. Ilmu blog ini bukan saya belajar dari mana-mana IPT, atau institusi, tetapi belajar melalui pembacaan di laman maya, yang hampir kesemuanya (sebab tak khatam lagi) saya kongsikan dalam blog ini.

Mungkin ada blogger atau sesapa yang pertikai bahawa saya ni hanya cedok pastu buat ayat sendiri dan tulis .... sejujurnya, ada kebenaran dinyatakan, tetapi sejauh mana dari mereka itu yang benar-benar praktikkan ilmu blog yang dipelajari dan pada masa yang sama praktikkan dan buktikan kepada blogger lain?

Panduan Blogger Dedah Rahsia dan Petua Trafik Tinggi

Saya dedahkan segala rahsia, ilmu dan petua berblog berdasarkan pengalaman berblog sejak dari 2007/2008. Banyak yang telah berubah semenjak itu. Dan bukan mudah .... segala petua, rahsia, tips yang saya dapat dilakukan penuh sabar dan konsisten, tak mudah putus asa dan percaya bahawa setiap dilakukan dengan cara yang betul pasti akan menampakkan hasil yang mengujakan. 

Dan entri ini adalah bukti kepada apa yang telah saya praktikkan selama ini. Mungkin tidak sehebat blogger lain yang lebih arif mengenai SEO ini seperti Ariffshah, Denaihati mahupun Kak Kujie

Saya belajar dari semua mereka yang telah berjaya, dan kaji sebaik mungkin, lihat dari pelbagai sudut agar blog yang dibuat akan memberikan satu kepuasan yang paling best .... 

Weihhh .. tak best ke dapat hits sampai 5,000 dalam masa sehari? Kalau blog ada iklan CPUV .. tak ke masyukkkk tu .....


24 April 2013

10 Perkara PRU13 Mungkin Anda Tidak Tahu - Part 2

10 Perkara PRU13 Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Things You May Not Know About the Elections (GE13) Part1 - 6 Sehingga 10








Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Part 1 - 10 Perkara PRU13 Mungkin Anda Tidak Tahu

Kredit: Yahoo! Malaysia 

Kelebihan Daftar Jobdirumah.com

Panduan Jobdirumah.com adalah satu perkhidmatan yang disediakan untuk mereka yang malas mahu mencari kerja secara intensif di dunia maya. Jika anda mahu jalan pintas untuk mengetahui lebih 1000 peluang pekerjaan online untuk anda, maka anda tidak akan rugi mendaftar dengan Jobdirumah.com

Apa yang disediakan oleh Jobdirumah.com ialah untuk memudahkan anda mencari peluang pekerjaan yang boleh dilakukan hanya di rumah. Peluang ini mungkin anda boleh dapat dengan mencari menggunakan carian Google, tetapi tidakkah lebih mudah jika ada satu perkhidmatan yang boleh diberikan kepada anda, yang membantu menyenaraikan kepada anda lebih daripada 1000 tawaran kerja yang memberikan pendapatan lumayan?

Seperti yang saya katakan di awal tadi, ianya adalah untuk orang yang malas mahu mencari peluang pekerjaan. Dan ia juga adalah untuk mereka yang cekap dan pantas mahu mengambil peluang. Jobdirumah memberikan anda peluang, terserah pada anda untuk bertindak pantas bagi mendapatkan kerja yang disenaraikan.

Testimonial Pelanggan Berdaftar Jobdirumah.com


Khidmat diberikan jobdirumah.com

Kelebihan Daftar Jobdirumah.com

Apa yang akan anda dapat apabila anda mendaftar dengan Jobdirumah.com? Jobdirumah akan memberikan:
  1. Penerangan bertulis secara online tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja di rumah dengan majikan dan agensi. 
  2. Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja pada majikan dan agensi.
  3. Video tutorial cara membuat permohonan kerja – kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka. 
  4. Tip – tip serta cara untuk mendapatkan dan mencari kerja di rumah sebenar yang tidak bersangkut paut dengan sebarang jenis perniagan online. 
  5. Carian terus ke laman iklan pekerjaan pada lebih 10,000 kekosongan terkini dalam satu – satu masa daripada majikan dan agensi di seluruh dunia dengan percuma. 
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan dan agensi – agensi secara percuma setiap hari.
Ramai antara kita mahu dapatkan kerja secara online yang mudah, dan memberikan pulangan lumayan pada setiap tugasan yang diberikan, tetapi ramai yang tidak tahu cara dan kaedah yang betul untuk melaksanakannya. 


Menerusi Jobdirumah.com, anda yang telah mendaftar akan mendapat segala ilmu yang perlu bagi membolehkan anda mendapat tawaran kerja yang dikehendaki dalam keselesaan anda di rumah.

Seandainya anda seorang surirumah, seorang pelajar, guru atau mungkin seorang kakitangan awam yang mahu mendapatkan pendapatan sampingan di hujung minggu, anda patut mencuba dengan mendaftar di Jobdirumah.com ini.

Bayangkan kalau anda mencari kerja secara manual, berapa modal anda perlu keluar untuk setiap surat permohonan dan kos interview yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan kerja tersebut ... melalui Jobdirumah.com; segalanya akan disediakan dengan lebih mudah dengan kos yang lebih murah .....


10 Perkara PRU13 Mungkin Anda Tidak Tahu - Part 1

10 Perkara PRU13 Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Things You May Not Know About the Elections (GE13) Part1 - 1 Sehingga 5








Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Kredit: Yahoo! Malaysia


Tips Beli Kereta Baru Diskaun 50 Peratus

Tips Beli Kereta Baru Dengan Diskaun 50 Peratus. Adakah anda seseorang yang ingin memiliki sebuah kereta idaman dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran semasa? Cara paling tipikal adalah dengan membeli kereta idaman anda itu semasa promosi perayaan, promosi hujung tahun dan sebagainya. Anda juga boleh membeli kereta idaman baru anda dengan bertanyakan diskaun khas yang tersedia di cawangan-cawangan utama pusat jualan kereta (bukan daripada agen jualan).

Tips di atas adalah untuk mereka yang punyai duit lebih, tetapi bagaimana anda kurang atau tak cukup bajet? Ok, saya nak kongsikan satu cara buat atau tips untuk beli kereta idaman baru dengan diskaun lebih daripada 50 peratus!!

Tips Membeli Kereta Baru Untuk Dapatkan Diskaun 50%


  • Anda perlu kesabaran yang tinggi.
  • Kena bijak dan konsisten menabung dari bulan ke bulan.
  • Beli kereta terpakai sebagai kenderaan pertama anda.
  • Jaga kereta terpakai yang anda beli itu daripada terlibat daripada sebarang kemalangan.
  • Guna kereta terpakai itu selama 5 tahun (jika mahu dapatkan diskaun lebih 50%). Diskaun berkurangan ikut tahun anda guna kereta terpakai anda.
  • Kemudian, jika boleh, anda buat full settlement kereta terpakai itu, anda mungkin akan dapat rebat daripada bank kerana melunaskan hutang dengan cepat - lagi diskaun.
  • Dah bayar penuh kereta terpakai anda, maka tujulah ke pusat jualan kereta idaman anda - pergi ke state branch kerana ada diskaun khas.
  • Jual kereta terpakai anda itu ke pusat jualan kereta idaman baru anda tersebut. Sebelum itu, dapatkan nilai semasa atau pasaran untuk kereta terpakai anda tesebut. Untung-untung anda boleh dapat nilai tinggi jika kereta anda dalam keadaan baik.
  • Beli kereta idaman anda dengan diskaun yang ditawarkan mereka, kemudian buat pemindahan NCD yang anda dapat daripada pemilikan kereta terpakai anda. Maksimum adalah 55%. Maka, anda akan dapat diskaun sebanyak 55 peratus ke atas insurans kereta baru idaman anda tersebut. Insurans kereta baru selalunya adalah sebanyak harga baru kereta tersebut.... bila dapat diskaun ini, harga kereta akan lebih murah kerana nilai diinsuranskan kini telah mendapat diskaun NCD tadi. Kerana itu, jumlah pinjaman pun akan kurang dan bebanan untuk bayar bulanan juga akan kurang.


Ok. Faham tak? Mudah je sebenarnya. Bayangkan, jika kereta baru, contohnya Toyota Vios atau Nissan Xrail, premium insurans mungkin sampai RM1500 .... jika dapat diskaun daripada NCD maksimum tadi - 55% ... kan ke bayar sedikit je....lebih kurang dalam RM500-600 je.

Untuk lebih menjimatkan, segala proses yang melibatkan JPJ (tukar nama) dan Puspakom (untuk tukar hak milik kereta terpakai) hendaklah anda lakukan sendiri. Curi waktu sedikit, kerana selalunya jika anda menggunakan khidmat runner, anda mungkin akan kerugian sehingga RM200.

*p.s: Jika anda nak tambah sesuatu, bolehlah tinggalkan pandangan anda di ruangan komen atau mungkin link ke entri (jika ada).


5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog

As-Salam. Semua orang boleh ada blog, tidak kiralah anda seorang tukang masak, janator bangunan, surirumah, guru ataupun pelajar. Blog boleh dibuat dengan sangat mudah dan dalam masa yang singkat. Menerusi platfrom blogspot, anda sudah boleh memiliki blog kurang dari 5 minit.

Namun, dalam penghasilan blog, ramai yang tidak berjaya membuat blog yang baik dalam tempoh masa singkat. Ini adalah kerana ramai blogger terutama blogger blogspot sering melakukan kesilapan di awal peringkat menghasilkan blog, terutama ketika memilih reka-bentuk dan pengisian.

Dalam enti ini, HH akan cuba singkap dan ungkap mengenai kesilapan tersebut, yang mungkin boleh dijadikan panduan oleh blogger lain.

5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog

Tujuan Ada Blog

Sebelum anda klik untuk create new blog - anda seharusnya sudah ada tujuan untuk blog itu diwujudkan. Tujuan pula bukan samar-samar, tetapi mestilah jelas dan nyata. Dengan adanya tujuan, anda sudah boleh memikirkan dengan baik mengenai tajuk blog, nama blog, bentuk header, bentuk template, widget penting dan sekaligus pengisian blog anda.

Entri Pertama

Ada blogger, apabila dah ada sebuah template blog tidak tahu pula cara untuk menulis. Entri pertama amat penting kerana ia bakal menjadi satu template kepada entri-entri seterusnya. Di entri pertama, seharusnya anda menyatakan tujuan, misi, pengenalan siapa diri anda yang ingin dikenali dalam dunia blog. Di entri pertama juga, anda bakal mencorakkan bagaimana entri-entri bakal ditulis - dari segi lengok bahasa, penggunaan kata ganti diri, corak penulisan dan sebagainya. Entri pertama seboleh mungkin perlu menepati cirian sebuah entri yang lengkap dan bermutu - ada pengenalan, isi dan penutup, serta penggunaan H1, H2 serta H3 tag bagi setiap tajuk kecil.

Profil Blogger

Ada blog tanpa ada profil blogger yang lengkap adalah satu kerugian. Seharusnya seorang yang telah mempunyai blog perlu melengkapkan profil blogger agar mudah dikenali di samping membina kredibiliti sendiri dalam dunia blog. Blog dan profil blogger akan dibawa ke mana-mana dalam dunia blog khususnya, dan dunia maya secara amnya. Pastikan ia lengkap dengan butiran diperlukan di samping logo (jika boleh) atau paling tidak gambar profil yang sedang tersenyum.

Widget Penting

Ramai di kalangan blogger terutama HH, tidak fikir mengenai kepentingan widget. Apa sahaja widget yang ada atau diketahui, terus pasang walaupun blog baru berusia 30 minit. Pilih widget yang berkenaan sahaja dahulu. Fikirkan - Logik tak letak widget entri paling popular walhal blog baru ada 2 entri yang panjangnya tak sampai 100 perkataan? Ia samalah juga dengan widget seperti entri terbaru, jumlah paparan dan yang lain. Saranan HH, hanya letak widget asas seperti profil blogger anda, sedikit teks dan bloglist.

Label Entri

Label dalam blogspot boleh dianggap sebagai tag atau kategori. Anda perlu memastikan dengan jelas tag dan label apa yang sesuai digunakan untuk blog anda, bagi menunjukkan cirian unik yang ada dalam blog anda. Label-label ini perlu sistematik kerana ia akan membantu anda mengurus entri-entri anda dengan baik. Jika tidak pasti mengenai label ini, cuba buat sehingga 10 entri, dan kemudian lihat balik entri-entri tersebut untuk dilabelkan. Tak perlu label banyak-banyak kerana ia bukan sahaja akan peningkan anda, malah sukarkan pembaca blog anda kelak untuk mencari entri berkaitan.

Ok. Itulah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger blogspot - kebanyakkannya mungkin. Semua kesilapan ini akan menyebabkan blog anda tidak dapat berkembang dengan baik, maka penting memastikan kesilapan ini ditanggani jika telah ada blog - atau dielakkan jika belum lagi mempunyai blog (atau blog baru).

Selamat berblog, dan manfaatkan entri ini dengan klik apa-apa yang patut .. :P



Ranking Trafik Alexa 3 Bulan Pertama 2013

As-Salam. Sejak menggunakan template Thesis ini, ranking trafik Alexa nampaknya semakin baik dari bulan ke bulan. Alhamdulillah, walaupun kadar penurunan ranking semakin mengecil, kedudukan trafik yang berjaya berada di dalam lingkungan 300 terbaik di Malaysia adalah sesuatu yang harus dipuji. 

Jangan tersedak dengan kenyataan di atas. Bukan memuji diri HH, tetapi memuji pakar perekabentuk template Thesis untuk blogger (blogspot) ini iaitu pemilik blog Forblogger.net. Sangat mengagumkan bagaimana hanya dengan menukar atau menggunakan template ini, blog telah berjaya menerima trafik dari sumber organik, sehingga ada yang mencatat penambahan sehingga 104% dalam masa seminggu!

Ranking Trafik Alexa 3 Bulan Pertama 2013




Memang terbukti. Template yang sudah tersedia mesra SEO ini bukan sahaja menzahirkan apa yang dikatakan ramai blogger Wordpress (WP), tetapi ia merupakan satu template yang mudah untuk diselenggara dan diubahsuai. HH fikir dah ramai dah blogger blogspot yang menggunakan template Thesis ini yang diubahsuai daripada template versi Wordpress. Ia sudah menjadi satu trend kepada blogger yang mementingkan sumber trafik daripada enjin carian.

Antara rakan blogger yang menggunakan template ini dalam blog blogspot mereka:

Anda boleh tanya mereka sendiri, apakah impak positif yang telah blog mereka dapat - jangan tanya impak negatif ... sebab kemungkinan anda akan kecewa ...

Muat-turun dan Guna Alexa Toolbar

Nak bagi lebih baik ranking Alexa, disarankan kepada anda untuk muat-turun toolbar Alexa Panduan Blogger ini - Download Free Alexa Customized Toolbar. Walaupun HH tak pasti mana asbabnya, tetapi kebanyakkan blogger terkenal terutama dari luar negara sangat menyarankan pasang toolbar Alexa di web browser untuk penambah-baikkan ranking.

Get our toolbar!

Kandungan Mesti Diutamakan

Tips yang pasti sangat menyumbang, di sebalik penggunaan template mesra SEO ini ialah memastikan blog sentiasa hidup dengan kandungan original, terbaik dan bermutu.

Nak download template ini? Ada dua versi yang menarik yang perlu anda cuba, anda boleh baca di entri ini - 2 Variasi Template Mesra SEO

HH pernah menggunakan kedua-dua versi template yang dinyatakan, dan memang terbaiklah!


23 April 2013

Belajar HTML Online Percuma w3schools

As-Salam. Salah satu cara untuk seorang blogger boleh membuat sebuah blog yang baik ialah dengan mengetahui selok belok kod HTML. Menerusi pengetahuan mengenai HTML, anda sebagai blogger akan dengan mudahnya - mengenalpasti tatacara terbaik untuk ubah template blog, terapkan fungsi SEO (Search Engine Optimization), melaksanakan perubahan kepada blog dari semasa ke semasa dan seterusnya menjadikan blog blogspot anda tampak profesional, diyakini dan paling penting boleh menarik pengunjung menjadi pembaca setia blog anda.

HH adalah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer yang cukup makan, tetapi jujur kata, bab perkara HTML ni walaupun berkaitan komputer, tak pernah langsung belajar di meja kuliah. Segalanya belajar sendiri atas upaya dan kehendak.

Pengetahuan HH mengenai HTML adalah serupa dengan budak matrikulasi yang baru ada komputer sendiri yang dibayar guna duit PTPTN. Serius, tak tipu! Tapi, disebabkan rasa mahu tahu dan belajar, HH mencari sumber pengetahuan untuk belajar.

Belajar HTML Online Percuma w3schools

Semenjak mempunyai blog, tempat yang selalu HH kunjungi untuk belajar mengenai HTML ialah w3school.com. Di w3school anda boleh mengetahui selok belok kod HTML dari A sampai Z. Walaupun nampak agak berat, tapi ia bukan sesuatu yang mustahil.

panduan blogger - belajar HTML online percuma


Apa itu HTML? HTML adalah sejenis bahasa pengkomputeran untuk menggambarkan sebuah laman web, dan dalam konteks ini sebuah blog.
  • HTML adalah singkatan bagi Hyper Text Markup Language.
  • HTML adalah bahasa markup 
  • Sebuah bahasa markup adalah serangkaian tag markup
  • Tag menggambarkan kandungan dokumen 
  • Dokumen HTML mengandungi tag HTML dan teks 
  • Dokumen HTML juga dikenali sebagai laman web 
Anda boleh belajar benda paling asas sehinggalah yang rumit di w3schools.com. Ia tentu berguna buat anda setelah blogspot memperkenalkan editor HTML terbaru untuk semua pengguna blogger.com (blogspot).

Untuk mengetahui mengenai HTML di w3schools ini, anda boleh je ke sekolah belajar HTML online ini - w3schools.com HTML

 

Blog Kena Hacked Masih Tak Selesai Masalah

As-Salam. Kasihan rakan blogger yang hadapi masalah ini. Ingatkan masalah tepi longkang rumah Mat Ajib je, tapi rupanya ia masalah Sungai Bong Adi, semua rumah kena, banjir dengan bau air hanyir dan busuk sampai lalat pun lari tak tahan dengan bau yang over level. Hmm .. ramai blogger yang jadi mangsa merungut dan ada yang sudah hampir hilang rambut kerana rungsing masalah masih tidak selesai.

Blog Kena Hacked Masih Tak Selesai Masalah


Ya, blog kena godam. Bukan kena godam semalam, tapi dah berhari-hari. Bukan satu dua blog, tapi HH dimaklumkan banyak blog bawah satu syarikat hosting tu yang terkena bahana ini. Adakah ini kerana blogger-blogger ini masa mendapatkan hosting blog mereka tidak melihat 4 jaminan perlu anda untuk dapatkan hosting berbayar? Itu, HH tak tahu ... nak kena tanya mereka. Tanyalah kalau berani, silap-silap nanti kena ketuk tang dahi ... hehehehe....

Siapa salah? HH berani kata, ini bukan salah pada blogger, kenapa? Sebab blogger adalah pelanggan kepada syarikat hosting berbayar ini. Kalau anda tidak dapat berikan khidmat terbaik, akui sahaja, minta maaf, dan cepat perbetulkan keadaan. Jangan tunggu masalah menjadi parut bernanah, nanti susah dan ambil masa nak baik. Bila dapat anak kudis, cepat-cepatlah ubat ... takkan nak biar sampai nak makan cendol terpaksa garu kudis yang melarat.

Serius, blog dah cantik molek, ranking dah best, ramai yang baca .... tapi bila berlaku masalah blog kena hacked, dan ia masih satu masalah yang tidak selesai, yang kena tanya jutaan soalan bukannya tauke hosting tu tetapi pemilik blog.

Apapun, harapnya masalah ini akan selesai secepat mungkin. Bukan HH sahaja dok berkata-berkata soal ini, ramai lagi blogger dah nyatakan pandangan mereka.

Dan pada anda, blogger blogspot yang sedang bercita-cita nak dapatkan hosting, cari ilmu dan panduan sebelum anda bayar apa yang anda mahukan.

Oh ya, lebih setahun dahulu (2011), ada rakan blogger bertanyakan pasal hosting ini, masa tu HH masih belum ada lagi blog hosting sendiri. Boleh baca mengenainya - 9 Persoalan Mengenai Blog/Hosting


Jangan Terlalu Bergantung Dengan Nuffnang Untuk Blog Jana Duit

As-Salam. Ramai blogger yang akan angguk tanda setuju bila ditanya - "Bolehkah blog jana duit?". Tetapi bila ditanya - "Macamana blog jana duit?". Kebanyakkan jawapan daripada blogger terutama blogger baru akan sebut Nuffnang sebagai salah satu jawapan untuk blog menjana pendapatan. Hmm ... rakan blogger yang kacak lagi bergaya, ketahuilah Nuffnang bukan satu-satunya syarikat pengiklanan dunia maya ini yang boleh berikan ganjaran pendapatan menerusi blog anda.

Sebenarnya ada banyakkkkkk .. serius banyak syarikat yang memberikan peluang untuk para blogger menjana pendapatan. Beza cuma adalah anda tahu dengan tidak sahaja. Ramai blogger baru hanya nampak Nuffnang disebabkan oleh kebanyakkan blogger asyik masyuk bercerita soal Nuffnang - mengenai Buffered Earnings atau Cost-Per-Unique-Visit (CPUV).

Jangan Terlalu Bergantung Dengan Nuffnang Untuk Blog Jana Duit

Nuffnang Bukan Satu-Satunya Syarikat Pengiklanan Blog

Tak ramai yang mendedahkan bahawa ada cabang lain seperti Advertlets, Innity, Komli, ManggaAds, Adsense, Adstract, Crowdpot, Blogvertise dan macam-macam lagi. Dan tak ramai juga tahu bahawa ada sesetengah syarikat pengiklanan ini adalah bukan saingan sesama sendiri disebabkan oleh konsep pengiklanan yang dibawakan.

Disebabkan oleh konsep pengiklanan yang berlainan inilah, anda seharusnya tahu bahawa anda boleh meletakkan iklan dari Nuffnang bersama dengan iklan Adsense tanpa menjejaskan sedikitpun status Glitterati anda dalam akaun Nuffnang.

Ramai Blogger Tidak Faham Konsep Iklan Dalam Blog

Ramai blogger hanya tahu salin kod yang diberikan dan tampal dalam blog... tanpa baca konsep, tanpa baca syarat terma yang terkandung dalam setiap syarikat tersebut. Apabila blog tidak dapat menjana pendapatan daripada sesebuah syarikat pengiklanan, mulalah ada yang kata - itu tak adil, ini tak adil, dan macam-macam lagi dakwaan.

Beginilah. Kalau dirasakan sesebuah syarikat itu tidak mendatangkan penjanaan duit dari blog seperti yang anda harapkan, anda boleh sahaja beralih ke syarikat pengiklanan yang lain. Itu hak anda. Jangan terikat sangat dengan hanya satu cara dan kaedah.

Bagi HH, disyorkan kepada mereka yang mahu dapat pendapatan lumayan dengan blog mencuba untuk letakkan iklan affiliate, yang berikan lebih kebebasan dan paling menarik, memberikan lebih ganjaran sehingga 70 peratus komisen!

Betulke blogger boleh buat duit dengan sistem affiliate ini? Tak percaya? Ini mesti sebab anda belum baca dan lihat bukti yang telah HH sertakan di entri ini - Program Affiliate Jana Pendapatan Menerusi Blog


22 April 2013

Top 5 Pengguna Keek Paling Popular di Malaysia

As-Salam. Keek merupakan satu revolusi baru dalam perkongsian media sosial. Ia merupakan sebuah aplikasi yang semakin hangat digunakan oleh pengguna telefon pintar - Apple, Android dan Blackberry. Keek adalah aplikasi perkongsian video yang kini boleh dicapai menerusi laman sosial Keek itu sendiri. 

Keek telah dikeluarkan pada Mac 2012 dan meletup kababommm dengan lebih daripada 250 juta pageviews dan lebih daripada 21 juta kunjungan sehingga Ogos 2012. Boleh dikatakan seperti adik-beradik dengan fungsi Instagram yang lebih kepada gambar, Keek membolehkan pengguna berkongsi video pendek berdurasi kurang dari 40 saat.


Definasi Keek berdasarkan satu kenyataan media oleh mereka:
Keek is a new social network that connects people via 36-second video updates known as keeks. With a host of unique features, Keek is a powerful new way to connect and engage with others. Users can follow and/or subscribe to other users; respond to keeks with text or video comments via "keekbacks," manage content, settings and real-time activity through a personal dashboard and monitor performance with a free analytics tool. Keek's latest Klusters feature lets users join group discussions, explore new topics or watch real-time keeks related to current events.



Di Malaysia, pengguna Keek semakin meningkat dari sehari ke sehari. Jumlah video pendek juga semakin banyak yang dimuatnaik oleh pengguna Keek di Malaysia. Dan antara pengguna Keek paling popular termasuklah Tomok, Lisa Surihani, Neelofa dan ramai lagi. Mari kita lihat kedudukan pengguna Keek paling popular berdasarkan jumlah langganan kepada video Keek mereka.

Top 5 Pengguna Keek Paling Popular di Malaysia Berdasarkan Jumlah Langganan (Subscription)


Kedudukan ini mungkin berubah tetapi setakat hari ini 22 April 2013 anda boleh lihat Lisa Surihani antara yang menjadi Ratu laman sosial Keek ini.  

Dan dalam dunia blog Malaysia, ramai juga yang sudah ada akaun Keek mereka sendiri. Anda? Anda boleh daftar secara percuma di Keek.com untuk menjadi ahli dan berpeluang untuk melihat video-video pendek yang telah dimuat-naik ramai pengguna Malaysia.

Setakat yang HH nampak, pengguna Keek di Malaysia lebih ramai wanita daripada lelaki ... hmm ... kenapa ehh?

Blog Nor Adibah Rozain - Juara Program Da'i TV3

As-Salam. Tahniah kepada Nor Adibah Binti Rozain. Siapakah dia? Nama manis ini adalah merupakan pemenang kepada program realiti TV3 - Da'i. Tak pernah tengok? Hmm ... ianya merupakan sebuah rancangan realiti yang memaparkan bagaimana anak-anak muda belia mengasah bakat dan keupayaan diri untuk berdakwah, menyampaikan ilmu dan agama kepada masyarakat.



Program berilmiah dan mengangkat ilmuan di kalangan muda mudi ini menonjolkan peserta yang terdiri daripada mereka yang punyai latar belakang pelbagai untuk menjadi pendakwah milenia - Da'i. Dan untuk musim pertama ini, Nor Adibah Binti Rozain yang merupakan pelajar UiTM Shah Alam telah berjaya menjadi juara keseluruhan Da'i - Pendakwah Milenia terbitan TV3.

Nor Adibah juga seorang blogger - dia menguruskan 2 blog iaitu HrhZ dan Srikandi Mawar. Anda boleh melihat paparan sisi peribadi juara program Da'i ini menerusi blog HrhZ, manakala blog Srikandi Mawar lebih kepada aktivitinya sebagai seorang penggiat aktif dalam program berdakwah dan rohani di UiTM.

Blog Nor Adibah Rozain - Juara Program Da'i TV3


blog nor adibah rozain - juara Dai pendakwah milenia

Biodata Nor Adibah


Nama sebenarnya ialah Nor Adibah binti Rozain dilahirkan pada 7 Jun 1992 di Pahang. Merupakan penuntut  Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) TESL di UiTM Shah Alam dan merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam (Exco Kerohanian dan Kaunseling). Pernah menjadi juara dalam satu pertandingan syarahan peringkat negeri Pahang, dan sangat suka membaca, memasak dan menjahit.

Gambar manis Nor Adibah Rozain

HH berharap semoga Adibah akan terus tetap berdakwah. Dengan kelebihan yang ada pada dirinya sebagai juara program Da'i Pendakwah Milenia, bolehlah membantu untuk membawa blog ke arah satu anjakan paradigma yang lebih baik lagi.

Dan pastinya HH berharap kelebihan itu digunakan sepenuhnya untuk menjadikan blog sebagai senjata penyampaian dakwah dari seorang gadis manis kelahiran Pahang ini, in Sha Allah.


Satu Identiti Satu Jenama

Satu identiti dengan satu jenama, membolehkan anda sebagai blogger membina kredibiliti dalam dunia blog. Ia penting kalau anda mahu blog dikenali dengan mudah, diingati oleh ramai, dan dihormati. Cara dan kaedah ini diguna pakai oleh ramai blogger hebat, antaranya Denaihati, Ben Ashaari, Kujie, Viruspadu, Redmummy, dan ramai lagi.

Mari kita lihat satu persatu, apa yang dimaksudkan dengan satu identiti satu jenama ini, berdasarkan contoh blogger-blogger terkenal dan hebat yang saya maksudkan tadi.

Denaihati

Anda boleh lihat bagaimana blog Denaihati terkenal dengan satu tagline - Hidupkan untuk Memberi. Ada logo yang menarik serta yang paling penting, anda akan jumpa Denaihati ini di Twitter, di Instagram, di Facebook dengan nama yang sama - Denaihati walaupun pemiliknya adalah Amir Hasan. Dalam setiapnya itu, dibawa logo bersama dengan tagline, konsisten di mana-mana. Inilah dinamakan jenama.

Ben Ashaari

Ben Ashaari menjenamakan blog menerusi segmen. Bila sebut segmen blog, pasti akan terlintas dalam kepala otak ialah blog Ben Ashaari, ia sudah jadi satu trademark. Gambar profil Ben Ashaari walaupun ada beza tapi masih dalam konsep yang sama, anda akan tetap nampak otot lengan yang perghh serba mengiurkan. Dan tidak dilupa pengaruh logo yang dibawa oleh Ben Ashaari yang bersifat universal tetapi ada sentuhan peribadi - Kelab Blogger. Nama kelab itu sudah menampakkan siapa itu Ben Ashaari, dan logo itu digunakan bukan sahaja olehnya tetapi juga rakan blogger lain yang menjadi ahli dalam Kelab Blogger - yang sebenarnya adalah Kelab Blogger Ben Ashaari (BA).

Panduan blogger satu identiti satu jenama ben ashaari

Kujie

Hidup Biar Sedap. Tagline yang cukup menghairahkan sesiapa sahaja. Apa yang dikatakan hidup biar sedap? Tentu ramai penuh tanda tanya nak tahu, dan pastinya bila ada sifat ingin tahu, blog kak Kujie akan digodek sehabis sehingga tak ada sepah untuk dibuang!. Kak Kujie membawa nama samaran Kujie itu dalam dunia blog Malaysia dengan hebatnya ... dan tentu ramai tak tahu, bahawa K.U.J.I.E itu ada maknanya tersendiri. Dalam twitter, dalam FB ... nama itu dikenali ... merujuk pada orang yang sama dan juga merujuk kepada nama blog!

Viruspadu

Blogger cantik berstatus isteri orang ini pun ada tagline yang cukup teransang - Hari Hari Mau. Membawa nama Viruspadu yang cukup unik sehingga menjadi pilihan Nuffnang dalam Blogger of The Month yang pernah saya tampilkan satu ketika dahulu. Dan kalau anda menjadi pembaca setia blog Viruspadu.com, tentu anda akan perasan bahawa blog ini ada siri entri berepisod yang menarik - U Pink My Heart.

panduan blogger - satu identiti satu jenama - viruspadu

Redmummy

Sebelum Redmummy (RM) meletup di media massa, RM telah pun ada jenama dan nama yang cukup kukuh dalam dunia blog Malaysia. Sebut nama blog ... dah boleh agak bagaimanakah cirian orangnya - seorang ibu, dan seorang penggemar warna merah. Blognya warna merah, malah merah itu seolah menjadi milik RM di mana-mana - ia dijadikan satu warna rasmi sehingga dibawa ke dalam setiap aspek kehidupan RM. Blog Redmummy telah menjadi antara blog yang paling dihormati kerana menjadi contoh dan bukti bahawa menjadi seorang blogger itu boleh menjana pendapatan lumayan.

Ok. saya dah senaraikan apa yang dimaksudkan satu identiti satu jenama. Boleh dikatakan semua blogger yang saya sebut itu akan bawa nama blog sebagai nama identiti mereka baik dalam dunia maya, mahupun dunia nyata. 

Dan mereka menjadikan nama mereka, nama blog sebagai satu jenama yang cukup kuat. Tak perlu lagi orang bertanya .. "Ehh apa url blog kau ehhh?" ... 

Harap dengan perkongsian ini dapat berikan satu idea branding atau penjenamaan diri dan blog anda.