27 Mac 2013

Foto Elfira Loy Bertudung Cantik Menarik

Foto Elfira Loy Bertudung Cantik Menarik. Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya.

Foto Elfira Loy Bertudung Cantik Menarik

Foto Elfira Loy
Foto Elfira Loy
Foto Elfira Loy
Kredit Foto: Web.Stagram Elfira Loy

26 Mac 2013

Syarikat Pengiklanan Mohon Jangan Pilih Kasih

As-Salam. Bukan sekali dua blogger merungut, banyak kali dah. Entah mana silapnya, ramai blogger mengeluh kerana merasa tidak puas hati barangkali dengan syarikat pengiklanan maya yang hanya pandai ambil kesempatan ke atas blogger, terutama blogger baru.

Ada adik-adik dan rakan blogger baru yang menulis dalam blog, mengatakan mereka rasa kecewa dengan syarikat pengiklanan yang tak berikan sedikit 'keistimewaan' kepada mereka. Apa yang mereka nampak hanyalah blogger-blogger yang sama sahaja. Mana tidak blogger yang sama sahaja dapat gah buat entri terima cek beratus-ratus setiap kali nak buat cash-out.

Rakan blogger ini mendakwa syarikat pengiklanan itu pilih kasih hanya pilih blog-blog tertentu sahaja untuk terima layanan 'istimewa'. Sedangkan blog yang lain, hanya merasa yang biasa-biasa sahaja. Jenuh kata mereka.

Cemburu Lihat Blogger Papar Cek

Mereka akui, mereka merasa cemburu dengan rakan blogger yang lain yang boleh belanja rakan-rakan dengan duit pengiklanan di blog, sedangkan mereka tak kesempatan melakukan perkara tersebut. 

Kecewa sebab blog tidak memberikan hasil yang diharapkan. Kecewa kerana syarikat pengiklanan pilih kasih, pilih blog tertentu sahaja untuk perletakkan iklan yang lebih 'istimewa' ganjarannya.

Hmmm..... kan kan ... bila terlalu berharapkan blog boleh jana pendapatan, beginilah jadinya. Mood nak berblog jadi ke laut. Apa yang berlaku ialah terdetik rasa putus asa yang memungkinkan untuk ucap selamat tinggal dunia blog.

Jangan Sedih Tapi Buktikan Buat Mereka Nganga

Dah dah ..janganlah bersedih. Ubah sikap untuk hanya fikirkan blog itu sumber pendapatan. Tak perlu fikir sangat, anggap ia sebagai satu 'bahan' sampingan sahaja untuk blog. Yang paling penting ialah tunjukkan kepada syarikat pengiklanan itu bahawa blog anda adalah blog terbaik. Tunjukkan dan buktikan bahawa blog anda boleh dapat trafik ribu-ribu setiap jam, setiap minit. Biar mereka nganga.

Buktikan yang blog anda berbaloi dan bernilai. In Sha Allah ...nanti mereka sendiri akan 'rayu' kepada anda untuk letakkan iklan itu dan ini dalam blog anda. Tak percaya? Cubalah dulu dapatkan trafik yang sangat awesome buat blog.

Cara Pasang Sistem Komen Disqus Blogspot

As-Salam. Disqus, salah satu penyedia perkhidmatan pengurusan komen bagi blog yang agak baik. Jika anda mempunyai blog, tentu mahu memasang sistem komen Disqus ini, terutama bagi blogger blogspot. Kelebihan-kelebihan memasang sistem komen ini termasuklah anda boleh menjana pendapatan menerusinya, dan keduanya ialah blog anda boleh menerima trafik yang agak baik menerusi program perkongsian yang ada di dalam sistem Disqus ini.

Ok. Ada di kalangan blogger yang nampaknya berminat mahu menggunakan sistem Disqus ini tetapi masih belum cukup mahir untuk melakukannya. Sebenarnya, memasang sistem komen ini amat mudah. Anda tak perlu melihat sebarang kod, malah tak perlu nak add widget atau apa ke benda yang mungkin anda risau nak buat. Segalanya telah disediakan secara automatik.

Cara Pasang Sistem Komen Disqus Blogspot

Cuma, pertama sekali ialah anda perlu mendaftar dengan Disqus. Tak perlu bayar apa-apa, kerana perkhidmatan ini adalah percuma.

Ada 2 pilihan untuk anda menggunakan sistem Disqus, iaitu sebagai pengomen (commenter account) dan satu lagi adalah untuk mereka yang ada blog (website moderator - user account). HH akan terangkan dalam entri ini untuk mereka yang ada blog dan mahu menggunakan sistem ini di dalam blog mereka, khususnya blogger blogspot.

Untuk membolehkan blog anda menggunakan sistem Disqus, sila daftarkan blog anda di dalam sistem, anda perlu ke laman sesawang ini - Register Site. Masukkan informasi mengenai blog anda seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Panduan blogger cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Kemudian, isi butiran Primary Moderator iaitu maklumat mengenai diri anda, untuk anda muncul dalam sistem komen Disqus ini. Ianya merupakan id anda di dalam sistem, dan id ini akan muncul di mana-mana ruangan komen blog yang guna sistem ini. Maka, masukkan informasi yang betul dan yang anda mahukan. Contohnya seperti berikut:

Panduan Blogger - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot
Alamat email anda perlu tepat dan berfungsi dengan baik, kerana apabila berlaku pengesanan komen yang mungkin akan jejaskan blog anda, ia akan beri amaran selain mengaktifkan sistem moderasi komen blog anda.

Apabila semua perkara-perkara di atas dah lengkap, tekan sahaja butang Continue.

Anda akan dibawa ke paparan berikut di mana anda perlu pilih platform blog anda. Tanpa perlu fikir panjang, pilih blogger.com atau blogspot.com yang telah disediakan.

Panduan Blogger Blogspot - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Apabila anda dah klik Blogger, paparan berikut akan terpapar dan seperti biasa, anda tekan sahaja butang yang telah tersedia nama blog anda tersebut. Walla ... anda terus dibawa ke blogger.com untuk Add Widget. Seperti biasa, tekan Add dan .... blog blogspot anda sudah siap guna pakai sistem komen Disqus ini.

Panduan Blogger Blogspot Malaysia - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Amacam? Mudah je kan? Anda diberi pilihan untuk kemaskini penampilan profil anda di dalam sistem Disqus. Anda boleh sahaja teruskan dengan tekan butang Continue to the moderation dashboard untuk melengkapkan perkara-perkara lain. Itu terserah pada anda.

Jika senang-senang diri, anda godek-godeklah sistem Disqus ini. Anda boleh letakkan gambar profil paling cun, segak dan bergaya, malah anda boleh tambah blog anda yang lain untuk gunakan sistem ini.

HH sendiri menggunakan sistem ini untuk beberapa blog yang lain. 

In Sha Allah, di lain waktu, akan dikongsikan pula bagaimana sistem ini boleh jana pendapatan untuk blog anda. :)

Selamat mencuba dan terima kasih kepada blogger yang sudi bertanya.


25 Mac 2013

13 Tip-tip Perniagaan Usahawan Kecil Muslim

As-Salam. Sementelaah HH terbaca artikel yang dikarang oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah mengenai usahawan kecil muslim, maka dikongsikan menerusi blog Panduan Blogger ini untuk bacaan dan renungan bersama. Pada pendapat HH, blogger juga boleh dikategorikan sebagai usahawan kecil kerana banyak blog boleh menjana pendapatan yang baik menerusi blog.

Usahawan kecil dalam konteks dunia blog Malaysia, bolehlah dianggap sebagai mereka yang ada blog yang menyediakan khidmat urusan jual-beli dalam talian, yang sediakan khidmat untuk promosikan produk, yang menyediakan platform pengiklanan sebagai publisher kepada penyedia khidmat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity mahupun Advertlets; oh ya termasuklah juga Adsense.

Namun, ramai blogger terutama blogger usahawan kecil terlupa mengenai beberapa perkara yang sepatutnya menjadi amalan sebagai salah satu pemangkin kejayaan menjadi usahawan sebenar.  Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah telah memberikan tips dan panduan buat usahawan terutama usahawan kecil muslim untuk berjaya dalam dunia keusahawan ini.

13 Tip-tip Perniagaan Usahawan Kecil Muslim

  1. Patuh Suruhan Allah S.W.T
    • Sangat penting untuk menjalankan perniagaan berlandaskan syarak, tidak langgar hukum hakam. Ia bagi memastikan sumber pendapatan adalah halal dan diberkati. Buat bisnes tapi hidup tak pernah merasa selesa, ada sumber pendapatan tetapi tidak pernah cukup, maka kena lihat akan punca sumber pendapatan ini.
  2. Bermunajat di Malam Hari
    • Bagi seorang usahawan kecil muslim, penting untuk abdikan diri pada Allah S.W.T kerana rezeki itu datang dariNYA. Bermunajat adalah salah satu cara untuk usahawan muslim menhadratkan syukur atas nikmat keuntungan bagi perniagaan yang dijalankan.
  3. Mendoakan Ibu Bapa
    • Seorang usahawan yang berjaya takkan lahir andai tiadanya kedua ibu dan bapa. Berbuat baiklah pada mereka, sentiasa mendoakan dan berbaktilah kepada mereka menerusi usaha niaga yang dijalankan.
  4. Membaca Al-Quran 
    • Jadikan kitab penuh aura keajaiban ini sebagai pendamping utama dalam menjalankan urusan perniagaan usahawan kecil. Banyak ayat-ayat Al Quran yakni doa yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan perniagaan menjadi maju dan dimudahkan segala urusan.
  5. Solat Taubat
    • Usahawan juga adalah manusia dan manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Solat sunat Taubat mestilah menjadi amalan agar dapat muhasabah diri dan bersihkan dri dari dosa-dosa kecil yang mungkin tanpa sengaja dilakukan semasa melakukan urusniaga.
  6. Sentiasa Beristigfar
    • Bibir perlu ringan dan bibir perlu lembut untuk sentiasa berzikir dan beristigfar kepada Allah S.W.T. Ini merupakan petua agar perniagaan usahawan kecil diberkati dan dirahmati.
  7. Melakukan Solat Sunat Isyrak dan Dhuha
    • Ini merupakan tips untuk murah rezeki, sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya perniagaan dapat berdaya saing dan maju.
  8. Bersedekah dan Jangan Lupa Zakat
    • Sumber pendapatan menerusi perniagaan merupakan satu nikmat. Dan sepatutnya ia dikongsikan dengan golongan yang mungkin kurang berkemampuan. Bersedekah tidak akan mendatangkan kerugian kepada perniagaan, percayalah. Lebih banyak usahawan kecil bersedekah, maka pintu rezeki pula akan dibukakan berganda lebih. Dan tunaikan tanggungjawab untuk melunaskan zakat pendapatan sebagai langkah 'pembersihan' atas apa yang telah direzekikan menerusi perniagaan.
  9. Berserah dan Bertawakal pada Allah
    • Sentiasa berserah kepada Allah S.W.T. Perniagaan tidak semestianya akan terus-terusan mendatangkan keuntungan. Ada kala di waktu tertentu, sebagai usahawan perlu berserah kepada ketentuan yang telah direncanakan. Sentiasa takut akan azab Allah buat mereka yang melakukan perkara tidak baik dalam perniagaan, seperti menipu timbangan, tidak hantara produk yang dibeli, tidak menepati janji dan sebagainya.
  10. Memberi Binatang Makan
    • Nampak macam lucu, tetapi inilah antara petua yang harus dibuat supaya perniagaan menjadi laris. Jika anda ada haiwan peliharaan, jangan lupa beri makan. Jika ada haiwan kelaparan yang datang ke premis, sediakan makan dan minum. Jangan mendera haiwan kerana ia juga sebahagian makhluk Allah yang melata di bumi.
  11. Menunaikan Haji atau Umrah
    • Perniagaan sudah maju. Keuntungan banyak dapat, maka jangan lupa untuk tunaikan dengan kemampuan yang ada bagi menunaikan haji dan umrah. Allah telah memberikan jalan, maka gunakanlah jalan itu ke arah kebaikan dan tunaikan segala tanggungjawab sebagai seorang muslim.
  12. Murah Senyuman
    • Berniaga perlu manis dan murah senyuman. Bukan setakat senyum, tetapi juga dengan kata-kata. Bukan kata manis yang penuh dusta, tapi kata manis yang memikat hati mereka untuk menjadi pelanggan pernigaaan usahawan kecil anda.
  13. Berumahtangga
    • Jika anda bujang.... maka cepatlah bernikah dan berumahtangga. Pintu rezeki terbuka dengan luas buat mereka yang sudah berkahwin. Telah ditetapkan rezeki buat setiap orang di dalam isi rumah. Malah, ganjaran amalan buat mereka yang berkahwin adalah berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan orang bujang. Bayangkan satu doa untuk murah rezeki dari seorang bujang digandakan sehingga puluh kali oleh Allah S.W.T jika yang memohon doa sudah berkahwin anak lima. Satu doa, tujuh orang yang mengaminkan (suami-isteri dan lima anak). Masya Allah. 
Maka, andai anda seorang usahawan kecil muslim, cubalah praktikkan amalan dan tips petua usahawan kecil yang dikongsikan ini. In Sya Allah, akan ada keberkatan.

Jika berminat dengan perniagaan produk Muslim, boleh juga cuba Muslim Niaga.

 

Bidaah Blog Jana Income Mudah Ribuan Ringgit

As-Salam. Ramai blogger baru buat blog kerana tertarik dengan impian untuk menjana pendapatan mudah menerusi blog. Baru buat blog tanpa isi kandungan mantap, sudah sibuk untuk meletakkkan iklan sana sini dan ada pula sudah tanpa segan silu meletakkan syarat pengiklanan (letak petak sewa iklan).

Sebenarnya bukan mudah untuk blog menjana pendapatan, apatah lagi sekarang sudah banyak persaingan. Tidak dinafikan memang blog boleh buat duit, sekali letak iklan Nuffnang, Innity atau Advertlets, bolehlah merasa RM50 dalam masa beberapa bulan (yang dalam kes HH, ambil masa 3 tahun ...huhuhu). 

Tapi, untuk mengimpikan blog menjana pendapatan sehingga ribuan dalam masa singkat - singkat tu dalam kurang 6 bulan, sebenarnya agak sukar. Melainkan, jika blog sudah sebelumnya established atau sudah mantap dari segi trafik, dari segi pengaruh, dari segi kredibiliti.

Bidaah Blog Jana Income Mudah Ribuan Ringgit

Ramai blogger baru yang terkeliru dan terpaut dengan bidaah dalam dunia blog Malaysia ini. Bidaah? Ya, perkara yang sebenarnya sengaja diada-adakan dari asbab ia merupakan olahan dari realiti sebenar.

Blog memang boleh menjana pendapatan ribuan ringgit, seperti yang pernah HH tampilkan di dalam satu entri di mana seorang blogger boleh terima cek sehingga RM7 ribu lebih daripada Nuffnang. Tapi bidaahnya, ia bukan dapat dalam masa sebulan dua berblog, tetapi makan tahun. Bidaahnya ia bukan dapat menerusi perletakkan iklan semata-mata.

Blogger baru harus kikis niat berblog hanya untuk dapatkan income. Dunia blog seawal terciptanya ia bukanlah kerana ia merupakan platform buat duit, tetapi lebih kepada perkongsian cerita, berita, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan macam-macam lagi.

Mungkin ramai blogger tertarik buat blog kerana sering disuap dan diimaginasikan bahawa dengan adanya blog, sumber pendapatan boleh dapat dengan mudah, tanpa usaha keras, tanpa perlu promosi, tanpa perlu jana trafik, tanpa perlu memikirkan kandungan blog itu sangat penting.

Apa yang HH ceritakan ini merupakan kesilapan yang sebenarnya HH sendiri lakukan. Walaupun boleh dikatakan HH bukan blogger baru, tetapi kerana teruja dengan ramai blogger yang boleh memperoleh pendapatan lumayan dengan blog, maka setiap blog kendalian HH sesak dan senak dengan iklan semata.

Iklan banyak sepah, income tiada. Apa kes? Huhuhuu....


23 Mac 2013

5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Letak Tapak Sewa Iklan di Blog

As-Salam. Alahai ...alahai ... ada blogger ini, blogger baru barangkali, ada blog tetapi sudah berani letak tempat tapak iklan untuk disewa. Kenapa ehh? Sebab teringin nak dapat duit dari blog menerusi tapak iklan ye? Ok, boleh je nak letakkan ruang tapak iklan, sewa tapi biarlah logik sedikit.

Kenapa HH katakan begitu? Pertama sekali, anda sebagai seorang blogger perlulah adil bila membuat tawaran seperti itu. Jangan nak fikir duit ... duit ...duit semata. Jika nak dapat duit menerusi blog, buat blog niaga betul-betul, jadilah usahawan kecil sebenar.

Tidak Adil

Kenapa tidak adil? Tidak adillah bagi mereka yang nak letak iklan di blog anda, seandainya blog anda tidak mampu menarik trafik ke blog anda sendiri. Penting bagi membolehkan iklan itu dilihat ribuan pengunjung.... ribuan .. bukan puluh .. bukan ratus. Ini untuk meningkatkan kebarangkalian iklan itu diklik dan dilihat.

Tidak adillah bagi mereka letak iklan di blog anda, seandainya tiada pulangan yang positif yang mereka dapat walaupun anda letak harga iklan RM1 sebulan sekalipun. Anda perlu yakinkan pengiklan untuk mengiklan di blog anda dahulu, barulah anda boleh jaja tapak pengiklanan anda.

Bukti Letak Iklan Blog Berbaloi

Bukti. Anda perlu buktikan blog anda berbaloi untuk letak atau sewa iklan, jangan main letak sahaja. Ini satu kerja sia-sia, baik buat anda mahupun pada pengiklan. Ketahui, semakin banyak ruang diperuntukkan untuk anda letak iklan tersebut, blog anda akan jadi semakin lembab nak loading, dan mengakibatkan anda akan kehilangan pengunjung, seterusnya lansung ... trafik anda nuhhh ke laut!

Bukti apakah yang perlu anda berikan untuk memastikan pengiklan berasa selesa untuk menyewa tapak iklan di blog anda?

5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Letak Tapak Sewa Iklan di Blog


Pertama sekali, anda perlu tunjukkan kepada mereka bahawa trafik blog anda sentiasa tinggi. Paling tidak, anda boleh berikan satu julat trafik tertentu untuk tempoh sehari, seminggu dan sebulan. Contohnya, anda letakkan statistik blog anda untuk sehari, berapa jumlah hits sehari, berapa pengunjung unik, kalau boleh anda buatlah satu entri untuk tunjukkan pencapaian blog anda.

Keduanya, tunjukkan ranking Alexa blog anda. Ranking Alexa penting bagi menunjukkan kedudukan blog anda sebagai penerima trafik samada di dalam Malaysia mahupun secara global. Semakin rendah ranking blog anda dalam Alexa, semakin tinggilah nilai tapak pengiklanan di dalam blog anda.

Ketiganya, tunjukkan nilai Google Pagerank blog anda. Google Pagerank yang tinggi dan baik akan membolehkan setiap entri blog anda menerima trafik dari enjin carian. Ia akan sekaligus meningkatkan jumlah pengunjung unik selain memberikan trafik organik dari enjin carian. Ia juga boleh dijadikan penanda aras untuk anda tetapkan harga ruang iklan di blog.

Keempat. Berapa ramaikah pembaca setia blog anda? Anda boleh tunjukkan menerusi jumlah follower terutama jumlah Google+ Follower blog anda. Anda juga boleh letakkan jumlah LIKE blog anda, serta jumlah fan yang ada di dalam Facebook Fanpage blog anda. Semakin banyak, semakin tinggi maka semakin baguslah blog anda boleh berikan pendedahan kepada setiap iklan di blog anda.

Kelima. Tunjukkan juga siapa diri anda. Jika HH, takkan nak letak iklan pada sebuah blog yang dok papar wajah Anonymous? Perlu tahu siapa yang berikan khidmat iklan itu, samada boleh dipercayai atau tidak. Manalah tahu kot2 duit iklan digunakan untuk biayai pengganas ke apa ... serius ni. Anda perlu tampilkan diri anda sebagai pemberi khidmat, peroleh kepercayaan dari mereka yang mahu mengiklan di blog.

Jadi, jangan sehari dua buat blog, anda terus beria-ria buat kotak suruh pengunjung beriklan di blog anda tanpa lima perkara yang HH sebutkan tadi.



Nak Follow Tapi Tak Boleh, Siap Kena Marah Lagi ...

As-Salam. Sejak 2-3 minggu ini, apabila HH blogwalking dalam satu-satu segmen tertentu terutama segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger Mialiana.com; perkara inilah yang berlaku - Nak follow tapi tak boleh, siap kena marah lagi ....

Bukan kena marah oleh pemilik blog tersebut, tetapi kena 'marah' dengan pelayar internet. Semua pelayar internet yang ada di komputer HH ini akan keluar mesej dibawah setiap kali HH tekan join this site atau follow pada sesuatu blog tersebut. Tak pasti mana silapnya.

Nak kata setting internet atau pelayar internet HH bermasalah, ada pula blog yang tak keluar pun amaran seperti di bawah. Senang hati sahaja HH klik dan jadi follower blog tersebut. Serius, mungkin pemilik blog kena eksperimen sendiri dengan blog masing-masing, samada mereka boleh atau tidak tekan join this site pada ruangan kotak follower blog mereka.

Jika ada masalah, perlu lihat kembali kenapa ia berlaku. Dalam blog ini, HH dah cuba, nampak ok je ...


Untuk pengetahuan semua, widget follower lama sudah tidak disertakan dalam ruangan widget utama blogger.com, ia telah digantikan dengan Google+ Follower yang lebih baik dari segi interaktif sesama pengikut sesuatu blog.

Maka, mana-mana rakan blogger yang mungkin harapkan HH jadi follower blog mereka, amatlah diharapkan pasang widget G+ Follower daripada widget lama yang mungkin tak berfungsi dengan baik.

Kecewa tak dapat nak jadi pengikut atau follower blog rakan-rakan yang lain yang dah banyak memberikan sokongan kepada blog Panduan Blogger Blogspot ini.

Perbincangan Google Group mengenai masalah ini:





22 Mac 2013

Tips Jana Trafik Blog Melalui Facebook

As-Salam. Secara amnya, laman sosial Facebook bukanlah rangkaian sosial pertama yang wujud tetapi ia adalah salah satu yang paling popular. Terdapat banyak rangkaian sosial lain sebelum Facebook seperti Friendster dan juga MySpace. Walaupun sesetengah daripada laman sosial ini telah popular pada satu ketika dahulu, tetapi tiada di antaranya dapat mencapai kepopularitian Facebook.

Ciri paling menarik yang ada dalam Facebook ini ialah ia dapat mengekalkan dan menjaga perhubungan dengan rakan-rakan anda, dan kini Facebook telah digunakan dengan meluas untuk tujuan perniagaan. Anda boleh menggunakannya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda, dan juga untuk memperoleh pelanggan baru, atau untuk menjana trafik ke laman web niaga mahupun blog.

Seperti Twitter, Facebook adalah hanya salah satu daripada banyak cara untuk mendapatkan trafik ke blog. Facebook boleh menjadi penyumbang yang memberikan keajaiban trafik kepada blog. Namun, HH akui bukan semua orang boleh menggunakannya untuk mendapatkan trafik beribu-ribu seperti yang HH pernah tunjukkan sebelum ini.

Mungkin ada yang mencuba jana trafik blog melalui Facebook, tetapi tidak berjaya. Mungkin, ada yang pernah mencuba, tetapi trafik hanya seketika. Ia tidak konsisten dan kadangkala seperti anda melakukan satu kerja yang sia-sia.

Berlainan seperti Twitter, yang sangat ringkas, Facebook menawarkan lebih banyak kemungkinan buat anda mempromosikan blog dan seterusnya menerima trafik ke blog hanya dengan berkongsi entri-entri tertentu. Anda mungkin perlu menghabiskan masa anda untuk meneroka segala kemungkinan tersebut. Ini adalah kerana apa yang ada di laman sosial Facebook adalah tidak terbatas, tambahan lagi dengan beberapa aplikasi tertentu (luaran) yang membantu menjana trafik ke blog secara automatik.

Tips Mendapat Trafik Blog Menerusi Facebook




Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba untuk membantu anda menghidupkan Facebook menjadi satu sumber trafik ribu-ribuan ke blog..... amacam ..excited tak?

5 Tips dan Panduan Blog Terima Trafik Menerusi Facebook

Pastikan Profil Facebook Menarik

Seperti dengan Twitter dan mana-mana rangkaian sosial lain, jika anda tidak membuat profil anda menarik, anda tidak akan menjadi popular. Beri maklumat latar belakang yang cukup mengenai diri anda. Pastikan bentuk profil anda menjenamakan blog anda. Dan jangan lupa untuk memastikan setting profil anda adalah Public, agar ia boleh memberikan lebih banyak peluang untuk diketengahkan. Mungkin ada dikalangan pengguna Facebook yang ingin mengenali anda, dan seterusnya menjadi penyokong kepada apa yang anda lakukan - terutama menulis blog.

Jenama Blog Perlu Wujud Dalam Profil

Ketengahkan blog anda menerusi profil anda. Jadikan ia latar pada penampilan Facebook. Masukkan gambar-gambar menarik mengenai blog anda. Kongsikan sesuatu yang menarik yang hanya terdapat di blog anda menerusi profil yang telah anda buat. Jika anda ada video tertentu, boleh sahaja anda kongsikan bagi merujuk ke blog anda. Contohnya: Video Pakai Tudung Dengan Betul. Semua ini dilakukan bagi menarik minat pengunjung umum (public viewer) menerusi profil Facebook anda.

Bina Rangkaian atau Jaringan Rakan

Dah nama pun rangkaian laman sosial, maka seharusnya anda membina rangkaian dan jaringan rakan dengan minat yang sama - dalam soal ini, blog sebagai motif utama. Bina persahabatan dengan rakan-rakan blogger anda. Buat permulaan, mungkin anda perlukan sokongan dari mereka yang anda kenal, kemudian mencari rakan yang punyai minat yang sama. Jangan teragak untuk tambah (add) rakan Facebook yang juga blogger. Namun, diingatkan pantang utama bila ajak orang lain untuk jadi rakan blogger anda - jangan mendesak atau dengan bahasa omputih - dont pe pussy .. ehhh pushy ...


Kemaskini Atau Kongsi Sesuatu Secara Kerap

Bukan terlalu kerap sehingga menyemakkan dinding orang lain. Cuma pastikan setiap hari ada sesuatu yang anda kongsikan di Facebook anda. Jika tiada orang menjenguk apa yang anda tulis atau profil Facebook anda, maka jangan haraplah mereka akan melihat perkara-perkara yang ada di dalam blog anda. Kongsikan sesuatu yang datang dari blog anda supaya mereka merasa tertarik. Atau dengan kata mudah, anda buat sneak preview di dinding Facebook, yang menjadikan mereka mahu klik ke pautan yang menjurus ke blog.

Aktif Bersama Rakan Blogger Lain di Facebook

Sesuatu yang HH nampak ialah, kebarangkalian untuk profil anda dilihat oleh orang lain yang seterusnya mahu add as friend adalah apabila anda secara aktif terlibat di dalam perbincangan dengan blogger lain. Anda boleh memberikan komen yang ada kaitan dengan jenama blog anda, seperti contoh; HH suka menyelit kepada blogger yang hadapi masalah dengan blog, lalu memberikan komen dan pendapat yang menarik minat mereka untuk tahu ... who is the hell is Hasrul Hassan II ini. Jadi, dengan lengkap profil yang ada jenama blog anda, maka mereka tahulah .. ohh mamat perut besar ni penulis blog Panduan Blogger.

Ok. Jelas. Ini merupakan sebahagian tips mendapat trafik blog menerusi Facebook yang dapat HH kongsikan. Dah lenguh jari ni, dan mungkin anda pun dah pinar mata baca satu persatu. Tunggu entri seterusnya untuk dapatkan tips lagi mengenai mendapat trafik blog menerusi Facebook.

Tak mahu ketinggalan, pastikan anda langgan RSS blog ini dengan klik pautan berikut: Langgani Panduan Blogger.


Apa Ada di Dalam Kaabah? | Video Pilihan

As-Salam. Lama sudah nak buat paparan ini di dalam blog, cuma menantikan waktu yang sesuai. Bukan apa, cuma takut terlari dari tema sebenar blog ini yang kebanyakkannya ditulis untuk dijadikan panduan blogger. Apapun, perkara yang baik seharusnya tidak boleh tunggu untuk dikongsi, dan kali ini, HH nak kongsikan satu video khas yang disifatkan mendedahkan apa yang ada di dalam Kaabah.

Video pendek ini disifatkan memaparkan secara jelas apa yang anda boleh lihat di bahagian dalam Kaabah. Untuk info, bukan semua orang boleh atau peroleh kebenaran untuk masuk ke bahagian dalam Kaabah. Sejauh pengetahuan HH ada, dua pemimpin atau tokoh Malaysia yang pernah masuk ke dalam Kaabah ialah Tun Mahathir Mohammad dan Tuan Guru Dato' Hj Haron Din.

Jika dilihat berdasarkan video ini, secara ringkasnya, pemandangan dalam Kaabah terdiri dari tiga tiang yang berwarna seakan merah. Ada satu pintu bersalut emas yang digelar Bab At Taubah. Lantainya pula ada jalur hijau di samping dinding putih bersih dibuat dari marmar putih yang bermutu tinggi.

Menurut sejarahnya, tiang Kaabah di awal pembinaan ada 6 yang diperbuat daripada kayu, tetapi ia mereput lalu tinggallah 3 seperti yang dikatakan ada sekarang. Satu berbentuk bulat dan 2 lagi berbentuk segi.

Apa Ada di Dalam Kaabah?

Memetik satu bahagian di dalam buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad:

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Video Apa Ada di Dalam Kaabah


video

Ilustrasi 3D pemandangan dalam Kaabah juga ditampilkan di dalam Youtube:



p.s: Bilalah dapat tunaikan haji .... hmm ... rakan HH baru sahaja berlepas ke Tanah Suci untuk tunaikan umrah, dan baru-baru ini blogger Mak Dara juga sudah pergi dan kembali dari Tanah Suci.


Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar Part 2

As-Salam. Sebelum ini, HH sudah terangkan cara untuk perbetulkan lebar widget yang terdapat di sidebar pt 1, yang mana pendekatan yang dilakukan adalah dengan menggodek html utama blog anda dan masukkan nilai khusus atau nilai tepat bagi kelebaran bahagian sidebar.

Untuk entri kali ini, HH nak kongsikan cara perbetulkan saiz kelebaran bahagian sidebar untuk widget tertentu.

Banner Iklan

Seringkali apabila kita meletakkan banner iklan di bahagian sidebar blog, ada bahagian nampak macam terkeluar atau tidak berada di dalam kotak sidebar seperti sepatutnya. Ia mungkin kerana kelebaran sidebar itu sendiri yang tidak memungkinkan perletakkan iklan itu nampak seragam dan kemas. Jika ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan lakukan ubahsuaian seperti yang telah HH terangkan pada bahagian pertama - Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar Part 1.

Jika sudah, mari lihat pula panduan ini.


Cara ini sesuai digunakan sekiranya saiz kelebaran dibuat berdasarkan pengiraan peratus; iaitu jika kelebaran sidebar dibuat seperti ini di dalam kod html blog anda - sidebar-wrapper{ width=30%;} atau aside-wrapper{ width=35%;}. Ini akan membuatkan bahagian sidebar anda secara automatik mengambil nilai 350 sebagai saiz maksimum (seandainya 350 merupakan nilai terbesar).

Seandainya cara di atas kurang berkesan, anda boleh saja resize saiz banner anda ikut kesesuaian dengan kelebaran sidebar blog anda. Cuba lihat cara ini:


Ok. Senang ke susah? Jadi kalau nak ubah kelebaran widget pula, konsepnya sama, anda perlu cari kod html widget berkenaan yang paparkan saiz kelebaran iaitu width="XXXpx" .... hanya ubah dan bermain dengan nilai XXX tersebut. Selalunya saiz biasa digunakan untuk bahagian sidebar bagi kebanyakkan blog adalah 200px, 310px, 330px,350px. Semua saiz-saiz ini dipadankan agar iklan seperti Nuffnang, Innity, Advertlets mahupun Adsense dapat dimuatkan berdasarkan saiz-saiz banner iklan yang ada.

Kebanyakkan saiz sidebar ditetapkan berdasarkan kebolehupayaan blog tersebut untuk letakkan widget asas. Cuba lihat saiz berbeza untuk widget G+ Page serta G+ Follower berikut:





Dua widget yang sama, tetapi lain saiz kelebarannya. Anda boleh buat saiz widget ini diselaraskan dengan mudah berdasarkan kelebaran sidebar anda (jika tak tahu nilai kelebaran sidebar) dengan meletakkan nilai peratus atau letak sahaja 'auto' dalam ruangan saiz kelebaran - width="auto".

Cubalah, dan tengok hasilnya pada blog anda. Harus anda ingat, setiap kaedah ini tertakluk dengan bentuk dan layout blog anda. Ia mungkin beri kesan berbeza antara blog-blog dengan reka bentuk yang lain. 

Jika anda tidak mencuba, anda takkan tahu ... ilmu perlu praktik. Menerusinya baru anda boleh tajamkan apa yang anda tahu. Setakat anda beritahu a .. b .. tapi tak buat dan tak cuba, semua orang boleh buat ..ibarat anda copy-paste juga la ...hehehe..

Selamat mencuba.

Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Usahawan kecil perlukah ada blog? Nampak macam terbalik pula, kerana apa yang nampak di dunia maya, khususnya dunia blog Malaysia, ramai yang sudah ada blog mula ceburi bidang usahawan kecil ini. Mana tidaknya, apabila blog sudah ada pembaca tersendiri, jenama sendiri, inilah masa paling sesuai untuk tingkatkan taraf diri dengan menjadi seorang blogger usahawan kecil.

Tak susah mana pun. Apa yang perlu ada ialah produk untuk dijual dan sasaran untuk menjual. Dah ada dua perkara penting ini, disekalikan dengan ilmu usahawan kecil, In Sha Allah, sebuah perniagaan online boleh berjaya. Bukan tiada bukti, ramai sudah blogger yang membuka blog niaga atau blogshop sendiri untuk pasarkan produk mereka.

Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Lynda Roslan, antara blogger yang kini sudah ada jenama tudung sendiri.
Blogger yang juga usahawan kecil - Lynda Roslan
Paling ketara, ramai blogger yang telah mulakan langkah berani buka bisnes kecil dengan menjual tudung, jual baju, jual telekung, jual kuih tart, jual buku, jual itu ..jual ini. Ada yang menjual produk fizikal, dan ramai juga yang jual produk digital. Mana-mana satu cara dan kaedah, HH rasa boleh dikategorikan sebagai usahawan kecil.

Kecil bermaksud tidak menggunakan modal yang besar. Kecil bermaksud anda melakukannya kerana anda suka dan minat. Kecil bermaksud anda sedang berniaga di dalam pasaran yang kecil atau tertumpu, tidak lagi jadi multinasional atau sudah ada pasaraya besar.
Jenama HER oleh Lynda Roslan, Dari Blogger Menjadi Usahawan

Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Usahawan kecil di luar sana patut ada blog. Ini bagi meluaskan lagi pasaran yang ada. Dengan membawa jenama sendiri di dalam blog, anda mungkin dapat memasarkan produk lebih daripada sempadan yang anda inginkan. Ia juga satu tempat promosi berkesan, di mana anda boleh promosikan pelbagai ruang hanya menerusi blog - boleh dihubungkan dengan Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi laman media sosial. Blog jadi satu tempat one-stop centre untuk perkenalkan jenama produk anda.

Bukan satu yang mustahil. Usahawan kecil dengan diperlengkapkan dengan tip-tip usahawan berkesan mampu untuk memasarkan produk yang ada hanya dengan satu klik (butang publish dalam blog).

Tip Usahawan Kecil Ada Blog

Satu nasihat atau tips paling baik untuk usahawan kecil yang mahu buat blog - Pastikan anda bukan sahaja ada ilmu keusahawan, tetapi juga perlu ada ilmu blogging yang mantap terutama SEO (Search Engine Optimization). Dengan pendekatan SEO dalam blog usahawan kecil anda, apa yang dipasarkan mampu mengumpan ramai pengguna laman maya serta enjin carian mendapatkan produk jualan anda.

Maka, sementelaah anda mencari tip-tip usahawan kecil terbaik, anda harus dan perlu juga mencari tip-tip panduan blogger yang juga terbaik khususnya berkaitan SEO untuk blog niaga anda.... tak gitu?


Kredit Foto: Her by Lynda Roslan

21 Mac 2013

Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar Part 1

As-Salam. Adalah penting sesebuah blog itu nampak seragam dan tidak nampak semak. Pemilihan widget atau gadget bersesuaian dengan blog perlu bagi membolehkan apa yang kita letak di dalam blog itu berikan sesuatu kepada blog - samada peningkatan jumlah pengikut, pertambahan pembaca setia, meningkatkan trafik blog mahupun menjana pendapatan menerusi blog.

Setiap kali HH blogwalking, banyak masalah serupa nampak dan kelihatan, terutama pada blog-blog yang baru muncul.  Paling nampak jelas sekali adalah ramai blogger terutama blogger baru tidak tahu untuk sesuaikan kelebaran sesuatu widget atau gadget yang diletakkan di sidebar.

Ada yang nampak terlebih, ada yang nampak terkurang. Ada yang nampak besar, ada yang nampak kecik. Tak kurang juga ada widget yang tidak berfungsi.

Ok. Dengan ilmu yang ada pada HH, nak kongsikan sedikit tips dan panduan bagaimana nak perbetulkan kelebaran (width) widget yang diletakkan. Ada dua cara sebenarnya yang boleh dilakukan.

Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar

Pertama - Mengubah kelebaran sidebar menerusi kod html blog untuk disesuaikan dengan kebanyakkan widget. Untuk itu, pertama sekali anda perlu buka template blog anda. Klik html dan anda akan nampak koding html blog anda secara keseluruhan (pastikan anda dah klik expand widget template).

Anda perlu cari kod html yang membentuk kelebaran sidebar blog anda, untuk itu cari kod berikut - sidebar-wrapper. Kebanyakkan blog dengan tema biasa akan gunakan nama yang sama iaitu sidebar-wrapper untuk menunjukkan cirian yang perlu bagi sidebar blog.


Menerusi kod html tersebut, anda akan nampak koding CSS untuk bahagian yang HH katakan tadi. Ada parameter width, maka ubah parameter itu untuk kesesuaian. Seperti contoh di atas, HH tetapkan kelebaran sidebar sebanyak 350px. Ia untuk disesuaikan dengan kelebaran maksimum iklan yang selalunya 330px. Anda boleh tengok bentuk, saiz dan jenis-jenis iklan yang pernah HH tampilkan di Panduan Blogger.



Cubalah ubah dan bereksperimen sendiri, ia akan ubah secara automatik bentuk sidebar blog anda. Anda boleh preview dahulu setiap perubahan yang anda lakukan, jika tidak sesuai, ubah kembali dengan nilai yang sesuai.

Cara paling mudah ialah buat kelebaran dalam bentuk automatik (width="auto") setting tetapi HH tidak galakkan kerana saiz setiap widget yang anda pasang di sidebar adalah tidak serupa atu tidak seragam, menggunakan cara ini akan menyebabkan kelebaran sidebar mengambil nilai kelebaran paling besar sebagai titik rujukan.

Satu lagi penentuan kelebaran sidebar ialah dengan menggunakan peratus kelebaran. Ia selalu digunakan untuk menghasilkan sebuah blog responsif. Ini bermakna, bentuk blog anda akan nampak sekata di peranti mudah alih seperti iPad, Tablet, serta telefon pintar seperti iPhone dan Android.

Contoh menggunakan peratus kelebaran adalah seperti berikut:


Ini membolehkan kelebaran bahagian sidebar blog anda menjadi 35 peratus daripada jumlah keseluruhan kelebaran utama blog anda yang sering dikodkan sebagai outer-wrapper. Ok, harapnya panduan dan tips ini dapat membantu mana-mana blogger yang hadapi masalah saiz atau kelebaran di bahagian sidebar blog.

Nantikan bahagian 2, dimana HH akan berikan panduan untuk ubah setting kelebaran dengan pendekatan terus pada kod html widget pula. Namun, secara asasnya lebih kurang sama sahaja.

Oh ya, untuk guna cara ini, anda seharusnya tahu saiz paling maksimum widget yang ada di bahagian sidebar blog anda. Selalunya, ia ditetapkan dalam julat 300-330px.

Selamat mencuba.

SKMM Beri Amaran Ambil Tindakan

As-Salam. Kecoh Parlimen Malaysia dikatakan dibubarkan semalam (20 Mac 2013) menerusi SMS atau khidmat pesanan ringkas, selain tersebar luas di dalam media sosial terutama Twitter dan Facebook. Tidak kurang juga ada yang menjadikan entri di dalam blog. Penyebaran informasi palsu ini telah membuatkan pihak SKMM memberikan amaran kepada mereka yang cuba sebar maklumat palsu.

SKMM Beri Amaran Ambil Tindakan


Memetik dari Berita Harian:

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini berikutan maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial hari ini.

“Kami memandang serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Mengikut seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Maklumat palsu dikatakan banyak disebarkan menerusi blog, kerana peranan media alternatif kini nampak lebih mempengaruhi orang ramai. Jadi, bagi anda, blogger Malaysia perlu waspada agar tidak menjadi penyebab ke arah berlakunya penyebaran informasi yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Orang ramai diperingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita yang palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog, contohnya, boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya.  - BERNAMA 

Ini bukan perkara baru, dah lama. Cuma mungkin kita perlu diingatkan berulang kali kerana kita sering lupa, apatah lagi sebagai blogger yang sentiasa dahagakan trafik, informasi bersifat sensasi sebegini memang menarik perhatian ramai.

Semak Keputusan SPM 2012 mySMS Online

As-Salam. Semak keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2012 secara online mulai jam 10 pagi, 21 Mac 2013. Jika anda sebagai salah seorang calon yang menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia bagi sessi 2011/2012, maka anda boleh dengan segera menyemak keputusan tersebut menerusi SMS bermula jam 10 pagi 21 Mac 2013, begitulah yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semak Keputusan SPM 2012 mySMS Online

Semakan online menerusi SMS boleh dilakukan dengan cara berikut:

Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS dan Online
Caj dikenakan untuk sms dihantar dan diterima. Penerimaan SMS keputusan SPM 2012 mungkin berlaku sedikit kelewatan disebabkan oleh kebolehupayaan perkhidmatan menerima trafik yang tinggi.

Semakan menerusi Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah juga boleh digunakan untuk menyemak keputusan SPM 2012 Secara Online.

Semakan keputusan SPM 2012 juga boleh dilakukan menerusi laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia setelah keputusan rasmi diumumkan. Keputusan juga boleh disemak di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Anda dikehendaki untuk melayari dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pautan ke aplikasi tertentu penyemakan keputusan Sijil Pelajara Malaysia 2012.

Semua keputusan SPM 2012 menerusi SMS online hanya boleh dilakukan bermula jam 10 pagi 21 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 27 Mac 2013.

Selamat menyemak ... errr bukan semak yang hutan-hutan tu yer ... huhuhuu...


20 Mac 2013

Petanda Blog Berjaya SEO

As-Salam. Nasib baik blogger.com diperkemaskan dengan analitik yang boleh melihat sumber trafik ke blog. Walaupun nampak ringkas tetapi mencukupi untuk kita mengetahui dari mana sumber trafik itu datang ke blog. Mari lihat petanda blog berjaya SEO.

Sebagai seorang blogger yang begitu dambakan trafik tinggi ke blog, haruslah dan perlu sentiasa peka dengan perubahan trafik ke blog. Paling penting, adalah meneliti sumber trafik blog supaya boleh ubah beberapa pendekatan untuk mendapatkan trafik. Dan antara yang mudah (kalau sudah belajar) ialah menerusi SEO (Search Engine Optimization).

HH kongsikan statistik petanda blog berjaya SEO ini adalah untuk tunjukkan bahawa dengan SEO, blog anda boleh menerima trafik yang gila babas banyak. Teknik SEO terbaik adalah menyediakan kandungan yang menarik, sesuai dibaca semua, original dan disertai dengan sentuhan personal yang memungkinkan anda mendapat pembaca setia atau pengunjung berulangan.

Petanda Blog Berjaya SEO

Dengan melihat statistik dan analitik yang disediakan dalam blogger (blogspot), anda boleh melihat sendiri adakah teknik SEO yang anda amalkan dalam peneydiaan konten blog berbaloi atau menjadi.


Menerusi analitik yang HH lampirkan ini, jangan terkejut sangat dengan apa yang dipaparkan. Ini merupakan statistik analitik sejak bertahun dahulu, bukan satu tahun, bukan dua tahun, bukan tiga tahun .... ianya merupakan analitik sejak tahun 2008 ... 2009 lagi. Jadi, tak perlu nganga mulut. Sesiapa pun boleh dapatkan angka-angka tersebut kalau dah berkurun ada blog.

Cuma nak beritahu, sejak beberapa perubahan dalam atmosfera enjin carian, blog ini dah semakin sukar mendapatkan trafik dari enjin carian MSN.com serta Yahoo.com, begitu juga dengan Bing.com. 

Guna Khidmat Percuma Disediakan Google dan Bing Webmaster

Petanda blog berjaya SEO - Cuba lihat bahagian Refering Sites, dah tak ada nampak dalam slot msn.com serta Bing.com. Yang nampak banyaknya datang dari Google, Facebook dan Yahoo. Trafik yang hadir menerusi Google dan Yahoo, mungkin disebabkan HH selalu bertandang ke Google Webmaster Tool, dan juga Bing Webmaster Tool yang banyak membantu blog ini menerima trafik. Dari kedua-dua laman untuk webmaster tersebut, anda boleh laraskan entri-entri dalam blog untuk mendapat tempat dalam enjin carian.

Kalau dok abiskan masa di situ, memang tak adalah entri terbaru. Makan masa gak nak menelaah apa yang disediakan.

Trafik Menerusi Laman Sosial

Facebook, tentulah menerusi group-group yang ada, berserta page kepunyaan HH. Dan OhBelog, salah satu daripada laman web agregator yang banyak sumbang trafik menerusi entri-entri terpilih, begitu juga dari laman web agregator (ping) Busuk.org.

Trafik Menerusi Kotak Komen Disqus

Ruangan komen Disqus juga memberikan trafik yang baik sejak HH gunakan dalam blog pada awal tahun ini! Ya .. awal tahun ini, baru HH gunakan Disqus ... dan lihat bagaimana sumber dari kotak komen berikan blog anda trafik yang sebegitu banyak.

Trafik Menerusi Gambar

Penggunaan gambar terutama menerusi entri khas Wordless Wednesday, mendapat tempat di enjin carian kategori imej atau gambar. 

Namun, walaupun ada trafik tinggi ... masalah utama blog ini masih belum dapat diatasi lagi, iaitu kadar bounce rate yang masih melepasi 50 peratus. Ia tidak baik untuk sesebuah blog, kerana menunjukkan bahawa blog anda hanyalah satu persinggahan sementara atau boleh diibaratkan sebagai one night stand, yang tentunya merugikan.

HH harap dengan entri ini, dapat memberikan gambaran bagaimana SEO (Search Engine Optimization) itu penting bagi menghasilkan angka yang boleh buat anda tersenyum sendiri di depan monitor 15 inci anda...hehehe...ingat ehh .. lihat analitik untuk cari petanda blog berjaya SEO.

Lukisan Pelakon Cantik Emma Ma'embong

Gambar Lukisan Pelakon Cantik Emma Ma'embong. Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya.

Lukisan Pelakon Cantik Emma Ma'embong


Kredit: GoFacts

PRU13 Bakal Saksikan Banyak Pendedahan Eksklusif

As-Salam. Semakin hampir dengan Pilihanraya Umum ke 13 (PR13), maka semakin banyaklah yang dikatakan 'pendedahan' mula menjadi topik kebanyakkan blog serta media sosial seperti Facebook, Twitter termasuklah YouTube.

Pendedahan-pendedahan ini sedikit sebanyak menghadirkan pelbagai persoalan yang mungkin sebelum ini bagi kebanyakan orang tidak mengetahui mengenainya. Ini bukan perkara baru, ia dah menjadi satu trend dalam dunia politik Malaysia.

Menjelang PRU13 | Bakal Saksikan Lebih Banyak Pendedahan Bermotif Politik

Apabila pendedahan-pendedahan ini berlaku, rakyat terutamanya akan mula fikir dan rasa campur baur, yang tentunya sedikit sebanyak akan pengaruhi corak pemilihan yang mereka akan lakukan dalam PRU13. Tidak mustahil, keputusan PRU13 akan menjadi satu sejarah tersendiri, apabila lebih banyak pendedahan dibongkar dan dijadikan satu isu dalam proses meraih undi daripada rakyat.

Tidak dinafikan, kemungkinan ada pendedahan tersebut merupakan satu ulang tayang. Dan turut tidak menafikan, ada juga pendedahan yang tidak mengejutkan pun, cuma mungkin sebelum ini ia tidak dipapar atau dihebohkan secara meluas. Almaklumlah, dulu terdapat keterbatasan dalam penyampaian maklumat dan info.

Dunia Akhir Zaman

Dunia kini bukan seperti dunia dahulu. Allah S.W.T telah mencorakkan dunia ini sebegini, di zaman umat akhir zaman, di mana apa sahaja 'dosa' lampau dipertontonkan dalam coraknya tersendiri. Ini adalah ketentuan dan perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Illahi. 

Jika dulu keaiban orang lain kita buka, mungkin esok atau lusa, keaiban kita pula akan dibongkar. Tak perlu fikir dalam sangat, cuma ingat pesanan orang tua-tua ... benda baik dibalas baik, benda jahat dibalas jahat... itu dah cukup. Jika kita sentiasa ingat, kita takkan berani untuk buat benda tak elok, apatah lagi jika kita disahihkan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (an-Nuur: 19)

Daripada Abu Hurairah R.A:
"... Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah Ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di Akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Dan lagi dari Abu Hurairah R.A:
"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim)

Tak siapa pun terlepas dari buat salah dan dosa. Akan ada walau sekelumit, cuma bezanya antara kita menginsafi atau tidak sahaja.

Di blog, di media sosial kita boleh berkata apa sahaja. Di blog, di media sosial kita boleh sebarkan apa sahaja. Tapi, haruslah kita ingat bahawa setiap ayat yang dikongsikan kepada orang lain, setiap artikel dan berita yang diperhebahkan itu punyai tiket-tiket tertentu untuk kehidupan abadi akan datang. Pandailah untuk memilih tiket yang mana anda mahukan.

 


19 Mac 2013

Kakinakl Tunaikan Hasrat di Hati

As-Salam. Agak lewat sedar, almaklumlah dah tua. Terkinja dengan benda lain sehingga lupa akan yang satu ini. Terima kasih terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ina KL kerana telah memilih entri HH - Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com sebagai pemenang tempat kedua.

Kakinakl Tunaikan Hasrat di Hati

Hadiah yang HH dapat merupakan wang tunai dan juga produk kesihatan. Nak tahu berapa yang berjaya dimenangi dan apakah produk kesihatan tersebut, anda perlu jenguk entri ini - Jeng Jeng Jeng Pemenang Kontest.

Buat entri simple je, sudah boleh menang hadiah tunai dan merasa produk tajaan Aku Eryati. Beginilah dunia blog Malaysia, ada peluang yang dihamparkan, cuma kita perlu rajin dan sedikit kreatif untuk memperolehinya. Kalau anda mahu peluang lain yang cukup menarik, boleh cuba untuk join satu kontest ini iaitu Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil. Hadiah yang disediakan juga menarik iaitu wang tunai ... dan anda juga ada peluang untuk dapatkan tip-tip usahawan kecil yang ada di blog penganjur.


Kakinakl.com telah tunaikan hasrat di hati, terima kasih diucapkan. Nasib baik Kak Ina KL singgah datang untuk beritahu, kalau tak .. tertunggu termanggu la jawabnya.

Terima kasih juga buat penaja eyriqaz , kutooobamboo , jaakechik , infonewbie dan eryati.



4 S Hasilkan Entri Original Bermutu Dalam Blog

As-Salam. Pening kepala juga kan untuk buat satu entri yang yakin nampak original dan bermutu. Kadangkala, ada blog yang sudah pun punyai entri yang hampir sama, jadi akan timbul masalah pula nanti, manalah tahu kot-kot dikenakan penalti dari enjin carian sehingga entri kita tidak diterima untuk dimasukkan dalam carian.

Itu dari sudut SEO, dari sudut SERP ... iaitu dari sudut blog untuk dapatkan trafik daripada enjin carian seperti Yahoo, Google dan Bing. Kadangkala, ada pengunjung yang cebik bibir lalu kata ... "Ahh aku dah baca dah entri ni .. sama je isi .. copy paste ni ..."

Jadi, bagaimana nak hasilkan sebuah entri yang benar-benar bemutu, dan nampak original?

4 S Hasilkan Entri Original Bermutu Dalam Blog

  1. Sendiri, tulis sendiri apa yang ingin anda kongsikan. Bukan dengan cara mudah, copy-paste. Dibenarkan untuk copy-paste jika ia libatkan satu laporan akhbar, atau mungkin kenyataan dari sumber yang tak boleh anda ubah sesuka hati. Boleh copy-paste sebagai panduan rujukan untuk olah menggunakan ayat sendiri.
  2. Selidik, daripada informasi dan sumber yang anda dapat, cuba lakukan penyelidikan sendiri. Ketahui sumber asal untuk kepastian. Cara ini boleh menyelamatkan anda seandainya sumber yang anda dapat diragui kesahihannya. Penyelidikan juga boleh bantu anda dapatkan sumber-sumber lain sebagai rencah untuk menulis entri anda. Kepelbagaian ini menjadikan entri anda lain dari yang lain.
  3. Semak, anda perlu menyemak setiap baris perkataan yang telah anda tulis. Anda perlu semak sumber entri anda. Anda perlu semak apa yang anda sampaikan itu cukup menarik untuk dibaca. Semakan membolehkan anda mengelak daripada menulis cerita kosong. Semakan juga membolehkan anda perbetulkan kesilapan anda. Ini adalah kerana apabila kita mengolah sesuatu, akan ada kelainan dari segi penyampaian. Kelainan ini seharusnya tidak lari dari maksud utama entri anda.
  4. Sesuai, anda perlu pastikan corak penyampaian entri anda itu sesuai dengan tema blog anda. Ini akan menjadikan entri anda itu unik berdasarkan keunikan blog anda. Contoh yang HH lakukan ialah, mencari berita yang diolah untuk pembaca di kalangan blogger, kerana skop blog ini adalah Panduan Blogger. Penyesuaian ini dibuat mestilah menyeluruh, baik dari segi visual atau gambar (jika ada), tajuk entri dan cara anda mahu kongsikan entri anda menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya. Entri HH yang ada cirian sedemikian ialah Tips Buat Blogger Beli Kereta Idaman Dengan Diskaun
Diharap dengan perkongsian ini akan bantu anda untuk hasilkan entri yang menarik, bukan disebabkan anda cedok bulat-bulat dari sumber lain, tetapi diolah, dilakukan 4 S di atas sehingga menjadikan entri anda nampak original dan bermutu.

4 S hasilkan entri original bermutu dalam blog merupakan pengalaman sendiri yang HH lakukan sejak sekian lama. Walaupun kadangkala entri itu nampak seperti pernah dibaca di sumber lain, namun, dengan sedikit olahan menerusi lengok bahasa dan penggunaan ayat yang sendiri lain, maka ia akan jadi menarik dan tidak jadi bosan.

Selamat mencuba dan In Sha Allah, anda boleh lakukan.

 

Buat Kotak Jadual Mudah Guna Tableizer

As-Salam. Kadangkala, ada entri yang perlu disampaikan dalam bentuk jadual (table), maka HH sarankan anda gunakan kemudahan Tableizer untuk memudahkan kerja anda. Ia sangat mudah untuk dilakukan, tanpa anda perlu tahu pun kod html terlibat untuk hasilkan sebuah entri yang ada jadual yang kemas.

Ada blogger yang ada masalah untuk buat jadual dalam entri blog mereka. Dengan menggunakan Tableizer ini, anda boleh copy jadual yang anda buat di dalam Microsoft Excel, dan kemudian paste ke dalam kotak disediakan menerusi laman web Tableizer dan walla .... siap. Kod html untuk jadual anda sudah tersedia untuk diambil dan dimasukkan ke dalam entri blog anda. Memang mudah!

Buat Kotak Jadual Mudah Guna Tableizer

Sebagai contoh, seperti yang ditunjukkan berikut, HH buka sebuah lembaran (spreadsheet), dan taip jadual yang mahu dibuat atau dimasukkan ke dalam blog.


Kemudian anda select atau ambil bahagian yang mahu anda jadikan sebagai jadual, salin (ctrl-c) dan pergi ke laman Tableizer, lalu letakkan apa yang anda salin tadi di dalam kotak yang disediakan di laman tersebut.


Anda boleh ubah beberapa setting lain di bahagian Table Options yang disediakan untuk disesuaikan dengan penampilan blog anda. Dah selesai, anda tekan sahaja Tableize It! ... dan kod html untuk jadual telah tersedia untuk anda masukkan dalam entri blog anda.

Anda juga boleh lihat hasilnya di laman Tableizer, jika tidak puas hati, ubah balik setting Table Options tadi.


Kod html yang telah disediakan itu, anda perlu masukkan ke dalam entri di tempat di mana anda mahu jadual ini kelihatan. Anda perlu tukar cara editor entri anda menjadi HTML, dan paste (ctrl-v) kod dari Tableizer tadi.

Hasilnya adalah seperti berikut:


Kategori BlogNama BlogGoogle Pagerank
Favourite Auto Blog ArenaKereta.com2
Favourite Innovative BlogAriffshah.com4
Favourite Business BlogAbangEnsem.com3
Favourite Celebrity BlogZarulUmbrella.com3
Favourite Music& Entertainment BlogSuaraPeople.com2
Favourite CSR BlogKucing.my2
Favourite Educational BlogOhCikgu.com2
Favourite Foodie BlogPlacesAndFoods.com3
Favourite Gossip BlogBeautifulNara.com4
Favourite Photography Blog AzmanIshak.com2
Favourite Gadgets BlogAmanz.my6
Favourite Political BlogStephendoss.blogspot.com3
Favourite Shopping BlogKZNabihah.com2
Favourite Sports BlogLegendnetball.com1
Favourite Travel BlogFaizalFredley.com1
Favourite Lifestyle BlogAkmaOmar.com1
Favourite Micro BlogHafizRahim.com1
Most Creative BlogDenaihati.com4


Buat Kotak Jadual Mudah Guna Tableizer - Semoga dengan teknik ini, akan memudahkan anda buat entri yang perlukan jadual disediakan. Ia juga bagi menjadikan entri anda lebih menarik dan kemas selain menampakkan sisi kelainan dengan cara penyampaian. Selamat mencuba.

Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013

As-Salam. Sebuah peraduan yang menarik untuk disertai - Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013. Sebuah peraduan bagi mewujudkan kesedaran akan wujudnya sebuah blog usahawan kecil yang mungkin dapat membantu para usahawan terutama blogger Malaysia. Anda mungkin menemui pelbagai tip-tip usahawan kecil yang boleh membantu. Ya, sebuah blog untuk sesiapa sahaja yang ada minat untuk ceburi bidang keusahawan.

Dan seperti yang semua, anda dan HH maklum, ramai juga blogger yang mempunyai blogshop atau blog niaga sendiri. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada usahawan kecil. Maka, kewujudan blog usahawan kecil ini setidak-tidaknya atau paling kurang pun akan memberikan pelbagai ilmu manfaat lagi baik untuk blogger blog niaga perdalami ilmu keusahawan di samping melihat akan peluang yang boleh diraih.

contest usahawan kecil #1 2013

Berniaga tanpa ilmu pasti akan kecundang. Berniaga dengan ilmu juga akan menerima kecundangan tetapi kecundangan yang ada erti, kerana kita dapat belajar dengan mudah mengenai kesilapan kita. Ada ilmu, maka takkan garu kepada apabila kepala tersadung atau kaki tergeliat. Kita tahu cara nak ubat dan atasi. Lain dengan mereka yang berniaga tanpa ilmu pengetahuan ... hanya tahu berkata .. aduhhh aduhhh dan aduhhh ...mengeluh sampai rasa sakit hilang. Tak tengok punca dan tak cari jalan untuk tidak terkena lagi.

Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013

Dengan blog usahawan kecil, menerusi Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013, akan dapat beri peluang ramai blogger dan pencari maklumat tip-tip usahawan kecil bagi mendapatkan ilmu terbaik untuk dijadikan bekalan bila mahu berniaga.

blog usahawan kecil - panduan blogger


Jika anda mahu berada di dalam usaha mengimarahkan peraduan ini, anda dijemput dengan senyum manis dari HH untuk sertai - Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013 (klik).

Blogger Bekas Ratu Cantik Dedah Jenayah Kasanova di Facebook

As-Salam. Sebenarnya HH dah lama peram cerita ini. Cuma tak ada idea nak olah untuk dijadikan tatapan yang punyai elemen minda dan fikir. Bukan cerita baru, tapi bukan juga cerita lama. Ia masih hangat diperkatakan, apatah lagi daripada titipan seorang blogger yang juga bekas ratu cantik Malaysia sekitar tahun 2003.

Leng Yein, bukan nama baru dalam dunia blog dan juga dalam dunia modeling Malaysia. Malah, dia merupakan satu-satunya (boleh dikatakan begitu) model yang berani tanpa selindung melakukan pembedahan plastik, malah dianggap terbanyak di Malaysia. Segalanya bermula dengan pembedahan hidung semasa di berkunjung ke China.

hot model Leng Yein hunt for kasanova conman
Leng Yein juga seorang blogger, telah mempunyai blog sekitar tahun 2010 kalau tak silap. Kini blognya masih lagi ada, cuma tak berapa nak dikemaskinikan. Dah nampak berterabur selain banyak gambar-gambar semasa photoshoot telah dibuang atau telah dipadamkan dari sumbernya.

Blog Leng Yein - Model dan Bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 2003


Blog Leng Yein - Model dan Bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 2003

Terkini, bekas ratu cantik ini telah menfailkan satu laporan polis untuk menjejaki seorang lelaki kasanova yang dipercayai telah memperdaya ramai wanita terutama model di Malaysia. Paling menjijikkan ialah lelaki ini cuba mengambil kesempatan atas setiap model ini dengan cuba mengajak untuk melakukan hubungan seks dan mengambil gambar bogel mereka, yang akhirnya melakukan peras ugut.



Leng Yein telah melakukan 'perang' habis-habisan menerusi laman facebooknya yang mempunyai lebih daripada 250 ribu pengikut, sehingga akhirnya dapat menjejaki lelaki tersebut yang mempunyai pelbagai nama samaran selain menggunakan pelbagai helah termasuklah penggunaan nombor telefon yang kerap ditukar.

Menerusi laman facebook Leng Yein, dia berjaya mengumpul banyak bukti serta mendapat beberapa feedback daripada model-model yang pernah menjadi mangsa lelaki kasanova ini.

Memetik daripada mStar Online:

Dia digambarkan sebagai "pendek, berkulit gelap, kurus dan tidak kacak" tetapi ini tidak menghalang 'Kasanova' ini daripada memperdaya model-model glamor untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Lelaki itu, yang antaranya dikenali sebagai "DKDK Choong", "Alvin Choong", "Ray Choong" dan "Derek Choong", menarik perhatian model-model wanita dengan pendapatan lumayan sebelum meniduri dan mencuri barangan mereka.

Walau bagaimanapun, perbuatannya sejak dua tahun lalu ini mungkin akan berakhir selepas model sambilan dan bekas finalis Miss Malaysia Leng Yein, 28, menggunakan Facebook untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang cara-cara penipuannnya.

Leng, yang mendakwa telah diganggu oleh seorang lelaki berkata lebih daripada 50 wanita dan lelaki telah memberi respons terhadap 'posting' beliau dalam masa seminggu dengan dakwaan mereka juga menjadi sasaran lelaki terbabit.

"Lelaki-lelaki itu adalah jurugambar yang telah ditipu olehnya dengan memberikan nombor telefon model-model. Dia memberitahu mereka bahawa dia juga seorang jurugambar yang memerlukan model untuk merakamkan gambar.

"Ramai wanita mendakwa dia mencuri wang dan telefon bimbit dari beg tangan mereka selepas pertemuan mereka di bilik-bilik hotel.

"Dia kemudiannya berulang kali menghubungi mereka dan mengancam untuk menyiarkan gambar bogel mereka di Internet," katanya di Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini, Khamis.


Sidang Media Leng Yein di  Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA




Ini semua satu ingatan pada semua, agar berhati-hati dengan apa jua yang anda lakukan, ini adalah kerana ia mungkin akan menjadi penyebab kepada segala masalah akan datang. Manusia tak boleh dianggap semuanya sama. Rambut sama hitam, dalam hati kita tak tahu niat mereka.

Anda ada akal, anda boleh fikir.