Trend Mok Bang Korea Selatan

Nampaknya Korea Selatan mula menakluki sedikit demi sedikit dunia internet. Dulu, video Gangnam Style menjadi viral seluruh dunia, malah menjadi ikutan ramai selebriti antarabangsa. Dan artis yang membawakannya secara tiba-tiba menjadi jutawan hanya kerana tarian yang awalnya dianggap bodoh dan melucukan. Terkini, Mok Bang menjadi satu lagi porno dunia internet terutama di Korea Selatan, sehingga membolehkan bintang Mok Bang yang dikenali sebagai The Diva mendapat pendapatan ribuan dollar.

Trend Mok Bang Korea Selatan

Apa itu Mok Bang? Mok Bang ialah satu aktiviti yang menunjukkan seseorang sedang makan malam dengan hebatnya. Apa yang hebatnya? Hebat kerana hidangan makan malam tersebut adalah sangat banyak dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa yang lama. Erkkkk ... macam ini pun boleh jadi trend ke? Itu yang menjadi tanda tanya masa mula-mula baca mengenainya.

Pelik kan? Tapi sebab kepelikan itu ia menjadi unik, dan keunikkan ini orang nak lihat dan tengok. Andai kata anda seorang blogger boleh menampilkan sesuatu yang unik dan agak luar biasa, pasti orang mahu tahu dan in Sha Allah, andai impaknya bermanfaat, nama anda bakal tercatit dalam sejarah.

The Diva - Bintang Cantik Mok Bang

Berkata soal Mok Bang ini, ada seorang bintang telah dilahirkan menerusinya. Dikenali sebagai The Diva, wanita ini boleh memproleh pendapatan ribuan dollar hanya untuk membuat rakaman Mok Bang yang dilakukannya. Rakaman itu kemudian dimuat naik ke internet untuk dilihat ribuan, malah jutaan orang.


The Diva dilaporkan berbelanja sehingga puluh ribu ringgit hanya untuk membeli stok makanan dalam sebulan, dan dia boleh makan 30 biji telur goreng dan sekotak kaki ketam dalam satu-satu masa. Heh ... siapa yang tak mahu tengok seorang wanita cantik yang makan sebegitu banyak tetapi masih kekal slim dan menawan .. hehhehee...

Dia juga terkenal daripada yang lain dalam trend Mok Bang adalah disebabkan caranya yang berkomunikasi dengan penonton, dan bukan hanya merakamkan aksi kosong dia menjamu hidangan makan malam. Adakala dia bertanya dan menjawab soalan, ada kala dia menceritakan sesuatu terutama mengenai makanan yang sedang dipaparkan dan banyak lagi.

Jadi macamana pendapat anda mengenai Mok Bang ini? Agak-agak nanti trend ini akan melanda Malaysia ke?

Kredit: Kotaku

2 comments.. read them below or add one

Violet Sofia Violet Sofia December 23, 2013
Tahu takpe. -.-'
http://violetsofia.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.