Tips Untuk Beli Barang Murah Secara Online

Wife saya baru sahaja mendapatkan produk dengan harga murah yang dibeli secara online. Alhamdulillah, memang puas hati dengan produk yang telah dibeli. Ini bukan pertama kali isteri mahupun saya membeli secara online. Dah banyak kali dah kami beli, dan kami tidak beli daripada laman-laman web yang dah established, tapi kami beli dari Facebook dan dari blog-blog niaga biasa. Yang bestnya, kami dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa atau dari kedai-kedai hakiki yang ada.

Peniaga Online Menipu Pelanggan

Ramai yang merungut bahawa terdapat peniaga online ini yang menipu pelanggan-pelanggan. Memang tidak disangkal, malah dalam laman-laman online yang terkenal seperti Mudah.my, Lelong.com.my dan sebagainya memang ada 'ahli-ahli berdaftar' yang buat onar seperti itu. Produk dah dibayar, tapi tak sampai-sampai.

Itu kes paling buruk, kes-kes kecil lain seperti barang dijanji tidak sampai pada waktu sepatutnya, barang sampai kurang kualiti, produk diberi tidak seperti diiklankan dan macam-macam lagi juga turut berlaku. Bukan satu dua kes, banyak sebenarnya.

Barang Online Selalunya Murah

Jadi, entri kali ini, saya nak kongsikan tips untuk beli barang mudah secara online. Murah? Ye, murah sebab saya tahu ramai yang suka beli barang online sebab ianya memberikan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa yang kita nampak.

Contohnya, macam Iron Steam yang isteri saya beli seperti gambar di bawah ini. Jenama Phillips. Harganya adalah separuh dari harga jualan biasa. Dan harga jualan biasa bagi produk sama ialah lebih daripada RM1500 seunit! Dah la tu, beli dari luar negara pula tu, dan boleh dibayar secara ansuran. Berbaloi tak?
Tips Untuk Beli Barang Murah Secara Online

Tips Beli Barang Murah Secara Online

Tips Beli dari Blog Niaga atau Blogshop

  • Jika mahu membeli dari blog niaga atau blogshop, pastikan anda dah blogwalking ke blog-blog tersebut untuk membuat perbandingan harga bagi produk yang sama.
  • Pastikan blog-blog niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan.
  • Lihat tarikh post setiap entri berkaitan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang dah berkurun lama.
  • Bookmark blog tersebut di pelayar internet anda untuk rujukan kemudian hari. Ini juga bantu anda untuk mendapatkan produk dengan lebih murah dan buat perbandingan dengan lebih baik.
  • Hubungi pemilik blog niaga tersebut untuk bina keyakinan dan kepercayaan. Cara ini juga akan bantu anda untuk dapatkan harga diskaun dari blog tersebut.
  • Jika pemilik blog ada Facebook peribadi atau Google Profile, add sebagai rakan.
  • Langgan newsletter blog niaga tersebut untuk terus mendapatkan entri terbaru mengenai produk yang dijual. Selalunya harga awal produk adalah lebih murah.

Tips Beli dari Facebook

  • Beli dari Facebook yang anda lihat ramai yang LIKE dan ada butiran mengenai pemilik atau peniaga tersebut.
  • Lihat post-post dalam Facebook tersebut, kadangkala ada post yang boleh anda dapatkan harga produk dengan harga jimat.
  • Jika ada kontest atau giveaway, turut serta dengan aktif. Ini membina hubungan antara anda dengan pemilik Facebook tersebut.
  • Seperti juga blog, anda perlu pergi ke beberapa page Facebook lain untuk bandingkan harga produk.
  • Catitkan alamat, email atau nombor telefon pemilik atau peniaga Facebook tersebut.
  • Lihat butiran setiap gambar produk yang disediakan, jika ada diberikan, berikan keutamaan, jangan beli daripada peniaga Facebook yang tidak berikan butiran produk seperti harga, cara bayaran, cara pos dan sebagainya.

Tips Beli Barang Murah Secara Online secara Am

Secara amnya pula, untuk membeli secara online, anda perlu kenalpasti siapa yang menjual. Adakah dia seorang penjual yang dihormati dan diyakini? Lihat pada komen-komen atau review yang ditinggalkan (jika ada).

Saya harap tips ini dapat membantu membeli apa yang ada inginkan secara online, serta mengelakkan dari kena tipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oh ya, lagi satu .. belilah produk hasil recommendation daripada mereka yang sudah membeli atau yang ada buat review mengenainya. :)

{ 17 comments.. read them below or add one }

Puan Gojes Puan Gojes December 30, 2013
Terima kasih berkongsi info uncle HH. PG memang tgh mencari blogshop yg jual murah tau :)
iu-hazirah iu-hazirah December 30, 2013
saya jrang bli on9, sbb lebih suke tengok brg dpn mata
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess December 30, 2013
beli barang online memang murah dari kedai..yang penting survey bgs2 dulu.. :)
Sukmawati Haron Sukmawati Haron December 30, 2013
Saya beli online brg yg belum jual di kawasan saya...yang pastinya ia berbaloi
anyss anyss December 30, 2013
Assalamualaikum,
Saya beli online untuk produk yang susah nak dapat di pasaran sahaja. Ataupun, barang yang tak begitu mahal. Kalau berlaku penipuan pun, tak rasa ralat sangat walaupun semua orang tak nak kena tipu.

Serius, tips dalam entri ni sangat membantu.
Zu Far Zu Far December 30, 2013
beli barang online memang berbaloi kalau kena cara..tambah2 time hujung tahun ni mmg banyak sale dan promosi...
Cheq Eem Cheq Eem December 30, 2013
tak suka shopping online... lebih suka pegang, lihat dan cuba.. (tipikal sgt... hehe.. ) tapi ada juga brg yg dibeli secara online... cuma tak selalu...
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah December 31, 2013
cn selalu beli barang online, blogshop best untuk barang baby adalah fabulousmom, regular customer dekat situ...hehe
Mustaffa Yasin Mustaffa Yasin December 31, 2013
boleh search nama/emel penjual di google.. senang nak detect kalau ada bad review dari pembeli..
cahaya nur cahaya nur December 31, 2013
tips yg berguna..tq :-)
MAT NOR MAT NOR December 31, 2013
Wife saya pun biasa beli brg online tapi dia akan baca review dan comment dari buyer. Ada jugak yg dia beli direct dari overseas like Korea dan Singapore. Alhamdulillah barang sampai dengan selamat
Muhamad Wafi Remli Muhamad Wafi Remli January 01, 2014
Saya hanya bli barang online dari syarikat-syarikat berdaftar seperti lazada dan beberapa kedai di lelong.com.my yang ada physical store. Setakat ni alhamdulillah baik.
Raudzah Z Raudzah Z January 02, 2014
Beli online ni memudahkan...cuma so far kita lebih prefer real buying..tengok try and beli kalau puas hati...
WAFA'S WEAR WAFA'S WEAR July 07, 2014
This comment has been removed by the author.
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail September 23, 2014
muja pernah kena tipu masa nak beli hp dulu.. serik giler.. ratusan kot.. sobssss

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.