Dan tak sangka percubaan saya memang berjaya. Saya ingat ia satu kebetulan, tetapi saya buktikan menerusi dua entri yang baru-baru ini saya terbitkan. Dua-dua entri tersebut berjaya mendapat lebih daripada ribuan facebook likes tanpa saya sangka!
3 Tips Menulis Entri Yang Mendapat Ribuan Facebook Likes
Lihat dua entri saya yang berjaya mendapat ribuan facebook likes ini ...Tiada trik, tiada penggunaan software bagai. Apa yang saya buat ialah menulis entri tersebut ikut sesedap rasa dan kemudian kongsikan di Facebook. Dan perkongsian saya itu telah membuahkan hasil. Serius berbaloi.
Entri ini akan mendedahkan teknik dan cara saya sehingga membolehkan dua entri saya mendapat lebih daripada 3000 likes menerusi Facebook. Anda boleh praktikkan cara ini, namun saya nasihatkan anda ... tak semestinya dua tiga kali buat cara ini anda akan berjaya ya ... banyak aspek lain diambil-kira, tetapi saya kongsikan mana yang ada di ingatan dan berdasarkan pengalaman sebenar saya.
Tips 1 - Pendapat Ikhas dan Bernas Anda
Tulis entri berkaitan pendapat. Selalunya pendapat ini ada dua kategori, satu untuk memuji, satu lagi untuk menghentam ... tapi, saya lebih suka buat entri berdasarkan pendapat ikhlas. Dan untuk memberikan impak, lihat isu, cerita, serta berita terhangat yang sedang diperkatakan. Pertuturkan pendapat anda seikhlas mungkin berdasarkan apa yang difikirkan betul dan benar. Jangan terlalu bercerita soal isu, tetapi bercerita tentang apa yang anda fikirkan, fakta-fakta anda, bukti-bukti anda, pengalaman-pengalaman anda.Tips 2 - Berikan Jawapan Kepada Masalah Ramai
Tulis entri berkaitan informasi yang boleh memberikan jawapan kepada masalah orang lain. Bermaksud anda berikan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya nampak banyak blog hebat yang kongsikan informasi seperti tips, tutorial berjaya mendapat facebook like kerana entri-entri yang disediakan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk lebih cepat mendapat perhatian, saya syorkan anda melihat permasalahan sekeliling ... apa yang sering orang ramai rungutkan. Sebagai contoh, servis Maxis, servis Astro kurang memuaskan, dan anda cuba selesaikan ikut cara anda, kongsikan pengalaman anda itu dan berikan penyelesaian kepada orang lain untuk hadapi masalah itu.Tips 3 - Mudahkan Orang Lain Mengetahui Mengenainya
Tulis entri yang memudahkan orang lain mengetahuinya. Contohnya macam anda pergi ke laman web organisasi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan .... dalam laman web itu ada banyak informasi berguna yang boleh anda kongsikan. Cuba cari mana-mana bahagian penting yang nampak susah nak akses, tetapi anda buat satu entri mengenai bahagian tersebut. Hmm macam inilah, dalam laman web Kementerian Pendidikan, ada portal untuk semak keputusan peperiksaan sekolah, maka anda ambil butiran bahagian tersebut dan jadikan entri anda. Buat menggunakan bahasa anda sendiri, dan kalau boleh ... anda tunjukkan cara dan kaedah berdasarkan pengalaman anda sendiri menggunakannya.Ok. Saya fikir cukuplah 3 tips ini yang dapat saya berikan. In Sha Allah, lain kali jika termuncul dalam kepala otak saya lagi ... akan saya kongsikan kepada anda.
Teruskan singgah hari-hari dan godeklah segala ilmu blogging yang telah saya kongsi dan serah kepada anda untuk dipraktikkan. In Sha Allah, anda akan berjaya buat.
p.s: Entri ini republish
Itu adalah antara tips yang baik..Selamat Mencuba.
BalasPadamSemoga bermanfaat buat semua
Padamgreat sharing
BalasPadamterima kasih
BalasPadamterima kasih diatas info ini tuan...
BalasPadamSama-sama
PadamTerima kasih
BalasPadamterbaik la bro HH.. Nanti nak try
BalasPadamterima kasih :)
terima kasih Bro HH
BalasPadamterima kasih tuan HH atas tips
BalasPadammenarik ni..boleh cuba...
BalasPadamterima kasih..tips yang sangat berguna..teknik ini saya cuba pada entri yang saya tulis..tp mungkin blog saya masih belum dikenali..sebab itu masih kurang like...tak mengapa..usaha tangga kejayaan..dari www.tepakku.com
BalasPadamT kasih diatas perkongsian tips HH.. :)
BalasPadamThanks Bro HH sangat2... Tips yg sangat berguna.. Sebab LeYa nak naikkan kembali blog LeYa yg dah lama menyepi ni
BalasPadamPawa tu... ribu riban punya engagement.
BalasPadamya betul, entri macam tu la yang orang duk cari..bukan entri macam majalah..ahaha
BalasPadamperkongsian yang amat baik sekali..
BalasPadamJarang sekali penulis yang sudi berkongsi ilmu seperti ini..
Posting terbaru AM
5 bahaya MSG kepada badan manusia
Ikhlas Dari
Along Misuari
memang benar sekali ... tips tips seperti itulah yang banyak dicari di FB
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.