Seni menulis entri blog ada banyak. Dan ia bergantung pula pada tujuan entri itu ditulis. Ada yang hanya menulis tanpa ada apa-apa tujuan. Selalunya entri ini adalah entri 'kosong' - seolah bualan kosong seharian sahaja. Ada pula yang menulis kerana mahu menyampaikan sesuatu yang boleh dijadikan panduan pada orang lain. Ada juga blogger yang menulis kerana mahu memperoleh income menerusinya.

Tips Menulis Entri Dicari Orang

Tips Blogging - Tips Menulis Entri Dicari Orang

Dalam entri ini, saya nak kongsi bagaimana nak tulis entri yang dicari orang. Bila disebut perkataan dicari, maka pendekatan SEO menjadi antara salah satu peranan. Walaubagaimanapun, saya nak alih perhatian anda daripada SEO, sebab dalam bab SEO ini; penekanan diberikan lebih untuk 'pikat' robot carian ... dan bab pencarian manusia masuk dalam peringkat kedua. Jadinya, saya ingin kongsi bukan soal SEO, tetapi lebih kepada cara kita menulis untuk memikat mata manusia terhadap tajuk entri kita tulis.

Naluri manusia adalah bersifat ingin tahu. Jadi, anda perlu manipulasi sifat ingin tahu yang ada pada manusia ini bagi menghasilkan entri yang bermanfaat dan menjadi penyelesai masalah orang lain. Anda perlu menulis sesuatu dengan tajuk yang boleh menunjukkan jalan untuk mencari jawapan.

Contohnya, anda dapat tahu ramai orang ingin tahu kedudukan pingat yang diperoleh oleh Malaysia dalam sukan SEA, maka anda boleh buat entri dengan tajuk-tajuk berikut:
  • Senarai Pingat Malaysia Sukan SEA
  • Jumlah Pingat Dimenangi Malaysia Sukan SEA
  • SEA Games - Pingat Malaysia Menang
  • Malaysia Menang 48 Emas Sukan SEA

Lihat pula contoh lain ini, ramai orang mahu tahu cara untuk hilangkan jerawat di muka; maka tulis satu entri penyelesaian masalah dengan cara-cara berikut:
  • Hilang Jerawat Guna Belacan
  • Cara Jerawat Dihilangkan Dengan Mudah
  • Tips Untuk Hilangkan Jerawat di Wajah

Atau boleh ditulis dalam bentuk persoalan
  • Bagaimana Nak Hilangkan Jerawat di Wajah?
  • Ada Jerawat di Muka?
  • Adakah Anda Bermasalah Jerawat?

Atau guna teknik nombor seperti contoh ini.
  • 3 Cara Mudah Hilang Jerawat
  • 10 Petua Lama Menghilangkan Jerawat

Dan banyak lagi kaedah yang boleh anda tulis bagi memikat orang klik tajuk entri dan membacanya dari awal sampai habis.

Saya pernah berikan panduan penggunaan perkataan-perkataan 'ajaib' yang boleh secara psikologi mendesak orang untuk baca apa yang anda tulis - cuba cari nanti. Dengan guna perkataan tertentu, dan ayat yang memberikan jawapan kepada persoalan; in Sha Allah ... entri blog anda akan dibaca hasil dan dicari orang.

31 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tqvm HH..sememangnya pilihan tajuk entry memang memag mempengaruhi carian. Kena fikir perktaan yang sesuai untuk kita sebagai pembaca blog!!!

    BalasPadam
  2. wah terbaiklah tuan,,,harap ada sambungan lagin tentang bab ini

    BalasPadam
  3. baikk punye tips.. terima kasih HH..! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lega saya baca komen-komen yang diberikan. moga nanti dapatlah kiranya ada yang share post ini supaya lebih ramai dapat manfaat.

      Padam
  4. terima kasih diatas tips ini tuan.. ;-)

    BalasPadam
  5. wow....simple je tp power tips ni....ramai penulis mengabaikan teknik ni yg sebenarnya powerful....thanks for the tips....

    BalasPadam
  6. good tips tuan..sangat bermanfaat. terima kasih.

    BalasPadam
  7. tq for sharing HH.. lately nie rasa buntu sangat nak buat tajuk yg mesra SEO.... tp sekarang dh dapat idea balik.. :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas tips ini. Saya berpendapat tajuk yang memikat juga mesti seiring dengan kandungan blog. Sekurang-sekurangnya dari pengalaman sendiri atau dari sumber yang ada kredibiliti. Menulis juga perlukan kejujuran. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Mesti selari dengan tajuk. Elakkan sikap yang memperdayakan pengunjung dengan tajuk yang tidak tepati kandungan blog.

      Padam
  9. Good sharing, CN suka guna teknik nombor, hehe

    BalasPadam
  10. terbaik bro..gua mmg sedang nak asah balik otak gua tuk menulis ni

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Terima kasih, moga lebih manfaat dapat diberikan kepada rakan-rakan blogger.

      Padam
  12. nak kena cari tips passl jerawat ni . thanks abg HH =)

    BalasPadam
  13. salam bro..

    tolong sikit boleh? tau tak apa masalah search enjin yg ade pd blog (blogspot) kalo setiap kali ditaip yg kita search dlm blog tu, tp apa yg dicari tak keluar? blog saya ada masalah ni.. tau tak mcmana nk selesaikan?

    BalasPadam
  14. setuju dengan entri ini.gunakan soalan "kenapa" juga sesuai..atau berikan sebab..hehe..( ini berdasarkan bacaan sayalah..).terima kasih HH:)

    BalasPadam
  15. tips yg sangat berguna..tq sharing!

    BalasPadam
  16. terima kasih atas perkongsian tips blogging yang berguna ni. tertarik nak tahu tentang perkataan "ajaib" untuk mendesak psikologi pembaca tu. apa ye tajuk entrinya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement