18 Disember 2013

Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Memang sukar menjadi blogger sepenuh masa, kerana apa? Kerana apabila anda mahukan blog anda terus bertahan, perlu pastikan blog dikemaskini dengan baik. Pengunjung sering mahukan sesuatu yang baru, jadi menjadi blogger sepenuh masa mesti cekap akal bagi memastikan entri yang dihasilkan terus relevan dengan blog.

Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Ada blogger yang telah berjaya dengan jenama blog sendiri. Mereka itu blogger cekal dalam mengharungi cabaran dalam dunia blog. Sebut sahaja nama blogger Ben Ashaari, Kujie, Anarm, Denaihati, Broframestone, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Redmummy, Nisa Kay, Mat Gebu, Mialiana, Melastik Bintang dan ramai lagi ... akan ada yang terus terbayang entri-entri penghasilan blogger tersebut. Malah, ada yang terus ingat rekabentuk, header blog tersebut tanpa perlu pun berada di depan komputer.

Kejayaan seorang blogger memang sukar diukur, hatta dengan mempunyai piala dan award.

Blogger sepenuh masa perlu yakin akan kemampuan diri sendiri, dan sentiasa memikirkan apa yang perlu dipersembahkan dalam blog mereka. Paling tidak, seminggu dunia blog Malaysia perlu ada 3-4 entri yang diterbitkan.
Sukarnya Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Blogger ini bukan hanya terikat kepada pembaca dan pengunjung setia blog mereka, tetapi terikat kepada pengiklan (jika ada) bagi memastikan pengiklan mendapat manfaat sepatutnya. Malah, blogger penuh masa perlu sentiasa alert dengan persekitaran dan isu semasa yang ada kaitan dengan blog.

Menjadikan blog sentiasa relevan memang payah, apatah lagi apabila blog sudah dikenali sebagai sebuah blog yang sentiasa memberikan yang terbaik. Trafik juga menjadi satu perkara yang perlu dititik-beratkan. Tanpa trafik, blogger sepenuh masa sukar nak cari makan.

Jadi, jangan terkejut andai seorang blogger sepenuh masa perlu bekerja keras bagi memastikan trafik blog sentiasa mengujakan, bukan sahaja kepada pemilik blog tetapi juga pengunjung, pembaca dan bakal pengiklan.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

16 Komen

memg kena bertahan..susah....kerja tetap ada...blog ada..lg susah..

Bukan senang. tapi kalau ada usaha dan yakin untuk maju, insyaAllah

Memang kena bertahan kalau tak soru miss

Assalammualaikum...bro HH,

memang tidak dapat dinafikan bahawa blogger separuh masa mencabar..

mselim3

yup tanggungjawab lebih besar kerana Blog adalah sumber pendapatan mereka...sama seperti bekerja...

memang bukan senang nak jadi blogger sepenuh masa. alangkan kami yang separuh masa ni pun payah nak maintain. tapi saya percaya dengan semangat yang kuat In Shaa Allah semua tu akan jadi kenyataan

Semangat tu yang kadangkala terkakis

In Sha Allah, amin ...moga diperkenankan.

hmm. betul. minat nak jadi blogger tapi kalau minda tak banyak idea nk cerap susah jugak, mcm sy. hehe.

nak berjaya kerja mana pun kena bertahan dan ada alternatif untuk membuah kan hasil...

contoh klasik, nak berkebun pun kena gembur tanah dulu, lepas tu kena rajin letak baja dan semai.. barulah cantik hasilnya...

kie pun baru sebulan setengah fokus jadi blogger... sebelum ni pun blogger cliche.

entri mesti ori,bkn C&P..:)

Yg separuh masa pun kdg2 susah

blogger sepenuh masa mmg mencabar! CN cuba jadi blogger sepenuh masa bila cuti skolah jer..hehe

kekadang tentu HH stress sebab nak perah idea.....

sepenuh masa pun ada cabaran, separuh masa pun ada cabaran
yang penting, semangat yang berterusan.. InshaAllah

Sebut sahaja nama... Hasrul Hassan...akan ada yang terus terbayang entri-entri penghasilan blogger tersebut.


EmoticonEmoticon