Ya, siapa yang menjadi mentor anda dalam dunia blog ini? Mentor ini pembimbing .... bukan cikgu, bukan idola. Mentor tak suap, tapi menyediakan benda yang nak disuap. Mentor ini boleh tua, boleh muda, boleh lama ... boleh juga baru. Siapa mentor anda? Tak ada? Jadi carilah mentor.

Tabik Spring Para Mereka Yang Menjadi Mentor

Saya tabik pada blogger yang telah punyai mantee, iaitu sanggup menjadi mentor kepada blogger lain. Saya tabik pada blogger yang telah berjaya bawa rakan blogger lain berjaya. Saya hormat rakan blogger yang bantu curah ilmu kepada rakan blogger yang lain. Saya tabik bukan sebarang tabik, saya tabik spring kepada mereka. Kerana apa? Sebab bukan mudah mahu melentur batang kelapa yang dah mendongak ke langit.

Saya pernah ajar orang buat blog. Dan orang ini memang zero pengetahuan mengenai blog, mengenai internet, mengenai komputer. Ditunjuk seribu kali, tak boleh-boleh. Saya tension. Saya tidak boleh tunjuk ajar orang, apatah lagi menjadi guru.

Mak saya pernah suruh saya jadi cikgu sekolah. Saya tolak. Saya kata saya tidak boleh mengajar orang, nanti saya akan jadi kurang ajar.

Carilah Mentor Raih Kejayaan Sebagai Blogger

Dalam dunia blog, ramai blogger berkaliber. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Ada yang telahpun jadi pakar, malah ada yang boleh dijadikan ikon niche blog tertentu. Mereka ini patut dicontohi, patut diikuti. Ilmu mereka berharga, pengalaman mereka bak mutiara.

Siapa blogger yang boleh anda jadikan mentor anda? Cari dan dapatkan ilmu daripada mereka. Jangan segan dan silu, sebab kejayaan tak akan hadir kalau usaha dengan membuta tuli.

Dan bagi saya, ramai rakan blogger yang menjadi mentor saya. Siapa mereka?

Andalah mentor saya, mengajar saya untuk perbaiki setiap isi perkataan yang ada dalam blog ini. Kalau bukan anda yang menegur, kalau bukan anda yang berikan komen; pasti otak saya akan lembab dan sembab bersama idea lapok yang ntah apa-apa.

Terima kasih kerana sudi menjadi mentor kepada saya sebagai seorang blogger.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

14 Komen

HH jadi mentor kepada ramai blogger di luar sana..keep it up

Reply

HH adalah mentor dan penguat semangat blogger seperti saya untuk terus berblogging...Terima kasih!

Reply

Assalam
Tuan HH lah mentor saya. Ya , no dout

Reply

Tuan OH mentor saya.....Terima kasih daun keladi.

Reply

Mentor saya dulu melromeo..sekarang sudah tidak aktif berblog...

Reply

saya pun tak boleh jadi cikgu....nanti saya telan semua....hihi

Reply

Blog HH ni antara my reference Blog, kira Blog Mentor lah. Banyak yang kita belajar dari sini. Tq HH. Semoga tak jemu berkongsi ilmu dengan kami semua..

Reply

ana banyak belajar dari saudara HH..terima kasih dan boleh jadi mentor ana..dalam dunia blog ini...

Reply

Hehehe, siapa ye mentor sy... Entahla... May be AMANZ kot -_-

Reply

HH juga adalah mentor saya.. T kasih.. :)

Reply

Salah seorang daripada mentor saya adalah HH. Banyak ilmu yang saya dapat dari peulisan HH.

Reply

You are my blogging mentor, tuan.. :)

Reply

Penulisan tuan sedap dibaca dan mudah dicerna...terima kasih kerana menjadi blogger mentor walaupun mungkin di luar sedar. Terima kasih ;)

Reply

Mentor?... of course la HH.. kalau tak mesti Tuan tak selalu nampak muka ni jer singgah kat blog Tuan... hahahaa...
tapi ikhlas saya memang suka dengan tips-tips yang Tuan kongsikan... sangat ringkas dan mudah difahami... maklumlah, bab-bab blogging ni saya masih ibarat menjolok cempedak di luar pagar... :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.