Rahsia Raih Income Menerusi Banner Iklan Nuffnang

Masih lagi yang nampak kehampaan mengapa income Nuffnang tak naik-naik. Apa yang sebenarnya perlu dibuat bagi membolehkan income tersebut naik? Apakah rahsia bagi membolehkan blog menerima income menerusi platform pengiklanan Nuffnang?
Rahsia raih income menerusi banner iklan nuffnang

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dedahkan rahsia dan tips berkaitan pengiklanan Nuffnang; dah banyak kali, tapi mungkin ada yang tak perasan, maka saya ceritakan sekali lagi.

Ikuti langkah-langkah ini, dan anda mesti sabar serta konsisten. Elakkan diri dari putus asa, kerana Nuffnang ini mementingkan kesetiaan. Saya sendiri dalam blog lain, walaupun tak aktif, tetapi blog tersebut dapat juga CPUV ... cam heran je cam pelik je .. hehehehe... tapi itulah, inilah rahsia yang ingin saya beritahu.

Perletakkan kod-kod HTML iklan Nuffnang perlu ikut apa yang mereka sarankan. Jangan buat pop-up, jangan buat sliding ads. Letakkan iklan mereka seperti yang telah diberitahu, iaitu di atas, atas, bawah atau sebelah header blog - janji ia sebelah atas blog anda. Ia adalah untuk iklan banner saiz 728 x 90. Kalau iklan sidebar, yang pendek tu .. ada perlu letak di bahagian atas sebelah sidebar blog. Untuk iklan kekotak 300 x 250 pula, seeloknya seperti dicadang adalah diletakkan di bawah entri atau berada di antara dua entri.

Heh .. dah baca, nampaknya ia bukan satu rahsia pun tetapi dah jelas-jelas dinyatakan dalam Nuffnang, cuma mungkin kita ni je yang segan-segan dan sipu-sipu nak ikut, al maklumlah nak bagi blog nampak cun cantik.

Cun cantik menarik boleh, tapi biarlah blog itu praktikal. Anda letak banner hanya sekadar nak bagi free iklan pada pengiklan dalam Nuffnang, maka agak rugilah. Biar letak iklan Nuffnang sampai dapat dan raih pendapatan menerusinya.

Dulu, saya ada kata, iklan ni saya anggap macam perhiasan blog je, tapi kini .. bila anda seorang blogger yang jadikan blog sebagai sumber pendapatan samada pendapatan utama mahupun sampingan, perkara-perkara macam ni perlu anda ambil penting ehh ...


{ 23 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy December 11, 2013
alhamdulillah..takat nie Nuffnang adalah terbaik bagi saya... :)
Nadia Dscarnia Nadia Dscarnia December 11, 2013
Huhuu rasanya nuffnang laa paling konsisten berbanding yg lain.. cuma tu laa lamanya nak tunggu dia cukup utk cashout :(
adi junaidi adi junaidi December 11, 2013
Bertambah ilmu walaupun tak pernah letak mana-mana iklan lagi dalam blog saya, target untuk perbaiki blog dan naikkan visitor
Sukma Haron Sukma Haron December 11, 2013
nice tip...kena rajin hantar tiket kat nuffnang....
Mar Mansor Mar Mansor December 11, 2013
oo..dah follow..tak tau mana silapnye..
Yumida Huda Yumida Huda December 11, 2013
aah rahsia sebenar utk dptkan tawaran iklan cpuv
klo kita x patuhi syarat ditetapkan, advertiser x berminat utk pilih blog kita
so, pihak nuff lg sukar nak kasi kita merasa cpuv
perkongsian yang bermanfaat
Invisible Me Invisible Me December 11, 2013
Alhamdulillah. Terima kasih perkongsian..
Fizi Zaidi Fizi Zaidi December 11, 2013
itu lah masih berusaha kearah penambahbaikan iklan dlm blog ..thank's utk tip ini bro :)
Erza Japar Erza Japar December 11, 2013
sy dh fllw sume..dh lame pun tp smpai skung xde pun cpuv..xtau mane silap..tiket pun ade hantar gak...huuhuhu
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal December 11, 2013
Assalammualaikum..bro HH,

Insaallah kena ikut tips yg diberikan jika hendak berjaya dengan Nuff...

mselim3
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 11, 2013
CPUV berkaitan dengan pengiklan dan bukan Nuffnang, jadi kalau nak dapat CPUV .. cuba lihat pengiklan2 yang ada dalam Nuffnang tu .. cuba pikat mereka dengan buat entri percuma mengenai mereka ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 11, 2013
Sabar. Anda bukan seorang sahaja yang sedang menunggu masa untuk diberikan CPUV, tumpukan kepada pengisian blog, selalunya CPUV diberikan kepada blog yang ada berikan sesuatu baik utk mereka mahupun pengunjung blog.
Asha Lya Asha Lya December 11, 2013
trima kasih atas info sgt berguna..kita dah ikut smua step yg nuffnang bagi...tpi tak selalu dpt cpuv..inshaalah t kita cuba buat entri tntg iklan d cpuv
Alin Amiera Alin Amiera December 11, 2013
Salam.t.kaseh tunjuk ajar en.sifu : )
Khir Khalid Khir Khalid December 12, 2013
T kasih HH diatas perkongsian tips ini.. :)
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad December 12, 2013
Betul tu, kena setia dgn nuffnang ni. Than jgn putus asa. Mcm sy, tak sampai setahun betul2 berblogging yg asalnya sambil2an je, skrg ni agak lumayan jugala bagi blogger baru nak naik mcm sy ni... Wah... blog sifu makin kemas la...
Khairul Amizi Yaacob Khairul Amizi Yaacob December 13, 2013
alhamdulillah,ok la dari x ade.
cikserai cikserai December 16, 2013
HH, camane pulak kalau yang buat floating ads untuk nuffnang?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 17, 2013
Itu atas inisiatif sendiri, setakat ini tiada halangan dari pihak Nuffnang, jadi kesimpulannya ia dibolehkan. Namun, dari segi pengalaman pengunjung yang hadir, ia agak kurang menyenangkan buat mreka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 17, 2013
Terima kasih Alin sebb sudi baca blog ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 17, 2013
Nuffnang pentingkan kesetiaan. Jadi pegang itu je.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.