Pilih Pembaca Blog Melalui Tajuk Entri

Adakah anda mahu blog anda mempunyai pembaca setia sendiri? Kalau ya, anda patut ikuti tips yang akan saya berikan, iaitu memilih pembaca blog anda. Mengapa perlu memilih pembaca blog? Pertamanya ialah untuk mendapatkan pembaca setia, keduanya ialah supaya blog anda dikenali dengan tema unik, ketiganya ialah membina kredibiliti anda sebagai seorang blogger yang tahu apa yang diceritakan.

Terang jelas tak mengapa blog perlu pilih pembacanya? Saya fikir tak perlu kot nak ulas lelebih pasal benda tu. Anda boleh fikir sendiri, dan buat kesimpulan akan kebenarannya.

Sekarang, mari lihat apakah tips yang boleh anda praktikkan untuk memilih pembaca blog.

Pilih Pembaca Blog Melalui Tajuk Entri

Anda perlu menulis entri yang berkaitan dengan pembaca, misalnya anda mahu menarik minat pembaca blog anda tersendiri dari kalangan ibu bapa, maka buat entri-entri berkaitan dengan keibubapaan dan kekeluargaan. Tajuk entri sangat penting di sini, letakkan pilihan pembaca anda terus dalam tajuk entri, contoh - 3 Tips Buat Ibubapa Dapat Anak Cerdik atau Bercuti Santai Ibubapa dan Anak.
Pilih Pembaca Blog Menerusi Tajuk - Tips pilih pembaca blog

Jika anda mahu pembaca remaja membaca blog anda dan menarik mereka menjadi pembaca setia, maka buatlah entri-entri berkaitan remaja. Seperti saya katakan tadi, terus masukkan kata kunci 'remaja' itu dalam tajuk entri anda. Contohnya - Tips Untuk Menjadi Remaja Solehah atau Bagaimana Kulit Muka Remaja Halus?

Dengan terus meletakkan sasaran pembaca di tajuk entri, anda akan menarik golongan yang diperkatakan itu, lalu terus mereka mungkin akan menjadi pembaca setia blog anda. Dengan syarat, anda mesti banyakkan entri-entri seumpamanya.

Ala .. macam anda nak beli majalah kat kedai; anda tentu akan tengok majalah yang ada kaitan dengan diri dan minat anda kan? Jika anda seorang remaja, anda akan cari majalah yang ada papar cover diri seorang remaja kacak dan cun, kemudian anda lihat 'menu' hadapan yang ada ... seperti tips untuk remaja, fesyen untuk remaja, kisah cinta dan sebagainya. Dan anda lihat, tajuk-tajuk rencana itu pasti akan selitkan kata kunci untuk menarik perhatian mata anda membacanya.

Pilih pembaca blog anda dengan tips meletakkan kata kunci atau pilihan pembaca anda di tajuk entri. Satu tip yang saya fikir sangat mudah untuk anda praktikkan.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Nurul Farahizzati Nurul Farahizzati December 01, 2013
Tak pernah terfikir pulak... but, so true.... :)
ctfand ctfand December 01, 2013
Sy akan cuba mantapkan entri & penulisan dgn tips ini. Thx HH!
Hairul Hafiz Hairul Hafiz December 01, 2013
Betul kena ada sasaran setakat ini kalau ada tips pasal anak saya buat entri
smbotak smbotak December 01, 2013
Tuan, macamana dengan blog yang temanya pelbagai? Apakah perlu juga memberi pengkhususan pembaca dalam setiap entri?
Khir Khalid Khir Khalid December 02, 2013
T kasih diatas perkongsian tips HH.. :)
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin December 02, 2013
terima kasih tuan. tips yang berguna!
Sukma Haron Sukma Haron December 02, 2013
nice tip...saya banyak buat tip mengenai tentera dan perajurit muda....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.