Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Rasanya ramai yang tertunggu akan pendaftaran dan permohonan untuk BR1M 4. Borang kini sudah boleh diisikan secara online atau dalam talian menerusi laman web Hasil milik LHDN. Anda boleh mengisi borang pendaftaran dan permohonan baru BR1M 4 ini di pautan berikut - E-BR1M

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 4

Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu pastikan syarat-syarat yang disertakan dipenuhi. Jika tidak, anda dikategorikan sebagai tidak layak untuk memohon.

Borang Permohonan Baru BR1M 2014

Borang Permohonan Baru BR1M 2014

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014

       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)  
•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Jika syarat tersebut telah dipenuhi, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan. Malah, bagi mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, boleh mengemaskini data berkaitan jika perlu.

Kepada mereka yang layak, anda akan menerima makluman seterusnya samada menerusi pos atau email atau dihubungi terus oleh pihak LHDN.

Daftar di sini - E-BR1M 2014

Untuk panduan mengisi borang BR1M 3.0 2014 Online ini, anda boleh muat turun panduan di sini - Panduan Isi Borang Online BR1M 3.0

Permohonan dibuka sehingga hujung Januari 2014. Dan pembayaran akan dilakukan mulai Februari 2014.


{ 12 comments.. read them below or add one }

Atomime DcWanda Atomime DcWanda December 23, 2013
Blogwalking Sahabat Blogger
Dkna Abza Dkna Abza December 23, 2013
dkna baru jer mohon bagi pihak mak :)
Mas Zull Mas Zull December 23, 2013
assalamualaikum hh...kena pi tengok lepas ni...:)
Hasrul Hassan II Hasrul Hassan II December 23, 2013
Hmmm jadi akan dapat lagi tahun 2014.
Danini Soffi Danini Soffi December 23, 2013
Saya dah share kat blog saya jugak. Semoga memberi manafaat kepada orang lain yang memerlukan.

http://safe-and-green.blogspot.com/2013/12/permohonan-br1m-2014-secara-online.html?m=1
Khir Khalid Khir Khalid December 24, 2013
Mudah2an membantu kpd yg layak, in shaa Allah..
Budi Prisma Sdn Bhd Budi Prisma Sdn Bhd February 04, 2014
macamana nk tau lulus ke tak permohonan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 04, 2014
Sudah disertakan di atas tu ...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.