Langkau ke kandungan utama

Nombor Telefon Penting Banjir Terengganu

Dukacita kepada musibah yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, terutama di Terengganu, yang dianggap sebagai terburuk setakat ini. Saya menyaksikan beberapa gambar yang dikongsi oleh rakan dan kenalan, dan ternyata banjir kali ini terburuk yang pernah berlaku buat negeri-negeri terlibat.

Saya difahamkan negeri Terengganu dan Pahang yang paling teruk. Malah, ada rungutan dari pelbagai mangsa yang terlibat mengenai kesukaran yang mereka hadapi.
banjir di kemaman terengganu 2013
Buat kita yang tidak terlibat secara langsung ini, carilah jalan untuk bantu mereka; dan kalau boleh jangan menjadikan situasi yang sedang berlaku menjadi lebih buruk sudahlah. Berdoa dan berikan sokongan moral untuk mereka hadapi musibah yang melanda. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Dan saya, kongsikan beberapa nombor talian penting khususnya untuk mangsa banjir di Pahang, moga apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak boleh berikan sesuatu kepada mereka yang terbabit, samada langsung mahupun tidak langsung.
banjir di kemaman terengganu 2013

Nombor Telefon Penting Banjir Terengganu

  • BILIK GERAKAN BENCANA NEGERI 09-6316021
  • BILIK GERAKAN JKM 09-6224022
  • BILIK GERAKAN JKR 09-6274277
  • STESEN METEOROLOGI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD 09-6664743
  • BILIK GERAKAN JPS 09-6224072
  • PUSAT KAWALAN KONTINJEN IPK KUALA TERENGGANU 09-6270499
  • BILIK GERAKAN BOMBA DAN PENYELAMAT 09-6234444
  • BATALION 18 RAMD (WAKTU PEJABAT) 09-6664233 ext 223 09-6664233 ext 226
  • BILIK GERAKAN JPAM 09-6668246 09-6666492
  • BILIK GERAKAN JPJ 09-6222023
  • BILIK OPERASI TNB 09-6267348
Untuk kemaskini atau maklumat terbaru mengenai banjir di Terengganu, boleh juga semak di laman web ini - http://etindakan.terengganu.gov.my/

Kredit Foto: TeganuKita



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...semoga mereka yang terlibat dengan musibah ini tabah dan cekal menghadapi dugaan...dari www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…