Majlis Walimah Tarikh Bertindan

Serba salah kalau jadi begini. Walimah banyak, kalau ikut hukum, wajib hadir tu. Biasalah apabila musim cuti sekolah, kenduri kahwin ada di mana-mana, dan saya pun tidak terkecuali mendapat beberapa jemputan dalam cuti sekolah. Tapi, yang jadi serba salah lebih sedikit adalah apabila majlis walimah tarikh bertindan sesama sendiri, sedara mara pula tu. Uhh memang payah nak buat keputusan.

Majlis Walimah Tarikh Bertindan

Situasi serba salah akan berlaku jika; saudara mara sebelah saya ada majlis sama dengan saudara mara sebelah isteri. Kalau ikutkan pangkat dalam kekeluargaan, memanglah kena lebihkan pada saya sebagai suami. Tetapi, atas dasar seorang suami yang melihat hubungan keduanya perlu dijaga, maka mesti usaha lakukan sesuatu agar hati dua pihak tidak terguris.

'Anak Buah' Mendirikan Rumahtangga, Jauh di Terengganu Maka Hadir Majlis Sebelah Perempuan di Perak


Lagi-lagi zaman sekarang yang sangat mudah fitnah berleluasa, kalau silap caturan, mungkin sampai terbibitkan dendam kesumat. Oh tanak jadi begitu.

Tips Pilih Hadir Majlis Walimah

Jadi, selalunya andai ada majlis 'berprofil' tinggi terbabit, saya dan isteri akan lihat .... walimah itu babitkan siapa. Jika pertaliannya agak jauh, maka bolehlah diletakkan dalam senarai terkebawah. Andai pangkat keluarga yang buat walimah tu lebih tinggi, maka jadilah ia walimah yang perlu hadir.

Contohnya, cucu saudara bernikah sebelah saya, dibandingkan dengan sepupu sebelah isteri - maka saya akan jadikan hadir majlis perkahwinan sebelah sepupu sebagai keutamaan.

Contoh lain, jika anak saudara sebelah isteri bernikah, dibandingkan dengan anak saudara sebelah saya bernikah ... maka perlu lakukan pembahagian, isteri pergi rumah sepupunya, dan saya pergi sebelah sepupu saya. Atau paling tidak berbahagikan masa - pergi masa nikah atau pergi semasa majlis kenduri.

Itu cara saya, agar memastikan majlis walimah tarikh bertindan tidak membawa kepada masam muka dan hasad dengki.

Anda pula bagaimana? Ada tips lain?

2 comments.. read them below or add one

Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah December 22, 2013
kalau area dekat2, CN akan pergi jer semua walaupun 5 jemputan, tapi kalau jauh, mungkin akan ikut priority ...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.