Langkau ke kandungan utama

Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger

Bukan tujuan saya nak memanaskan isu, tetapi sekadar buat ingatan sebelum perkara jadi melarat. Sebelum ini, saya ada perkatakan mengenai isu blogger hiburan yang cilok artikel penulisan wartawan. Sana tuju sini, sini tuju sana. Dua-dua pihak pernah buat silap, seperti sebelum ini apabila ada gambar blogger diambil tanpa kebenaran oleh majalah dan wartawan. Bukan setakat itu, malah ada juga artikel yang diambil oleh pihak majalah tersebut.

Tanyalah blogger masakan yang sering jadi mangsa.

Tanyalah blogger travel yang sering kena cilok gambar mereka.

Tanyalah blogger kekeluargaan yang cover sesuatu event dengan detail.

Mereka pernah jadi mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger

Salah satu sebab sesebuah blog jadi terkenal adalah disebabkan gambar-gambar cantik serta kreatif yang mereka kongsikan. Walaupun gambar sudah terang-terang ada watermarks, namun masih ada segelintir yang ambil tanpa kebenaran dan langsung tidak berikan kredit pada empunya gambar.
Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger
Ya, saya akui ... saya sendiri pernah melakukan kesilapan ini. Silap dan salah, saya mengakui, dan In Sha Allah, saya perbaiki diri saya untuk menjadi seorang blogger yang lebih bertanggungjawab. Saya tahu benda yang diambil tanpa kebenaran, boleh dianggap sebagai sumber haram. Dan seandainya kerana gambar, kerana artikel tersebut membolehkan blog jana pendapatan, maka hasil tersebut boleh dianggap sebagai hasil curi, atau dengan kata yang agak kasar sebagai hasil sumber haram.

Maka, seeloknya fikir sebelum anda mahu ambil apa-apa artikel, gambar, cerita, mahupun nak print screen sesuatu. Kerana adakala tindakan ini akan mengundang padah, dan paling tidak manis ia memberikan tanggapan negatif kepada blogger Malaysia secara amnya, justeru juga kepada para pemilik majalah dan wartawan yang tanpa rasa segan silu ambil hasil kerja dan karya para blogger Malaysia.

Masing-Masing Mesti Ada Rasa Tanggungjawab dan Hormat

Masing-masing patut tahu. Tak perlu nak diasuh dan diajar. Saling hormati, saling bertanggungjawab. Majalah nak ambil karya blogger hebat, sila berikan penghargaan sepatutnya. Blogger yang cilok artikel juga perlu bertindak serupa. Kalau ada persefahaman begini, tak jadi masalah apa pun benda bermanfaat nak dikongsi, akan dapat terima saham yang baik darinya, in Sha Allah.

Di bawah ini antara cerita mengenai blogger yang telah 'diperalat' oleh wartawan dan majalah tertentu di Malaysia. Baca dengan tenang, dan hormati pendapat yang diberikan.

Usah Perlekeh Blogger Masakan - Blog Kak Fauziah Samad
Majalah dan wartawan curi gambar dan artikel blogger
Blogger Masakan Diperalatkan - Blog Eyriqazz.com
Majalah dan wartawan curi gambar dan artikel blogger
Entri ini buat ingatan buat diri saya, dan buat semua yang ada kaitan. Bukan mencari musuh, tetapi mencari persefahaman. Kita sama-sama 'cari makan'; maka apa salahnya jika bekerjasama dengan baik, dan mengelakkan terjadinya salah faham, kekusutan, dengki hasad, tikam-tikam yang sebenarnya tidak dianjurkan oleh agama dan budaya.

Dah. Jom senyum dan kita bersihkan apa yang dah dipalit kekotoran.



Lagi Komen Pembaca ...

  1. Bila mengenangkan perkara mcm nilah, risau nak upload gambar anak2 buah di blog... takut disalahgunakan.. teringat 1 komen pembaca blog masakan Azlita Aziz ttg isu ini, bilamana gambar anaknya disalahguna untk mndpt keuntungan

    BalasPadam
  2. orang ingat..sebab benda tu di internet boleh suka suka ambil tanpa kebenaran tanpa kredit pulak tu..

    BalasPadam
  3. diorang ni tak tahu lah nak kata bagus tapi curi hasil orang tu tak betul tu. kalau saya gambar yang saya rasa orang akan curi je saya letak watermark ni.

    BalasPadam
  4. Bagi je kredit..buat penghargaan..tak susah kan....itu je.

    BalasPadam
  5. hai drop here
    wish u happy new year 2014

    BalasPadam
  6. pernah melalui situasi macam nie.. video yang dibuat sendiri diambil oleh orang lain.. kemudian dia edit seolah2 video dia sendiri...
    utk kes macam nie apa yang kita boleh report dekat you tube untuk protect copyright.. kemudian pihak you tube akan remove video tu...

    BalasPadam
  7. isu plagiat ni mmg tak pernah habis.. kesian blogger jadi mangsa..

    BalasPadam
  8. Tulah ada juga terbaca dalam paper, padahal reporter pun sama cilok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.